Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts
Showing posts with label cabaran 30 hari. Show all posts

June 27, 2011

Day 30 – A photograph of yourself today + three good things that have happened in the past 30 days

assalamualaikum korangg..

here we come, the last cabaran of 30day challenges...

firstly, a photo of myself..

yeahh! this is me...


three good things have happen in the past 30 days?
  • hari-hari bukak blog. hahha. tak kering idea nak cerite kat korangg.. ranking blog ni pun naik la cikit berbanding dulu.. walaupun cite atoo tu meng'annoying' betul kan? hehhe. ape-ape pun. cabaran ini dah berakhir disaat post day30 dipublish sat lagi.
  • cube nak jadi lebih baik dari semalam. ape yang atoo nampak, setiap entri yang atoo tulis, atoo akan make it simple and nice untuk korang tak bored bile bace. -takde yang bace pon... even dalam life kita pun, kita akan try untuk make sesuatu things tu lebih baik dari yang lepas. jadi, atoo dalam sedang cube untuk nak jadi lebih baik untuk setiap hari untuk semua orang.
  • saya sayang diri saye! yess! selame 30 hari ni, baru atoo perasan, atoo ade life yang takkan pernah ade pade orang lain. pengalaman yang begitu mahal yang takkan pernah same dengan ape yang korang rasekan. atoo bersyukur sangat dengan ape yang atoo ade sekarang ni. -alhamdulillah.. dan korang kat luar sane, hargailah mereka yang disekeliling kita sebelum kita terlambat...
~the end of 30Day Challenges~

salam...


June 26, 2011

Day 29 – Something you could never get tired of doing.

assalamualaikum bloggerss n jugak readerss..

hari ni punya topik, 'something i could never get tired of doing...' tapi before tu atoo nak citer cikit pobem atoo malam tadi. nak giler whoa!! kalau nak tido tapi tak boleh tido. memang geramm. baring dah macam-macam pose, mate ni still tak boleh tido.

nak kate bayang prince charming pon dah tak boleh jalan. sape boleh gi taw jalan selesai pobem atoo ni.tolonglah atoo. kalau malam ni pon still tak boleh tido, memang jadi betul-betul gile tuan blog ni. aduishhh...

habis citer masalah big atoo ni, masok topik untuk hari ni. something i could never get tired of doing. ape ye?

  • blogging. -ini memang of course. ade orang bace ke tidak, i don care. blogging is my life. walau hupdate ke tak, blog atoo ni tetap no1 di hatiku. blog ni diari? bukan. blog ni tempat atoo melepaskan nafsu. what? nafsu nak bercerite walau takde pembace. jangan fikir lain.
  • cari duit banyak-banyak. -walaupun ade orang cakap, makin banyak duit kita, makin banyak hutang kita. cube lah untuk kurangkan hutang. mungkin belum masenya (student lagi), time kerja nanti, tunggulahh... so, sape nak jadi kaye macam atoo?
  • cube untuk buat hidup orang lain gembira. -yang ini kekadang atoo termengalah sekejap. tapi atoo tetap akan make orang lain tersenyum bahagia. how? "senyumlah, senyumlah, wahai cek molek..." hahha.
tige benda yang mungkin atoo takkan pernah penat ataupun bosan untuk ade dalam hidup orang lain. awak bosan? hahha. makin bosan tu lah yang akan atoo kacau dari bosan sampai tak bosan. tak percaye? tanya mak bapak atoo. bosan giler bile atoo ade kat ruamh. hahha.


okay, DONE!

p/s; hidup ni sesekali tak bosan tu bukan hidup namenye... 
sape nak jumpe bosan, mcj atoo. hahha.

June 25, 2011

Day 28 – In this past month, what have you learned?

assalamualaikum korangg...

entri kali ni pasal the past. in the past month, what have i learned?

past month, bulan mei. ape yer. okay. time bulan ni sepose cuti sem kat kolej atoo. sebulan cuti woa. tapi disebabkan atoo ni kerajinan nak jadi sukarelawan kat kolej atoo, atoo involve jadi fasi. ape tuh? fasilitator kepade junior-junior yang nak masok kolej atoo. bangga cikit. kahkahkah.

ape yang atoo belajar?
  • kerjesame dalam satu team. -kitaorang dibahgi kepade tiga team. team mpp, team ajk, dan team fasi. tapi bak kate ketua, kita semua satu keluarga. saling kerjasame untuk dapatkan satu goal. dan kami achieve that. benarlah orang kate, kalau satu team tu tak sepakat, goal tu mmg bolos lah kan.
  •  berani. -kalau dulu atoo kenevesan untuk cakap dengan orang yang kita tak kenal, tapi bile dah join team induksi ni, atoo dah boleh untuk berani cikit. jadi instuctor kat family junior. explain kat junior pasal kolej. jadi peramah pade ramai junior. bla bla bla...
  • dapat kawan dengan MPP. -hehhe. dapat tegur-tegur plus berkerja dengan golongan-golongan mpp. bangga seyh. hahha. korang ade ker?

TERIME KASIH KAT KORANG BAGI BANYAK EXPERIENCE KAT ATOO...

DONE!

p/s: entri ni ade sambungn part2..

June 24, 2011

Day 27 – What kind of person attracts you?

assalamualaikum koranggg...

hari ni atoo nak share pasal, "what kind of person attract me?"

rasenye cukuplah ade sifat-sifat ni dh cukup buat atoo mimpi dalm tidor semalaman..


  • suka senyum dn make me senyumlah. -dari dulu sampai sekarang, atoo memang suke dengan orang yang suke senyum. even tak senyum kat atoo pon, atoo boleh tersenyum. hahha. buat ape-ape pun, kalau awak senyum, aduihh, demam woaa..
  • pandai masak. -hehhe. satu-satunya kelemahan atoo yang rasenye ramai dah tahu kot. atoo ni kureng cikit bab masak-memasak. so, kalau awak pandai masak, lagi-lagi yang berkreatif semacam tuh. auwww, you make me love you lahh.. hehhe
  • ego tinggi. -haa, yang ini memang menarik sikit. belom pernah atoo jumpe tapi akan atoo find satu hari nanti. ego tinggi ye, dan atoo akan kasi rendah cikit ego tu. baru mencabar sikit. biar dia tahu dunia ni bukan dia sorang aje hidup. hahha.
  • kaya. -ade kete, rumah. smart. ade company. ade macam-macam. macam ne nak tahu? first kitaorang jumpe, atoo akan pastikan dompet dia ade duit. hahha. sebab atoo ni kaki kikis duit orang. be karfool.
  • stylish. -bukan bergaya tapi papa ok. stylish dengan simple. buat ape-ape pon biar simple. pakai ape-ape pon still nmpak kemachoannya. hehhe. demand sikit. biarlahh.
ini aje kot. nak fikir lebih-lebih, rasenye nanti annooying plak pade orang lain. mungkin lelaki macam ni dah tak de dan juga susah nak cari. tapi dia ade kat dalm blog ni. percaye tak?

dan pasal manusia ni mane ada yang sempurnakan. tapi kalau cube untuk jadi sempurna tak slah kan?

okaylah. DONE!

June 23, 2011

Day 26 – A photo of somewhere you want to go.

assalamualaikum korang...

ade dua tempat yang atoo teringin sangat nak jejak kan kaki. hehhe. walaupun tajuk a photo,
tapi atoo nak tempek dua photo.

first photo,

Makkah, Arab
dan kalau boleh, atoo nak bawak mak ngan abah atoo kat sini.
i will. one day soon...

second photo,
Seoul, Korea
terhingin nak pergi sini. jenjalan-jalan tepi kedai..
sambil dengan encik right atoo...

DONE! 

p/s:udah-udah la tu berangannya...

June 22, 2011

Day 25 – Who are you?

asalamualaikum koranggg...

who am i?

  • atoo cume seorang insan biase yang suke menyusahkan orang lain. dengan kate lain, bile korang dengan atoo, ade aje la musibah yang datang. nak rase ape tuh malang, try hang out ngan pempuan ni. hehhe. 
  • atoo ni seorang yang egois tak habis. susah sangat nak mengaku kesalahan diri sendiri, sedangkan dah terang lagi bersuluh dia yang salah. so, jauhkan diri ande dengan pempuan yang serupe pempuan ni.
  • pempuan ni, suka sangat bercerite. tak kira dalam menulis or menaip. dia bajet, ramai aje yang membace ape yang dia coretkan. sedangkan, syok sendiri aje. tak boleh blah. hahha.
  • perempuan ni bajet bagus. dengan kate lain suke pandang rendah kat orang lain. kononya bagus sangat tapi hampeh. hoi, sedarlah cikit. kamu tu cume meminjam hidup kat dunia ni.
  • last, dia fikir dunia ni dia sorang hidup ke? sesuka hati nak buat ape. nak buat ape-ape tuh, cube lah fikir orang lain dulu. jangan nak sellfish sangat. suatu hari nanti, kau minta tolong orang lain gak.
walau ape pun orang nak cakap, perempuan ni tetap just go on dalam jalan hidup yang telah ditetapkan. dia tahu kalau semua yang berlaku tu, ade hikmahnya yang tersendiri. bersabar dan terus bersabar ubat kepade segala liku-liku yang tersedia.

dia tetap bersyukur dengan life yang dia ade sekarang. dan cukuplah untuknya, sempat melihat orang disekelilinginya tersenyum bahagia walau cume sementara. -maafkan perempuan ini.

p/s: kalau jumpe perempuan ni, kasi basuh dulu otak pempuan ni ea...

June 21, 2011

Day 24 – A photo of something that means a lot to you.

assalamualaikum koranggg...


mungkin photo ni biase...
tapi pade atoo nak ahlinye luar biase...
unit baiduri.. mmg sgt luar biase,
bile dapat kumpul satu rumah dalam satu mase..
'semoge kita mcam ni selalu...'

June 20, 2011

Day 23 – 15 facts about you.

assalamualaikum koranggg...

selamat pagi semua!

hari senin. macam biase mood isnin, mood kelas pepagi. kelas law pepagi ni. dashyat kan.

cabaran untuk hari ni, 15 facts abaut atoo. halamak?? 15 facts?

negatig ke positif? kasi campur lah semua... hehhe
  1. orang joho 
  2. pemalu 
  3. suke senyum 
  4. rajin buat kerja 
  5. nerd 
  6. annoyying 
  7. muke online 
  8. gile menulis 
  9. love music 
  10. tangan basah 
  11. aq noor 
  12. cepat moody 
  13. good listener 
  14. sensitif 
  15. cepat bosan
haaa, tu dia 15 fakta pasal diri atoo. atoo bukan manusia sempurna tapi atoo masih dalam pencarian untuk jadi perfect pada orang lain. try untuk jadi bergune pada orang lain. tapi kekadang i'm the looserr gile.

"This is real, this is me I'm exactly where I'm supposed to be, now Gonna let the light, shine on me Now I've found, who I am There's no way to hold it in No more hiding who I want to beThis is me.."
takde kena mengena eah? hahha...

p/s: kelas law pepagi ni... sape nak gantikan tempat atoo...hehhe

June 19, 2011

Day 22 – A letter to someone who has hurt you recently.

assalamualaikum awak...

tak banyak pon saye nak cakap kat awak. cume saye nak tanya,

"ape yang saye dah buat sampai awak bencikan saye sangat-sangat? saye pon nak jadi manusia jugak.. ade hati, ade perasaan nak jadi macam manusia lain jugak. dan sabar tu pun ade limitnye. saye minta mahaf bebanyak kalau saye banyak sakitkan awak tanpe saye sedar. saye minta mahaf.. betul-betul minta maaf.. dan ape yang saye nak buat supaye awak maafkan saye dn pergi?"

waalaikumusalam awak...

June 18, 2011

Day 21 – A photo of something that makes you happy.

assalamualaikummm koranggg...

a photo yang buat atoo happy gegiler,


korang hingat lagi tak kenangan picture ni...
kepade bebudak bekas bm111-3b,
tak lupe lecturer-lecturer...
atoo sayang korang semua..
korang memang, baek punyyerrrr...

June 17, 2011

Day 20 – The meaning behind your blog name.

assalamualaikum koranggg...

kali ni atoo nak cerite sejarah blog atoo yang satu ni. tiada yang kedua. cehh, macam bagus sangat plak, siap ade sejarah pelbagai. ehh, memang of course! -melalut sat..

semua gambo nak disumbatkan. first time nuat header la katekan...

first time atoo terjebak dalam dunia blogger memang kosong. name blog pun skema sesangat. kalau korang hingat la, blog cerite dunia aq islam. still lagi dalam link yang same taw. dalam beberape bulan aje rasenya, atoo tukar lagi. yalah, budak takde pendirian tetap memang lagu ni.

yang ini boleh jugak la. buat baru nak pandai adobe.

2nd name, cheritera aq islam. lebih mesra rakyat cikit titlenya. hahha. cheritera tu atoo choose lebih kepade tentang diri atoo yang suke bercerite tanpe bercakap. bergosip tanpe suare. lebih puas atoo ceritekan dalam menulis. yalah, fine. kalau atoo pot-pet pon, takde sape yang nak dengar. hehhe.

nape aq islam? itu name fesbuk atoo yang dulu. saje nak tricky sikit. tapi lame-lame, atoo rase macam name tu macam budak bajet dia sorang islam agaknya. blog nak aq islam. padahal, cerite dalam tu dok maner la sangat islamnya. so, atoo pon tukar jadi aq noor. that my name. jadi, cheritera aq noor macam kat atas tuh.

sesimple tuan blog. ahakks!

bukan ape, title aq islam tu berat rasenye nak atoo pegang dalm blog ni. blog atoo ni cume tempat atoo nak cerite dengan korang. pandangan atoo tentang satu isu itu. pandangan dari insan yang baru nak lihat dunia luar.

" sekadar coretan biase yang sudah tertulis untuk kita..."

dan ayat kat atas tu dah melambangkan kot tentang blog atoo ni camne rupenya. hodoh bebenor mahupun cecomel tuan blog. hahahhh. dak aih. blog ni cume coretan biasa dari orang biase.

dan untuk korang yang tertanya nape atoo selalu sangat sebut atoo. atoo ini. atoo itu. nape tak jadi hantu terus. hahha. dah biase sangat orang tanya macam tu. atoo tu singkatan name atikah tumin. a as aaatikah (sebutan kat depan.. aaaa), dan too as tumin (tuu sebutan kat depan). name bapak atoo lah.

awat pelik sampai lagu tuh? hehhe. semua ni kerja dormate atoo time sek teknik dulu. disebabkan name atikah ni bersepah sangat, dorang dok panggil atoo, atikah tumin. secare tak langsung, tumin tu lebih femes dari atikah. mane boleh kan. hahha. jadi dorang shortform kan jadi atoo. thanks bebanyak kat iera. name ni memang uniq kot.

okaylah, sekian untuk cerite hari ini.

adiossa... >.<

June 16, 2011

Day 19 – Your reflection in the mirror

assalamualaikum semua...


"saya sayang diri saye...
dan akan cube untuk jadi diri sendiri dalam dunia awak"


June 15, 2011

Day 18 – 5 things that irritate ME about opposite/same sex

assalamualaikum semua..

lima pekara yang cukup menjengkelkan pasal opposite/same sex?

  • suke merendah-rendahkan orang lain. 
type yang ini paling atoo menyampah haram kejadah. kenape suke bebenor rendah-rendah kan orang lain. kalau ye pon tak suke orang tuh, jangan la dok pi cakap pong-pang, pong-pang, lagi-lagi depan-depan. memang nak kena buang negara orang macam ni. 
  • bajet bagusss! padahal hancuss!
yang ini lain pulak pesyennya. sekali datang, cakap dia kalah perdana menteri kita bentang bajet. tapi hasilnya, dia dah angkat langkah seribu. yang paling tak boleh blah, bile dia buat muke innocent. sumpah, atoo menyampah. rase nak bagi makan kaki aje manusia lagu ni.
  • lari dari masalah.
ye. memang ramai yang tak suke bile masalah tu datang. atoo sendiri tak suke dengan masalah tu. tapi jangan la lari dari masalah. pengecut. cube atasi masalh tu dengan perlahan. setiap masalh kan ade penyelesaian nya, cume it take time lama atau kejap. jadilah, bertanggungjawab ye korang.
  • tak reti nak senyum.
yang ini memang atoo tak suke banyak-banyak. kita kenal, tapi lalu sebelah boleh plak wat muke retiss konon. awak tu public figure. ape salah senyum cikit. tak kena cancer mulut pon. tambah pahala lagi ada lah. right? okay, bagi yang muke mmg dah dianugerahkan masam tu atau mungkin tengah bulan mengambang, atoo faham. korang terkecuali. 
  • peminjam yang tak reti nak pulang.
bile orang dah pinjam barang ke ape ke, faham-faham la tahu nak pulang balik. ini buat barang tu, sendiri punye. siap boleh bagi pinjam kat orang lain. aduisshhh! ye la, kita yang memberi pinjam ni, mesti segan la plak nak mintak balik. tapi yang meminjam tu takkan tak faham. itu bukan hak kamu. berhingat bile nak meminjam tu ye.

okay. done untuk hari ini.

p/s: tiade kena-mengena antare yang hidup mahupun yang telah pergi..

    June 14, 2011

    Day 17 – How you hope your future will be like.

    assalamualaikum semua,

    cerite untuk kali ni pasal, my future will be a like.. what?

    topik kali ni jugak boleh jawab soalan junior atoo yang sorang tu. selalu sangat tanya,
    "10 tahun akan datang, kaq atoo dah jadi ape?...."
    10 tahun tu lebih kurang future atoo la kan. tak banyak rasenye. atoo still atoo yang lame. atau mungkin name 'atoo' ni dah berubah jadi 'Miss Atikah' my ic name. kah!kah!kah!
    seyeslah atoo!
    atoo akan pastikan yang atoo dah cukup. dari segi;
    • ade sebijik rumah, area kampus. (kalau sesak boleh sewakan... heheh)
    • sebijik kereta. (ala-ala satria-neo pun dah cukup.)
    • ade sebijik camera nikon. -suke hambik gambar!
    • simpanan yg cukup untuk mak abah wat haji dan umrah.
    • ade family. (task yang paling susah...t_T)
    mungkin nampak macam kartun atau memang kartun betul budak atoo ni. takpe. tak kisah. it my life! tak lupe jugak kat mak bapak atoo. mungkin time ni atoo dah tak menyusahkan korang. tiap-tiap weken balik kampung. i hope so lah kan. tapi insyaallah, along janji.
    nampak matrialistik kan atoo ni. is okay. for me, ini semua cume keperluan dunia. dan atoo cube just nak go through tanpa jadi orang lain. nak dapat semua benda kat atas tu of course kena kerja. dan mungkin time tuh atoo dah kerja. dah ade kerjaya yg kukuh. sama gak ngan kewangan yang stabil.
    the end.
    nak berangan tinggi-tinggi sangat takut. sebab kalau jatuh kat tengah jalan, sakit woa...
    p/s: saya sayang diri saya.

    June 13, 2011

    Day 16 – Your view on homosexuality.

    assalamualaikum semua...


    Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks."-petikan wikipedia
    tajuk untuk entri kali ni mencabar cikit. lebih kesensitifannya tu. dari side selama atoo hidup kat dunia ni, jujurnya atoo belum pernah lagi ade kawan yang macam ni. so, atoo tak dapat nak cerite kat korang pasal the real side yang atoo prnah nampak.
    apa pandangan atoo?
    • diri sendiri.-atoo rase mereka ni tahu kalau perhubungan jenis ni memang salah dari segi agama mahupun undang-undang kat malaysia ni. ada pulak tu nak cube tinggalkannya, tapi kalah dengan godaan nafsu sendiri. dan pada atoo, selalunya manusia memang sering tewas dengan godaan nafsu manusia sendiri.
    • silam. -selalunya mereka yang ade hubungan homo ni disebabkan kenangan silam yang pahit dan sukar dilupakan. apatah lagi kalau perlaku itu sendiri dari kalangan keluarga kita sendiri. cerite putus cinta dan taknak bercinta lagi menyebabkan mereka ni lebih berani dengan cinta baru yang lebih memahami.
    • memahami. -satu pekara yang paling atoo nampak sangat. bercinta dengan homo ni, mereka lebih memahami ape yang digemari mahupun tidak digemari olehnya. dan time ni, bile kita manusia normal cube untuk memahami, mugkin kita dikatekan orang ketiga. hahha.
    • jangan bersikap prejudis sangat. -ini lebih kepada korang yang ade membe homo ni. kenape? bagi atoo mereka yang homo ni bukan pun orang jahat yang kita patut jatuhkan hukuman gantung mandotori. mereka cume hilang keyakinan diri untuk menjadi manusia sebenar. cubalah kita untuk menasihati mereka ni ke jalan pulang yang lurus.
    apa yang atoo cuba nak sampaikan ni, bukan nak menghina atau sebaliknya. kalau boleh, atoo nak tahu sangat kenape korang berubah sangat sampai ke arah homo. hidup ni memang banyak dugaan, dan itu bukan penamatnya. cubelah lihat orang sekeliling kamu, mereka menyayangi kamu.
    "Dan ingat, setiap yang bersalah, pasti diberikan peluang
    kedua untuk menikmati hidup dengan lebih sempurna."

    June 12, 2011

    Day 15 – Something you don’t leave the house without.

    something i dont leave the house without?

    opss, assalamualaikum koranggg...

    tajuk kali ni mmg cukup simple, sebab atoo ni simple je orgnya.. 
    fuhhh, masok bakul angkat sendiri dahh.. hehhe

    satu aje mende yg memang atoo takkan miss nak bawak maner-maner..
    (even gi melabur... kekadang la..)

    ape dia?

    pinjam to pak cik gugle...

    telefon..

    takdek la spesel sangat pasal telepon atoo ni klu bukn untuk coll+sms kengkawan..

    yang ini atoo tak kirelah pergi tempat jaoh atau dekat, kejap atau lama.

    sebab ape?
    = mp3+ mp4.

    atoo ni memang gile dengar lagu. even lagu yang same setiap hari, i don care!

    hehhe... 

    p/s;entry melalut sekali lagi...

    June 11, 2011

    Day 14 – A TV show you’re currently addicted to.

    assalamualaikum koranggg...

    TV show atoo addicted sekarang ni...

    tak lain tak bukan,


    sepah num satu... 'baik punyaaa....'

    tak lupe gak...

    jozan...'akta mail lambung!!...'

    terlepas ke, tak terlepas ke, jozan dengan sepah ni memang terbaik.
    setiap minggu mesti lawak korang gelak habiss...
    dan bukan lawak bodoh tpi ade pengajran...

    all the best dalam maharaja lawak!!!
    tak menang takpe, janji baik punyerrrr...

    okay, done!!!

    June 10, 2011

    Day 13 – Your views on drugs and alcohol

    assalamualaikum semua...

    olla..olla.. koranggg...lame betol entry ni tertangguh. tpi tak pe.

    hari ni kita masok topik drugs and alkohol. ape kate atoo?

    • dua-dua mende yang atoo tak pernah jumpe 'the real'. hehhe. kalau kat cite tv tu memang la. tapi la kan, agak-agaknya, rase syok sangat ke lepas dah layan dua benda ni? yalah, korang yang dah layan mende ni, macam dah tal boleh lepas aje kan.
    • haram. satahu atoo dadah dengan alkohol ni haram sebab bende ni boleh menghayalkan kat manusia. bagi kaum islam la. kalau bagi kaum lain, mungkin bende ni boleh tolong depa realise tension. agaknya lah.
    • dari side lain plak, mungkin dadah ni ade advan nya. sebab dadah ni selalu ade kat dalam ubat. makin effective ubat tu, mungkin sebab kandungan dadahnya banyak. itu memang atoo tak boleh sangkalkan.
    • alkohol plak, selalu ade kat minyak wangi. makin wangi, makin orang lagi suka kot. tapi kalau boleh, elakkan lah gune minyak wangi yang ade alkohol ni. tak boleh buat solat.
    • ape-ape pon drug ngan alkohol ni ade elok dan tak eloknya. kita sebagai manusia ni kena tahu guna dengan sebaiknya bukan menyalahgunakannya. 
    okayyy! done.

    June 9, 2011

    Day 12 – Your current relationship, if single discuss how single life is.

    ssalamualaikum semua.
    hai korangggg...
    cabaran untuk kali ni, cite pasal relationship, kalau single-mingle, camne plak? aiyoyo! camne nak cite ni ea? nak cakap banyak pasal relationship ni, atoo tak beberape pakar. relationship kawan ke, makwe ke, pakwe ke, memang tak lah. bukan maknenye atoo tak hargai korang, tapi atoo lebih suke untuk just go on je dengan ape yang kita ade.
    current relationship? sapo je yang nak kawan ngan atoo ni... sob..sob.. >ayat nak gedik plak!huhh< hahha
    atoo single dah masih suci lagi. opss! hehhe. masuk cerite kehidupan single ni takde lah spesel sangat. base-base jer. terutame bab spent money. dan atoo ni bukan kaki shopping. jadi, banyak maner la duit tu terbang kalau tak ke buku, assignment, plus projek. okay tak jawapan?
    simple. rasenye perkataan tu cukup nak describe how single life is kan? semuanya simple sebab kita cume ade diri kita aje. kate nak tupop banyak. paling berjam pon bergayat ngan mak bapak kita aje. right? makan, minum, shop, jenjalan only for diri kita sendiri. jadi tak susahkan orang lain dan orang lain pon tak susah sebab kita.
    tapi bukan lah se'cruel' sampai macam tu sekali. jangan describe atoo teruk sangat sampai lagu tu ea. atoo budak baik. sape-sape ade pobem ke, nak shared something ke, tak puas hati ke, atoo ade untuk awak. atoo akan tolong semampu yang boleh. betul tak korang yang kenal atoo? betull..... hehhe
    buat mase sekarang ni, atoo cume ade life as a student yang cume ade hutang ngan MARA. goal nak hidup sekarang ni, nak belajor bagus-bagus, dapat kerja baik-baik, dapat bayar balik loan. kalau mati pon nanti, takde lah susahkan orang dok tanggung hutang kite tu kan. tak lupe gak buat mak abah atoo gembire dengan ape yang atoo ade. good girl kan atoo ni... uwekk!
    bekalan untuk akhirat? of course ade nak collect tabung ni sampai penuh. sape yang tak nak. onlu buat ape yang disuruh, tinggakanl ape yang dilarang. simple je kan?
    okay done untuk day12.
    nak tengok bebelan atoo kat cabaran yang lain. klik sini...

    June 8, 2011

    Day 11 – What’s in your makeup bag?

    selamat malam semua.

    entri pendek bin singkat.

    entri kali ni memang atoo dah lost dan tak tahu nak citer ape.

    hmm, atoo bukan nya ade makeup bag. senang cite bukan kaki make up.

    sumber; credit pak guugle..

    seyesly, atoo ni bukan yang suke bawak handbeg. apatah lagi nak ade bag makeup kan.

    tak macam pempuan kan. hamboi hamboi hamboi!!! bukan ape,

    kalau nak hang out memane pon, atoo cume bawak, telepon, camera ngn purse.

    paling malas tahap nazak pon, bawak not duit tu aje. hehhe.

    ni je kot nak share pasal entri ni. hehhe.

    okay, done day11. apamende ni? klik sini..

    RAKYAT JELATA