October 12, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 7

7.
     Balas dendam? Apa cerita dendam kau dengan si jebon tu? Terkubur je sebenarnya. Aku ni kaki cakap sembang tapi mereput je mampu. Memang mula-mula kalau diikutkan hati, binasa si Izat tu aku kerjakan. Hello, aku double xl lawan dengan xs tu. derr??? Dah boleh agak sadis endingnya tu kan. Tapi aku hanyalah seorang perempuan. Mana pernah keluar berita lelaki maut dikerjakan perempuan berumur 13tahun? 
Tapi aku ambil tahu juga pasal si Izat tu. Dalam diam memang mata aku tak lepas curi-curi usha dia. Bukan yang macam korang fikirkan. Aku ni jenis perempuan yang tak reti nak bercakap dengan lelaki. Aku totally out kalau berdepan dengan lelaki. Lagi-lagi jenis lelaki yang bercakap dan beriya betul dia tenung mata kita time bercakap tu. Memang aku gabra padahal takpa pun sebenarnya.
    Izat memang popular. Popular dengan prestasinya sebagai budak bermasalah. Kaki ponteng. Kaki tak siap kerja sekolah. Kaki memekak. Kaki pukul. Kaki merokok. Kaki pengacau. Kaki temberang. Kaki bilik kaunselor. Sampai oneday tu, cikgu sendiri pernah menghalau dia dari kelas disebabkan sikap kurang ajarnya. Kalau aku yang kena, memang terus diam dan minta maaf dengan cikgu tu balik kan. Tapi bukan dia. Dia sempat lagi membidas dan terus berlalu pergi. Satu kelas terkaku. 
Disebabkan peristiwa tu, aku rasa ramai cikgu buat tak endah dengan kewujudan si Izat tu. Dia datang ke tidak, bukan menjadi hal besar kepada cikgu. Izat selalu dengan dunia sekolahnya sendiri. Dan sememangnya tidak sama dengan perwatakan cikgu-cikgu yang macam dekat tv tu kan? realitinya ada lagi ke cikgu yang bersungguh mengambil tahu perihal anak muridnya mengapa berperangai sedemikian bukan?
     Sehinggalah masuk form 3, berita Izat senyap sebegitu sahaja. Cerita terakhir aku dengar, Izat sudah diberhentikan sekolah kerana perangainya itu. Dan sampailah satu hari, aku terserempak dengan Izat disalah sebuah kedai makan. Masa itu, aku dengan keluargaku. Dia yang mengambil order dari meja kami. Perwatakan Izat sungguh berbeza. Aku kenal dia pun gara-gara alis matanya yang nampak segan bila aku memandangnya. Aku yakin dia tahu kalau aku nak tahu. Izat kerja?
Persoalan aku terjawab sedikit bila Farhana yang sekampung Izat menceritakan sedikit perihal Izat kepadaku. Walaupun bukan semuanya, tapi aku sudah boleh mengagak. Izat datangnya dari keluarga bermasalah. Bapanya kaki judi dan telah pun bercerai dengan ibunya. Tidak lama selepas itu, ibunya pergi meninggalkan dia sebatang kara. Aku ingatkan cerita sebegitu hanya di dalam tv, tapi realitinya memang berlaku.
Betullah apa orang kata, ada sebab dan munasabab bila sesuatu itu berlaku walaupun bukan dengan kehendak kita. Dalam diam, aku pergi lagi ke kedai makan tempat Izat bekerja. Aku tak tahu kenapa kaki nak melangkah juga ke tempat itu even kepala aku cakap jangan. Dua tiga kali juga aku ke sana. Walaupun bukan Izat yang serve aku, aku sempat mengushanya kejap-kejap. Degil betul hati aku masa tu.
     Masa itu dah nak dekat pmr. Kesibukan melampau mengalahkan pelajar spm. Setiap petang pasti ada saja kelas tambahan. Habis saja kelas tambahan, pergi pula berkawad. Dan aku masa itu tersangatlah aktif. Aku ialah salah seorang kadet remaja sekolah. Pada mulanya hanya sekadar untuk mengisi buku rekod kokurikulum, tapi lain ceritanya bila kami menang dalam pertandingan kawad kaki sukan sekolah. Dan disebabkan itu, pihak sekolah mahu menghantar kami ke peringkat daerah pula. Memang beriya semangat berkawad tu lain macam. 
Disebabkan sibuk berkawad, dengan kelas tambahan, hampir setiap hari aku sampai ke rumah jam 7 malam. Sama seperti Izza. Ya, kami masih rapat. Dia juga kadet remaja sekolah. Dia juga geng silat gayung. Dan dia juga kawan sekolah agama khas aku. Dengan erti kata lain, melangkah saja aku ke sekolah, sememangnya ada Izza disebelahku. Dan sejak itu, aktiviti 'part time' aku juga berhenti perlahan-perlahan. Cerita Izat senyap-senyap aku pendam dan letakkan disatu sudut yang tiada siapa pun tahu. 
     Habis sahaja pmr, aku senyap-senyap pergi semula ke kedai tempat Izat bekerja. Dengan harapan kononya aku nak tegur Izat buat pertama kalinya. Aku tahu dia masih kenal aku lagi. Tapi semuanya disebaliknya. Rancangan Dia. Izat sudah pun berhenti. Aku hanya mampu tersenyum. Diam. Dan terus diam. Hampir satu jam juga aku melepek tanpa sebarang riaksi. Datang salah seorang staff medekatiku.
"Aku rasa kau nak ini kan?" Hulurnya satu kertas bertuliskan nombor kepada ku.
'Apa ni?' Pertanyaan yang mampu terluah melalui mataku sahaja.
"Aku tahu kau suka dia kan?" Tekanya lagak tahu serba-serbi.
"Aku Ikmal, panggil Abang Mal..." Dia kenalkan diri tanpa dipinta. Mungkin lepas perasan aku kurang selesa dengannya.
"Ambillah. Telefon dia kalau kau rasa patut. Aku cakap ni sebab aku nampak apa yang korang berdua tak nampak. Izat budak baik, cuma keadaan tidak mengizinkan dia mendapatkan yang lebih baik." ujarnya panjang pula. Aku hanya memandangnya. 
"Kau budak sekolah lagi. Masih panjang lagi perjalanan korang. Izat tu walau tak banyak cakap, tapi aku tahu dia nak berkawan dengan kau...tak percayakan??" Eh, dia ni banyak sangat tengok drama tv agaknya.
"Aku juga tahu yang dulu tu kau pun selalu usha dia curi-curikan.. jangan nak kelentong abanglah!" sambungnya tanpa dipinta. Banyak mulut pula bila dibiarkan ni. Aku pandang sekilas jam ditangan. Lama sangat ni keluar, bernanah pulak dengar Abah membebel nanti.
"Kau dengan Izat ni sama pattern ke apa. Aku duduk bercakap panjang-panjang ni, bagilah respon sikit.." tiba-tiba dia bersuara sedikit kuat bila aku hanya membisu.
"Kenapa? Dah nak balik ke?" Tanyanya bila dilihat aku kejap-kejap memandang jam ditangan.
"Err, Abang Mal kan tadi. Saya gerak dulu. Takut mak risau pulak. Terima kasih!" aku menunjukkan cebisan kertas tadi kepadanya.
Budak perempuan ni sebiji macam Izat ke apa. Dia hanya mampu menggeleng. Dan niat mulianya sudah pun tercapai. Tujuan dia menyimpan nombor itu pun untuk diberikan kepada budak perempuan tu. Tiada siapa tahu rahsia perjalanan hidup manusia yang sudah tertulis. Izat bukanlah seperti yang ramai perkatakan dan sayangnya terhadap anak itu sudah seperti adiknya sendiri. Tak salah sedikit kebahagiannya diberikan kalau sudah didepan mata.
Malam itu berhalilintar jugaklah emak membebel. Nasib aku selamat bila Abah tiada dirumah pada waktu itu. Cebisan kertas tadi aku keluarkan dari poket seluar. Nombor maxis. Tapi aku mana ada telefon nak telefon. Alah, kalau telefon pun nak cakap apa pulak nanti? Sumpah buat malu je nanti. Jangan cari pasal. Huhhh. Satu nafas kasar je mampu aku luahkan...
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

No comments: