February 15, 2011

disebalik maulidur rasul...

assalamualaikum semua, selamat pagiii... 
jadi sempena maulidur rasul esok, atoo sempatkan diri ni jugak nak tulis cikit entry tentang maulidur rasul. dulu time kecik-kecik kat sekolah mesti punyalah sambut. ade berarak satu sekolah. ade dengar ceramah, kisah-kisah para nabi. plus makan dengan kengkawan, enam orang satu dulang. ingat lagi tak? kenangan tu, memang manis bile di hingat balek kan?

dan kat cini, atoo ade cikit cheritera disebalik maulidur rasul.
  • Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
  • Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
  • Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. -sumber wikipedia
  • Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci.Saat itu ialah malam isnin, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.
  • Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia.
  • Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di ahirkan tidak menanggis seperti anak anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang hairannya.
  • Suasana di rumah Abdul mutalib ketika siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.
  • Di luar rumah Abdulah pula, berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah.
  • peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragam Majusi yang sejak di nyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba api itu padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.
  • Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.
  • Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
  • Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Alhamdulilah pagi ini atoo dapat share kat korang tentang kisah keajaiban yang berlaku pada kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. dan bagi kat cini jugak atoo nak ucapkan salam maulidur rasul kepade semua umat islam. same-samelah kita memperingati hari mulia ini dengan selawat dan salam keatas baginda.


p/s: salam maulidur rasul untuk semua student unikop dari blogger aq islam.. >.<

No comments: