October 2, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 3

3.
"Emak, tak boleh ke kita pindah tahun depan?", sesi ber'nego' aku dan emak yang ke ratus kali dan tak pernah habis.
"Emak baru je balik daftar sekolah baru Along kat sana. Cikgu sana baik-baik tahu..". Emak tak pernah nak faham Along! Hati remaja aku menjerit!
     Semuanya sudah terlambat. By the end of this week, aku akan berhenti dari convent. Maka persediaan dari segi mental dan fizikal mesti kukuh. Aku punya beriya sedih sampai aku terbeli satu buku 'memory' ala-ala vintage gitu. Minta semua kawan-kawan baik aku buat biodata dengan ucapan tanda peringatan untuk aku. Nampak desperado ni? 
Sekolah baru. Nervous dia basah tapak tangan aku. Hiperhidrosis. Bukan penyakit berjangkit pun. Tapi aku akan mudah berpeluh ditapak tangan dan juga ditapak kaki. Dua tempat ni je even badan aku langsung tak berpeluh. Dan lagi bertambah teruk bila aku nervous tulah. Dan sebab ini jugalah aku dipanggil sombong, sebab tak suka bersalam tangan. Padahal bila aku salam, dorang geli..
"Eh, tangan kau berpeluhlah.."
"Eh, tangan kau basah kenapa?"
"Eh, tangan kau sejuk basah ni pehal?"
dan mereka-mereka ini lap tangan-tangan mereka cepat-cepat. Huhh!
Sebab itu aku tak amik pusing, even aku selalu salahkan emak dalam penyakit ni. Kenapa emak tak perasan keadaan tangan dan kaki aku masa kecik dulu. Tapi makin dewasa ini, alah bisa tegal biasa. Mulut orang mana boleh tutup. Penat cakap, behentilah.
Buat pertama kalinya aku melangkah disekolah baru tu dengan lagak budak bandar padahal dup dap dup dap dia macam lari 4 by 4. Aku siap masuk ke sekolah tu ambil jalan pusing satu blok pejabat barulah sampai ke dataran. Sebenarnya dataran tu hanya beberapa langkah selepas pagar sekolah. Depan tu je. Nervous punya pasal kan.
Ikut kata Cikgu HEM aku boleh masuk lambat sikit sebab dia nak settlekan briefing pada cikgu kelas aku. Aku pun standby dok melangok dalam pejabat. Terkebil-kebil pandang kanan. Pandang Kiri. Dari dalam aku nampak ada dua orang pengawas bertudungkan cokelat sedang berdiri sambil memegang buku kecil di tangan. Mungkin mengawasi pelajar lain supaya tidak melepak disitu. Dia tersenyum kepadaku mungkin perasaan aku sedang memandangnya. 
     Aku memandang sekilas jam ditangan. Lama lagi ke? Dah lah kerani tu kejap-kejap pandang aku. Mungkin aku cantik sangat sehingga menganggu kosentrasi dia agaknya. Tak lama lepas tu, Cikgu HEM memanggil aku masuk ke biliknya. Aku mengangguk dan melangkah perlahan. Cikgu HEM ni kenalkan diri dia sebagai Cikgu Jumali. Bersongkok. Bermisai tebal. Berkaca mata. Mungkin 40-an kot. Menurutnya, dia sememangnya cikgu matematik untuk kelas aku nanti. 
Dia meminta pengawas yang berdiri diluar tadi menunjukkan dimana kelas aku serta tempat-tempat sepatutnya. Aku hanya ttersenyum mengangguk je la. Mana nak ingat semua nama bangunan tu. Belok kanan, belok kiri, jalan terus, sekejap ke kiri balik. Terkedek-kedek aku mengikutnya. Kelas aku hujung sekali rupanya. Sampai ke kelas, aku tengok semuanya budak perempuan. Eh?
Aku diminta untuk mengenalkan diri aku sebelum mengambil tempat kosong dibelakang. Lecun habis tangan aku time tu. Tisu aku tu pun dah berapa kali koyak dek peluh tapak tangan aku. Nak duduk mana ni? Semua pandang aku semacam ni kenapa?
Kringgg! Kringgg!
     Loceng menandakan kelas ni sudah tamat. Aku terpinga-pinga memerhatikan separuh budak perempuan kelas ni bangun, bersalaman dengan cikgu dan keluar kelas. Dan ramai yang serbu ke arahku. Tersenyum sambil menghulurkan tangan mahu bersalaman denganku. Mengenalkan diri masing-masing.
Ahh!! Aku cepat-cepat mengesat tanganku dulu sebelum menyambut semuanya. Peramahnya dorang ni. Disebelah ku Malina. Didepan aku, Syafiqah. Dan disebelahnya, Farhana. Tak lama lepas tu aku nampak kaum adam satu-persatu melangkah masuk. Semua memandang aku pelik, Atau mungkin perasaan aku saja.
Mengikut Malina. tadi itu kelas PJK. Kalau first week keluar padang, second week pula teorinya. Begitulah seterusnya. Owh macam itu. Hari pertama yang pada mulanya agak berpeluh juga, tapi sekejap je terasa. Nama pun budak baru. Buku tulis, buku teks semua belum dapat lagi. So, kita enjoy dulu!
-bersambung..


coretan by atoo
xoxo =)


No comments:

RAKYAT JELATA