seminggu yang cukup memenatkan dah pon berlalu. macam-macam berlaku sampai blog ni pun cikit terabai. sorry ye dear blog. tapi i really really miss you.
entri kali ni sikit sebak. pade hari rabu yang lepas, seorang lagi orang yang atoo kenal pergi meninggalkan atoo buat selama-lamanya. pakcik khalid, warden yang atoo dan budak-budak hostel panggil sebagai papa pergi tanpa pesanan.
jenazah dikebumikan pada pagi khamis. atoo dan budak rumah sempat untuk menziarahi jenazah sebelum dikebumikan. arwah papa memang baik. tak pernah lupa nak senyum bila terserempak ngan atoo. tapi orang baik selalunya Allah sayang lebih. takziah pada keluarga arwah. Allah lebih mengetahui apa yang sudah tertulis.
dan kenangan ni memang atoo akan sematkan dalam blog cheritera aq noor. semoga arwah tenang disana.
gotong-royong terakhir kami dengannya...
~al-fatihah....~
2 comments:
al-fatihah semoga rohnya di cucuri Allah amin....
semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya..aminn
Post a Comment