April 2, 2018

Aku Bukan LOSER - Part 14

14.
   Masa makin mematangkan kita. Antara aku selesa atau tak, aku makin pandai menyuaikan diri. Bukanlah payah mana. Semuanya dah ada dalam jadual. Ikut jelah jadual yang diberikan. Dia suruh belajar, kau belajar. Dia suruh solat, kau turunlah masjid, solat. Dia suruh makan, kau makanlah. Sabtu masa bebas, kau bebaskan diri sepuasnya. 
Kat hostel, masa aku habis dengan Nisa dan Ira. Masa tu aku yang rasa, yah, dunia hostel ni macam cerita baru kau dengar. Nisa dengan Ira, kira dari area sekolah kat JB, hot area, so cerita dorang lebih kurang. Aku pun, owh. yeke. kita orang lepak masa prep sama, riadah sama, pergi masid sama, cop bilik air sama, esok pagi kejut aku, dah siap mandi bagitahu aku, aku after kau, kau after aku, semualah aktiviti hostel bersama. hahaha. 
Dah cakap semuanya sementara. Sebab Nisa budak Awam, kalau dia ada discussion, then dia lepak dengan budak kelas dia. and aku still lagi lepak berdua dengan Ira. Tapi bila kat kelas, lain cerita dia. Kira macam based area aku dengan budak-budak senyap, dan Ira sebaliknya, maka aku terpisahlah. Yah. ira quite famous. Baby-faced kot. Secret admirer tak payah cakap. Aku tahu even dia taknak share pun dengan aku. 
Aku bukan nak cakap aku pandai, tapi bila kau mula rapat sikit dengan budak-budak pandai ni, dorang selalu senyap bila time cikgu takde. And akan banyak cakap, banyak tanya bila cikgu ada. Aku ni mana la pandai bergaul, end-up nya aku dalam kumpulan itu. Perlahan-perlahan aku try belajar, cari ilmu, ambil tip cepat ingat, macam-macam dorang turunkan kat aku. Aku bersyukur sangat. Even aku slow learner, Fazira la tetap sabar ajar aku sampai faham. 
Prep petang aku dengan Fazira. Sebab dia prefer habiskan kerja sekolah waktu petang, and prep malam, buat ulangkaji. So, aku pun follow study strategy dia. Nak jadi macam master, kenalah ikut jadual dia bukan? Tapi kelaut. Sebab malam aku dengan Nisa, kadang-kadang dengan budak kelas Nisa, makin syok sendiri la sensorang. Selain menelaah, macam-macam kau boleh buat, sedar-sedar dah buang masa dua jam.
Leley lepas kena bising masa meeting dorm, barulah dia banyak lepak bilik. And aku mula rapat dengan dia. Dia kelakar. Entah kenapa aku suka sangat buli dia. Aku selesa betul dengan dia. Aku panggil dia macam-macam. Dia still tersenyum gelak-gelak lagi. Dia budak bola baling. So, kira petang riadah, dia menghilang dulu. Tapi kita still sama sama basuh baju sebelah-sebelah. Dah sudah tunggu aku. Hahahaha.
Nama dia Laili. Sebab dia macam biskut dalam dorm tu, and kita orang tak tahu jelas nama dia, Laili ke Lili ke So end-up jadi Leley. Nice name by the way. Aku punya rapat dengan Leley, sampai satu tahap bila kita orang bergaduh, terus terang aku lost sekejap. Kita siap bersurat-surat minta maaf, then aku tak tahu nak react baik semula dengan kau. Serius awkward gila. Sampai senior campur tangan barulah dah okay balik.
Sebab dulu kalau dah tak bertegur lebih dari tiga hari, yah. status dia pada aku bukan kawan lagi. And aku terus awkward gila nak tegur balik macam tak apa yang berlaku. Yang aku jelas. Bila dengan Leley aku lain. Bila dengan Fazira, aku jadi lain. And bila dengan Ira, aku lain sangat. Banyak hal yang aku rasa mudah, tapi kena berhati-hati sebab macam-macam yang kau fikir tak ada apa-apa, boleh jadi apa-apa.

-bersambung

coretan by atoo
xoxo =)

No comments:

RAKYAT JELATA