June 19, 2011

cerite abah -"selamat hari abah!"

assalamualaikum semua...
korang dah telefon abah korang belom? telefon la. tanya kabor... atoo baru lepas coll tadi. baru lepas wish tadi. tu pun malu-malu. nak cakap lebih-lebih, tak tahu nak cakap ape. hehhe.
"selamat hari abah kepade, en Tumin b Ngasimin dan jugak abah-abah kat malaysia hari ni..."
kali ni atoo nak share cerita abah atoo yang sorang ni. nak katekan atoo ni anak abah, rasenya jaoh sekali kot. heheh. tapi itu tak bermaksud atoo tak sayang abah. along, sayang abah!
abah atoo bekas polis. tahu-tahu je la kan kalau polis ni didik anak lain pesyen cikit. selalunya kasih sayang yang ditunjukkan tu tak nampak. heheh. betul tak? tapi waktu kecik-kecik pon, atoo selalu ingat abah tak sayang atoo. lagi-lagi lepas kena belasah ngan tali pinggang. paip getah. hanger. semua dah rase. arghh, menyampah ngan abah.
tapi dengan care tu lah, atoo sekarang ni jadi manusia. kalau tak, dah jadi ape la agaknya. dah atoo paling ingat time nak makan ubat. time kecik dulu-dulu, atoo ni paling jenis yang tak suka makan ubat. entahlah. tak boleh langsung letak kat atas lidah. mesti terkeluar balik.
mak citer, time tuh abah la yang sudi jadi penyuap ubat. sebab mak suap, dah tak jalan. abah letak atoo kat ribanya. time baby lagi mak citer. abah tuang la ubat kat sudu camtuh. nak suap dengan baik-baik. dan atoo pulak... buuweeekkk... sembur abah balik. habis muke abah atoo sembur dengan ubat tuh. hahha.
dah naik sek rendah, ingatkan dah okay sikit. tapi lagi teruk. lagi dashyat bile dapat ubat pil. nak ubat air dh tak berkesan.pil tu ditumbuk kasi hancur, letak dlam air, letak dlam pisang, macam-macam dan memang terkeluar balek. dan time tuh, atoo lebih suke ubat yang doktor kasi dari bawah. hahha. baik punyerrr...
but now, dah tak takut ubat lagi. camne? sebab bile time sakit, atoo refer let it go. yalah, demam tuh mesti datang. sakit tu kan buang dosa. dalam dua tiga hari okay punya kan. tak payah makan ubat segala bagai.
untuk abah, memang atoo bukan anak abah yang abah harapkan. tapi percayalah, along ade abah sorang ni je. along sayang abah dan sayang abah hingga hujung nyawa along. cume along malu nak cakap depan-depan abah. hehhe.
p/s; kepade abah, along cube jadi camne yang abah nak, tapi along tak mampu abah.maafkan, along

No comments: