June 2, 2011

Wahai pembuang bayi, bacalah ini...-cabaran minggu5



assalamualaikum semua,

wahai pembuang bayi..

atoo tak salahkan mane-mane pihak sekiranya kes macam ni berlaku kat awak. dan mungkin kesilapan ramai kat luar sana yang lebih suka cepat menghukum dan sikap prejudis terhadap awak. ye. memang betul. atoo tidak menyangkalnya. kalau tak kerana pelakunya, manakan pulak munculnya bayi kan.


tapi atoo nak cakap, cubalah untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. atoo tahu awak tak salah dan mereka semua, tak sepatutnya salahkan kat awak sepenuhnya. mungkin sebab, kependekkan akal awak memakan diri. dan ini bukan penamatnya.

atoo faham. lagi-lagi bile si dia cakap cintakan awak. sayangkan awak. tak boleh hidup tanpa awak. nak awak buktikan cinta awak. mungkin time tuh awak dah terapung kat awan dengar ayat-ayat manis si dia. kan? tapi pernah tak awak terpikir sikit. sikit je la. kalau betul dia cintakan awak, takkan punya dia nak sentuh awak sebelum ada pertalian yang halal, right?

orang sekeliling. ibubapa, kawan-kawan, jiran tetangga pasti tidak menerima awak lagi. mereka salah. bagi atoo, awak kena kuat. awak kena tahu kalau, perjalanan hidup awak jauh lagi. penerimaan atau pembuangan mereka bukan penamat untuk terus hidup. masih ade banyak lagi peluang dan tempat untuk awak diluar sana. percayalah.

dan anak itu tidak bersalah. mungkin sudah sampai waktunya untuk melihat dunia luar. anak itu darah daging awak sendiri. sampai hatikah awak? atoo tahu mungkin ade sesetengah yang melakukannya tanpa rela, terdesak, tapi cubalah untuk kasihani anak itu. dia dilahirkan dengan cukup sempurna. cukup sifat. dan awak sanggup membuangnya?

dan mungkin atoo ni pandai berkata-kata. tak pernah alami, ade hati nak nasihatikan orang lain. ye. memang betul. awak yang alaminya sendiri dengan atoo yang hanya pandai cakap memang tak sama. tapi atoo cuma nak tolong awak. awak tak salah. anak awak juga tak salah. awak dan anak awak berhak untuk hidup kat dunia ni. awak kena ingat itu.

kepada pembuang bayi, masih ade banyak lagi peluang untuk awak mulakan hidup baru. dan atoo akan cuba untuk menolong semampu atoo yang boleh. dan korang yang kat luar sana, berhentilah bersikap prejudis kat mereka ni sebab mereka pon berhak untuk terus hidup seperti manusia lain.

dan pade pembuang bayi yang memang suka buang bayi, tidak suka kehadiran anak itu, berikan sikit simpati awak untuk biarkan anak itu terus hidup. dia tidak bersalah. letakkannya di tempat mulia. bukan kat tong sampah, dalam longkang, lubang jamban. macam-macam lagilah. bagilah peluang untuknya terus melihat dunia walaupun tanpa awak.

kepada awak, mungkin tempat ini dapat membantu awak... klik sini.

okay. done untuk cabaran minggu ke5. jom follower, sempat lagi ni... 100penulis.com

1 comment:

June Usri said...

orang yang buang anak ni memang tak guna , tapi kadang kdang bila kita ditempat dia . mungkin kita akan buat macam dia . tahla . . nauzubillah~

RAKYAT JELATA