October 1, 2013

perempuan dan doa lembut hatinya

bismillahirahmanirahim.
salam geng!

selamat sore. malam ni yang tidak seperti malam-malam kemalasan yang lalu. dan walaupun assignment sepatutnya disettlekan dulu, tapi nak jugek menghupdate belog kesayangan kita ni you olls.

actually. sebenarnya. jujurnya, dah nak dekat sebulan dunia belajar atoo berlalu. cepatkan mase pergi. dan.. huhhh.. sem kali ni memang tough. tough nak hadap pelbagai kerenah manusia yang macam-macam. belum lagi masok minggu test seteghess tapi arghhh... eh, dia tak bace kan belog kamek ni.. tetibe dia bace, atoo minta maaf. this is my story derr.. hahhahaha 


pernah tak korang hadap orang yang suke marah-marah? kite buat tu salah. kite buat ni salah. everything is salah lah. sampai terbit jugak niat nak bagi ubat pengasih. biar dia sayang kita sorang je you olls. pastu rindu kita. mandi tak basah. makan tak kenyang. tak jumpe seminit rase setahun.. bhahaha kejamm..

tapi, atoo masih waras lagi. atoo budak baik. atoo cume teringin sangat nak try to be perfect.. walaupun kelaut.. tapi at the end, kena marah. huhh.. memang kena kuat iman dalam dan luar bile nak pi hadap dia esok ni. but, last week tu memang salah atoo, tak buat task yang diberikan.. tapi..tak payah nak marah sampai tenung nak makan atoo. ye. saya salah. saya minta maaf.



ekaw ni nak mengumpat, merapu, merepek.. memang banyak nak kasi tulis kan. kate dah baek. hehhhe. cume meluahkan ape yang terpendam. lega sikit hati ni. dah lah buat assignment dia je dah bermalam-malam.. tapi tak de the end. dan tiap kali tu, kepala atoo asyik teringat renungan tajam bin maut dia. rase seram, takut, dupdapdupdap, eihh, macam-macam lah. 

dah dah.. ni dia tips lembutkan hati seseorang yang ku kenali tu. memang atoo start buat dari sekarang.. mudah-mudah mujarab. 

DOA PELEMBUT HATI

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1. Thaahaa.

2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

p/s; atoo minta maaf kalau nukilan ni ada mengusik si dia. 
xoxo =C



  

No comments:

RAKYAT JELATA