Showing posts with label kate-kate. Show all posts
Showing posts with label kate-kate. Show all posts

February 20, 2014

when a men's in love

salam kemalaman rakyat jelata!

tajuk kemain orang putih kaw. actually, baru je habis nonton citer korea. drama korea fan forevar yaw! hahaha. itulah kerja diluar tabie time cuti semesta yang last gitu. hari demi hari..cuti pun dah nak habis ni woi! arghhh.. tapi ni kira perkongsian review my opinion about cerite yang rasenye cukup menganggu pale otak atoo ni. dan rase macam nak je selami hati seorang lelaki.. haa.. dasyhat tak?


when a men's in love. cerita ni fully melodrama. bole dikatekan tipikal drama korea. bile ade scene tukar anak. mak tinggalkan suami dan anak sebab laki lain, then dia ditinggalkan. kejamkan emak tu. pilihan hati tak berkenan dengan mak, anak jadi mangsa kena adoption. kisah cinta tiga segi. kisah anak yang dapat result terbaik tapi bapak banyak hutang dengan along. cukup penoh tipikal.


tak sepenuhnya atoo like seratus peratus plot yang tuan director tu nak sampaikan. two timing. haa, omputih la lepas tengok citer korea guna english subtiltle ekaw. this is diantara citer korea yang atoo tak suke heroin nye bukan sebab pelakon tapi character je jahat sangat. mainkan perasan lelaki. eh, geram dah ni. siap ade scene 18sx dia dengan 2nd hero, 1st hero bole jugak nak maafkan. i so tak bole terima you. nampak tak bile cerite menguasai minda penonton terlampau macam atoo. 


story ni secare ringkas atoo suke pade kasih sayang yang ditunjukan. pade awal story si hero, tea sang memang ketua thug. samseng. kire macam si jebatfoo tu. tapi disebabkan seorang perempuan dia berubah 360 darjah. perempuan tu kira heroin la. si hero yang tak pernah dan tak tahu pasal perempuan siap search google nak tahu cara-cara ngurat perempuan tapi dia dimainkan. very the dont like! unlike! si hero tu punya la tangkap cintan, sampai sanggup tolong cover bapak heroin tu punyer hutang shark yang melampau, sampai boss hero naik angin dan berlakulah accident yang tragis. 


tu pun belom settle lagi bile si hero sanggup nak tanggung si heroin pi sambung belajo sebab dia nak heroin dapat yang terbaik. tapi semua tu dia buat tak terbalas sebab heroin suke pade hero ke3 dimane adik pade kawan baik dia, chang hee. complicated kan. tu belum lagi adik kawan baik dia tu sebenarnya bukan. dan si hero pun sebenarnya ade konflik jugak bile mak dia lari dengan suami baru bawak adik dia dan balasanya tak bahagia pun dan bapak hero pergi tinggalkan dia dengan hutang shark yang melampau. see, very the complicated kan.


bagi yang cepat fed up komfim stop tengok kat episod si heroin to two timing. bole tahan jugak la cerite ni slow sebab banyak cinta tiga segi tak berbalas. tapi atoo suka pada watak orang kanan dan kiri si hero. alah, kira kalau abang long tu kan ade orang kiri dan kanan yang setia padanya. ni kire, si hero yang very the lonely. dua watak yang atoo betol-betol fallin in love trang tang tang si hero, tea sang dan sahabat terbaik, chang hee. dan maybe sebab dua watak ni yang buat korang nak tengok sampai habis.


tea sang, watak seorang lelaki yang hidupnya bole kira hilang arah lepas mak dia lari ikot laki baru dan bawak adik dia sekali dan bapak dia tinggalkan rumah dan hutang melampau yang menyebabkan dia jadi abang long yang bukan pilihan hidup yang dia ade. dalam pade dia jadi along tu, kira dia disayang anak buah terutama chang hee, sahabat sehidup semati lah kiranya. dan kisah yang paling menyakitkan bila heroin yang paling dia cinta mati tu two-timing dengan adik si chang hee padahal hero dah support belajo, hidup, bagai, dia macam-macam supaya jadi manusia yang bergune. haishhh!!!


dan chang hee. the sweet character bile part dengan adik dia walau pade kebenarannya bukan. sweet moment bile abang masak untuk si adik. abang gaduh gusti dengan adik. abang iron baju untuk adik. kira si abang ni tak kisah langsung pasal dirinya asalkan keperluan adiknya sempurna. macam tu jugak dengan tea sang. tapi sikit tak puas hati la bila tak de cerite pun how relationship tu start dan kenape dia very take care pade si hero, tea sang. dan disebabkan kes tragis tu dia masok penjara dua kali sebab nak selamatkan hero dan dia tak menyesal langsung.


haa, very the long complicated melodrama story yang atoo ni pun nek pusing nak story. huhu. potive word yang atoo nampak tuan director cuba sampaikan;
-benci yang masih ade tu sebenarnya bukti kasih sayang yang tak pernah padam.
-dendam yang tumbah jugak menampakkan yang kita sebenarnya keseorangan.
-memaafkan satu kebahagian sebenarnya.
-cinta mampu mengubah seseorang.

haa.. nampak. sekali ayat bunga bungaan atoo keluarkan. eh, baselah kan quote macam ni selalu ade dalam drama drama cerite rakyat macam kite ni haa.. cuma maybe, kita selalu cuba mengabaikan untuk menampakkan kite sedang berjalan di satu landasan yang betul. sebenarnya seram jugak kehidupan ni. dimane ade ke sahabat atoo yang setia walau atoo naik jatuh banyak kali nanti? si dia yang menjadi tempat atoo lean on or count on? hahhaha.. serammm...


dan tolonglah kaum hawa. kaum hawa jugak! jangan lah mainkan perasaan orang kalau taknak disakitkan. sebab karma tu tak pernah lupakan manusia.

xoxo =D selamat menonton.
nak download ost pulak.

September 13, 2013

nak cakap...ape je?

camne nak cakap ni...?
kalau aku cakap, kang dikate aku gedik semacam...
kalau aku buat derkk je.. dia kate sombong..
tapi nak cakap pe je? pasal ape? asal mana? name?

hahha. starter update kali ni dengan persoalan yang atoo sendiri tak tahu nak cakap. entah pape je la budak ni nak menulis lepas dah beberape tak menulis tapi nak tertulis. ni lah citernye kan. kemon lah. ini blog cerite suka-suki kita orang melayu. 

dan atoo salah seorang daripadanya. memang giler payah bile nak start the conversation dengan orang yang first time kite jumpe. memang a lot a weirdo la jadinya kan. okay. pengakuan jujur atoo kurang peramah. tapi kalau dah jumpe dengan yang sekepala jadi je. macam-macam jejak kasih keluar. 

aku tengok kau. kau tengok aku. mata tu main peranan penting sekali. mulut tak tahu nak bukak ke tutup. dan nak tahu ape yang atoo akan buat?

dengan cepat je atoo pergi dapur (incase kenduri kawen rumah sedare), ade pape yang atoo boleh tolong? kalau paling dah terdesak sangat, i just.. just go to the sinki, and basuh je lah pinggan ke mangkuk ke seangkatan dengannya. see, menantu pilihan.. hekhekhek.

tapi series. tak tahu nak berbual la kalau nak cakap dengan makcik-makcik, sepupu-sepupu ke, bebudak lagi la. atoo senyum, muka minta penampaq yang diberi. (bebudak sekarang..) itu kalau perempuan. kalau lelaki lagilah. series kosong kosong kosong... lagu najwa keluar terus ni...

malam ni layan persoalan yang maybe perhap kot.. kena jumpa.. or i truely needs socials consultants untuk nak selesai kan masalah antisosial entah pape budak ni.. hahhaha...

eh, merepek sudah dipagi yang dinihari... 
okbai..


xoxo  =D
p/s: silent is the best solutions to control the situation..



August 6, 2013

a day before raye?

#nowplaying: oo balik kampung!
#mood: jap lagi balik kampung dah

salam kemasyarakatan kengkawan.. oh ho tinggal lagi cikit je nak raye ni.. dan ramadhan pun akan pergi tinggalkan kite semua. hurm, dan kelas pun akan berjalan seperti biase.. hurm, nak bawak kuih ape ye ke kelas nanti? lecturer mintak 43 keping.. kuih ke kerepek? or jajan lah...hehe.. as usual..

abaikan merapu sekejap kat atas tu. ape yang atoo nak share sikit ni, is all about raye. hahaha. bukan hari raye tapi a day before raye. selalunye sape yang akan decide balik kampung ni? mak akan follow abah or abah akan follow mak? hahha,, bagi atoo sape yang baik, akan memfollow follower.

kalau dulu, aktiviti balik kampung ni yang paling syok habis. time kecik-kecik. first things fikir, nanti boleh main bunga api, pasang sarung kusyen sesame kazen.. susun kuih raye.. masok mulut nak bagi rase.. beratur memanjang nak duit raye.. macam-macam project. semua bertogether. orang panggil makan, turun makan ramai-ramai. itu belom yang jadi taikonye, ketua konon. ajak main itu, main ini.. hahha #kenangandulu

now? sekarang pun bole? jujurnye, makin dah besar ni, semakin dewase, maybe not kot. atau sebab atoo jarang keep in touch dengan mereka-mereka (raya baru nak jumpe) or jarak make us jaoh kot. bile dah besar ni, dengar je mak cakap, balik kampung, first thing terfikir, nak buat ape je kat kampung? bape malam kat sane? balik rumah balik bile? kejam sangat ke soklan camtuh..and duet raye dapat lagi ke tak? tapi 'malu tapi mahu' la kalau ade yang sudi memberi.. hehhhe

atoo ni anti social. sombong sangat? not like that lah. just atoo tak tahu how nak setart the enjin. maybe jarak umo antare kami kazen2 dah jao. and trending kite berfikir jugak dah lain. and maybe kite dah berlainan taraf. ade yang dah kawin, kerja bagus-bagus, and masih belajar tak habis-habis. dan standard diolag mesti dtanya, study mane sekarang? tinggal lagi bape tahun? amik course ape sekarang? owh... then senyap.. atau atoo bangun dan pi wat kerja ape-ape yang patut.

itu belum lagi, dalam group mat saleh celop. pang pung pang pung dalam bahase omputih. rase-rase atoo buat ape? sengih sengih dan sengih dan pi gerak depan tv. hahha. dah ler english kome ni poor, interupt pun taktahu ape point yang nak dicakap. huhu, so sad.

my aktiviti? apelagi. dok menyibuk kat dapur. tolong potong itu. tolong potong ini. angkat itu. angkat ni. makan. duduk tengok tibi. makan. duduk bace novel. makan. duduk melangok memanjang. the end. hahaha, banyak betul aktiviti makan tu. that why, i comel lagu tuh nah.. =D and tak lupe layan bebudak yang dtang meraye.. tapi bukan kasi duit raye..#studentlagikot

kawan-kawan? konvoi raye? ehhehe, mane ade kawan, camne nak join. mana ade transpot.. lagipun, rumah semua jaoh-jaoh. dan kali ni raye sekejap je. raye ke-enam dah masok kelas. nasib intersesi la kan. hurmm, tukang cari alasan memang pandai budak ni. hehhe. eh, tapi kalau kengkawan nak raye rumah atoo, datang lah. dialu-alukan.

raye tahun ni tetap same macam raye before-before ni. tapi balik kampung mak awal sehari. mak kate, nenek minta tolong masak. yelah, anak kesayangnnya balik lambat, so, yang dekat ni wat la kerja amak cikit. dan raye pertame jugaklah kite sekeluarga gerak kampung abah. dan raye ketige, for sure balik batu pahat, rumah tercinta.

see, my raye journey. dan semuanya dalam joho je. yeah, hidup orang joho!!! luaskan kuasemu..jjohor *tetibekan. tapi kite semua ade cara yang tersendiri merayakan bulan syawalkan. dan untuk semua, atoo nak ucapkan selamat hari raye, maaf zahir batin. kepada yang mengenali diri ni, atau kenal muke je, atau kenal suam-suam kuku, eh, kepada semua-semualah. mohon ampun dari hujung kaki hingga hujung rambut tudung.. hehhe, dan sparta kook inde house!




happy hari raye u'olls!
xoxo =D


January 2, 2013

wajah

dear blog,


along sayang mak abah sehingga hujung nyawa along.


December 12, 2012

C.I.N.T.A 12.12.12

assalamualaikum blogger!

olla pembace. o.O amboi korang.. semua nak update cerite 12.12.12 ye, dan atoo of corse nak jugek.. 12.12.12. sape sambut beday? sape kawin/nikah arini? sape declare kapel/break arini? hehhe. hopefully, semuanya berjalan dengan lancarlah hendaknya. mesti semua taknak lepaskan tarikh istimewa ni macamtu je kan. mesti kena ade sesuatu yang perlu diciptakan pade tarikh yang kita jumpe sekali seumur hidup. ye dak?

gambo tiade kena-mengena. nice try bro! hehhe

hurm, ape yang nak dikongsikan pade tarikh ni? berbelik pade tajuk post. yup. is all about love. cinta. nak habaq kat hang pasal cinta ni. sebenarnya baru jap tadi atoo usha blog somebody ni. dah lame tak dengar citer dia. rupenye sedang dilande ombak besar tuan blog tu. patutlah senyap je.

agak-agak korang lah kan. kalau bercinta, diantara laki dengan perempuan ni yang mane satu paling bahaya? okay. kejam sangat ayat tu. tukar sikit. *yang paling perlu dijaga or maybe yang perlu diawasi? senang cite yang mane mesti ter ter tercurang dulu? hahha. sebab tu orang kate trust tu penting dalam perhubungan. kalau tak, memang tak ke mane la hubungan tu kan. terasa macam doktor love la plak. *wink

kalau pade post yang dulu, atoo pernah cakap. kesian kat lelaki. lelaki yang setia selalunya akan jumpe pempuan yang kurang dulu, baru yang betul-betul love. ade orang marah statement tu. sebab katenya semua pempuan bukan camtu. dan tak semua lelaki tu setia namenye. untuk buat kali kedua, atoo terdengar lagi cerite yang sama. 


orang yang tak bercinta mane bole cakap pasal cinta la! satu statement yang buat atoo kelu kejap kot. camne ye rase bercinta? rase ade orang nak bermesej. rase menunggu bile mesej tak direply. gaduh-gadoh kejap. merajok bile tak dipujuk. bergayut tak hingat dunia. bile hangout, lepak  kat mall, tengok wayang, makan.. macam tu ke bercinta? atau perlu invest yang banyak untuk membeli cinta? hahha.

maybe atoo tak layak kot nak cakap pasal love ni kalau tak pernah mengalaminya. chopp! ni blog atoo kan. so, suke hati atoo la nak cakap pasal ape kan. bagi atoo, cinta ni cukup simple je. only two things. tak payah korang nak frust meronggeng bile putus dan takpayah nak hevokk sangat la bile dah bercinta. dan kalau dah terime dia seadanya bile dah declare tu, so tanggung la segale risiko yang bakal berlaku kan. simple macam abc.

bebalik pade blog yang atoo usha tadi tu, maybe dia tersilap menilai. terlalu banyak memberi, sedangkan dia terlalu sikit menerima. dan bile si dia buat hal, memang sakit la bile dikatekan break-up. kalau awak nak tahu. karma tu wujud. dia akan dapat jugak dia punya bekalan sebab kat dunia ni semuanya mesti adil. cume datangnya tu lambat atau sebaliknya. dan bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor. masa akan mengubati segalanya. percayalah.

cinta sampai syurga...

tapi kan, kate Ally Iskandar, bercinta lepas kahwin itu indah. maybe. eh, for surelahh beb! kalau atoo dapat pilih. ehhehe. *shy-shy cat kejap. nak jugak bercinta lepas kahwin. indah kot. kalau diizinkan-Nya. insayaAllah. amin kan cepat semua. hahha. tapi untuk ade kehidupan yang ade komitmen macam tu. serrrram deyh. buat mase ni, banyak lagi mende yang nak disettlekan/ di-njoykan mase solo. hahha

eh, dah melalut jaoh ni cik atoo oi. hekhekhek. cinta jugak tu. okaylah. melalut bab cinta ni memang pandai. cube kena batang hidung sendiri. haa, terkedu mak nak. ape-ape pun. bercinta itu indah. jangan kita rosakkan indah itu disebabkan kekilafan kita sendiri. takde cinta yang boleh membunuh. cume kita yang jadi pembunuh sang pencinta. haaaa? hentam sajelah labu.. hahha


seteruk mane pun cinta, jangan pernah kita lupakan cinta kita yang satu. cinta kita pada si-Dia hingga hujung nafas kita. sebab Dia takkan pernah lupekan kita walau sejahil mane pun kita terhadapnya..


psst: kalau kita dapat rasekan ape yang kite rase, kita pasti rase ape yang kite rase.




October 30, 2012

jalan mesti diteruskan

bismillahitrahmannirahim...
dear diaries,

today. atoo continue menulis lagi. sebab rase ketidakpuasan yang amat. pade sape ye? kamo ni. ayik tak puashati dengan orang je. tak. bukan. kali ni seyesly pade diri atoo sendiri. *sigh. pe mende kau melalut kat atas ni haa? ehhee. nak melodrama kejap.

berbalik pade dunia baru. baru lah sangat kan? yes. pade atoo totally baru. jumpe dengan orang baru. duduk dengan orang baru. duduk tempat baru. satu keadaan yang betul-betul baru. keputusan dah pun dibuat. so, kena la bertanggungjawab dengan segale risiko yang ade dan bakal berlaku.. life must go on right?


tak tahu macam mane nak cakap. ape yang atoo rase. ape yang buat atoo asyik terfikir dan berfikir. nak kongsikan, tapi pade sape ea? betul ke jalan yang atoo pilih ni? *sighhh. takkan makan hati berulam jantung lagi? mungkin kali ni kena lebih kuat. seribu kali lebih kuat. kena berconfident untuk hidup kot.

maybe pilih untuk diam dan memerhati denagn ape yang berlaku dan bersyukur. sebab ape yang kau alami buat mase sekarang ni, maybe kau terpilih. ayat seorang sahabat atoo. ye. tak pernah atoo lupekan kau sahabat. leley. aku rindu kaw. rindu seyhhh....

walau ape pun yang berlaku. dah pun berlaku. dengan sape yang kaw pendam, kaw cume boleh diamkan tanpe merasakannya. ahh, kesian deh lo.chop! maybe mase aku belum sampai kan. so. dengan ape jalan yang ade ni. kite just berjalan. teruskan berjalan. jangan terseliuh dan toleh belakang lagi kot. sebab mereka yang hidup berlandaskan mase silam tak kemana.


-all is well-

September 23, 2012

andai itu takdirnya...

salam ahad semua...

korang buat ape hari weken gini ea... semua pakat-pakat gi nusajaya ea... wahh, jeles gile. atoo jaouh nun sane.. cume dpt tengok dalam tenet je la jawabnya. takpe-takpe. cerite hari ni yang atoo nak kongsi, takdelah nak huha huha sangat. cuma sekadar luahan yang tak dapat nak diceritekan dengan suare. senang cakap kate-kate yang terbelenggu kat pale otak ni. hahha

semalam atoo baru habis bace satu novel ni. andai itu takdirnya. junior roomate atoo sarankan. katenya novel terlaris tuh. okayh. untuk tasha, kq atoo dh habis bace dah. not bad at all. bole tahan. yang pasti tak rugi wat koleksi taw.


entah nape cerite novel itu buat atoo terfikir sikit. eh, banyak. kalau ape yang atoo lalui untuk satu mase yang singkat ni tak sesakit mane. baru sikit dah mengeluh kan. watak aleya. seorang perempuan yang tak pernah kenal erti jatuh. bukan salahnya untuk menanggung semuanya sendiri. dibuang keluarge. dibuang suami. salahnya cume menyukai seorang lelaki yang tak tahu menghargainya.

umairah dan ikram. sahabat yang betul-betul atoo cari selama ini. sentiase berdiri disebelah walau senang dan susah kite berdiri. tak pernah kenal erti penat dan jemu menolong dan memberi semangat kepada aleya. umi yang tak pernah lupekan aleye. ikram yang sentiase memberikan bantuan tanpe dipinta. gile atoo sayang watak ilusi ni.. hahha

walau ape dugaan yang datang kite takkan pernah sekali untuk rebah. hidup mereka yang sikaya takkan pernah setaraf dengan simiskin. semiskin mane pun kite jangan pernah mengharapkan orang lain. berdiri diatas kaki sendiri supaye kite tak pernah nampak lemah. dan hukum karma takkan pernah melupekan kite.

banyak rupenya cerite kehidupan ni yang atoo tak perasan. ape je yang berlaku kat hidup ni kite kena reda menghadapinya. sebab hanya yang terpilih saje yang akan melaluinya. betul. andai itu takdirnya untuk cerite atoo, atoo reda. atoo pergi bukan kerana salah, tapi mengalah untuk kebaikan.


atoo minta maaf atas segale perbuatan atoo yang buat pembace sakit hati. segale yang tertulis ini hanya luahan hati atoo. takpernah terlintas langsung hendak memalukan mane-mane pihak. dan kepade tukang pnyampai yg tak bergaji. puas hatikan? takpe. mungkin sekarang awak bahagia, tapi atoo masih ade tuhan yang tahu cerite yang sebenarnya. dia pasti tahu ape yang dikehendakinya...

andai itu takdirnya jugak atoo akan menamatkan segale-galenye disini. fullstop. semoga korang bahagia dengan ape yang korang dah buat. untuk kawan atoo. atoo takkan pernah lupe pertolongan korang. kenangan kite akan sentiese terpahat dlm ingatan cerita atoo. terima kasih sebab masih sudi terime atoo. 


everything gonna be okay.


September 5, 2012

all.is.well...

salam syawal semua.

syawal lagikan... selamat hari raye kepade semua pembace. masih sempat lagikan. entry hari raye mane? rasenye belum sampat atoo nak share story raye untuk tahun ni. kenape? mase tak mengizinkan kot. dan klu nak cerite rasenya dah nak basi plak. hehhhe. tapi, takpelah kan. bukan nye ade yg nk bace pun. sobs sobs sobsss...

lame gile rasenye tak mengshare story. nak berblog tu memnag teringin. rase dah desperado ni. bhahha... (even takde pembace) entahlah. cerite suka duka duka plus sendu je la. cerite kali ni, sekadar untuk sebuah perkongsian je. cerite hati atoo yang ditaip dengan kedua belah tangan yang dipinjamkan. dan diolah oleh pale otak yang sedang menahan sakit. gile dah blogger ni.

malam ni, rasenye nak bunuh orang banyak-banyak. fullstop. kenapa payah sangat nak jumpe manusia yang betul-betul nak jadi manusia bukan parasit. cukuplah rasenye satu sem ni macam-macam perangai atoo jumpe. kadang-kadang tu rase macam dah nak tinggal nyawa ikan. tapi hidup mesti diteruskan kan.

memang rase kena tikam bertalu-talu la bile orang yang kite trust tu, ialah duri dalam daging kan. sakit. kita bagi peha, dibalas nya kentut nak haarrrooommmm tu. tapi maybe agaknya atoo ni jahat sangat kot time bebudak. dan sekarang accept je lah ketentuannya kan. redho binti pasrah.

pelik kan. atoo ni takde pakwe. tapi masalah tentang hati dan perasaan ni melampau-lampau. terlalu ikutkan perasaan kot. macam ni takbole ade pakwe lah. takpe. pakwe itu urusan Dia. i will be waiting. tak gituw...

now. sekarang tinggal lagi satu bulan lebih je atoo nak hadap semua ni. satu bulan. atoo percaye. kalau kite sedang diuji tu, maknenye Allah sayang kite lebih. Allah tak pernah lupekan kita. tapi kita?? ya Allah. jauhnya aku dengan mu. ya Allah. kuatkan hati hambamu ni.  

katelah ape je yang korang mampu lagi nak cakap. klu cerite kawan atoo ni pasti takde pengakhiran yang happy ending. maybe, atoo tak reti nak jage hati kawan kot. bajet bagus. gile kuase. jahat sangat. sebab tu tak layak dapat seorang kawan pun.  

seriesly. atoo penat. cukuplah. atoo nak cakap, atoo datang sini bukan nak cari pasal. tapi nak cari ilmu. ade banyak lagi benda yang atoo nak tunaikan. sebab tu, kalau boleh segala benda yang atoo buat, atoo nak yang terbaik. atoo bukan keluarge senang yang hidup cume tinggal cuci kaki. 

masalah dunia ni hanya sementara je. tak kemana lah. ya. betul. semua akan berakhir bile yang tertulis sudah sampai di akhir episod cerite. dan all is well wahai hati. untuk korang yang baru nak berkawan, pandai-pandailah memilih kawan. sebab kebaikn tu selalu menutup sgala kejahatn.


-all.is.well-


August 10, 2012

surat untuk awak -part3

sambungan dari entry surat untuk awak -part2
ye. sebagai manusia, aku memang tak layak nak marah. sebab semarah aku, hebat lagi kalau Dia marah kat kite. tapi aku cume nak bagi tahu kat kaw. aku nak kaw nampak. tengok. sedar. kalau tak suke nape tak bagi tahu awal-awal. kenapa yang lain tak bersuare? itu kaw tanya la dorang. maybe dorang orang baik-baik. bukan macam aku. separa jahat. dan cukup penat.
dan kenape kaw nak salahkan ketua. dia tak salah. sebab aku dah hasut ketua? bukan. sebab sekarang ni aku the main actor. dan kite masing-masing dah besar la. dah boleh fikir sendiri. sekali cakap, takkan tak faham kot. nak merajuk dan dipujuk. bukan sekarang masenye. dah sem akhir ni, rasenye semua nak buat yang terbaik kan. takkan nak kantoi paper kot.
aku marah! marah kat diri sendiri! sebab aku tak dapat buat yang seperfectnya. aku bajet bagus. nak semuanya betul je. ya Allah, aku ni kalau bole, aku nak dapat yang terbaik untuk sem akhir kali ni. cube lah. kalau pun tak suke hadap muke aku, tolong lah buat tak tahu je. aku pun bukan nak hadap sangat muke kaw. tapi untuk last sem ni, cubelah untuk jadi professional. 
ya. memang dah bayak kali aku nak report kat lecturer. tapi aku ade lagi hati perut untuk nak selamatkan kaw. tapi kalau setiap kali discuss, kaw buat macamni, sampai bile kaw rase aku bole tahan? aku bukan malaikat yang redha ape je yang kaw buat. maafkan kaw even kaw tak minta maaf. aku ni manusia je kot. cukup-cukup la ye. 
aku rase macam chilldish sangat kot kalau bende kecik macam ni aku nak mengadu domba. kaw kate supaye senang aku nak bagitahu kat lect yang kaw orang tak buat kerja. weyh. jadi dewase la sikit. 'kaw orang' tu cume kaw sorang. yang lain datang je. ye. aku tahu semuanya pun tak puas hati ngan aku. tapi at least dorang still bole nak datang buat kerja. kaw? turun padang pun tak hingin kan? ape ni...
dan bile aku tegur kaw, hadap muke aku pun taknak ye. hina sangat ke muke aku ni. jijik? tertunduk sipu konon. dah terang lagi bersuluh laa. aku dah cakap, kalau tak suke cara aku, bole cakap awal-awal. atau dipersilakan. aku tak marah. seyes. aku tak rugi pon, fyi la. jadi, agak-agak kaw, ape status kaw ye? atau kaw nak jilat balik ludah yang kaw pernah buang dulu. malu sehh.. 
seyesly aku dah penat la. cukup-cukup la nak sakitkan aku. aku dah betul-betul penat. semua ni aku tak nak fikir dah. yang penting last sem ni aku nak berhabis-habisan. sebab life-story aku tak macam kaw. ape tu, tinggal cuci kaki je kan. tak, aku kena belajar macam mane nak cuci kaki. sebab kaki aku bukan kaki orang senang. faham kan.   
 kepade kaw, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku dah penat dan tak larat. alu minta maaf sebab tak dapat lagi jadi kawan kaw macam dulu. tapi aku rase kaw tak rugi mane la kan. takpe. last but not least, aku minta maaf. im sorry dear my old friends. aku minta maaf..

-the end- 

August 6, 2012

nak berubah??


-kbai-

kenape?


"kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?
kerana dosaku terlalu banyak, Allah masih izinkan (beri waktu) untuk bertaubat."
"kenapa Allah ambil dia dulu.. ?
sebab Allah sayang kat dia dan Allah tak nak dosa dia semakin bertambah di masa yang akan datang"

July 28, 2012

tak lama, kejap jer,,,,


nak kate tak betul, sebenarnya 99.999% sering berlaku kat masyarakat kite sekarang ni. ape yg atoo nak sharekan, tak semua yang kite nampak depan mata, same dengan ape yang kite terlintas di pale otak kita...


selamat berterawih semua,,,


July 25, 2012

senyumlahh,,,,

salam kmasyarakatannn kome,


-the end-

July 20, 2012

eh, esok dah pose la!

assalamualaikum readersss,

amacam? neves tak nak masok bulan ramadhan ni? hahha,

rasenye dah ramai yang tahu, eh, semua dah tahu lah. yolahh, kat fb, twiterrrr, dok post selamat berpose. dh ready nak tingkatkan kerja baik, kurangkan kerja jahat? esok nak start berdietlah (konon). malam ni jangan lupe gi terawih. jom main bunga api! hahha. macam-macam status.

okayh. fine! part yang paling dok atoo jeles gegile. -first ramadhan ngan family -yea! dah sampai kampung! -alhamdulillah, sampai pun. status nak bagitahulah, dapat balik kampung ye. balik-baliklah, tak payah nak show off sangat la derr! >emosikit<

nape tak balek? joho ngan kL tu macam batucaves ke unikop? hahha. takde transport la aci. public pen0t sikit. lagipun tengah banyak assign plus tak nak susahkan my makbapak. kasi chance mereka berdua-duaan. lagipun dah base rasenye start pose ngan roomates jerr. is okay!

actually dah semua nak update status ni, atoo pun nak jugak update story-mory. hehhe. ape kate tu, nak cecite le cikit kan. fully harapan ramadhan kali ini penuh bermakne bak kate raihan. bukan ea? takpe abaikan.

hopely, final sem kali ni berlalu dengan cepat. klas start awal taw. 8.30 dah start kelas sebab nak beri laluan berbuka. and biarlah otak atoo untuk sebuln kali ni berfunction lebih luar biase. segale assign going smoothly. segala busuk-busuk dalam seharian tu biarlah menjadi adegan paling kelakar untuk bulan mulia ni. senyumlah selalu wahai hati.

tetibe. rindu si kecik kemal :p

mesti kemal dah besar kan kan kan. ini rujuk reference pic kat atas tu. nak buah atoo la. sambung balik. pose final year kali ni, sorang-sorang. sob sob. sorang wakil senior la kat vila baiduri bersama adik-adik junior, amina, fifi, balqis. korang, kite berempat same-same rasmikan bersahur berbuka berpose kat sini. packej ramadhan. takpe, rase still macam dalam family taw! for sure bebeh!!!


malam ni dah bole la bace niat pose untuk sebulan. plus niat pose. plus practice doa buke pose. hahha. malam ni start terawih lah. rase-rase bape rakaat korang bole buat? dan start bersahur. hopely semua going with smileeyyy and all is well.

dah final year ni, tak sangke kite kawan kan... >,<

okaylah. banyak sangat membebel dah ni, sempena RAMADHAN HAMPIR TIBA, PASTIKAN korang:
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar

☑ Delete Dosa

☑ Approve Maaf

☑ Search Pahala ~
SELAMAT MNYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
Jangan ponteng puasa tau! Siapa ponteng tak dapat duit raya! Muahaha!!
sumber;(copyfb)


nak tahu waktu imsak dan berbuka bagi negeri korang? klik jom berpose


July 16, 2012

July 6, 2012

mak cik dan pak cik!!!

nak post ni je boleh tak?


-kbai-

May 15, 2012

May 9, 2012

ragam manusia

dalam hidup ni rupenya banyak yang kita sendiri tak duga kan. cuti sem kali ni pun dah nak habis. whuaaa!!! takde buat ape pun time cuti. tak sempat! dan korang yang slalu gi jenjalan tu, dont ask me. " cuti gi mane je?" "untunglahh cuti panjanggg, syokkkkann..." what everrr....


hehhe, terEMO plak dekat intro tu. sila abaikan. tapi cuti kali ni, atoo nampak macam-macam ragam yang tak sudah. pernah tak korang dengar istilah, cawan tu kalau tak de piring macam pakai baju tak berkain. hamboi, terhormat sangat ke nak disajikan sampai macam tu. eh, ade beza ke orang yang pakai cawan saje dengan cawan tak berpiring?

"yalah. kami tak berduit nak bagi kat hangpa. kami cume ade tulang empat kerat je yang boleh tolong untuk jadi kuli hangpa. yang cume bole tolong hangpa time orang lain taknak tolong hangpa. kami tolong bukan sebab nakkan duit hangpa tu. kami tolong cume nak dapatkan pahala yang hangpa dok payah risau na."

tapi betul orang cakap, sekali dah terludah tu, mesti  dah tak hingat kalau dah terjilat balik ludah tu. ish ish. atoo nak ingatkan diri atoo dan korang yang membaca, takpayah lah nak sombong sangat kat dunia yang sementara ni. atoo tahu kalau pahala tu tak nampak. agaknya kalau pahala tu nampak, mesti dah ramai berebut-rebut kan.

anak. what korang think? seorang ibu tu walau macam mane tua dia sekalipun, dalam hati kecik dia tu mesti nak anak kesayangannya balik sungguhpun dia cakap, "takpe. aku sihat. masing-masing ade urusan masing-masing. tak balik pun takpe." ye ke, tak balik pun takpe? tapi bile anak nya tu balik, mak ai. cume tak sediakan karpet merah je. semua lengkap. muke sakit pun boleh jadi sihat.

semua orang tak perfect. ini bukan masalah perfect atau tak. cume bile dah besar tu, jangan amik mudah kalau pasal emak. tadi baru sekejap telefon mak. mak sihat je. bla bla bla. emak dah tua sebenarnya. sakit-sakit tu memang selalu. kadang-kadang sampai lupe. hari ni isnin ke selase? tadi emak dah makan ubat ijn ke belum? patutnya korang tahu, emak sendiri takkan bagitahu kalau dia sakit atau seribu kali hati dia suruh anak dia balik.

apa yang atoo bole kate, eh tulis kat sini, semua orang belum terlambat lagi untuk jadi yang terbaik. bukan buat baik pade emak dan abah, tapi pade semua. even kenal atau tak dowang tetap ade hati untuk dihormati. sebab. kita bukan sape-sape dekat bumi ni.

-kbai-

February 23, 2012

sangat-sangat berTUAH okay!!!

salam blogger,

okay, this is seriouszzly make me super awesome!!! super speecceeleesss... super-atooo... memang tersangat ohsem. tahniah kat proton sbab make me proud of you guys! and to my papa Tun Mahathir,,, this is it! PROTON TUAH; 

agak-agak la kan, kalau nak wish, satu hari nanti, atoo nak naik si TUaH ni dengan papa Tun Mahathir dapat tak??? semua,,, aminnnn cepat..... hehhehe


kalau cam ni product proton akan datang,, babai HONDA jazz, awak no 2 dihatiku, welcome proton TUAH...you are the first choice!


anyone, ade sape-sape yang nak bagi atoo si TUaH ni. and make me berTUah, hehhe... memey tak lah kan. okay fine!!! tapi kalau ade yang baik hati,murah hati, nak tumpangkan atoo balik joho naik si TUah ni, insyaallah hidup korang akan berTUah selalu taw. hikhikhik...


view yang paling atoo like kat belakang si tuah ni. lampu belakang dia macam mate robotcob tak pun robot yang cite dalam tb tu. smart kan? smart sngt! l likeee...



apa-ape a million tahniah atas pengeluaran si TUah, dan korang yang mampu untuk memilikinya memang tersangat berTUaH. seriously bertuah. atoo? belum mampu lagi kot, senang cite, belum bertuah untuk ade sebijik TUaH ni. sob,, sob,, sob,,

sekian,,

kbai! hanya mampu jadikan TUaH wallpaper lappy... HIDUP TUaH!!!



RAKYAT JELATA