May 9, 2012

ragam manusia

dalam hidup ni rupenya banyak yang kita sendiri tak duga kan. cuti sem kali ni pun dah nak habis. whuaaa!!! takde buat ape pun time cuti. tak sempat! dan korang yang slalu gi jenjalan tu, dont ask me. " cuti gi mane je?" "untunglahh cuti panjanggg, syokkkkann..." what everrr....


hehhe, terEMO plak dekat intro tu. sila abaikan. tapi cuti kali ni, atoo nampak macam-macam ragam yang tak sudah. pernah tak korang dengar istilah, cawan tu kalau tak de piring macam pakai baju tak berkain. hamboi, terhormat sangat ke nak disajikan sampai macam tu. eh, ade beza ke orang yang pakai cawan saje dengan cawan tak berpiring?

"yalah. kami tak berduit nak bagi kat hangpa. kami cume ade tulang empat kerat je yang boleh tolong untuk jadi kuli hangpa. yang cume bole tolong hangpa time orang lain taknak tolong hangpa. kami tolong bukan sebab nakkan duit hangpa tu. kami tolong cume nak dapatkan pahala yang hangpa dok payah risau na."

tapi betul orang cakap, sekali dah terludah tu, mesti  dah tak hingat kalau dah terjilat balik ludah tu. ish ish. atoo nak ingatkan diri atoo dan korang yang membaca, takpayah lah nak sombong sangat kat dunia yang sementara ni. atoo tahu kalau pahala tu tak nampak. agaknya kalau pahala tu nampak, mesti dah ramai berebut-rebut kan.

anak. what korang think? seorang ibu tu walau macam mane tua dia sekalipun, dalam hati kecik dia tu mesti nak anak kesayangannya balik sungguhpun dia cakap, "takpe. aku sihat. masing-masing ade urusan masing-masing. tak balik pun takpe." ye ke, tak balik pun takpe? tapi bile anak nya tu balik, mak ai. cume tak sediakan karpet merah je. semua lengkap. muke sakit pun boleh jadi sihat.

semua orang tak perfect. ini bukan masalah perfect atau tak. cume bile dah besar tu, jangan amik mudah kalau pasal emak. tadi baru sekejap telefon mak. mak sihat je. bla bla bla. emak dah tua sebenarnya. sakit-sakit tu memang selalu. kadang-kadang sampai lupe. hari ni isnin ke selase? tadi emak dah makan ubat ijn ke belum? patutnya korang tahu, emak sendiri takkan bagitahu kalau dia sakit atau seribu kali hati dia suruh anak dia balik.

apa yang atoo bole kate, eh tulis kat sini, semua orang belum terlambat lagi untuk jadi yang terbaik. bukan buat baik pade emak dan abah, tapi pade semua. even kenal atau tak dowang tetap ade hati untuk dihormati. sebab. kita bukan sape-sape dekat bumi ni.

-kbai-

No comments:

RAKYAT JELATA