Showing posts with label kengkawan. Show all posts
Showing posts with label kengkawan. Show all posts

October 2, 2015

Bekas-bekas pelajar Teknik Pontian, Johor #Batch'07

#nowlistening: photograph
#mood: ed sheeran tak habis-habis

selamat membaca kepada awak. yelah. awakkk..

tajuk entry nak gebang je kan budak ni. eh, mestilah. walaupun nama atoo tak bermakna untuk teknik pontian, tapi teknik pontian amat bermakna dalam cerita atoo. eh, sekarang kolej matrikulasi teknikal beritahu google tadi. lagipun atoo dah lama tak buat entri bergamba. so, bila terjumpa pula gambar-gambar yang dah ready edit ni dulu, kita tinggal up entry je.



cerita 8 tahun dulu kau nak ungkit atoo. hish hish hish! mengada je tuh nak #throwback kan? bukanlah. cuma rindu. rindu suasana nya. rindu baunya. rindu nak beriadah. rindu nak main tennis. rindu nak pergi prep tapi tido. rindu nak berebut cop bilik air tapi baldi yang tolong beraturkan. rindu nak terkial-kial pakai kasut, padahal loceng dah bunyi. rindu nak beratur panjang ambil makanan. riindu nak tapau makanan bertapaweh senyap-senyap bawak balik dorm. lagi-lagi beskut chipsmore kan..


rasanya the most time yang atoo paling tak suka, tapi itulah yang sangat bermakna bila masa tu dah pergi. first things yang paling atoo menyampah, mesyuarat dorm! tak tahu la kalau sekarang ni ada lagi ke tak tradisi ni kat asrama. first meetings dorm, atoo kena gededak gedebik berdas-das dengan senior. end-up malam tu, tidor menangis sorang-sorang bawah selimut. esok pagi mogok taknak tegur kakak senior.. kejadah kau! kahkahkah! 


mana taknya, first time duduk asrama kot. kita ingatkan kita dah buat yang terbaik nak jadi manusia sebenar, sekali rupanya hareeemmm. alkisahnya pasal tak tegur senior kat luar bilik kot. tak berapa ingat la pulak. eh, betul la. ya. sebab lepas incident tu, atoo build the very good-good-good-good relationships dengan dorang. hahaha. dorang nak ini, bagi. dorang mintak tolong itu, bagi. lagi-lagi bila terserempak jauh beribu batu, kita dah siap-siap senyum lambai tangan. kahkahkah!  


yalah, atoo mana la tahu sangat nak berkawan. hurmm, sapa jelah yang sudi menerima diri yang serba kekurangan ni kan. kahkahkah! tapi semua itu kenangan. dulu tak suka, sekarang nak kan rasa semua ni. thanks kakak-kakak dorm 22, tingkat 3. kak ain, kak mira, kak zahid, kak fika, kak ejad, kak fizaaa.. opss! kahkahkah. eh, leley dan irafayadhah juga! bila agaknya kita boleh jumpa kan?




hi leley! haritu plan nak berlepak kat wedding kak fika, tapi last minute cancel. sori leley. next time leley. rindu kau! hi adek! adek sangat kan even sebaya rupanya. adek, kau ingat masa kau kantoikan isi hatiku suatu dulu. hahaha. ngeklah. malu tahu tak! duduk asrama dengan takde kawan, mana ada orang nak dengar luahan mengada kita kan. atoo menyampah orang tu, mane bole beritahu orang. bahaya. 


dengan takde orang nak cakap, so atoo menulis pada diri sendiri. terselit pulak kat buku. nak jadi cerita, adek ni pinjam buku tu dan kantoi. kantoi gelak sendiri takpe, ni sampai ke orang berkenaan. dan luahan tadi jadi surat berbalas. ingat lagi time tu, atoo bukak buku tu kat kelas. sekali selak, jumpa surat minta maaf. terharu jugak. malunya ya ampun. patutlah dia baik tiba-tiba kan. hahahaha... mungkin disebabkan itu ini itu ini, kita pelan-perlahan jadi rapat kan. 


kak fad, kak mira, kak ain, apa khabar korang? kat mane sekarang? tengah buat apa tu? betul-betul terputus hubung ni. agak-agak dorang ni kenal lagi ke tak budak tak semegah mana ni... hahaha. eh, kak ain dah berstatus eh? tahniah.. orang tinggi ni selalunya jodoh sampai dulu. 

takde direction tahun 2007 style

malam ala-ala prom nite. atoo sorang fesyen kelaut merepot, nasib tak kena halau dewan je kan malam tu. ni pun rembat je apa yang ada. siap-siap beriya berposing kat tangga. kalau diri sensorang memang tak dan la malam-malam nak bergambar kat hujung tannga ni kan. dorm atoo ni dah la hujung sekali, boleh dikatakan tingkat last sebab aras 4 tu tak pernah berpenghuni. so, tangga ni pun memang jarang orang guna kalau bukan kitorang lagi-lagi bila berebut nak beli begurr kat bawah tu.



nampak pelita demi pelita demi pelita tu. ya raya. bulan raya masa ni. eh, bulan puasa tapi dah nak dekat raya. zaman atoo tak tahu guna anak tudung hitam dan hanya bergantung hidup pada anak tudung putih sebab sekolah tak bagi pakai anak tudung hitam. nampak ciri-ciri pelajar terbaik? hahhaha. selalunya malam yang free boleh bergamba sakan ni malam sabtu je.  


hi kak zahid! hakak sebelah katil kita. semuanya lepas renovate dorm tu, dan katil kitorang menyebelah. masa mula-mula kenal kak zahid ni, lagilah menakutkan. muka ketat sangat. atoo memang taktahu nak tegur apa kalau dia tak tegur atoo. takut tersalah cakap, jelingan maut kau dapat. tapi lama-lama, dialah orang yang paling atoo hormat dalam diam. sampai one day dia marah orang lain, tapi atoo yang sentap. makan hati sensorang. yalah, angiin kak zahid ni bak tsunami kalau sekali dia datang.


ingat lagi bila kak zahid juga lah yang bersungguh nak baikkan atoo dengan leley masa kitorang salahfaham. kitorang gadoh, tapi dah pun saling memaafkan. berutus berbalas surat demi surat dah maafkan bagai.  ayat kak zahid, 

"akak tak nampak pun korang bertegur. akak tak kira, nak malam ni semuanya settle! cepatttt, depan mata akak!". dia membebel atas katil kau kan masa ni leley. 

hahaha. kitorang dah baik, tapi just masih tak bertegor-tegor lagi. or nak tegur balik tu atoo malu. entah, bila depan mata... malunya ya ampun. lepas tu cover dengan buat dunno. segan dia tu nak cakap macam mane eh. tapi itulah yang buat kita masih lagi berhubung even tak bertentang mata kan. thanks kak zahid, sebab sayaaang atoo dulu.. even tak cakap, atoo nampak. i can feel it! dan sempat juga feeling liike bila ada akak tu camne kan! rindunya... bila nak jumpa ni?



nak juga upload gamba paling epik ni kan. idea sape la ni ya? kerja diluar tabie ni hanya boleh dilakukan pada bulan puase kerana kami-kami percaya segala hantu dan jin dan nates diikat pada waktu ini. orang lain dah tidur, kita boleh pulak beraksi malam tu kat katil atas pulak kan.. hahaha. eh, kita-kita je kan kenal siapa kita kan?


cerita dorm 22 atoo lagi banyak dari cerita dorm 3 rasanya. boleh dikatakan atoo banyak bergantung pada senior even dorang tak rela pun. memang sangat terasa bila dorang takde. sebab bila masuk kita pulak jadi senior, tersangat awkward nak act liked senior dulu-dulu. terima kasih dorm 22 bagi atoo merasa moment-moment ni even sekejap. dan tunggu, tunggu. sorang-sorang atoo nak datang terjah nanti. 

"We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again"


coretan by atoo
xoxo =)

January 1, 2015

episod1 dunia dewase

#mood: buku baru
#mowlistening: hero


alhamdulilah. one step closer. cehhwahh. sebenarnya baru settle hantar report viva. nak tahu. dah hantar report pun masih lagi nampak silly mistake. format tulisan tak tukar. padamoke! hahhaha. malas nak pikir. dah hantar. settle la tu kan. bukan apa, gerram jugak sebenarnya dengan diri sendiri ni. print dekat berpuloh kali, salah still beratus kali. pastu print lagi. pastu nampak mistake lagi. arghh!! nak dekat sebungkus a4 tu jugak atoo kojekan. dah hantar tadi, nampak mistake lagi. manusia dan mistake tak dapat dipisahkan sebenarnya kan..


ok. nak habaq kat satu dunia ni. atoo dah habis belajor. fuhhh. jyeahhhhh. lalalla. maka dengan ini tamatlah zaman study cik atoo. tamatlah zaman berjage malam sebab assignment. berjage malam sebab esoknya ade paper. bhahahaha. barulah student katanya. nak sambung lagi? maybe, akan datang. niat dah pasang. cuma buat mase ni, azam nak bayor hutang pt dulu la ceritanya.


terima kasiih kawan-kawan clasmate #jbm240 #marketers. terima kasih atas cerita cerita kenangan kita bersama. maaf atas segala cakap depan, cakap belakang, pelakuan depan, pelakuan belakang, jeling depan, jeling belakang, yang diluar sedar atoo. yup. atoo memang banyak kekurangan dan masih lagii sedang merepair diri ni. #maafkandiriini


kenangan manis kita simpan ketat-ketat. kenangan tak berapa manis, jadikan teladan. kenangan terlebih manis, kita jadikan kenagan terindah. semoga kita semua terus sama-sama capai target hidup memasin, ada kerja best, ada duit banyak, ada kete sendiri, ada rumah sendiri dan ada keluarga bahagia. #targethidup kata madam jas, kita konvo kat segamat. insyaallah. ada jodoh kita jumpa bergathe-gathe ye.


dan semalam dapat satu mesej yang buat atoo dup dap dup dap la. even sebenarnya tak la besar mana tawaran yang diberikan, tapi oklah. berpadan la namenya fresh graduate. doakan atoo ya. harap-harap semua tu berjalan dengan lancarnya dan tahun 2015 kali ni bermula dengan cerita yang indah untuk kita semua. aminn.


p/s: Al-fatihah untuk keluarga dan mangsa #QZ8501 #prayforQZ8501 
tak lupa jugak #prayforpantaitimur #bestrong

xoxo =D 
jom marathon citekoya! hehe

October 21, 2014

workshop vs bengkel

#nowlistening: malaikat by hazama
#mood: menulis lagi

dear yang sudi menbaca. hahhaha
yeah! mood nak menulis dah sampai ni. lepas seminggu sibok kekonon baca insurance, tapi haprak. arghhh. bila terpikir balik rasa macam orang bodoh je. bajet konon soalannya style soalan uitm tapi kelaut lemas dah. pasrah jelah atoo oit. jalan mesti kedepan kan. yahh.

next weekendnya, atoo kerana terpaksa ku relakan diri ke bengkel kat uitm segamat selama 2hari. maka terkejar-kejar la jadinya mencari tempat nak berteduh semalaman. terima kasih kawan kepada cik iera kami. sanggup menumpangkan the stranger kat teratak you olls. thanks. ikot jadual yang diberi pagi ke petang. argh. again tak dapat terima kenyataan. padahal tak sampai petang pun. siap sempat meronda onesegamat kan. hahaha.

terima kasih kat semua lecturer yang sanggup datang jumpa kami kat bengkel. dan jawab soalan student yang buat kerja last minute ni. bukan nak kelentong tapi kenyataan kot budak marketing ni. opss! alhamdulillah. markah proposal dah cantek tapi bila kena tembak dengan puan jaslin, hamek kaw! baru satu soalan, tersengih kambing gurun tak sudah. nampak sangat tak sampai apa yang kaw nak buat tu atoo oi!

terima kasih bebanyak jugak kat madam jaslin, madam noreen (advisorku), dr akmal, dn madam zurina, faez dan waqi, semua semua lah. kira macam gathering habis. padahal proposal macam dilandai badai ombak tsunami dah ni. tapi yang part paling best, dapat makan free. wihuuu.. alhamdulillah. terima kasih madam jaslin. siap complete breakfast dengan lunch. jimat duit. hehehe.   

credit to MrShan intagram

lepas ni kita jumpa lagi time viva. eh, bukan viva perodua tempat si beto tu tapi viva yang present sensorang depan dua panel tu. geteq kepala lutuq bak hang. ni pun dah berpeluh kepala otak bila terbayang that situation. apply cuti sehari, yang bermakna kena koje la esoknya. mengantuknya bai tak terkata kat ofice tadi. niat murni nak cari jornal memang kelaut sangat. arghh

untuk awak awak yang atoo tak ketemu tu bukan melupakan tapi tak berkesempatan. im sorry. kalau ada kelapangan nanti, i will. bajet nye atoo ni. hahaha. sesekali fefelin retis. krik krik krik.

kadang kadang sebenarnya tak payah nyatakan dengan percakapan, perbuatan tu dan jelaskan lagi menyuluhkan. semua yang berlaku ni kan part of the life. kita akan kehilangan dimana kehidupan mula berjalan. and its was meaningful to be a part of this moment. engko dah kenpa atoo? #tetibe #sentap


thanks for reading!
xoxo =D

October 19, 2013

Jamboree TaHa@U

date: 20,21,22 Sept
venue: Kem Tebing Tinggi, Segamat
mood: excited + takot pun ade gak

dear bloggerz..

actually tajuk post ni dah lame bebenor jadi draf.. dan malam aim malam ni nak kosongkan pak draf. so, this is the story la nak cerite.

dipendekkan cerite tak banyak yang bole share kat sini, disebabkan urusetia kem tu tarik semua alat komunikasi. kira macam betol-betol punya putus hubungan dengan dunia luar. eh, intro sikit. kem ni 3hari 2malam. kalau lebih 3hari rasenye mau tak patah tulang-mulang den ni. penatnya hurmm, tidor satu hari pun tak bole recover satu badan. huhu. fine. atoo bukan kaki kem. ni pun free haa... mak nak kasi tahu. 

macam tag yang kat atas tu terang lagi nyata the word TaHa@U refers to encik penganjur kem kali ni. yaitu, TabungHaji bersame BHarian bersame bebudak unibersiti. pendek citer lagi, atoo tersangat bertuah. after berebut belon bagai untuk dapatkan group. baselah hidup dalam kem, hidup berkumpulan. mygroup is 9. official name 9gag. 

bebudak unibersiti yang terlibat, ofcorse, my uitm segamat tercinte, bebudak kptm batu pahat, dan unikl. dalam tiga name besar ni, my opinion la, unikl paling menyerlah. why? sebab dorang paling ramai dan gegile la.. dan kptm batupahat tu baru nak berjinak-jinak masuk uni. bebudak diploma lagi. adek-adek. hekhekh 


hasil colekan #twitpic geng kptm. ni kira picture paling semua ade. kalau nak zoom carik budak uitm, boleh juling mate. tapi, nak bagi nampak, duduk depan-depan. hahhaha, i'm the green lady.. tepi tu je hah.. depa kate, gambo ni masok paper. tapi entahlah.. bhahahha...

aktiviti yang bole atoo short listkan, masak. ini paling main kot. datang-datang, dapat kumpulan, terus kasi bahan basic, then memasak witjout any utensil tapi gune palehotak. siap ade judges yang nak rase sardin tropikana..ohh, thats my group menus. agak mencabar jugak la. tapi nasib menyebelahi kite. dalam group atoo, gegurlnya, uitm student. and thats make kemis tu dah ade.. huhu..

activity indoor or outdoor:
  • river crossing (base je, sebab dah penah buat), 
  • rafting (buat rakit+pusing sungai+nebesgile sebab atoo kan comel...), 
  • jungle survive (jaoh gile jalan, then kena memasak ditengah-tengah hutan getah, cari cacing banyak kali, kena pi pancing sendiri..teamwork kena kuat),
  • nightwalk (boleh la, sebab dah penah buat, so enjoy jugaklah),
  • malam kebudayaan (wajib ade, grop atoo hentah pape. sekian..), 
  • jenazah session (cara-cara nak kapan) and 
  • munakahat sessionn (paling gelaksakan, rase macam pi kusus kahwin..hehhe)
that's all.



disebabkan nak bergambar di tempat kejadian agak tak sempat, setelah ditakluki habis oleh geng unikl ngan geng kptm, so, uitm begambar dalam bas je.. sobsobsob.. bole kire ni tak sampai satu bas penuh pun.. dan sampai-sampai jom last picture koranggg..

Kem Jamboree Taha@U kat Kem Tebing Tinggi Segamat.


xoxo =D
p/s: dalam satu team kalau tak capai satu kate, team tu takkan kemana..*tetibe


September 14, 2013

new sem, new resolution

#mood: sedang kebahagiaan dirumah
#nowlistening: takkan terpisah

salamkemasyarakatan uolls'

saje je nak bermood sedang berbahagia dirumahku syurgaku sambil berfeeling-feeling takkan terpisah oleh pengantin baru kita. tahniah black hanifah dan isteri. semoge bahagia hingga keakhirnya. 

so, entry kali ni atoo nak shared the cerita terbaru dari saya. currently taking new semester. sem2 in #UitmSegamat tapi part4 disebabkan dapat pengecualian cedit. thankz uitm. and now, sudah pun seminggu berlalu. jadual baru, kelas baru, lecturer baru, roomates baru, rumah baru, eh... katil baru.. hekhekhek..

jadual baru kali ni cantek. banyak kelas pagi dari petang. boleh dikira jadual membahagiakan jugak lah. pukul 12 je dah bole fikir balik rumah. dan petang, bole kumpul tenage atas katil baru.. hoyeahhh.. (jejoget sikit..)

lecturer? nobody is perfect right? hehhe.. tetibe kaw jah.. perempuan ade, laki pun ade. doktor pun ade. and the very important, lecturerku jiranku.. hehehe. jadi penghuni #tamanharmoni memey tersangat bertuah. ape-ape pun, hopefully sem kali ni, menjadikan a better student with the better result and good memory antare kita semua.. cewahhh.. aminnn..

and kami still lagi bersama..


kegirangan #mypesday class sem4... #jbm2404a.. #marketeers foreva... credit to Helwani

2nd day class, omk omk omk, tudungku kemek... credit to Helwani

mane resolutionnye cik atoo oi! ahhhaha... tak berani nak buat senarai bagai lagi dah ni.. sebab tak semuanya tercapai pun #truefacts. untul sem baru kali ni, cukuplah satu-satunya resolutions, to be a better students with the very better better better results. selagi namenya student, niat suci murni nak mendapatkan #deanlist takkan pernah padamkan. same as me for sure. 

okaylah guys. mase dah time. hoho. dah lame rasenye tak menulis panjang lagu ni. or jujurnya, post ni dah terperap seminggu kat draf.. hahaha..last but not least.. happy saturday...


to be a better blogger..
xoxo =D

July 28, 2013

cerite ramadhan atoo

#nowlistening: kalau aku kaya...
#mood: ramdhan18

salam gengs.. yuhuuu..intro nak mcam pn che pulak. hekhekhek..(versi dah lama tak update)

pejam celik pejam celik, dah tinggal bape hari je kite semua oghang sesama islam nak sambut hari raye. dan pejam celik jugaklah blog ni semakin menyepi. arghhh! tapi takkan terus menghilang. ade dan tetap terus akan ade cume tak segilak dulu. dan ramdhan kali ni pun, tak banyak story nak share. totally jadi different person atoo kat bumi segamat ni. 

last year ramadhan, kemain haihh.. setiap hari bercerite. makanan buka eh iftar, amik gambo. bazar? hari-hari pergi, menunya lagilah macam-macam ada.. time sahur. kitorang masak. b4 makan, amik gambo dulu. kemain kot. zaman budak diploma. bebudak lagi. innocent..housemate pun time tu melayan bile atoo keluar je camera. iftar kat kedai, dengan budak kelasss... rindunyee.. tapi tu semue cerite diploma. #kenangan #unikopsyurgamakanan

sorang tengah buat degre, sorang tengah kumpul duit kawin,,, rindu aku tak? hekhekhek... 

tengok, nak gi terawih pun bergambo sat naa... bekas roomate...mira, jadi budak finance ke?? hahhaha

yang ni memang menu feberat ramadhan. kerabu+ayamgoreng.. 

lauk sahur..untuk 8 orang...rindunye moment ni... #masaksendiri #makanantin

last iftar dengan budak kelasss.. masing-masing dah ade life sendiri. bile la nak gather balik kan?

ramadhan sebagai budak degree? after all i been through 18days of ramadhan, alhamdulillah. eceehhh, omputih sat ye. atoo sambut ramadhan kali ni dengan mr.final payper. kalau tak silap, 2nd ramadhan tu ade payper lagi.. kira time tu agak keseteghesssan.. mak atoo kate, name pun student.. so, rilek brother, yelek brotherr.. 

habis paper 14hb tu, esoknya dah sambung intersesi. see, ramadhan kali ni agak tak terase sangat. boleh dikatekan, hari hari jumpe puan che. eh, bukan-bukan menyesal. takdeh. kira macam hari hari hari otak ni menerima dan menerima. (ok tipu, weeken mane bukak buku).. senang cite, atoo takde cuti sem. haa, kan senang.. 

perkongsian ramadhan kali ni, bukak balik folder degre ni, arghh! takde banyak gambor. takde memori of degree. orang kate, jadi budak freshie degre ni memula kena innocent, sem baru nak belajar setart enjin.. panas kan dulu. sem depan baru setart tekan gear4 teruss..ok? juadah beboke yang sempat atoo amik dari membe, untuk 1st day ramadhan sampai 3rd je.. sobsobsob...


untuk menyambut ramadhan kali ni, ummu dah offer nak buat mi sup kaki ayam. sedoopp.. sem depan buat lagi ea ummu. 2nd day, ummu jugak yang offer nak buat jejemput pisang. aduh, my feberet.. memang telan kasi licin la citernye kan. 

3rd ramadhan, puding telur (kalau tak silap) made by ida. atoo jugak yang tukang perabis kan.. atoo masak ape? dah kate tukang makan. makan sokmo la deyhh.. ehheehe, jap tengok balik, 1st day tu atoo buat jejemput bilis. dorang kate sedap. tapi for me, ofcourrse la sedap kan.. #kakijejemput #kakimakan #sapenakaki?

itu jer gambo yang dapat atoo share kan. itupun ihsan kengkawan. terime kasih semua. sekarang, tengah bertungkuslumus ni menghabiskan intersesi selama 25hari saje. nextweek test1. amacam, ready ke tidak, shortcouse kali ni memang betul tershock. raye kite je awak, cume ade 4hari. 4hari? 4hari? even cerite raya kat tv3 tu pun ade sampai raye ke-8.. huhh.. fine, atoo #kakitv. tapikan, cerite raya kali ni best-best taw.

nak buwek camnor, hidup kena diteruskan. botingkek botingkek yow. dari kena amik sem5 nanti, baik amik sem pendek ni haa. settle payper opm ni, baru la langsai hutang gua ngan #uiitm. 

update kali ni memang panjang. sejak dah berminggu dok usha blogger orang, cerite itu, cerite ini. iftar dengan ni, iftar kat sinun. seyesly, atoo jeless.. huargghhh.. nak join tapi hanya mampu tengok jela korang update. sedeyh. medeyh. pedeyh. #foreveralone. dan blog sendiri terbiar, so, ceritenye memang panjang kelaut. dah tak sah jugak la kalau tak digambarkan kan. 
  
ini cerite hari-hari nak pehabis sem3 hari tuh. tak de lah dah basi, cume suam-suam kuku. #jbm240 #marketeers #uitmsegamat

last kelas qmt dengan pn shahieda. qmt? omk omk omk, korang yang belom amik tu, jangan nak dok heboh mnanya atoo kalau jumpe atoo lagi sem4 nanti. sorang-sorang atoo pelangkung yerr.. tapi insyaallah, mintak2 lulus pun cukup la payper ni.. tolonglah atoo ya Allah..

sir muruga. hi sir. kabare sir? hahhhah, bole jawab tak sir. dalam banyak-banyak lecturer, kira dia ni la yang paling happygolucky.. ajar e-commerce. bebudak marketing tahu la corse ni. sir ni paling comel taw.. lagi-lagi time dia berleter. bunyi macam orang melayu je.. bab mass, makdatok.. mengantuk tak boleh blahh.. #truefact tentang e-commerce, sereyess boleh lena 3mlam 2hari. 

eh, grouping e-com ni la group atoo dapat pujian. terbaek dari ladang punya teamwork. *wink* memang tersemat indah memory pujian sir dalam otak atoo ni. defend yang bagus. financial cantek. slide yang kemas. smooth je time present tu. kira dah nak sipi-sipi almost perfect. ehehhehe.. (tengah senyum sorwink ni) *3twink #bajetbetol #kenanganterindah

cikgu product management. pn aisyah. kecik comel orangnya. tapi lagi berdouble comeyl time dia membebel.. first class dia. aduyh, selow-melow sore dia. naik lemau betol dengar. dengan muke sereyes, memang seriau jugak lah time tu. tapi lame-lame, omputih kate kemis tu dah tumbuh. kira kelas prodduct ni, diantare kelas yang teruje nak masok jugaklah. #kamuni!   

tetibe haa, begedel i show you. projek grouping untulproduct pulak. ni kira the best moment atoo nak show off sikit. eh, nak share kegembiraan bersame jer. untuk unikopianz, sory curik project kome. sharing is caring. wantan bergedil paperwork dah ade and tinggal visualize kan. memang satu kelas merase. sedopp. 

of course dapat pujian. soklan bole jawab. defend yang kuat. slide info semua ade. product bole sampai international ni. tepukan gemeruh. kegembiraan. kebanggaan. senyum sampai ke telinge satu hari tu. hahhhahah.. oh, dunia lihatlah.. thankz to my teamwork. ade jodoh, kite berteam lagi wokk. 


yang ni pulak before final bermula, housemate ummu ajak keluar. last dinner bertogether. so, atoo yang menumpang teduh kat rumah ummu ni jadi tukang penyibuk binti penyemak tegar kat last dinner dorang. tapi terime kasih bebanyak sudi bagi menumpang ye kengkawan baru. coming soon jadi salah sorang dari mereka-mereka ni.. #tamanharmoni  

#idafarahin #ummusakinah dengan projek mambaham #kepsi #segamat #newfriends

episod akhir ssebenarnye saya isteri dia.

for sure kami setia didepan telebision. disebabkan nak pergi #ttdi tu jaoh bebenor, tengah musim final exam pulak tuhh.. atoo ajak la dorang ber'mood' #ssid untuk malam episod akhir #ssid. malam tu kami deal nak pakai purple sempena suit kawin si hemsem #firarsh dan si cantik #syafa. kira nak berfeeling berada #rastattdi tengok bersame pelakon. #projekfinalexam

rasenya bile kita dah jumpe geng sekepala yang bole masok macam-macam topik, baru rase. saya dah jumpe jalan saya. hopefully kita kawan selamanya. sebab nak kate kawan yang bebetol kawan atoo, tak banyak. jujur, bole kira dengan jari. and atoo memang membosankan untuk dijadikan list kawan korang. #truestory nak buwek camnor. #propa #budakkurangkasihsayang #jiwakacaw

haa, sampai sini perkongsian ramadhan yang cukup berbeza dan pangjang melebor. pendek kate, panjang tak terkata ape-ape dah ni. 

untuk first dan last, salam ramadhan dan selamat hari raya kepada pembaca belog cheritera cik beast. atoo minta maaf sekiranya ade silap yang atoo diluar sedar. tegur je. hidup ni kenasnetiase ingat mengingatkan. semoga kdua-dua bulan ni kita dapat mencari sesuatu dan mendapat sesuatu daripadanya. sama-samalah kita menjadi orang yang berguna kepada seseorang terutama diri kita sendiri. 


salam ramdhan18,
cikbeast 
xoxo =D
  

p/s: kalau berukband jinak, insyaallah, akan ade the next story meyh. jom sahur!

June 12, 2013

cerita atoo lagi.

#nowlistening: cerite dia by #dramaband
#mood: bila.. ku tunggu jawapanmu..

random story lagi...

selagi tak habis sem kali ni, selagi tu lah perasaan den tak tenang..otak kusut.. hati sakit.. mata pedih.. jiwa menangis.. hah, semuanya keluar dah ni. rase macam nak bunuh orang pun ade ni.

kenapa?

tinggal lagi dua minggu je. tapi rasenye macam dua tahun. ya allah. lame betul mase bergerak. presentation, report, test, semuanya ber'jemm jemm' tak habis-habis. and takde ke berita yang mengembirakan dua minggu ni? owh, yah, atoo amik intersesi kali ni. chop! bukan sebab fail ea... tapi paper opm ni takde time kat unikop dulu... orang kate susah. plus lecture kat sini yang agak kede, strict.  tapi belum cube, belum tahu kan. tengok je la hasilnya naik nanti. 

kalau atoo cakap, kita kena ada sesuatu baru kita dapat sesuatu. bunyinya sangat tak ikhlas. tapi kenyataannya yang benar bin hakiki. zzz....


entry bersambung...


see, buat entry pun bole tertido. alkisahnya entry semalam ni tergantung, tersave dengan sendiri. and one more day, atoo rase, diri atoo sendiri dah lost in the jungle tu haa. today, baru satu grop settle. and i'm the worst one. cakap pasal graf je, fine! tak sampai 5saat pun. tapi-tapi, atoo berpeluh keringat menyiapkan report dengan slide. okayhh. lecturer tak nampak tu semua ye. fine! #padanmuka

myneves symtom rasenye tak kan pernah hilang. and tersangat la dashyat. hafal. baca. faham. note kecik. note besaw. semuanye macam hang terus bila diri kat depan tu. tangan pakinson. satu badan keras semacam. doktor-doktor kat malaysia ni tak ubatnya ke? dapat satu kapsul pun jadinya. dapat cakap pung-pang pung-pang depan budak kelas untuk sekali ni je. eh, dua kali..arghhh..i need that capsul...

dua hari ni jugak, entah nape jiwa, persaan, sikit-cikt nak tacing. nak terasa. sakit jugak hati ni nak cover nothing happen kononnya. rase nak menanggis, nak share story, nak marathon drama korea, *tetibe.. tapi there is nobody for me. bluerkkk!!! eh, jiwa kental macam atoo ni ade perasaan halus yang sangat mulus taw. jangan main-main.

tapi sebab atoo ni forever alone, maka dengan itu kaw pun pujuk diri kaw sendirilah. just pretend nothing happen la kan. macam tak pernah buat je.

my laptop! my lappy. setiap kali nak start, laptop screen dok la idop, tapi lampu kat caplock tu kemain nak lip lap lip lap ngan kite. dah tu, nak kena tepuk-tepuk manja kat buntut laptop baru nak start macam base? nampak tak mintak perhatian.... orang kate virus dah makan banyak tu. orang kate screen tu mintak baru.. orang kate.. motherboard tu rosak. mak haih! semua nak mintak service serentak. kopak la den. setegehrsss mak nak! arghhhh!

one more thing about myself yang atoo sendiri rase sudah sampai masenya i need to change it. stop being dependent but being independent. and guess what. i'm cook! atoo masak. (smile ke telinge dah ni.)

woi! orang kampung, anak pokcik tumin dah tahu nak masak! dia masakkk!!!

hahahhaha. okay. just masak sayur goreng. but ok lah kan untuk orang yang tak pernah turun dapur macam pempuan ni. slow-slow, atoo akan masak lauk by lauk. orang kate practice make perfect. seblulan intersesi nanti, just wait ye koranggg! wish me luck! ehehhe

rasenya kat belog ni atoo belum kenalkan kat korang, kawan-kawan baru atoo kat uitm selatan ni. sesegar amat bahase budak uitm. or dah selalu sebut name deme-deme ni, tapi just belum show ofp kat cheritera cik beast. maka tersebutlah alkisah, kawan-kawan seperjuangan atoo dalam sem yang dah nak berpenghujung ni. ni pun sedut kat fb. almaklom, tuan belog punye phone cukup untuk kol je. puih!... #propanaklebih hahahhaha
 
credit to wani.

wani, nanie ahmad, ummu kinah. hahhaha.. kira dorang bertiga ni sesama batch atoo. and kami-kami ni freshie degree in marketing. rakan seperjuangan yang bernasib baik dapat jadi budak marketing. group baru. #marketeers #totu #jbm240 #part3 #uitmsegamat.. mengedik nak #hashtag macam ade yang ditag kan tu kan... lalalaalalala

credit to nanie ahmad.

yang ni ihsan nanie ahmad pulak. dah nak behabis sem ni, datang kelas cume nak tengok kengkawan present je. maka terjadilah gambar ini before lecturer enter. yang ejaw tu bakal daie, zafieara. purple one, joyahjunior kak bell, yang specky sweet je tu, ecah dipendekkan, i. and the shawl lilit one, bole kira close cikit, sebab kite berdua based kolej bersekutu, ummu sakinah. #masslect #gogedik #degreelife



okay. that is. masa dah time. time tu siapkan ape yang sepatutnya dibuat ye malam ni. jadi student kena la sedar, awak tu tak kerja berlambak, sempat lagi nak berbelog. takpe. sesesekali kan.. >,<


sekian. =D



January 20, 2013

biO-bOOth -part2

entry bersambung -biO-bOOth(part1)

salam ahad you oll's,

ahaks. ahad hari yang paling syok. tapi hari penamat segala cuti. hahha. tadi baru lepas tengok #tv9 #nlko segmen  #trio. itulah kerja berfaedah bila duduk rumah ni. tengok tibi. tengok laptop. dan tengok tibi balik. tengok laptop balik. salingan mak dok membebel-belel bila dok terperap je dalam bilik. jangan jeles. 

dan untuk cerita entry kali ni yang memang dah berkepuk-kepuk tersimpan dalam draf. sadis. to be continued konon nya ni. sebenarnya cerita pasal kami-kami budak business ni apalagi, berbusiness la. tapi ni kira kitaorang ni batch terakhir yang have fun buat selling kat kolej unikop. sebab dengar cerita course selling dah upgrade jadi transport. so, adik-adik tu, study leklok ye pasal kenderaan bagai. kehkehkeh.


bila terkenang balik, memang manis pahit tu mesti ada dalam setiap perencah cerita manusia kan. macam biasa assignment kali ni, macam mana nak buat selling. rasa berselling dan how to make customer to buy our product. omputih dah. wee rindu giler pulak nak berselling. madam liza. apa kabar la madam sekarang ni?

penat dia. omak kaw. tak boleh nak story. tapi bila dapat balik modal plus untunggg, rasanya ohh, lihatlah dunia. aku kaya. kehkehkeh. memang pack gila minggu tu. lecturer bagi 3 hari je buat selling. tapi berbekalkan kejayakinan yang tak boleh blah, dan demi apreciate pelanggan yang datang lebih sekali, kami bukak kedai sampai last day. siap ada bagi gift. 




'caption nak bagi kat gambar atas ni? yang mamat tak berapa macho tu abang president business club. apalagi. nama budak business mesti la sokong anak-anak business. so, kena beli la. bukan forces buyer tapi vvvip customer. dari segi senyuman nampak gigi, rasenya dia gembira dengan layanan yang kami berikan. hahahha. tak gitu abang president? 


mascot utama untuk marketing. mr chef biO-bOOth. oh ya. kenapa bio-booth? ramai jugak yang dok menannya. bio tu sempena projek super mega etr kitaorang. bio-refrigerator. alang-alang tu semua nye jadi berserba-serbi bio. nanti ade masa, atoo share cerite yang tu plak. tak banyak mana pun yang kitorang jual. tapi boleh kita havoc jugak..

 sandwich telur omputih panggil egg sandwich.

 yang ini main menu. samosa kentang. paling hot item la gituuww

 sampingan, popis sosej. yang pandai je mampu goreng taw. hahhak

sweet corncup. kira hot jugak. sebab yang ni untung takde pesaing. sentiasa habis. siap ade yang tanya resepi. padahal petuanya, niat nak buat tu mesti dengan kasih sayang. betul tak mr spongebob?

customer diantara penjual. hahaha. yang ni paling atoo sokong. patut diterapkan dalam dunia perniagaan. even kami-kami ni bersaing untuk menbuat selling, tapi kami tetap sokong orang sebelah. macam mane? yalah. kedai sebelah beli kedai sebelah. even takde customer (dorang pergi kelas) selling tetap ada. ini barulah persaingan shihat walafiat.

itu dia cik niesa devough devusss. jiran kanan. jual kepek. jual tudung. jual banana split. jual aiskrim malaysia. kira mcam-macam jugak la dorang jual. setiap hari ade je yang upgrade. tapi yang paling atoo rindu, roti jala cicah kari. sedapp... 

yang ini jiran sebelah kiri. boleh dikata jiran rapat. sebab kalau ikut kedudukan kedai, kedai kami berdua macam disisihkan (tersembuyi disebalik corner). sob.sob. so, cara nak menarik pelanggan agak mencabar. dorang jual makanan bergoreng. adek beradik nguget tu. ade sosej, bebola, cucur sosej, dan jugak spageti. hot item spageti olah kakak shay. boleh tahan jugak la sebab sampai atoo beli satu.


haah, yang dorang ni, sempena nak guna barang terpakai ni semula, atoo suruh dorang jadi kenangan. sebelum papan board tu direntap, dikoyak dan ditong sampahkan, kena la amik gambar. mr ayie, mr raje dan mr wawan.

seminggu selling tamat dengan jayanya. walaupun marah geram senyum suka bercampur satu, assignment ni tetap berjaya disiapkan. satu je yang atoo kongsi, business ni takdelah payah mane kalau kita tahu ape yang customer kita mahukan. dan dalam selesaikan apa-apa tugas, berikan yang terbaik untuk dapatkan pulangan yang terbaik.


-tamat-


October 19, 2012

terima kasih awak awak dan awak!

hoyeehhhh....

ops! bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum readers.

ape kabor? hehe. lain plak rasenye. kekok jap. lame betul tinggalkan dunia blog. cuti jap. rindu gile nak menaip. nak membebel itu ini. nak tulis mende syok sendiri. hahha. bukan nak biarkan blog ni tergantung tahu. cume sedikit buzy. eh, banyak buzy. tapi lepas ni dah tak kot. sebabb...

alhamdulilahh.bersyukur sangat-sangat. hoooooreeyyyyy... lalaallallla...(berjoket dah ni)


dengan ini. saya. owner blog ni. dah tamatkan diploma. selama 3tahun setengah. ye. lambat sikit. tapi habis jugak. harap-harap keputusan baik la hendaknya. at least 3pointer kat depan dah cantek. tak dekan. takpelah. dan dapat jadi pelajar lagi untuk ke degree plak. tapi nak sambung ape ye? comfiuss...

kunci dah pulang. sayu je tengok muka mama @ka warden atoo kat sini. betul lah kate mama. dulu waktu masuk. memang menyampah. fasiliti kurang. itu. ini. tapi bile dah nak tinggalkan kolej ni. sayang pulak. memang  banyak kenangan terindah dan tak berape nak indah untuk nak diingat. hahha. 

kepada mama dan warden semua, terima kasih banyak-banyak. lecture-lecture atoo. dari sem pra sampai sem6. terime kasih semua. beri ilmu yang tak terkira. mungkin ade yang ingat atoo, dan sebaliknya. alah, atoo yang montel ni. selalu je duduk depan. (nerd). hahha

yoep delivery. berger oldtimer. wau delivery. aladin delivery. makcik wafer. hahha. lepas ni dah takde orang nak delivery makannan. lagi-lagi delivery lepas kul12 malam tanpe tax. gile. miss sangat-sangat. owh, pasar malamku setiap hari isnin.. hashim sup. yong tau foo ku.. huarghhhh... fine. kolejku syurga makananku okay!

babai villa baiduri...

classmate atoo. dari sem1 sampai sem6. terime kasih semua. jadi kawan atoo. warge villa baiduri. terime kasih atas service yang korang bagi. adik junior. tasya, mina, balqis, keena, espcially mira. terime kasih sudi accept kaq atoo sebagai manusia. hahha. sorry sangat sangat kalau ade buat korang rimas. sorry. nana and the roomates, terima kasih atas tumpangan bilik yang sekejap ni. ade jodoh, kite semua jumpe lagi.

last event ubc yang atoo dapat join. korang semua memang awesome!


mira, yana, ain. terime kasih atas kenangan yang kite ade bersame. terime kasih lengkapkan cheritera aq noor. terima kasih sudi kawan dengan atoo. ade jodoh kite jumpe lagi. dan kalau kawin nanti, jangan lupe jemput atoo. vvvip seat ea... sayang korangg...

kalau kite bertemu, endingnye berpisah. tapi akan ade episod seterusnya kalau ade kehendak dariNya. atoo nak minta maaf atas segale silap atoo kat korang semua. insyaallah. kalau ade jodoh kite jumpe lagi. dan ini entry terakhir atoo berade di unikop. esok dah gerak. terime kasih unikop. babai unikopiann. terima kasih.


-life must go on. degree im comingggg bebeyhh....-


RAKYAT JELATA