Showing posts with label cabaran 30 minggu. Show all posts
Showing posts with label cabaran 30 minggu. Show all posts

June 15, 2011

toturial kek batik -cabaran minggu6

assalamualaikum koranggg...

"emakkk.. along, nak makan kek yang ade batik tuuhhh... hehhe, (mintak simpati..)"
"buat aje lah sendiri.. kan senang..."

resultnyer?
first time, ternyate jadi.. rupe buruk, tapi marvelleesss....
second time, milo tak cair-cair. jadi doh. hahha
third time, milo ketul-ketul. jedi gula-gule milo.hahha
nak buat lagi...? -surrender la mak... mak buatkan je la... hehhe

tu dia cite atoo ngan kek batik ni. atoo memang giler suke ngan kek batik ni. masalahnya itulah. tak pernah nak menjadi. first time buat tu pun, mak campur tangan. mak lepas tangan, halamak. kempunan la nak merasa. dan, atoo memang tak pandai la bab memasak ni. hehhhe.

eh, tapi kek ni lah satu-satunya yang atoo hingat sangat bahan-bahannya. meyh, atoo nak shared:


  • biskut marie
  • milo
  • susu pekat/ cair
  • mentega
cara-cara:
  1. Panaskan mentega didalam kuali, bila dah cair masukkan gula sampai cair,
  2. Susu pekat/ cair then masukkan milo kacau sampai naik bau sedap then masukkan biskut merry
  3. Gaul sampai mesra.
  4. last sekali masukkan dalam bekas / loyang tekan – tekan sampai mampat dah suam/ sejuk baru masukkan dlm peti ais.
=hasilnya...



pinjam abg guugle...

SELAMAT MENCUBEEE.....

okay, done.. sape nak buatkan untuk atoo.. hehhe..
dearest follower.. jom ramai klik ---> sini


p/s: takot tak jadi? hahha, resepi dh betul, cume...memang tangan atoo ni
tak pandai bab-bab memasak.. hehhe

June 2, 2011

Wahai pembuang bayi, bacalah ini...-cabaran minggu5



assalamualaikum semua,

wahai pembuang bayi..

atoo tak salahkan mane-mane pihak sekiranya kes macam ni berlaku kat awak. dan mungkin kesilapan ramai kat luar sana yang lebih suka cepat menghukum dan sikap prejudis terhadap awak. ye. memang betul. atoo tidak menyangkalnya. kalau tak kerana pelakunya, manakan pulak munculnya bayi kan.


tapi atoo nak cakap, cubalah untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab. atoo tahu awak tak salah dan mereka semua, tak sepatutnya salahkan kat awak sepenuhnya. mungkin sebab, kependekkan akal awak memakan diri. dan ini bukan penamatnya.

atoo faham. lagi-lagi bile si dia cakap cintakan awak. sayangkan awak. tak boleh hidup tanpa awak. nak awak buktikan cinta awak. mungkin time tuh awak dah terapung kat awan dengar ayat-ayat manis si dia. kan? tapi pernah tak awak terpikir sikit. sikit je la. kalau betul dia cintakan awak, takkan punya dia nak sentuh awak sebelum ada pertalian yang halal, right?

orang sekeliling. ibubapa, kawan-kawan, jiran tetangga pasti tidak menerima awak lagi. mereka salah. bagi atoo, awak kena kuat. awak kena tahu kalau, perjalanan hidup awak jauh lagi. penerimaan atau pembuangan mereka bukan penamat untuk terus hidup. masih ade banyak lagi peluang dan tempat untuk awak diluar sana. percayalah.

dan anak itu tidak bersalah. mungkin sudah sampai waktunya untuk melihat dunia luar. anak itu darah daging awak sendiri. sampai hatikah awak? atoo tahu mungkin ade sesetengah yang melakukannya tanpa rela, terdesak, tapi cubalah untuk kasihani anak itu. dia dilahirkan dengan cukup sempurna. cukup sifat. dan awak sanggup membuangnya?

dan mungkin atoo ni pandai berkata-kata. tak pernah alami, ade hati nak nasihatikan orang lain. ye. memang betul. awak yang alaminya sendiri dengan atoo yang hanya pandai cakap memang tak sama. tapi atoo cuma nak tolong awak. awak tak salah. anak awak juga tak salah. awak dan anak awak berhak untuk hidup kat dunia ni. awak kena ingat itu.

kepada pembuang bayi, masih ade banyak lagi peluang untuk awak mulakan hidup baru. dan atoo akan cuba untuk menolong semampu atoo yang boleh. dan korang yang kat luar sana, berhentilah bersikap prejudis kat mereka ni sebab mereka pon berhak untuk terus hidup seperti manusia lain.

dan pade pembuang bayi yang memang suka buang bayi, tidak suka kehadiran anak itu, berikan sikit simpati awak untuk biarkan anak itu terus hidup. dia tidak bersalah. letakkannya di tempat mulia. bukan kat tong sampah, dalam longkang, lubang jamban. macam-macam lagilah. bagilah peluang untuknya terus melihat dunia walaupun tanpa awak.

kepada awak, mungkin tempat ini dapat membantu awak... klik sini.

okay. done untuk cabaran minggu ke5. jom follower, sempat lagi ni... 100penulis.com

June 1, 2011

Persiapan Sebelum Update Blog -cabaran minggu4

assalamualaikum semua,

morning korang!

setiap orang kat dunia ni mesti ade cara masing-masing nak setart menulis. macam tu jugak dengan blogger. blogger ni mestilah buat persiapan yang rapi sebelum nak bagi readers tu bace blog diorang. buat draft dua, tiga kali. tapi bagi atoo simple je. sekali idea tu datang, terus atoo tulis. kalaupun tak sempat nak update kat blog, atoo buat draft kat pale otak kecik atoo ni.


selalunya payah rasenye untuk atoo takde idea tapi kemalasan nak menulis. hahha. bagi atoo simple je. atoo tulis ape yang atoo rasekan nak story kat blogger lain. blog atoo ni pun bukan blogger berinfomasi macam sesetengah blog. hanya sekadar coretan insan biase nak berkongsi cerite.

contest atau bloglist? atoo rase ramai jugak la blogger yang rajin buat post pasal bloglist mahupun contest. kalau kerajinan atoo yang melampau time tu, semua contest dengan bloglist atoo sapu licin. hahha. kalau malas, sorry lah dearest blogger yang tag kat atoo. atoo wat tak tahu je.

kalau memang dah desperate nak update tapi takde idea? 

hmm, rasenye tak pernah lagi kot... sebab kalau tak de idea, atoo lebih suke jadi silent reader kat blog orang lain. buat blogwalking sehari suntuk...

okay.. done untuk cabaran minggu4

atoo nak tag kat semua follower atoo.. jom join... klik (sini)

p/s: jangan lupe senyum lepas bace entry ni... cheeseee....

May 23, 2011

Keghairahan Popular Di Dunia Maya -cabaran minggu3

assalamulaikum semua,

cabaran ni sebenarnya selang ikut minggu. tapi nak di jadikan cerita lambat join, rasenya boleh terus kejar untuk minggu ke-5 kan cik 100penulis.com? cabaran minggu ketige pasal dunia maya. lebig spesifik, keghairahan popular di dunia maya.

atoo tak tahu kefofular tu sejauh mane, tapi atoo nak cerita keghairahan femes dunia maya ni kat kawasan atoo. mase first time atoo dapat laptop sem1 rasenya. mesti nak ade tenet sekali kan? ape barang wifi kolj. tapi rasenya, dua-dua lembab. hahhha. ape yang paling femes sekali?


haa, myspace. "jangan lupe add aku, taw!" nak hampir satu rumah kena demam myspace. segale artis kat dunia ni nak di 'add' jadi kawan. comment itu. comment ini. siap berlawan sape yang paling ramai di'add'. kepopularnya kat mane? bile on aje, berpuluh-puluh new yang add plak tu lelaki, almaklom.. letak gamba ciut miut, kejop je dapat ramai kawan. kelakar plak bile pikir balik. dan time tu, fb tak bestl. complicated konon. bla.. bla.. hahha.

lepas beberape bulan...


twitter ni menular kat tempat atoo tak lame. sebab ramai yang cakap twitter ni tak best. ape yang tak best, atoo pon tak tahu. bagi atoo same je kepentinganya dengan myspace. kghairahan femes kat mane? hahha, bile artis-retisss ni twit kita balik, walaupun dah beribu kali kita twit dia.


sape aje manusia zaman sekarang ni yang takde fb. mase time umur spm dulu. rasenya fb ni semua korang pon tak femes sangat. yolah, kalau on9 pon mesti sebab nak isi borang upu. kalau tak pon tengok youtube. yang lelaki apalagi, dota memanjang. tpi bile dah masok zaman kolej, laju je ade fb. nak ngumpat itu, takpuashati dengan ni, hari ni gembira, rase nak belasah dia, macam-macam status keluar kt fb ni.


aha, yang ni kghairahan popular atoo yang terlampau. jujurnya, atoo join blog sebab atoo nak rase cool. geram bile tengok blog-blog yang hebat, tu yang ter'addicted' dengan laman sosial ni. nak follow me, nak widget penoh satu screen, nak kejar income tinggi, ntah pape je rasenya time tu. tapi bile dah setaon jagung berblog, rasenya bukan itu tujuan berblog. tak rugi kalau korang join laman social blogging ni. banyak faedahnya.

kalau dedulu lah, tapi sekarang pon ade lagi...


dan yang paling terkini, versi malaysia..


yang paling femes diantare laman-laman kat atas tu, youtube dah 1tube. kalau mase umor spm dulu, atoo layan youtube ni bile tengok video clip artis-retis kat dunia ni. tapi sekarang, macam-macam dah ade kat laman ni...untuk musim sekarang ni, rasenye keghairahan ramai blogger yang dah ceburi bidang vblog. ape-ape pon korang memang terbaik!

okay, done cabaran minggu3...

dearest follower, jangan lupe join!

aja! aja! fighting!

May 21, 2011

Kalau saya seorang pengarah filem...-cabaran minggu2

wow!
opss, semekom blogger...
teruje bebenor rasenya dapat jadi pengarah filem. meyh, kasi intro cikit. macam yang korang nampak banner kat atas tuh, atoo masih dalam cabaran 30 minggu latihan menulis oleh 100penulisan.com. dan untuk cabaran yang kedua,
Kalau saya seorang pengarah filem...
AN ACTION! 
kalau atoo diberi kesempatan menjadi mengarah filem? atoo nak wat filem yang sesuai untuk semua golongan umur tengok. -tak nak yang cerite berat-berat sangat. tambah cikit dengan komedi. sikit cinta dan kasih sayang dan yang paling penting, happy ending. dan bile penonton tengok, diorang akan terase bahagia seperti diorang ade dalm cerite tuh. 
hahha. bukan senang kan. cakap tulis memang senang. citer happy ending ni mesti orang selalu kaitkan dengan citer h. cinta, gadoh, tumbuk-menumbuk bagai nak mati, last-last- si hero boleh bangun nak tangkap si heroin. alamak, style citer macam ni kita sendiri dah boleh agak. 
yang lain plak, cerite cinta kedahak. bercinta, masalah punye masalah. timbul orang A, timbul orang B, tub-tub orang D adek kepade orang C. timbul anak tiri, mak tiri, atok tiri. akhir cerite, hero bahagia sendiri, heroin bahagia sendiri. pengajarannya? jangan cari pasal. hehhe. apakah? -tapi atoo rase, ramai yang sukekan cerite macam ni walaupun cerite type ni nampak slow? right?                                                                                                                                                                

kenape nak happy ending? bagi atoo satu cerite yang di akhiri dengan happy ending dapat bagi kepuasan kepade penonton. atoo rase ramai kat luar sane yang refer menonton filem sebab nak hilang stres ataupun nak hilangkan kebosanan. kita yang dalan ketensionnan ni takkan nak tengok satu cerite yang 'sad ending', makin tension la gamaknya. 
thriller story. sape yang tak layan citer thriller ni tak nampak cool beb! betul tak? bagi atoo, cerite hantu ke, aksi, lagak ngeri, drama, cinta, ape-ape genre lah atoo still akan masukkan unsur comedy. unsur comedy ni la yang akan buatkan sesebuah cerite itu nampak... hebat. 
pelakon. satu name yang penting dalam jayakan sesebuah filem. sudah semestinya atoo pilih actor dan actress yang fofular dan femes. baru boleh jalan kan? remy ishak, shahezy sam, aaron aziz sape lagi... actress, lisa surihani, maya karin, erra fazira dan ramai lagi lah. CUT! hehhe. so, kalau muke tak hensem ke kurang cantek ke, atoo tak pilih! hahha.
mane boleh macam tu kan. jadi pengarah mesti baek hati nak kasi orang job. tak kan la atoo nak jadi cruel director plak. atoo pilih pelakon dari segi watak cerite atoo la. dan paling penting, tak mau yang seksi-seksa dan bajet bagus tapi habuk. hamik kau!
macam bagus sangat je director atoo ni kan? heheh. dah kate suh berangan dan buat karangan. nak tahu akhir cerite director atoo ni? hahha. bile atoo celik mate balik, rupenya atoo masih seorang depan lappy ni. "bile la hambe nak jadi pengaroh filem ni? huhhhh....."
okay! done untuk cabaran minggu ke2. jom dearest follower, join atoo!

May 18, 2011

Kalau saya diberi rm100 -cabaran minggu1

assalamualaikum semua..

selamat malam rabu. ape cabaran-cabaran ni? yelek-yelek. macam yang atoo gempa-gempu kan dalam 'entry gile' atoo yang lepas, atoo nak join cabaran 30 minggu latihan menulis oleh 100penulis.com. assignment nye tak susah mane. merepek-meraban cikit pasal topik yang telah diberikan.
topik minggu1: Kalau atoo diberi rm100 sekarang, atoo akan...

rm100. nilai seratus sekarang dengan seratus dulu memang beza teramat sangat. kalau kecik-kecik dulu, seratus tu berhabis wat beli 'jajan' plus aisekerim. mak bising sikit, tersimpan la dalm sepuluh hinggit kat tabung tuh. itu pon kalau abang aisekerim tu cuti. (setiap minggu datang rumah, sebab tahu atoo berduet time tuhh..) sebulan pon belum tentu habis lagi kan.

sekarang? takpayah cakap. ade je seratus kat tangan, tak sampai 10kali tarik, dah langsai. itu baru sekali pusing pasar malam, belum pusing lagi satu mid, timesquare, giannt.. mane-mane la. tapi, nak kate boros, sekali tengok kat tangan takde lah bepuluh plastik. haisshh, ke mane kah seratus itu...??? (mule menyesal.. hehhhe)

tapi la, ni kalau atoo diberikan rm100, atoo akan...
  • bagi kat mak ngan abah cikit. tak banyak mane pon still dapat buat dorang 'merase' ape yang atoo ade. keluarge atoo tak de semewah maner. jadi, setiap rezeki yang atoo dapt, mak abah atoo dapat merasenye.

  •  asb. amanah saham malaysia. simpan sikit kat sini. tak banyak mane buat ape? tak banyak pon, kalau 10kali atoo diberi rm100, dah boleh jadi rm10++ kat dalam tu kan. hehhe. ( sape lah yang bertuah tu kan? ) 
  •  simpan kat tabung. (simpan lagi?) hehhe. simpan kali ni untuk topup sebijik nikon. tabung yang ni memang khas untuk satu tujuan satu misi satu malaysia. tolak campur tabung 50sen, tabung mara (budak mara) ngan duet gaji, insyaallah tahun depan dapat kot. 
  •  beli kefsi. yang banyak punye, berbucket-baket. pastu bawak kat rumah orang tua-tua ataupon kat rumah anak-anak yatim. teringin sangat nak tengok dorang ni senyum bahagia tengok kedatangan kite. (suatu hari nanti.. i will...)

  • beli novel plus earphone banyak-banyak. novel sebab atoo memang hantu novel. tapi atoo bukan maen taram je beli novel, atoo akan bace kawan atoo punye (pinjam). kalau best baru atoo beli satu buat koleksion. earphone plak, sebab earphone atoo tak pernah yang bertahan. tak kira murah ke, mahal ke, gerenti tak sampai dua bulan dah biol sebelah. nak selamat, sediakan banyk spare part.
ini tak cukup seratus ni. okay! ye! hehhe. "kite hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan." cewaahh.tu dia.. dah keluar dah philosopi dia ni.
ade orang pernah cakap atoo, "sehinggit lebih besar dari seratus hinggit" humm? 
okay! done untuk minggu 1. sumber gambar: tenkiu encik guugle

nak join cabaran ni, klik Cabaran 30 minggu Menulis

bubye!

RAKYAT JELATA