January 6, 2011

jom kita sama-sama senyum...

assalamualaikum semua.. selamat pagi khamis..
amacam hari ni? dah breakfast belom? 
sape belom breakfast, datang jumpe atoo. atoo belanje(offer untuk pagi ni ok..)

hari ni, still same macam semalam.. arini lengkap tiga kelas.. whoaa!
jap lagi jumpe ustaz hadi... miss nadiah.. dan ustazah quraisyah..
hopefully, kelas hari ni tak mengantukkan... hehhhe..

okalah, kali ni atoo nak share about senyum..senyum kambing.. senyum buaye..
 korang rase bape kali korang senyum hari ni? 2kali atau 4kali? tak senyum langsung? hahh?
korang kena senyum untuk nampak lebih nuda dari usia.. (petua ni..)
kenape tak nak senyum..? tak kena bayar pon.. tengok ni..


haa.. diorang ni mulakan hari dorang dengan senyum.. Thankz guyy!

meh sat atoo tunjuk cikit fakta menarik tentang senyum.. >.<
1.Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk 
jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu 
memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan
 sahaja berupaya menceriakan hidup kita tapi memberi banyak kebaikan kepada 
kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap
 kita gembira. 

3. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. ( jangan kerut dahi selalu ea! )
4. . Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum kita ketawa.
5. kita juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Justeru, tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
6.  Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
7.  Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru. ( kepade student, senyum lah.. nanti ilmu tu cepat sikit masuk..hehhe..)
8.  Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
9.  Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
10.  " SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". Jadi kengkawan atoo, jangan lupa untuk senyum.... Semasa bekerja, belajar, SENYUMlah, kerana ia akan menggembirakan dan menceriakan hidup kita....
 haa, korang nak senyum ke tak nak hari ni.. ? senyum lah.. tak banyak modal pon..
dan sebab ni lah atoo suke tengok orang senyum.. takut orang cakap kita gile ke hapa?
laa.. orang-orang macam tuh.. memang tak dapat menerima kenyataan 
kalau senyuman kita lebih ikhlas dari dy. hehhe..

okalah.. sampai cini dulu cherita aq islam.. jangan lupa senyum ea!!
assalamualaikum... bye!

~ nak gi kelas arab jap lagi.. dan banyakkan bersenyum hari ni.. ~

1 comment:

rossoneri said...

sedang senyum baca entry ini hehehe