Showing posts with label diriku. Show all posts
Showing posts with label diriku. Show all posts

August 9, 2015

datang dan pergi

#nowlistening: hatimati by ezad ft rj
#mood: gumbira memasak


selamat malam kesayangan jelata.

tu dia, melayan hati mati tapi bukan tengah keciwa  taw. just suka dengar. arrangement music dia melekat menusuk pemikiran atoo. malam ni, atoo nak storykan kemana atoo selama ni. cehh, macam ada yang amik tahukan. no lah. just nak ceritakan one part of my story supaya atoo tahu dimana atoo sebelom ni. 


shirah dan khaisin. dua dua ni lebih muda dari atoo, tapi lebih matang bila handle kerja memasing. thank you for being kind to me even we are not know each other well. dengan termenterai nya kenangan ni, satu keputusan sudah pun atoo capai. yups. tewara sdn bhd. selamat tinggal tewara. dan supaya atoo tak lupa. 



khaisin ni la satu-satu nya chinese in that office yang sangat bole bergather-gather. maybe fakto umo kot. dia muda lagi tapi dah kerja kat sini 5 tahun kaw. kira one of my senior la. memang atoo selalu refer dia kalau kerja atoo siap cepat. dan dia ni jugak la mangsa setiap kali nak balik rumah hujan lebat. memang sinonim atoo pernumpang jalanan. hahaha. thanks khaisin! see you again when i see you again..


shirah. sebaya khaisin dan atoo tua dari dia. yes! junior, tapi senioriti kat office. dan dia lah satu-satunya kawan atoo dari start kerja sampai habis kerja. nampakan, atoo memang takreti berkawan orangnya. hahaha. cerita dia, she is the very importang to me in the office even kita punya passion langsung tak related kan. 


yelahh. dari kosong taktahu guna mesin potostat sampai tahu bukak mesin tu, totally learning session kat sini. dari takreti guna faxs, nak scan, nak couriers, nak hanto reply emel bagai.. semua lah. dari atoo jalan kaki sampai tumpang kete sampai taktahu nak say thanks tu camne. dari atoo tak tahu nak cakap apa, sampai macam-macam cerita orang atoo ceritakan. hahaha. gila stress zaman kereja taw. dan, menjadi kuli itu sangat tak best! hahahaha...


kenangan. cerita. pengalaman. terima kasih shirah. thanks khaisin. thanks tewara s/b for giving me this opportunity to be the one part of your story. 


see you again
xoxo =)
coretan by atoo

August 8, 2015

atoo belum pergi lagi

salam kemasyarkatan rakyatku sekaliannya.


perghh. lama nya tinggalkan dunia blogerss. janji melayu namanya. kata tak nak tinggalkan belog, last last, berkepuk ni haa. post yang lama pun bulan tiga kot. sangat kejam kah kaw atoo. menulis bila nak. tak semengah betol kan. ampun kan penulis rakyat jelata sekalian.


tapi kali ni. yup. atoo akan cuba. cuba untuk satu hari satu post. kali ni dengan muka baru, actualiyheader je bertukar. sebab rasa dah tak best header mengade gituw kan. dengan nama belog baru dan semoga semangat de'optimusprime tu melekat untuk stay strong dengan menulis. 


rindu zaman menulis dulu. ada je giveaway, blog review, blog contest, laju merajin atoo join. zaman kebatakan nak menambahkan follower, pengikut, jangan lupa tinggalkan jejak.. kahkahkah. Tekad atoo kali ni bukan saje cerita gumbira tapi macam macam cerita yang atoo rasa atoo nak coretkan disini. #semangatbetulnampak


sebenarnya banyak cerita atoo nak kisahkan tapi percaturan masa dan tempat tidak megizinkan. takpe. rasanya masanya sudah tiba. atau zaman balikpulih diri sudah tiba. sebelom habisnya bulan syawal yang mulia ini, atoo yang nak menulis kembali n nak mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. 


encik tumin dan mdm norma

 tiga anak bujang trang tang ;)

#rayabomb #raya2015 #anaktumin


see. gamba pun cilok insta punya la malas nak edit. ampunkan tuan belog ye. selamat hari raya semua. esok baru nak start puase honam. sapa yang belom buat tu, sempat lagi ni. jomm!!


adiossa!!
xoxo =)
coretan by atoo

March 15, 2015

setapakku melangkah jauh #temanlelakiupahan

#nowlistening: rahsia by ippohafiz
#mood: ahad daa..

salam kemasyarakatan rakyat yang nak ada tak ado ni..

alhamdulilahh. sempena dah beralih arah pada umobile ni. mampu la nak bersetart enjin, panaskan balik dengan dunia maya blogger ni. apa khabar saudara saudari? lain benor jugak rasanya bila dah lama tak berbelog ni. nak share ape ye? oh ya.

atoo dah selamat bekerja. dah masok dunia kerja yang serba bole la. so and so. alhamdulilah. masih bole lagi di under control ni haa. clique? ca ya nun alif. hahaha. sejak menetap menyewa menyendiri ni. so far. alhamdulilah. transpot? belum mampu la ceritanya kan. takpe. buat masa ni atoo menfefelin korea la kita. pergi balik ialah proses memburn kalori dan lemak tepu dengan yang super dengil kedahak tu.

"kekasihku ku simpan satu rahsia.. yang takkan pernah aku bukan hingga tiba sangat inii..."
tetiba kann



ahak! tu dia. atoo sooo kennot move la drama ni. layan tahap melekat duopuloppat jam ni haa. ost dia jangan cakap. nak tido dengar. nak siap gi opis dengar. kat opis jangan cakap la. kahkahkah.

first, for sure la pasal si el tu. atoo bukan nak cakap pe la, tapi si ungku tu memang dah lama usha sejak drama Tihany kalau korang pernah tertengok la. dan sejak tu dah pun jadi the one of my feberet selain jebatfoo, ahmad ziyad, romi cinta julia, aiman hakim, beto kusyairi, mark adam, eh!.. heehehe #kakidrama.

second, watak kyra dengan si adam tu sangat superb terbaik dari ladang. elizad memang jadi la arrogant nye tu. si adam tu. adoi. setiap kali scene dia je, even scene sedih dia pasal candy tu pun atoo taktahan, nak bedekah je. penyeri betol tu. kalau stress, bawak je keluar. macam macam bahan dia nak buat orang gelak. thumbs up la tuan director azmaaizalyusoof!! menjadi betol arahan dia.

lagu lagu dalam drama ni. omk! sangat sangat masuk, sangat sangat kena, thumbs up!! pada muzik director #temanlelakiupahan. kat sini atoo list kan senarai lagu yang dorang dah officialli beritahu dengan tak.

1. rahsia by ippo hafiz
2. hujan sepi by ippo hafiz
3. maafkan aku by ir radzi
4. sempurna waktu by ir radzi
5. cinta sempurna by nastia
6. angin kencang by nohsalleh
7. sang penikam by nohsalleh cover
8. sampai bila-bila by trisixty

ni la hasil titik peloh menguugle menyiasat menaip melirik lirik bagai nak rakk. tinggal lagi 8ep. biasalah kalau tinggal dua minggu ni for sure minggu sedih dan minggu hapy ending. kankankan??? the coming soon drama pulak you olls, dia isteri luar biasa, experimen cinta, hati perempuan, ajaib cinta, puteri bukan nama sebenar..

selamat berhujung minggu!!
xoxo =D


coretan by atoo

January 14, 2015

episod2 dunia dewase

#nowlistening: Evanesce by #superjunior
#mood counting days

eh, before tu. amboi kemain tempias awek kpop punye cerita tu menular berviral dah sampai mak dengan bapak atoo dok sound berdas das atoo sekali ni. hadoi. baru baca kat sompi.com nak dipenjara dengan fined rm1k. memang patot! komen atoo. serius ini memang patut. sebab awek tudung kpop ni habis satu sebelange kpop lover, runningman lover, ksong lover, kdrama lover semua kena tempias ni. ini memang tidak adil, tidak adil, tidak adil bagiku...


apa sudah jadi wahai adik-adik #B1A4fan yang mampu beli tiket fan meeting ni? dah kenapa terabur iman tengok artist kpop tu? mesti teruja bin eksited terlebih nama kena panggil naik pentas sampai lupa semuanya kan.. hadoi.. pening.. kelakor pun ada. atoo ni pun minat korea. tapi takda la sampai hingat dunia dik oi! malu kat orang korea. lepas ni depa mesti dah taksuka mai malaysia. arghhh!! 


ok itu tadi intro. habis intro. belum terlambat lagi nak ucap selamat tahun baru semua rakyat pembaca yang disayangi lagi dikaasihi. bulan satu lagi kan. dan dengan tahun 2015 baru ni, satu je perkataan yang tak tenhingga dan takkan pernah atoo lupa nak ucap hari demi hari;

Alhamdulilahh. Alhamdulillah. Alhamdulillah. 


berita baik yang macam pucuk dicita ulam mendatang sejak dua menjak ni. Alhamdulilah. bersyukur sangat-sangat. boleh dipanggil two step closer dah ni. haha. pertama. dipanggil interview. mula-mula memang dah tak semangat. tempat jaoh. kerja yang dioffer betol-betol lari dari apa yang atoo belajar kat uni. sekali usha tempat kerja. disapointed jugak la. enviroment ca ya nun alif semuanya. seriyau jugak.


time tuh. pasrah bin menyerah. datang je la interview alang-alang dah sampai. ingat lagi pesan abah, takpe lah kalau tak dapat. yang penting dah ada pengalaman inteview. tempat ni pun seram abah tengok. apa yang atoo study mengila pasal compani, skop kerja, jawapan cepumas interview, semua dah kelaut. jawab main taram. omputih atoo pun dah bunyi keling kaw. takdapat pun tak pelah. atoo ngedo.


seminggu lepas tu dapat mesej. pagi bute pulak tu. anda diterima. terkejut satu badan kejap. mimpi bulan jatuh keriba dah ni. tapi dioffer skop kerja yang ada mengena dengan business (apa yang atoo belajar). then lapor diri 26th Jan. husihhh. biar benar la kan. dua tiga malam jugak tido tersenyum-senyum kaw. terus mengila mengoogle rumah sewa, bilik sewa. hahaaha


kat sini atoo nak say, bebanyak terima kasih pada google kerana telah membuat app instant street view. banyak orang kata menda ni banyak bad effect dari good kan. pada atoo sebaliknya. dah dapat koll akak uma sewa, terus mintak alamat. cari kat app ni. siap dapat view rumah dan sekitar tu ada faciliti apa. dapat jugak praktik nak ke tempat kerja tu boleh sampai tak? hahaha.


dan semalam. baru je lepas settle semuanya. akak tu pun okay. rumah tu pun lengkap. tinggal bawak tilam dengan bantal je. hoho. maknanya tinggal habiskan sisa sisa berapa hari je ni dengan cerita korea. sedih pun ada. apa-apa pun doakan yang terbaik untuk atoo ditempat baru ye. semoga tahun2015 kali ni sama-sama membawa semangat baru untuk kita semua tempuh dan kumpul harta bebanyak untuk campai target hidup yang seterusnya. amiinn..


jadi orang tiram la kita kali ni..
xoxo =D

coretan by atoo

October 20, 2014

october story

#nowlistening: no bounderies by krisallen
#mood: pencarian

salam kemasyarakatan rakyat jelate sekaliannya.

bila tengok balik last update, lapan haribulan hari tu. kemana janji manismu nak setia berbelog ni atoo oit! hahaha. ni la tulis balik. kerinduan nak menulis tu datang. fefelin kenkonon ada reader you olls. krik krik krik. actually tengah geram dengan tm ni. kenapa download roomates dengan runningman den tak lepas lepas. memanjang error tak sudah. bayar eh! haishhhh...

what was happen? its october beb! and i am octoberian. eh, libra rian.. sapa libra, kita geng! kalau tak silap bersamaan raya haji kelmarin bersamaan 5 october and genapnya atoo 23 tahun. whuaaa!!! dah tua. eh, dah matang. terima kasih yang ingat dan wish my day. 


taknak kalah nak letak gambo jugak bila gambo tu low quality. pakinson betol tukang amik ni ke saje nak sabotaj birthday gegurl kan. isk isk iskk. mengada. and for my dearest family. wahhh.. alhamdulilah. lain benor rasa bila dah tua ni ada sambut beday siap ber cake bagai. cengini ghupanya. terima kasih abah emak angah dan adik. i love you olls sampai syurga.

apa yang membizi sangat sampai tak sempat menjengah blog? huhu, baru ingat bila tengok date sobelas haribulan haritu. im buzy taking an exam. vah vah vah la ceritanya kan. practikal siap kena amik exam? ko hado? hahaha. atoo pernah share rasanya yang boss atoo ni, very the versetile la kan. nak ke tak it is not a choice but wajibulngunnah. hahaha. 

exam ape? pce and ceili certificates. relate dengan life insurance dengan investment kalau tak silap. dan secara konfidennya atoo cakap, kantoi rasanya. im sorry boss. paper pce tu bole jugak la berpikir tulus mulus, tapi yang ceili tu, atoo memang dah keluar m16 jawab semua nya. tinggal tak tembus kertas je. dan burn barai habis rm120 kaw. korang kalau takda hati dengan insurance ni, doksah la nak mengade nak amik. hahaha



apa pun yang terjadi dah terjadi. jalan mesti ke depan bukan ke belakang. fine!
xoxo =D




October 8, 2014

all is well

#mood: otak dah penat
#say: all is well

bismilahhirahmanirahim.
tak semua yang kita harap tu semuanya terjadi kan. otak atoo tak habis fikir ni. suram datang tanpa dipinta.

penat. awkward. uncomfortable. banyak lagi otak ni nak cerita, nak express, nak bebas berkata-kata. tapi mulot macam sampai tak tahu nak kata apa dah. kejap. tapi pada sape? sape yang nak mendengar luahan remeh temeh yang cuba disampaikan. banyak lagi masalah dunia yang perlu diselesaikan. eh, biar tangan ni terus menaip meluahkan isi yang terpendem kat kepala benaknya. 

karma ke ni. atoo penat. penat pikir tanpa sudah. tanpa tindakan. tanpa ape-ape. dan esok, akan berfikir lagi. minggu depan. bulan depan. penat jugak berfikir ni. bulan ni sepatutnya datang bawa macam-macam, bukan masam-masam. dan genap 23 ni atoo rase jiwa dan otak atoo ni makin sensitip. hahaha. 

sekarang ni kan, atoo macam nak seseorang yang atoo tak kenal tapi atoo nak cerita semua yang berkecamuk kat kepale otak ni. berkomunikasi dengan orang yang kita tak kenal ni boleh buat atoo jadi diri sendiri. yes. atoo pelastik. series. even my mom and dad pun tak tahu who am i. the truth of am i. hahaha.

kenapa yang tak kenal? the truth. kalau kenal, it wont long last. something gonna might happened and my weakness will burst out. hahaha. what suppose react should i present? sesiapa yang terbace or tersilap klik dan terjengah ke sini, just i want to know how your life? is it okay as what you has been though? can you share with me a little happiness...


xoxo =(

October 1, 2014

ketahuan

#nowlistening: hujung waktu
#mood: takbaik sesalan

jiwa aku kacaw.
otak aku berfikir tak habis.
aku nak patah balik masa tu.
kahkahkah. sebab.
aku tak sepatutnya tahu.
tapi aku dah tertahu. 
dan buat tak tahu demi kebaikan. 
kadang-kadang kan tak semua perlu diberitahu 
sebab tak semua perlu tahu. 
dan semuanya will "all is well".

bosan? 
terkeluar jugak kan perkataan tu. 
dah lama terpendam kan.
tak cakap tapi nampak taw.
takpe. dah tak lama dah.
masa akan cepat bergerak.
betol. tak tipu.
its better to act naturally.
sebab semua ni sementara. 
ape-ape pun semuanya dah lepas. 
aku tak marah cume malu.
kahkahkah.

aku tahu aku salah. 
aku minta maaf.
tapi ego aku membataskan.
sebab aku bajet tahu.
tapi terima kasih.
thankQ. kumawo. sheshe.
banyak-banyak sangat.
sebab masih lagi buat taktahu.


selamat malam :)

September 30, 2014

kenapa nak marah?

#nowlistening: back by infinate
#mood: takterluah

bismillahirahmanirahim.

idea nak menulis tengah melonjak di otak kanan dan kiri atoo ni. kemain beriye benor aje budak ni. malam ni what im going to share is about feeling. jom kita berfeeling malam yang indah lagi cantik. feelin kali ni. ya. marah. semua komfim for sure ade perasaan nak marah ni bila-bila masa tanpa kita tahu mengawalnya. oh, yeah.. atoo senanya baru lepas kena marah. hahahaha.

semua orang salah. tak bole ditegur langsung time tu. ingat dunia ni dia sorang yang punya. tak pun dilempiaskan pada sekeliling. orang? sape yang ade time tu menegur, memang cari nahas. objek? pintu dihempas. barang main campak-campak (penjahanam barang). taip laju-laju kalau tengah buat kerja. bukak radio pekak-pekak. eh, kuat-kuat sampai jantung degup-degup. pastu baring sampai tertido. bangun komfim dah lupa. haaa, tu dia style atoo melempiaskan kemarahan melampau.


kenapa kena marah ya? selalu persoalan ni muncul lepas atoo tengah marah kedahak sangat. sebab rasa tak puas hati. sebab nak menerangkan kebenaran yang disalah ertikan. ataupun disalahfahamkan. ataupun memang salah engko pun tapi nak cover kau prefer untuk marah. ataupun mengdefendkan diri, saya tak salah. sila fahamkan situasi. aku penat itu, ini, itu, ini dan balik-balik nak dengar kau punya tak puas hati?  what the.... macam tu?

keadaan kedua yang atoo perasaan bila memendam. yang ni memang diluar dari kawalan. bila segala berhari berminggu perasaan yang terbuku tu terpendam, sekali meletus. habis dah. terbakar hangus. fire extinguisher pun time tu dah tak bole guna. kemarahan macam ni pada atoo jangan disimbahkan minyak bagi menyala. sebab semua ni boleh melarat sampai kes tertetak, tertikam, terbunuh, terpukul dan segala ter diluar kawalan.  

pihak yang kena marah tu pulak, ada lebih baiknya memilih untuk berdiam dan menerima even bukan kita yang salah. orang kata kerana lidah, badan binasa. walaupun bukan badan kita, tapi sekeliling kita. sebab selalunya bila sampai satu tahap marah dah habis, perkataan menyesal, malu dan bersalah tu muncul dengan sendiri. dan itulah manusia. yang tak pernah lepas dari kesilapan. 

kadang-kadang seriesly atoo tak faham kenapa seseorang tu tak dapat kawal marah dia langsung padahal salah yang pesalah tu buat bukan sebesar kuman pun. ok. ni tengok situasi lah. kalau salah besar, keadaan nya lain. banyak keadaan sebenarnya yang membuatkan kemarahan tu boleh timbul disebabkan kita lepas pandang. kat sini atoo sharekan sikit cara nak kawal marah. kontrol marah tu sebelum kita menyesal di kenudian hari. 
  • banyakkan minum air kosong. sebab api kemarahan si setan ni boleh dipadamkan dengan airsejuk bersama bismillah.
  • pause. tarik nafas panjang tiga kali (min). pastu blah. cara ni bole buat kita sedar sekejap dan pergi buat kerja lain. persaan marah tu akan berlalu.  
  • ingat tuhan. sebab kau tu cuma hamba. sapalah kau hamba yang kerdil tu nak marah ketentuan yang dah tertulis untuk kau. kalau tuhan marah, kau pulak tak sanggup kang.
  • ambil wudhuk. berserah diri. mengaji. 
nak tahu lebih banyak cara lagi pergi google sana. banyak lagi cara, tapi yang kat atas ni atoo shortlistkan. sebab bila time tengah marah ni, emosi akan berjaya mengawal otak untuk berfikir secara rasional. so, cara paling senang minum air banyak-banyak. sebab bila dah marah, cakap macam-macam, cakap banyak-banyak, cakap jerit-jerit, tekak akan haus kan. hahahaha.


last but not least, semua yang atoo share kan just my #randomtalk pasal marah. kalau kita marah, cubalah untuk mengawalnya. sebab nak mengelak tu payah sikit rasenya. nanti ade pulak kate kita tak normal. dan kalau kita yang kena marah, berdiamlah. kita punya fakta betul semuanya salahlah. dia je yang betol. sebab dia yang tengah marah ni cuma nak luahkan perasaan terpendam yang dia taktahu nak luahkan pada sapa. itu je. cuba menjadi pendengar ataupon jangan dilayankan marahnya. kira buat taktahu. kekadang sebenarnya dia ni mahukan attention dari kita kan? hahhaha...


selamat mengawal kemarahan semua. peace yaw!
xoxo =D



September 29, 2014

it's okay, that's intern

#nowlistening : i feel you by hong dae kwang
#mood : takdok kerja
#tempat : oficepractikal

bismillahirahmanirahim.
alhamdulilah. sihat lagi. hidop lagini haa.. on off on off atoo dengan blog ni. langsung tak bole pakai. 

mood update kali ni sebab dah tak tahu apa nak buat kat depan lappy ni. ni kira dah sampai satu tahap atoo dah hilang idea nak search apa kat intenet ofis. hahahha. (nampak sangat takde keje). 

seminggu dua ni, what happen to me? nothing. just like the others day je la. lepas dah hantar research proposal haritu, nothing update from that lecturer. masih lagi menunggu dan menunggu. lagi? oh yah. minggu lepas join insurance seminar handle by Allianz business partner ofis kat sini. pagi sampai tengah hari.. pengisian? halah..macam biasa, at the end dorang suruh beli product mereka-mereka itu.

next? kdrama. bila dah tengok kdrama ni, dah fefelin kat hero dengan heroin, segala ost dalam kdrama tu secara automatic jadi my favourite song for ever. hahaha. ini satu penyakit orang yang gile cerita koya. #kdramalover siap hashtag ni.

cerita ape atoo suggest kan? hurmm.. "its okay that love.." ---> ni highly recommended


sebab apa recommend? first of all, sebab ade gong hyo jin.  haha. i just love the way she act naturally. second, jo in sung yang sangat adorable. cerita ni overall, its okay even we were not able to find our love. kahkah. is okay. im still okay. cakap kuat-kuat kat diri sendiri. truthfully, story ni banyak bagi pengajaran pada atoo pasal perception and judgement kita terhadap sesuatu yang kita cuma mampu melihat dan mendengar tanpa bertindak.

#seriustalk. segala bagai perkataan yang atoo tak faham dalam cerita ni atoo google nak kasi lebih faham. hahaha. macam tu jugak dalam kehidupan. bila mana kita nampak dan assume itu hal mereka takpayah amik peduli, tapi disebaliknya yang berlaku. bile tengok cerite ni, atoo rase kita semua sebenarnya ada trauma masing-masing tanpa kita sedar atau tidak. dan cara kita menanganinya yang pelbagai cara buatkan kita jadi seorang yang lain.

#lovetalk. haha. serius teringin nak bercinta penangan IOTL ni taw. betol kan ejaan nya? sampai sekarang ni lagu-lagu ost IOTL masih lagi atoo berkumandang setiap kali on lappy ni.. hahha. obsessive disorder ke ni? tapi cinta tu macam mane ye? tak bosan ke kalau hari-hari mesej yang same je? kalau rasa gaduh, mnyampah, then sayang balik? wahhh... hahhaha.. macam tu la dalam IOTL... cinta itu besttt!!!

#compliment. dalam setiap apa yang kita buat, sebenarnya kita memerlukan compliment dalam sedar ataupun taksedar. sebab tu ada orang kata, mulut kata taknak, dalam hati sumpah nak. kan? tapi minda dengan ego bersatu teguh supaya mulut terus kuat katekan taknak. falsampah apakah ini? lol..

dalam kehidupan ni macam-macam. macam tu jugak sekarang. atoo masih lagi berbaki 3bulan setengah nak intern. berkecamuk hati dan perasan ini. hahaha.

sedih bila takda kerja.
happy bila ada orang kate, cepatnya buat kerja. bagus!
bosan bile disuruh buat kerja yang orang lain dah buat.
annoy bile semua staff buzy buat kerja, aku freefree online ntah ape.
marah bile rasa takde function pon kat tempat kerja.
malas bila disuruh buat kerja yang tak relate langsung.
gembira bila sampai hari sabtu, sebab ahad cuti woi..
degap-degup bila boss panggil tanya apa kerja yang dah buat? padahal satu ape ntah

bukan tak bersyukur. alhamdulilah. tapi just #randomtalk tak puashati dengan diri sendiri. this is the path yang atoo choose dan hadapi dengan senyuman je la. hahaha. korang yang baru nak berintern tu pandai-pandai pilih. sebab 5bulan tu lama. bukan macam poli 3bulan je. tapi don wori. semua depa ni baik. suasana kerja baik. meja pun dapat. cuma just that it. hahhaha.


okaylah. eh, dah pukul honam. jyeahhhh..lalalalalalalalalalalal...
jumpa lagi di next entry.

xoxo =D

February 18, 2014

lecak teh tarik

salam kemah keming.

hoho. bile dah de mood nak menulis ni haa, berantai cerite nak tulis. alkisah dah pun alkisahnya. result bebudak degee dah keluar beb! nebes mak nak, gigil lutut. gigil kepale ni haa. tangan dok awal-awal lagi dah bukak gmail. refresh tak sudah sudah. hahahaa, namapk penyakit menunggu result menular habis malam tu. pelbagai fikiran jahat semua keluar. kalu g.a. macam ne? kalau ade yang sangkut, malunye.. 


but, one word. alhamdulillah.


walaupun tak dekan. lagi sekali atoo mention, tak dekan.. whuaaaa..nak dekan.. but is okay la beb. dapat lah naik pointer even sikit. but but, my mom and dad cakap, okaylah tu. see, tak suportive langsung. bukan macam dedulu. ade jugak alhamdulilah dari dorang. alah, takpe. atoo bukan pun anak harapan keluarge. isk.isk.isk. pasal sebak tetibe.


hari yang dinanti dah pun tibe. sem5 i'm coming. last sem before masok dunia praktikal yang lagi menakutkan menyeramkan. dan, last dah ni nak merase cuti sem yang sebenar. hah, dah habis dah pun ni. lagi 2minggu je tinggal. 3hb ni masok ye kengkawan semua. tapi bile tengok kelander uitm, sem depan banyak cuti. havoc habis la kan. akibat daripada itu, study week 1 hari je,. sekian. atoo ingatkan awal-awal.


new resolution sem baru? kira sem last lah ni. insyaallah. doakan teman ye. penatlah belajo ni. cukup-cukuplah habiskan duit makbapak. duit kerajaan. duit hutang bebanyak. semput nak bayar kaw. exactly, jaoh disudut hati kecik ni bile very the down, rase macam arghh. kaw belajo tertinggi mane pun belum jamin dapat keje yang bagus. gaji yang masyuk. buat perabis duit orang je kejenye. arghhh. damn you!


nampak. see. sakitnye hati kite. memang ramai sebenarnye kawan atoo yang tak sambung belajar tapi dah de satu ending kehidupan yang tak payah nak dirisaukan. dah kerja. dah de kereta. dah de harta. dah tunang. dah kahwin. dah mengandung. dah de anak. dah de life as manusia biasa. kira dah lengkap carta human life walaupun belajo takat spm. diploma. arghh.. rezeki bukan ke memasing ade..


hahaha. nampak sangat frusterated dengan life sendiri kan. eh, no lah. just semua tu belum sampai masenye lagi. atoo just take the long journey untuk sampai ke destinasi tu sebab atoo de banyak lagi tanggungjawab nak pegang kelak. im the sulong kot. kehidupan kite tak semuanye same kawan. alau apepun yang berlaku atoo tetap love my life, appreciate dengan ape yang belaku sebab semuanya sudah tertulis dan de hikmah disebalik jalan yang dia tunjukkan ni. alhamdulilah.


dan kome-kome yang dah sampai satu tahap yang berjaye, tahniah. jalan kite tak same kalau kampung korang de fly obe, kampung kite cume ade jalan berturap tanah merah je. bile hujan lebat, lecak teh tarik membanjir dan kena tunggu matahari meminumnye baru bole sambung perjalanan balik. 


tahniah yang dekan seperti selalu, dekan yang tak dijangke. tahniah! congrate! and kenape korang senang sangat nak dekan ni. tetibe. hahaha. and atoo harap last sem ni last hope yang ade untuk capai title dean. haha. desredo jugaklah. tapi.. arghh.. mimpi dululah dekan list sem5... Zzzz...


xoxo =D


 



February 17, 2014

pasal dia lagi

fah..fuhh..fuhhh..fuhh..
assalamualaikum kome.
bismilahirahmanirahim.

haa.. ni la jadinya bile almost 2month tinggalkan dunia belog. cerite pertame di tahun baru. bile sedih baru de feelin bertulis. bile ade rase bunge dalam taman baru rase tangan ni gatal nak menaip. baru otak ni rase ade idea nak di sharekan bersame. kira baru nak cerite dengan dunia maya diari saya masa kini. settle mukadimah. 

pasal ape kejadahnya atoo membuang mase cuti sem yang terakhir nanti atoo share. yang kali ni, here's the mimpi begin...

malam ni. dah dua kali. bukan malam yang sama. dia datang lagi dalam tidor atoo. kitorang berdepan. berdua. takde lah exactly sangat berdua but aduh many situatin lah. he just likes know me very well beb! . tapi no cakap. sebenarnye taktahu nak cakap ape. hahhaha. tapi kitorang macam dah lame kenal. tapi macam base, atoo ni kalau dengan laki, no topic, no talk. mate je at last try nak comunicate. tapi, hampehhh..


dia macam somebody yang femes dan disenangi. he got everybody trust. camne tahu? tahu lah, cara kengkawan atoo layan ia bagai menatang minyak atar yang penoh. hahaha, sekali peribahase atoo bagi biar korang sampai.. bile nak ingat balik muke same dia guna, iras sape, ade celup-celup markadam ke, shukriyahya pun okay gak, muahahaha, tapi kosong, atoo tak nampak muke dia. arghh, frusttterated dah.


tapi atoo. aduh feeling berangan tak sudah lakan. just sape dia? kenal tapi tak bole describe. dan sebenarnya soal feelin ni atoo zero mero.just in case oneday, somebody ajak keluar, agak-agak atoo ikut atau bawak kawan jadi teman. bhahaha. kalau tak pun, mesti tersangat bosan hari tu buat atoo dan dia. heyy, atoo takde skill nak cakap. i was like nothing to be talk, so, being silent look look je mampu.


orang kate mimpi ni cerite rekaan si setan kalau timing mimpi tu tak pukul 3pagi. hahaaha. again. again. atoo ni bukannya rajen berangan sebelum tido. dah ngantuk, tido je lah. eh, ade jugak sesekali, banyak kali, bace doa sebelum tido. maybe mainan tido si setan ni buat atoo hahah, i love to be tidor. sebab atoo bole jadi orang lain dalam my story.


just in time, atoo nak sangat jumpe dia lagi. sebab atoo tak sempat lagi nak tanya sape dia? dan kenape datang dalam mimpi bukan reality? hahhaha. dah gile dah ni. dan how its feels when we are in love? cinta itu menyakitkan? atau cinta saling memerlukan? bhahahaha, weyh atoo dah desperado in looking him...


hahaha. malu kot nak cite kat mak. abah lagilah. adek? angah? hahahha.. no no. rase macam buka pekung di dada. kat kawan. no lah. malu beb! eh, atoo de kawan ke? hahhaha.. so kat sini, bole taip freely, and who knows me, takpe. kite tak jumpe kot. eh, kalau terjumpe,maybe dah lupe cite mimpi mengarut ni. samapi ketemu lagi...


salam. xoxo =D
nite peeps!

  

October 28, 2013

budak jiwa kacau, pi dok macaw lah

dears diariess.
bismillah.. 

sihat. hidup lagi ni haa. tapi agak naik jugak la. hahha. alhamdulillah. tak banyak kali ni atoo nak share kat korang. cume some opinion dari palehotak ni yang terpikir dan dicatatkan disini. cerite ape? semalam, hari dan esok terus berjalan dengan ceritenye yang tersendiri yang kita sendiri terlepas untuk menikmati dan menghargainya. tapi hati kecik ni masih lagi bersyukur, sebab aku insan teroilih untuk merasainya. 

manusia. sememangnya bermacam ragam. bermacam cerite. bermacam helah. untuk terus mengatakan hidupnya lebih sempurna berbanding yang lain. kenapa? bukan ini semuanya sementara. mencari yang lebih baik atau menunggu yang lebih baik atau menikmati semuanya dengan lebih baik. maybe. dan kalau dia bukan untuk aku, aku tak kisah pun.

untuk saat dan waktu ni, the true colour dah keluar. aku tak suka, tapi aku tak bole mengatakannya. aku tak suka. tapi dia sering datang mendekati. aku tak suka, tapi hari-hari aku kena menghadapnya. pengecut.? cakap belakang berulamkan makan hati je yang mampu. bukan. sebab aku masih lagi manusia. manusia yang masih lagi berhati perut.

manusia dan masalah tidak akan dipisahkan. sebab kita semua ade ceritanya dan sebab mengapa ia berlaku kepada kita dan bukannya orang lain. orang yang lebih senang, bahagia, tapi cerite mereka lebih senang. aku tahu, satu tahap orang akan menjudge aku itu dan ini. akan tahu kelemahan aku dan cuba menyampaikan kepada yang lain walaupun bukan dengan erti kata sebenar. 

kadang-kadang aku terpikir, kita semua hanya kerana bersebab kita bersama. sebab what we give, we get back! dan aku perlu ade 'lebih' untuk merasa perkataan bersama. sebab aku bukan sape-sape. aku tak tahu penghujungnya. aku hanya menurut hari-hari yang berlalu dengan senang hati. kejam. entahlah. sentiasa berfikiran positif dan menidakkan sesuatu yang jelas tu payah.

tak pernah teringin? hahaha meniipu sangat lah kalau aku menidakkannya. nak hidup seperti itu, nak jalan cerite yang ini. nak jadi yang sempurna dimata orang. nak semua pandang kita sorang je. nak jadi sehandsome dia. nak dihargai, disayang. aku sorang je. enough. hahhaha, gila kurang kasih sayang. tapi semua tu makin menampakkan kelemahan aku sebagai seorang manusia pada aku.

yup. memang. aku sentiasa berfikir ape yang bakal berlaku sebelum melakukan nya. untuk meneruskan satu fasa kehidupan yang lain, ye. memang aku tak nak memikir kannya. sebab semuanya takkan pernah terjadi seperti yang aku impikan pun. hahha. jadi langkah yang paling mudah, aku menikmati hari-hari hidup ini dengan semudah a b c. rase sakit, gembira, senang dan susah semuanya sementara. tak ada yang kekal melainkanNya.

dan sebagai manusia, stop mempelekehkan aku sebab ape yang korang nampak tak seperti yang korang fikirkan. stop meng'invisible'kan aku. stop men'gelak'kan aku. sebab aku bukan cerite kelakar. sebab aku masih lagi manusia yang masih lagi hidup. aku berdiam sebab aku tahu tak kemana kalau aku menidakkan. tapi hati kecik aku cakap, yup. alhamdulilah. aku bukan sperti kau.

dan sebagai seorang islam. cukuplah membezakan taraf yang tak kemana. tak bole bawak masuk kubur pun. semua tu pinjaman Allah. dia yang memilikinya dan meminjamkan kepada manusia yang terpilih. dan nak tengok sejauh mana manusia tu tahu menilai. berhentilah menampakkan kau seorang yang baik walau pada hakikinya kesian. 

aku minta maaf. sebab semua ini aku nampak semakin jelas. tapi aku tahu mungkin ape yang aku nampak, bukan seperti ape yang mereka cuba sampaikan. aku tahu. aku minta maaf sekiranya tulisan aku ini ade menyakit mana-mana pihak. aku cuma tulis ape yang aku nampak. ape yang aku percaya. dan ape yang aku rase. aku minta maaf tidak dapat menjadi seseorang yang seperti kau inginkan. aku minta maaf. 


aku bukan seseorang. 
terima kasih being seseorang untuk aku.


October 19, 2013

Jamboree TaHa@U

date: 20,21,22 Sept
venue: Kem Tebing Tinggi, Segamat
mood: excited + takot pun ade gak

dear bloggerz..

actually tajuk post ni dah lame bebenor jadi draf.. dan malam aim malam ni nak kosongkan pak draf. so, this is the story la nak cerite.

dipendekkan cerite tak banyak yang bole share kat sini, disebabkan urusetia kem tu tarik semua alat komunikasi. kira macam betol-betol punya putus hubungan dengan dunia luar. eh, intro sikit. kem ni 3hari 2malam. kalau lebih 3hari rasenye mau tak patah tulang-mulang den ni. penatnya hurmm, tidor satu hari pun tak bole recover satu badan. huhu. fine. atoo bukan kaki kem. ni pun free haa... mak nak kasi tahu. 

macam tag yang kat atas tu terang lagi nyata the word TaHa@U refers to encik penganjur kem kali ni. yaitu, TabungHaji bersame BHarian bersame bebudak unibersiti. pendek citer lagi, atoo tersangat bertuah. after berebut belon bagai untuk dapatkan group. baselah hidup dalam kem, hidup berkumpulan. mygroup is 9. official name 9gag. 

bebudak unibersiti yang terlibat, ofcorse, my uitm segamat tercinte, bebudak kptm batu pahat, dan unikl. dalam tiga name besar ni, my opinion la, unikl paling menyerlah. why? sebab dorang paling ramai dan gegile la.. dan kptm batupahat tu baru nak berjinak-jinak masuk uni. bebudak diploma lagi. adek-adek. hekhekh 


hasil colekan #twitpic geng kptm. ni kira picture paling semua ade. kalau nak zoom carik budak uitm, boleh juling mate. tapi, nak bagi nampak, duduk depan-depan. hahhaha, i'm the green lady.. tepi tu je hah.. depa kate, gambo ni masok paper. tapi entahlah.. bhahahha...

aktiviti yang bole atoo short listkan, masak. ini paling main kot. datang-datang, dapat kumpulan, terus kasi bahan basic, then memasak witjout any utensil tapi gune palehotak. siap ade judges yang nak rase sardin tropikana..ohh, thats my group menus. agak mencabar jugak la. tapi nasib menyebelahi kite. dalam group atoo, gegurlnya, uitm student. and thats make kemis tu dah ade.. huhu..

activity indoor or outdoor:
  • river crossing (base je, sebab dah penah buat), 
  • rafting (buat rakit+pusing sungai+nebesgile sebab atoo kan comel...), 
  • jungle survive (jaoh gile jalan, then kena memasak ditengah-tengah hutan getah, cari cacing banyak kali, kena pi pancing sendiri..teamwork kena kuat),
  • nightwalk (boleh la, sebab dah penah buat, so enjoy jugaklah),
  • malam kebudayaan (wajib ade, grop atoo hentah pape. sekian..), 
  • jenazah session (cara-cara nak kapan) and 
  • munakahat sessionn (paling gelaksakan, rase macam pi kusus kahwin..hehhe)
that's all.



disebabkan nak bergambar di tempat kejadian agak tak sempat, setelah ditakluki habis oleh geng unikl ngan geng kptm, so, uitm begambar dalam bas je.. sobsobsob.. bole kire ni tak sampai satu bas penuh pun.. dan sampai-sampai jom last picture koranggg..

Kem Jamboree Taha@U kat Kem Tebing Tinggi Segamat.


xoxo =D
p/s: dalam satu team kalau tak capai satu kate, team tu takkan kemana..*tetibe


September 14, 2013

new sem, new resolution

#mood: sedang kebahagiaan dirumah
#nowlistening: takkan terpisah

salamkemasyarakatan uolls'

saje je nak bermood sedang berbahagia dirumahku syurgaku sambil berfeeling-feeling takkan terpisah oleh pengantin baru kita. tahniah black hanifah dan isteri. semoge bahagia hingga keakhirnya. 

so, entry kali ni atoo nak shared the cerita terbaru dari saya. currently taking new semester. sem2 in #UitmSegamat tapi part4 disebabkan dapat pengecualian cedit. thankz uitm. and now, sudah pun seminggu berlalu. jadual baru, kelas baru, lecturer baru, roomates baru, rumah baru, eh... katil baru.. hekhekhek..

jadual baru kali ni cantek. banyak kelas pagi dari petang. boleh dikira jadual membahagiakan jugak lah. pukul 12 je dah bole fikir balik rumah. dan petang, bole kumpul tenage atas katil baru.. hoyeahhh.. (jejoget sikit..)

lecturer? nobody is perfect right? hehhe.. tetibe kaw jah.. perempuan ade, laki pun ade. doktor pun ade. and the very important, lecturerku jiranku.. hehehe. jadi penghuni #tamanharmoni memey tersangat bertuah. ape-ape pun, hopefully sem kali ni, menjadikan a better student with the better result and good memory antare kita semua.. cewahhh.. aminnn..

and kami still lagi bersama..


kegirangan #mypesday class sem4... #jbm2404a.. #marketeers foreva... credit to Helwani

2nd day class, omk omk omk, tudungku kemek... credit to Helwani

mane resolutionnye cik atoo oi! ahhhaha... tak berani nak buat senarai bagai lagi dah ni.. sebab tak semuanya tercapai pun #truefacts. untul sem baru kali ni, cukuplah satu-satunya resolutions, to be a better students with the very better better better results. selagi namenya student, niat suci murni nak mendapatkan #deanlist takkan pernah padamkan. same as me for sure. 

okaylah guys. mase dah time. hoho. dah lame rasenye tak menulis panjang lagu ni. or jujurnya, post ni dah terperap seminggu kat draf.. hahaha..last but not least.. happy saturday...


to be a better blogger..
xoxo =D

September 2, 2013

saya budak baru belajar!

#nowlistening: khalifah
#mood: lazy monday

salam kemasyarakatan uoll's...



begedil marhaban versi #budakbarubelajar

gedik nak show opp my bedegil 100percent made by myself okay.. ehekhek(gediknyeee)
sedap ke? kalau licin kira sedapkan.. hahhha.. oyeahhhh!!!

yang penting; LULUS


xoxo =D


August 6, 2013

a day before raye?

#nowplaying: oo balik kampung!
#mood: jap lagi balik kampung dah

salam kemasyarakatan kengkawan.. oh ho tinggal lagi cikit je nak raye ni.. dan ramadhan pun akan pergi tinggalkan kite semua. hurm, dan kelas pun akan berjalan seperti biase.. hurm, nak bawak kuih ape ye ke kelas nanti? lecturer mintak 43 keping.. kuih ke kerepek? or jajan lah...hehe.. as usual..

abaikan merapu sekejap kat atas tu. ape yang atoo nak share sikit ni, is all about raye. hahaha. bukan hari raye tapi a day before raye. selalunye sape yang akan decide balik kampung ni? mak akan follow abah or abah akan follow mak? hahha,, bagi atoo sape yang baik, akan memfollow follower.

kalau dulu, aktiviti balik kampung ni yang paling syok habis. time kecik-kecik. first things fikir, nanti boleh main bunga api, pasang sarung kusyen sesame kazen.. susun kuih raye.. masok mulut nak bagi rase.. beratur memanjang nak duit raye.. macam-macam project. semua bertogether. orang panggil makan, turun makan ramai-ramai. itu belom yang jadi taikonye, ketua konon. ajak main itu, main ini.. hahha #kenangandulu

now? sekarang pun bole? jujurnye, makin dah besar ni, semakin dewase, maybe not kot. atau sebab atoo jarang keep in touch dengan mereka-mereka (raya baru nak jumpe) or jarak make us jaoh kot. bile dah besar ni, dengar je mak cakap, balik kampung, first thing terfikir, nak buat ape je kat kampung? bape malam kat sane? balik rumah balik bile? kejam sangat ke soklan camtuh..and duet raye dapat lagi ke tak? tapi 'malu tapi mahu' la kalau ade yang sudi memberi.. hehhhe

atoo ni anti social. sombong sangat? not like that lah. just atoo tak tahu how nak setart the enjin. maybe jarak umo antare kami kazen2 dah jao. and trending kite berfikir jugak dah lain. and maybe kite dah berlainan taraf. ade yang dah kawin, kerja bagus-bagus, and masih belajar tak habis-habis. dan standard diolag mesti dtanya, study mane sekarang? tinggal lagi bape tahun? amik course ape sekarang? owh... then senyap.. atau atoo bangun dan pi wat kerja ape-ape yang patut.

itu belum lagi, dalam group mat saleh celop. pang pung pang pung dalam bahase omputih. rase-rase atoo buat ape? sengih sengih dan sengih dan pi gerak depan tv. hahha. dah ler english kome ni poor, interupt pun taktahu ape point yang nak dicakap. huhu, so sad.

my aktiviti? apelagi. dok menyibuk kat dapur. tolong potong itu. tolong potong ini. angkat itu. angkat ni. makan. duduk tengok tibi. makan. duduk bace novel. makan. duduk melangok memanjang. the end. hahaha, banyak betul aktiviti makan tu. that why, i comel lagu tuh nah.. =D and tak lupe layan bebudak yang dtang meraye.. tapi bukan kasi duit raye..#studentlagikot

kawan-kawan? konvoi raye? ehhehe, mane ade kawan, camne nak join. mana ade transpot.. lagipun, rumah semua jaoh-jaoh. dan kali ni raye sekejap je. raye ke-enam dah masok kelas. nasib intersesi la kan. hurmm, tukang cari alasan memang pandai budak ni. hehhe. eh, tapi kalau kengkawan nak raye rumah atoo, datang lah. dialu-alukan.

raye tahun ni tetap same macam raye before-before ni. tapi balik kampung mak awal sehari. mak kate, nenek minta tolong masak. yelah, anak kesayangnnya balik lambat, so, yang dekat ni wat la kerja amak cikit. dan raye pertame jugaklah kite sekeluarga gerak kampung abah. dan raye ketige, for sure balik batu pahat, rumah tercinta.

see, my raye journey. dan semuanya dalam joho je. yeah, hidup orang joho!!! luaskan kuasemu..jjohor *tetibekan. tapi kite semua ade cara yang tersendiri merayakan bulan syawalkan. dan untuk semua, atoo nak ucapkan selamat hari raye, maaf zahir batin. kepada yang mengenali diri ni, atau kenal muke je, atau kenal suam-suam kuku, eh, kepada semua-semualah. mohon ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut tudung.. hehhe, dan sparta kook inde house!




happy hari raye u'olls!
xoxo =D


June 12, 2013

cerita atoo lagi.

#nowlistening: cerite dia by #dramaband
#mood: bila.. ku tunggu jawapanmu..

random story lagi...

selagi tak habis sem kali ni, selagi tu lah perasaan den tak tenang..otak kusut.. hati sakit.. mata pedih.. jiwa menangis.. hah, semuanya keluar dah ni. rase macam nak bunuh orang pun ade ni.

kenapa?

tinggal lagi dua minggu je. tapi rasenye macam dua tahun. ya allah. lame betul mase bergerak. presentation, report, test, semuanya ber'jemm jemm' tak habis-habis. and takde ke berita yang mengembirakan dua minggu ni? owh, yah, atoo amik intersesi kali ni. chop! bukan sebab fail ea... tapi paper opm ni takde time kat unikop dulu... orang kate susah. plus lecture kat sini yang agak kede, strict.  tapi belum cube, belum tahu kan. tengok je la hasilnya naik nanti. 

kalau atoo cakap, kita kena ada sesuatu baru kita dapat sesuatu. bunyinya sangat tak ikhlas. tapi kenyataannya yang benar bin hakiki. zzz....


entry bersambung...


see, buat entry pun bole tertido. alkisahnya entry semalam ni tergantung, tersave dengan sendiri. and one more day, atoo rase, diri atoo sendiri dah lost in the jungle tu haa. today, baru satu grop settle. and i'm the worst one. cakap pasal graf je, fine! tak sampai 5saat pun. tapi-tapi, atoo berpeluh keringat menyiapkan report dengan slide. okayhh. lecturer tak nampak tu semua ye. fine! #padanmuka

myneves symtom rasenye tak kan pernah hilang. and tersangat la dashyat. hafal. baca. faham. note kecik. note besaw. semuanye macam hang terus bila diri kat depan tu. tangan pakinson. satu badan keras semacam. doktor-doktor kat malaysia ni tak ubatnya ke? dapat satu kapsul pun jadinya. dapat cakap pung-pang pung-pang depan budak kelas untuk sekali ni je. eh, dua kali..arghhh..i need that capsul...

dua hari ni jugak, entah nape jiwa, persaan, sikit-cikt nak tacing. nak terasa. sakit jugak hati ni nak cover nothing happen kononnya. rase nak menanggis, nak share story, nak marathon drama korea, *tetibe.. tapi there is nobody for me. bluerkkk!!! eh, jiwa kental macam atoo ni ade perasaan halus yang sangat mulus taw. jangan main-main.

tapi sebab atoo ni forever alone, maka dengan itu kaw pun pujuk diri kaw sendirilah. just pretend nothing happen la kan. macam tak pernah buat je.

my laptop! my lappy. setiap kali nak start, laptop screen dok la idop, tapi lampu kat caplock tu kemain nak lip lap lip lap ngan kite. dah tu, nak kena tepuk-tepuk manja kat buntut laptop baru nak start macam base? nampak tak mintak perhatian.... orang kate virus dah makan banyak tu. orang kate screen tu mintak baru.. orang kate.. motherboard tu rosak. mak haih! semua nak mintak service serentak. kopak la den. setegehrsss mak nak! arghhhh!

one more thing about myself yang atoo sendiri rase sudah sampai masenya i need to change it. stop being dependent but being independent. and guess what. i'm cook! atoo masak. (smile ke telinge dah ni.)

woi! orang kampung, anak pokcik tumin dah tahu nak masak! dia masakkk!!!

hahahhaha. okay. just masak sayur goreng. but ok lah kan untuk orang yang tak pernah turun dapur macam pempuan ni. slow-slow, atoo akan masak lauk by lauk. orang kate practice make perfect. seblulan intersesi nanti, just wait ye koranggg! wish me luck! ehehhe

rasenya kat belog ni atoo belum kenalkan kat korang, kawan-kawan baru atoo kat uitm selatan ni. sesegar amat bahase budak uitm. or dah selalu sebut name deme-deme ni, tapi just belum show ofp kat cheritera cik beast. maka tersebutlah alkisah, kawan-kawan seperjuangan atoo dalam sem yang dah nak berpenghujung ni. ni pun sedut kat fb. almaklom, tuan belog punye phone cukup untuk kol je. puih!... #propanaklebih hahahhaha
 
credit to wani.

wani, nanie ahmad, ummu kinah. hahhaha.. kira dorang bertiga ni sesama batch atoo. and kami-kami ni freshie degree in marketing. rakan seperjuangan yang bernasib baik dapat jadi budak marketing. group baru. #marketeers #totu #jbm240 #part3 #uitmsegamat.. mengedik nak #hashtag macam ade yang ditag kan tu kan... lalalaalalala

credit to nanie ahmad.

yang ni ihsan nanie ahmad pulak. dah nak behabis sem ni, datang kelas cume nak tengok kengkawan present je. maka terjadilah gambar ini before lecturer enter. yang ejaw tu bakal daie, zafieara. purple one, joyahjunior kak bell, yang specky sweet je tu, ecah dipendekkan, i. and the shawl lilit one, bole kira close cikit, sebab kite berdua based kolej bersekutu, ummu sakinah. #masslect #gogedik #degreelife



okay. that is. masa dah time. time tu siapkan ape yang sepatutnya dibuat ye malam ni. jadi student kena la sedar, awak tu tak kerja berlambak, sempat lagi nak berbelog. takpe. sesesekali kan.. >,<


sekian. =D



June 4, 2013

randomly cerite

#mood=berkecamuk
#sape nak tolong buat assignment...?


currently, penonton yang setia, sebenarnya saya isteri dia #ssid even that hero dah married. takpe. atoo minat firash je. bukan suami orang tu ye. oh ye, teduhan kasih #teduhankasih. rmbulan masih ada...lalalalla.... aduh, gile syok kat papa ehsan aka papa adam. bukan ady putra. tapi tak bole dinafikan, ehsan tu memang.. buat atoo tersenyum sorang dah ni. hahhha

sakit otak. warghhh!! assignment gua beratur mintak dilangsaikan. boleh pulak dorang (hepuitm) ni nak wat module weeken ni.. terkorban mase tido gua... jadual final exam pun dah keluar. dan as usual, my last payperr hari last exam. sedeyhhh...seteghessss...

opm. sape amik paper ni komfim tahu benor kan. masalah si opm ni dengan gua, gua belum amik lagi paper ni time diploma dulu. so, akibat daripada itu, gua terpakse amik intersesi. dan gua komfius nak mik kat segamat ni sekarang atau follo geng gua kt shah alam sane. dengan masalah transpot lagi.. series saktt otak fikir..

mara. mara belom settle lagi. sebab sijil diploma still takdapat lagi. arghhh!!! rase macam nak terbang shah alam tu, amik sijil, gambar, dan bagai-bagai tu la. settle kan semua tu dlm sehari. tapi dah kate kalau, kalau jugak la endingnya kan... hampeh la kau ni!

nak mase lagi. tak cukup mase. tak sempat. semua-semua tulah. nak masa untuk tidow. nak mase tuk asignment yang bertambun. nak mase tuk rase nikmat hidup. nak mase muhasabah diri. dan betullah tu. semakin kite besaw ni, semakin pendek sebenarnya masa tu berlalu.  

belog tersayang. sorry dan menyisihkan kamu ya. series takde mase. sempat bukak, tengok belog sepintas. tutup. dimanakah kehidupan pelajar yang sebenar saya? mana? mana?

sape cakap degree life lagi senang, meyh jumpa atoo. face to face. seyesly kalau tak kuat dah lama tersungkur ni. otak bole hang. hurmm...

untuk kawan-kawan yang atoo telah susahkan, atoo mintak maaf. atoo bukan sengaja, tapi atoo takdapat nak buat, sebab tu atoo minta tolong. tapi kalau tak bole, bagitahu je. sebab atoo bukan sengaja, tapi keadaan memakse. and i truely need your helps, kawan. t_t



sekian. =(
hidup tak semuanya mudah.

April 12, 2013

kita jalan kedepan, bukan kebelakang

#nowlistening: pesan cinta
#mood: baru nak buat note? huhh!!!

bismillah. salam menyambut bulan april kome-kome sekalian. hahha. dah 7hb, masih ade lagi ke april pool tu? tak kisah. untuk blog ni, bari nak post pertama untuk bulan pool ni. nampak sangat kan kebiziannya tu. hehhe, yes! i'm the super duper buzy person right now lahh.

perkongsian kali ni, still lagi dalam menjalani kehidupan seorang student. jam6 pagi dah terjage, jam7 dah gerak ke bas stand, masok kelas, keluar kelas, jam6 sampai rumah.

oh ya. my presentation you olls. berterabur wa cakap kat lu. penat wa besengkang mata menghafal skrip, tub-tub kat depan, bace slide...

okay. cerite tergantung kat atas tu.. meyh atoo update disambung..

cerite pasal presentation atoo tu memey hampeh habis. bile ke depan je, haaa... neves satu badan kemain. kalah atok pakinson mak bile tengok manusia-manusia kat depan tu.. hahha, mcam terasa otak ni kena format. clean n clear. langsung takde mende lah yang dok dibace tu...huhh hampeh betol.

yang lagi amat menyakitkan.. okay, bile wat prepare last min. tahu-tahu jela, mate komfim jadi panda. bukan banyak belajar, tapi wat keje last minit. hahha. padan muka kau. wat report, wat slide, wat skrip. semuanya satu malam okay. tabik tak? huhh... tapi endingnye, kelas batal. the end. arghghhhhhhhh!!!!

so, alkisahnya, presentation tu be postpone. dah akibatnya, presentation plus test untuk satu hari. package baik punye. next week complete 2 test, satu presentation. nota pun satu takde. wat latihan lagilahhkan.. perasaan nak test langsung la takde kan.. hahahhaa...

yeah yeah yeah!!! tinggal next week je before midterm. dengan erti kate lain, tolak makan tido berry belajar melepak tengok tibi, bersamaan empat hari. titik. kalau bole, khamis malam tu nak suruh abah anik. kahkahkah.. yes. saya anak mak. mood cuti dah mai dah ni...

lagi satu, name konvo dah naik. arghhhh... tak sabor nak pi konvo. nak pi beli baju untuk konvo. kasot konvo. hahahhah... nak pakai jubah konvo, pastu amik gambo dengan mak ngan abah. mende wajib! even atoo takdelah pandai mane, tapi dapat jugak bagi kat dorang segulung diploma. degree, ondaweyyhh...


kengkawan unikopian, budak bm111-6b. jom kita gathering nak...? nak jumpe korang semua, lepas tu kite tukar-tukar cerite. imbas-imbas cerite. nyanyi2. gile2. alang-alang kite turun pd ke? sambung balik trip yang kite plan kemain tu.. hahhaha.. yalah.. lepas ni, taktahu lagi, kita jumpe ke tak.. huhu..

p/s. mama emy, jangan lupe bawak abang adip.. nak cubit pipi tembam dia.. hehhhe..


sekian.
xoxo =D





February 26, 2013

dah officially jadi budak segamat

#nowlistening: teman pengganti
#mood: satu harapan

bismillah. currently. yess. atoo berada di segamat. yes segamat. fullstop segamat. hentak kepala banyak-banyak. tetap kat segamat. cubit pipi. kiri. kanan. tetap segamat. redo. segamat. all is well. segamat. keep calm and carry on. segamat. 2tahun je. segamat. segaaa matttt. segamat...percayalahhh... 


hari ni, cukup tamat cerita pemantapan siswa yang tak beberapa nak sangat mantap la kan. sebab kan 2nd intake, so hari pendataran flow smooth je. tak ramai pun. tapi tapi tapi. tak berapa nak smooth bile jadi student degree ni, doksah terfikir nak menetap kat kolej ya. takdok rayu-rayulah. automatik berstatus nr(non-resident). argghh! 

encik xxx. dah deal. siap bank-in. siap turun segamat, nak tengok bilik. cakap pung pang pung pang.. makan senang dapat, bas senang dapat.. ade polis bantuan ronda.. then masa nak masok bilik, bagi bilik lain. sewa naik pulak tu. rumah? jangan cakap, macam rumah terbengkalai..#cakapkeling #janjimelayu tak boleh pakai.

tolonglahh. kalau dah tahu student nak masuk sekian sekian date. alert. facility lengkap. dah lah keliling tu hutan. nak alam sekitar sangat kan. hambiklah. seminggu lagi siap. ecceeceh... boleh ke? pekerja indon pun dua tiga orang. hishh.. 

disebabkan #janjikeling mereka-mereka, atoo dapatlah status menumpang. yes. lebih tepat merempat kat kolej bebukit sulok belingkung. tingkat3. bilik 230c. bukak tingkap je, nampak lah tiga scenes kat bawah ni. 


penempatan sementara. okaylah dari takde. dari sabtu sampai esok je. tamatlah kehidupan kat sini. itu pun kalau bilik sewa kat germen..tah tu siap sepertimana yang mereka-meraka janjikan. memang betul-betul nasib badan. kalau tak siap lagi, adakah kami-kami ni terus menumpang disini? bapa lame? adakah? huhh! apa pun tak boleh.

hari kedua berjalan macam biasa. owh, perasmian dn penutup i ponteng you. ehhe..malas yow. bukan ada info penting pun. hari ketiga? okay. ini sendiri cari pasal. akibat ponteng semalam. padan muka kaw! pagi ni sekali lagi miss satu-satunya program penting degree ni. pengecualian credit. arghh!! tidur lambat. telipon mati. tidur mati. mati terus baru tahu! haishhh!

seyesly, atoo tak nak bagitahu sesapa.. tapi kalau dah story kat sini, tak jadi rahsia lagi la kan. so, akibatnya kena la pi jumpa coordinater sendirikan..face to face. ini padahnya stay up tengok citer korea sangat kan. marathon 16ep yang dok bangga tu.. puihhh! sengal la kaw ni atoo.

esok. esok hari yang paling teruje. sangat-sangat. nak gerak balik batu pahat tercinta. even baru 4hari, ehhehhe atoo tersangat homesick lah. cehh, kononnya. padahal.. rindu nak bergolek-golek on9 atas katilku syurga. hekehek

kawan? hurm. tak de citer sangat. yang atoo dok nak geng dengan budak kolej sendiri je. even time kat kolej dulu cume senyum, itu pun jarang.. sekarang baru nak tengade nak kamcing. hehhe. nampak tak? tapi dorang semua ade partner masing-masing. dan saya masih lagi mencari. oh ho!

so, the moral value nya dari 4hari berkampung di dalam uitm segamat ni, tolonglah jaga masa. bersedia awal. dari segi mental dan fizikal. dah tahu takdapat hostel, cari rumah awal-awal. dah last min, memang macam-macam hal berlaku. dan dah tahu ade program, tidur awal. ini...huhh...fham-faham je lah. jangan jadi macam budak ni!

#psst: col tuan rumah banyak kali, tapi takdenya angkat. mungkinkah? setegehess!


sekian.
xoxo =D


RAKYAT JELATA