February 11, 2011

jangan jadi bangau!!!

assalamualaikum semua,

dah makan belum? mestilah dah kan. apalah atoo ni kan. hehhe. 
dan cheritera untuk pagi bebute ni, atoo nak cakap. hmm, korang.. blogger2.. readerzz.. jangan jadi bangau. bangau? pe bende nya ni? sape yang jadi bangau? 
pernah dengar tak lagu ni...?

Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x

Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x

Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x

Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x

Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x

okay, memang dulu kecik-kecik atoo suka dengar lagu ni. yelah tak faham maksudnya time tu lagi. tahu melalak je. bebudak la katekan. nak fun aje kerjanya. tapi sejak, dah menjinak-jinak jadi sedikit dewase. dan barulah atoo tahu cerite disebalik lagu ni. korang dapat tak? cube review balik lagu lirik kat atas tuh. mesti korang dapat ape yang atoo cube sampaikan. tak dapat jugak?

korang perasan tak, si bangau tu asyik suke menyalahkan orang lain tanpa ada kesudahannya. dan begitu jugak macam senario manusia. kenape agaknya? dan jujurnya atoo pun selalu gak laku tuh. tapi atoo dah tak nak macam tuh lagi. dah nak jadi manusia, kenalah tahu salahkan diri sendiri dulu sebelum salahkan orang lain.

korang? korang pernah terpikir tak sikap bangau korang ni? heipps!! tipulah kalau korang takde sikap ni. semua makhluk yang bername manusia tuh, huhh!! memang gemor jadi bangau. nak tahu sebab ape? sebab dorang ni susah nak mengaku kesalahan diri sendiri. dengan kate lain terlebih ego. kalau lelaki dengan perempuan? dua-dua same ego. betul tak?

pernah tak korang dengar, " perhatikanlah apa yang dikatekan orang, jangan memperhatikan siape yang mengatakannya..." mungkin ape yang dikatakan ade yang salahnya tapi ada jugak yang betulnya. kita yang pandai menilai ni, harus hamik positif side. betulkan diri kita. bukan makin harukan keadaan. ye lah, tak sepatutnya kita saling salah menyalah.
tapi ni bukan maksud biar orang sesuka hati senang tindas kita. orang macam tu, buang jauh-jauh dalam laut. hahha. kasi makan denga ikan jerung.. biar dia rase.. dan korang semua, jangan jadi bangau ea.. biar bangau jadi bangau. manusia jadi manusia. 
p/s: kenal diri korang dulu, before kenal orang lain...

1 comment:

mian said...

betol2.jangan asik nak salahkan orang laen.cermin diri dulu =) nice entri