kali ni atoo nak share cerite tentang kerja. seyesly atoo memang tak pernah kerja. tak pandai nak cari kerja. tak tahu macamne nak mintak kerja. dan sampailah satu hari kat kolej atoo ade tampal satu iklan kerja part- time job. excited plus teruje. teringin sangat nak kerja. yelah, boleh tambah income selain loan tuh.
nak dijadikan cerite, yana mebe atoo ni pon excited jugak.dan kami, wat keputusan nak c0ll. katenye, kerja tuh cume kena ade laptop. oh, senang je tu kan. kami set time malam jumaat dalam pukul 8.30 mereka-mereka ni hamik kami kat kolej. kena gerak kota Damansara. wahh, save budget.
macam yg dijanjikan. kami on time okay! teruja punya pasal. hahha. tunggu punye tunngu, sampai pukul 9 lebih tak sampai-sampai. debar kat dalam hati pon dah jadi nak hilang penat punya tunggu. hehhe. kami try call Cik Sela, (orang yang handle kami) mane tahu tetibe cancel ke? tapi tak. lambat cikit. jem katenya. okay.
bile dah sampai, mereka-mereka ni tak tahu jalan la plak. crite jalan itu ini, last-last kami yang pergi kat diorang. agak-agak naek kereta ape la kan? hehhe. dari jauh macam gen-2. tengok bahagian buntot kereta same tinggi cam gen-2. sekali mitsubishi lancer. wow! kereta kaye tuh. dalam otak atoo dah mula fikir. kerja senang kot plus income tinggi. sampai boleh dapat sebijik Lancer ni. hehhe. ni dy contohnya,
dalam dy canggih. buat pertame kali naek mitsubishi. hehhe. kau ade ke?
memang teruje sangat dengan kereta ni.
perjalanan kat dalam tuh ade sorang kakak, seorang abang (driver), dan seorang ladies yang mungkin mangsa macam kami. hahha. sorry tu say la korang. perjalanan yang dalam 30min tu pon rase lame bebenor. kelakar gak la time tuh. debar-debar punye pasal. berteka-teki kerja ape yang kami bakal buat.
sekali sampai, dahhhh. ramainya orang. makcik- makcik, bapak- bapak. bebudak pon ade. apakah? kami disuruh naek satu side lif. masuk satu bilik. kena dengar cremah? omg! kerja ape ni? masuk dewan, mak oi! ramainya. tapi, mereka-mereka ni dah reserve tempat kami depan sekali. what? nak wat camne, duduk je la. cube bayangkan, dah memalam bute nak besarkan telinge dengar ceramah pasal product A. adiosh!
pendek cerite mereka-mereka ni suruh kami join MLM untuk jual satu produk ni. katenya produk ni takkan pernah dilupekan, sebab student makin hari makin ramai. dan pasal MLM, kena cari orang. kiranya kami ni, kena cari dua orang. orang akan cari empat orang. dan seterusnya berkembang, berkembang la income kita. dengar duit masyuk sape yang nak tolak kan. hadoish, memang atoo menyumpah dalam hati. tak minat!
lepas dah habis ceramah, mereka- mereka ni plak pot pet pot pet cerite kebaikan kerja part time. untuk pengetahuan korang! (si kakak, dan si abang) satu patah ape pon tak masuk pale otak atoo ni. time tuh, memang tengah pikir nak balik, tidor. siap nak suh kami bayar rm71. modal katenya. mak oi! kami nak tambah duet. bukan buang duit. haishhh! rase macam kena tipu plak. damn it. saye nak balik. kami nak balik.
tapi pade korang yang berminat nak buat bisnes macam ni. silakan. modalnya tak besar mane. tapi berhati- hatilah ye kawan- kawan.
pengajarannya, jangan jadi macam atoo. maen taram telefon, pastu terus berjanji. patutnya siasat la dulu part time job ape. jujurnya, atoo memang menyesal. tapi memang keboduhan atoo rasenya. gile nak tambah income dah jadi buang mase. Sedarlah cikit. kalau namenya student, habiskan dulu belajor tuh ye atoo! nak cari duet t, time kerja nanti.
p/s: kalau nak cari kerja, siasat dulu yerk!!
1 comment:
aku minat lancer tu, tp sah sah aku tak mampu nak beli... huhu mahal beno
Post a Comment