October 28, 2013

budak jiwa kacau, pi dok macaw lah

dears diariess.
bismillah.. 

sihat. hidup lagi ni haa. tapi agak naik jugak la. hahha. alhamdulillah. tak banyak kali ni atoo nak share kat korang. cume some opinion dari palehotak ni yang terpikir dan dicatatkan disini. cerite ape? semalam, hari dan esok terus berjalan dengan ceritenye yang tersendiri yang kita sendiri terlepas untuk menikmati dan menghargainya. tapi hati kecik ni masih lagi bersyukur, sebab aku insan teroilih untuk merasainya. 

manusia. sememangnya bermacam ragam. bermacam cerite. bermacam helah. untuk terus mengatakan hidupnya lebih sempurna berbanding yang lain. kenapa? bukan ini semuanya sementara. mencari yang lebih baik atau menunggu yang lebih baik atau menikmati semuanya dengan lebih baik. maybe. dan kalau dia bukan untuk aku, aku tak kisah pun.

untuk saat dan waktu ni, the true colour dah keluar. aku tak suka, tapi aku tak bole mengatakannya. aku tak suka. tapi dia sering datang mendekati. aku tak suka, tapi hari-hari aku kena menghadapnya. pengecut.? cakap belakang berulamkan makan hati je yang mampu. bukan. sebab aku masih lagi manusia. manusia yang masih lagi berhati perut.

manusia dan masalah tidak akan dipisahkan. sebab kita semua ade ceritanya dan sebab mengapa ia berlaku kepada kita dan bukannya orang lain. orang yang lebih senang, bahagia, tapi cerite mereka lebih senang. aku tahu, satu tahap orang akan menjudge aku itu dan ini. akan tahu kelemahan aku dan cuba menyampaikan kepada yang lain walaupun bukan dengan erti kata sebenar. 

kadang-kadang aku terpikir, kita semua hanya kerana bersebab kita bersama. sebab what we give, we get back! dan aku perlu ade 'lebih' untuk merasa perkataan bersama. sebab aku bukan sape-sape. aku tak tahu penghujungnya. aku hanya menurut hari-hari yang berlalu dengan senang hati. kejam. entahlah. sentiasa berfikiran positif dan menidakkan sesuatu yang jelas tu payah.

tak pernah teringin? hahaha meniipu sangat lah kalau aku menidakkannya. nak hidup seperti itu, nak jalan cerite yang ini. nak jadi yang sempurna dimata orang. nak semua pandang kita sorang je. nak jadi sehandsome dia. nak dihargai, disayang. aku sorang je. enough. hahhaha, gila kurang kasih sayang. tapi semua tu makin menampakkan kelemahan aku sebagai seorang manusia pada aku.

yup. memang. aku sentiasa berfikir ape yang bakal berlaku sebelum melakukan nya. untuk meneruskan satu fasa kehidupan yang lain, ye. memang aku tak nak memikir kannya. sebab semuanya takkan pernah terjadi seperti yang aku impikan pun. hahha. jadi langkah yang paling mudah, aku menikmati hari-hari hidup ini dengan semudah a b c. rase sakit, gembira, senang dan susah semuanya sementara. tak ada yang kekal melainkanNya.

dan sebagai manusia, stop mempelekehkan aku sebab ape yang korang nampak tak seperti yang korang fikirkan. stop meng'invisible'kan aku. stop men'gelak'kan aku. sebab aku bukan cerite kelakar. sebab aku masih lagi manusia yang masih lagi hidup. aku berdiam sebab aku tahu tak kemana kalau aku menidakkan. tapi hati kecik aku cakap, yup. alhamdulilah. aku bukan sperti kau.

dan sebagai seorang islam. cukuplah membezakan taraf yang tak kemana. tak bole bawak masuk kubur pun. semua tu pinjaman Allah. dia yang memilikinya dan meminjamkan kepada manusia yang terpilih. dan nak tengok sejauh mana manusia tu tahu menilai. berhentilah menampakkan kau seorang yang baik walau pada hakikinya kesian. 

aku minta maaf. sebab semua ini aku nampak semakin jelas. tapi aku tahu mungkin ape yang aku nampak, bukan seperti ape yang mereka cuba sampaikan. aku tahu. aku minta maaf sekiranya tulisan aku ini ade menyakit mana-mana pihak. aku cuma tulis ape yang aku nampak. ape yang aku percaya. dan ape yang aku rase. aku minta maaf tidak dapat menjadi seseorang yang seperti kau inginkan. aku minta maaf. 


aku bukan seseorang. 
terima kasih being seseorang untuk aku.


No comments:

RAKYAT JELATA