January 27, 2011

boleh ke study dalam library?

assalamualaikum semua. selamat malam rabu.

malam ni atoo nak share cikit tentang library. library korang best tak? modern ke tak? banyak buku lame ke baru? ke aweks?or cowoks? hehhe.


pic kat atas ni klon library kolej atoo. boleh tak? percayelahh...

okay. yang kat atas tu iklan sekejap. sebenarnya atoo nak tanya korang la, rase-rase boleh ke study dalam library? ye, library tu kan tempat belajar. tempat wat rujukan. kalau bagi student yang tak mampu nak beli buku rujukan, boleh pinjam buku. boleh bace newspaper free. ade computer berintenet. boleh gune internet jugak. ade bilik discussion. boleh buat bising cikit. haa, banyak tak keistimewaan library.

tapi kebanyakkan student kat tempat atoo lain cikit. hehhe. boleh dikatekan mane masok la kalau belajar kat library. okay. itu atoo je bukan orang lain. tapi boleh ke korang belajar kalau nampak orang dok masuk lalu lalang. kat satu site, si mamat duduk sebelah gegurl. ape depa wat ea? haaa.. nak usha aweks tuh, nak usha mamat tuh? hahha, apelah atoo ni! masok air kejap.

tapi itulah yang selalu atoo nampak berlaku dalam library, walaupun atoo bukan kaki library. kalau korang ajak atoo pergi library, mungkin atoo pikir dua kali. kalau nak belajar, mungkin jawapanya tidak. tapi kalau nak cuci mate, layanlah beb. macam-macam drama ade kat tempat tuh. sorry tu say la kawan.

bukan atoo nak cakap, orang library tu tak wat keja. tapi bebudak student zaman sekarang ni tak boleh dikawal. betol tak? lain yang disuruh, lain yang dibuat. kalau bab bising, lagi lawak. bile kerani library tu datang, sekelip mate jer senyap. macam malaikat lalu. bile dia blah jer, bising macam langau. kekadang kesian gak kat diorang ni.

ni memang dah jadi cerite library kolej atoo. library kolej atoo takde lah besow maner. femes pon tak. base-base je la. kalau mula-mula sem je, library tu kosong. nak lepak site maner pon still rilek. tak yah nak rebut tempat. nak tidor pon boleh gak. sunyi giler. bunyi cicak pun kuat. tapi bile dah nak dekat final, mak oi. nak study kat library siap berchop-chop tempat. time tuh, library memang sentiase full. library korang camni tak?

nak tahu tak bile pentingan nye library ni pade atoo?

  1. bila kelas atoo habis awal. malas nak balik uma ( walaupun dekat jer), lepak library.
  2. bile lecturer suruh wat research tentang assignment. laju je sampai sane. hehhe.
  3. bile hujan time habis kelas. jadi tempat teduh jap, sementare nak tunggu hujan berhenti.
  4. nak discuss pasal assignment. kekadang la tu pon kalau rajen.
rasenya ni je la. atoo tawu banyak lagi yang kita boleh dapat dalam library. tapi buat mase ni, sebab-sebab kat atas tu lah atoo jejak kaki kat library. sebab-sebab lain akan diberitahu? kalau korang camner? kekadang atoo terpikir, bile dah study kat library tuh, kita kena study gak dalam bilikkan? kalau korang kaki library, jangan mareh ea. ini cume pandangan atoo. orang kate, kalau nak berjaye tuh, kat maner-maner je boleh. 


motif letak gambar mamat ni? atoo memang fall in love la dengan smile dia. 
hehhe, kalau atoo jumpe mamat ni kat library kolej atoo. 
confirm habes atoo jadi kaki library! >.<

p/s: assing mgt+ assing ctu+ assing bel= yang maner nak wat dulu nieyh?

No comments: