April 1, 2011

kenape semua orang nak marah??

assalamualaikum semua,


lame betul tak jengah blog usang atoo ni. eh, tak beberape usang la tapi tak berhupdate. minggu ni memang minggu yang sangat-sangat teruk. tak tahu nak gambarkan camne? kena marah, kena marah dan kena marah. kenape semua orang asyik nak memarah?



sob.. sob.. sob... jangan marah saye lagi.... 


ape perasaan kena marah ea? rase teruk sangat. best sangat ke nak asyik memarah orang ni...? rase puas hati sesangat bile nak marah orang. rase macam dia aje tahu marah orang. dan orang lain tak tahu nak marah agaknya. tahu tak kalau perasaan marah kita ni tak la sebesar mane kalau nak dibandingkan-Nya. 


atoo tahu semua orang tahu nak marah orang. tahu perasaan sakit bile kena marah. perasaan gembire gile la bile dapat marah orang tuh. tapi lepas tuh? maksud? maksud atoo, lepas kita dah marah orang tuh, esoknya mesti dah bengangkan. malu. rase bersalah. bile kena marah pulak, mesti dah menyampah ngan orang tuh. tak mau kawan la, kalau time kecik-kecik dulu. pastu siap berkomplot, ramai-ramai jangan kawan dengan budak tuh. hehhe...


kenape atoo nak cakap-cakap pasal marah ni? sebab minggu ni atoo selalu kena marah. atoo selalu sangat nampak orang lain kena marah. dan atoo cume mampu nak marah-marah dalam blog ni. ye! atoo the looser. ade atoo kisah. seyesly, atoo tak suke marah-marah. nanti cep0t tuak. tak mau. tak mau.


dan fakta cakap, orang perempuan lebih cepat marah dulu daripade lelaki. betul! tapi kalau orang lelaki marah, lebih teruk daripade orang perempuan marah. lagi betul! betul tak? jangan cakap kat atoo kalau korang tak pernah marah. hipokritnyerrr... semua orang pernah marah. cume care mereka melempiaskan marah tu aje yang berbeza. 


jom atoo share cikit care nak kawal marah tuh. dan atoo pon sedang mempraktikkanya...


1. Hendaklah melatih diri dengan akhlak yang mulia seperti sabar, lemah lembut, berhati-hati dalam membuat keputusan. 
firman Allah S.W.T: "…Dan orang yang menahan kemarahan-nya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik." (Ali Imran3-134)
2. Memohon kepada Allah supaya menjauhkannya daripada syaitan yang dilaknat.
firman Allah S.W.T.: "Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan daripada syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Mendengar lagi Amat Mengetahui." (al-A'raf 7:200)
3. Meninggalkan tempat yang menyebabkan seseorang itu marah. 
Sabda Baginda: "Apabila seseorang kamu marah, sedang dia berdiri, maka duduklah, jika marahnya berhenti (maka baiklah) jika belum, maka hendaklah dia berbaring." (Abu Daud)
4. Mengambil wuduk, 
sabda Nabi s.a.w.: "Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api,apabila kamu marah, maka hendaklah dia mengambil wuduk." (Abu Daud)
siap firman lagi atoo kasi. so, korang. marah-marah tu tak dapat pape pon sebenarnya. adalah lebih mulia kalau kita menahan marah itu denagan memaafkan orang lain. ini bukan cakap kosong. atoo tahu. atoo pon selalu memarah tak tentu pasal. tapi, atoo janji kat diri atoo, cubelah menahan marah dan memaafkan kesalahan orang tu walaupun bukan kita yang salah. 

p/s: atoo minta maaf kalau atoo ade sakitkan hati korang. 
atoo minta maaf. betul-betul minta maaf.

1 comment:

::FAIZ FARISH:: said...

tak suka marah.. heheheheh