May 21, 2011

rase macam nak lari sambil kencing...

salam petang sabtu blogger...

"adakah anda tahu ape itu rewang?"

walaupon ade yang dah tengok, baru nak tengok, atau belum tengok, atoo nak buat jugak entri buat pertama kalinya untuk sepah dalam maharaja lawak. sape belom nengok, atoo bagi free tengok kat bawah ni.

ape yang atoo tertarik dengan sepah kali ni? check this out...
  • bukan keje pilot, tapi JAGA TOILET.
orang mesti pandang hormat kan kat mereka-mereka yang keja pilot ni. lagi-lagi kat area kampung. kecoh satu kampung kalau ade yang anak dema dok kerja pilot. tapi, tak salah jugak kan kalau kerja jaga toilet. atoo tabik spring kat penjaga toilet kat malaysia ni. kalau tak nak membuang pon tak de selera kan?
  • makan pasir la engko anak beranak ni Jah.
makan pasir? hahha. dah lame tak dengar orang kampung dok cakap lagu ni. selalu makan batu berlaukan kayu. kalau nak sedap cikit, makan cinta berlaukan sayang. hahha. tapi orang kate, semua tu suratan takdir. kalaupun jodoh kita dengan penjaga toilet, 
  • mandikan laki aku. 
mandikan? hahha. mesti semua fikir yang lagi satu tu kan? bukan semua? okay-okay. sesetengah orang. tapi mandikan laki aku sebab dia stroke. omg. isteri yang setia. kan? bagi atoo, payah rasenya nak cari seorang isteri yang sanggup jaga seorang suami yang stroke. 
  • dia lupe. pasal, 'melayukan mudah lupe!'
"benar kate doktor M, melayu mudah lupa." ingat lagi tak lagu tu. name melayu memang sinonim dengan mudah lupe. buat-buat lupe. atau memang pelupe. hai, entahlah. tapi melayu sekarang dah lain dah. sekejap je lupe asal usul, tapi terhingin sangat nak jadi mat salleh @ka omputih.
  • Tuah dah cakap, 'takkan melayu hilang di dunia..'
satu lagi ayat bijak dalam lawak sepah. melayu memang takkan hilang di dunia ni sebab dunia ni memang melayu punya. ape tu, se'korean' mane pon orang melayu nak tiru, takkan hilangnya muke melayu kat muke korang tuh. udah-udah lah jadi orang laen. kalau melayu tu melayu jugak.
  • ini eloklah kencing manis, Poah tu 'kencing berdiri..'
gile ke hape pompuan kencing berdiri. kalau leloki, rasenya dah biasa. hahha. walaupun tak pernah nampak, hmm rasenya ramai kan? kalau kencing manis tu sejenis penyakit, tapi kalau kencing berdiri sendiri mau cari penyakit. dan owg betine yang dok kencing camni, ubah-ubah lah perangai tuh.
  • dah tua ni gaut la tuu... gaut..
gaot. sejenis penyakit kat kaki rasenya. abah atoo rasenye ade kot gaot ni. gaut ni akan buat kaki kita bengkak dan sakit untuk berjalan macam biase. dan pesakit gaot ni tak boleh makan makanan yang ade kacang dan adek-beradik kacang.
  • mati mati aku ingat lengkuas...
lengkuas? mak oii! lenkuas tu bukan besau ke? hahha.
    
teringat plak citer laksamane do re mi. part yang si re dok potong kayu kat hutan tuh. kayu kayu kayu jumpe kayu pelik. sekali tengok. "eh, ini macam.. ini kaki akuuu...." lebih kurang macam ni la dialog yang atoo hingat.
seyesly, mule-mule atoo kureng cikit tengok lawak sepah ni. tapi start dari lawak yang dafi muke perompak tuh, sampai la ni atoo dah tak sabar nak tengok cerite sepah. dan untuk kali ni sepah memang terbaek. dalam lawak pun boleh still bagi pengajaran kat orang lain. bukan lawak bodoh semata-mate. tahniah kat korang bertige. dan atoo harap, dapatlah jumpe korang dekat final ML ni.

tak lupe gak kat Jozan ngan Balas. lawak korang santai. terbaeklahh...

"ini diantare lawak melayu yang paling melayu yang pernah saye dengar..." petikan Apek.

sempat lagi tak nak cakap, korang jangan lupe undi sepah!

No comments: