May 14, 2011

saya suka sethh tann...

assalamualaikum semua...

salam sabtu untuk hari ni.. kali ni atoo nak review drama melayu.. hehhe.. 

citer melayu kali ni drama slot akasia kat tv3 tuhh..'Nora Elena' pkul7mlm kt tv3,


macam yg semua tahu, kalau citer-citer adaptasi ni mesti seronok habis dilayan...

meh atoo citer sikit sinopsisnya...
Nora Elena (Siti Saleha) adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz) yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!
ape yang atoo boleh cakap pasal citer ni...
  1. sebuah adaptasi novel 'Kasih yg Suci'-atoo memeng novel addicted. dah bace dah. tp ondaway nak beli satu lah buat koleksi. 
  2. Ahmad Seth Tan yg memang teserlah ke'macho'annya...-hehhe..suke tengok aaron senyum...
  3. dh lame tak layan drama melayu..
  4. barisan pelakon yang memang cantek.. sesuai dengan watak..
  5. ramai sekarang ni dah suke hari isnin.. tak percaye tengok sini...
  6. atoo search gegile kt en google pasal citer ni.. hahha.. jumpe blog penulis cik Meen Zulaikha
  7. dan kegilaan atoo, terjumpe link download citer ni.. ahakkz! klik sini..
okay... sekian...

p/s: sedang mendownlod citer ni.. hehhe.. 

    No comments:

    RAKYAT JELATA