October 3, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 4

4.
     Hari kedua aku, tersangat momento. Aku punya benggong tahap cipan agaknya. Aku masih lagi melalui laluan semalam, tawaf satu blok pejabat dulu baru jejak ke dataran. Dan setibanya ke dataran, berpinar pula mata nak mencari budak kelas aku semalam. Memang haru la nak mencari satu-persatu wajah dorang ni. 
Disebabkan mulut aku ni memang jenis yang susah nak bertanya, maka terjengah-jengah aku cuba mengecam. Memory aku ni memang jenis short-term. Nak bertanya segan konon. Aku punya mati akal masa tu, sebab kelas form1 cuma ada dua. Mestilah dekat hujung sekali. Last-last aku terdampar termenung sampai seorang pengawas ni tegur aku. 
"Kenapa tak beratur lagi ni?" tegurnya kelat.
"Beratur ikut kelas masing-masing!" ujarnya lagi bila aku tidak mengendahkannya. Bajet betul si pengawas ni.
"Saya tak tahu kelas saya yang mana satu...". muka innocent aku tunjukkan. Terkebil-kebil dia menandang aku sekejap.
"Takkanlah?" Dia memandang aku dari atas ke bawah. Mungkin ingat aku berlawak. 
"Eh, Aisyah!" Tegur salah seorang pengawas dari belakang ku. Aku mengangguk. 
"Dia ni budak baru kelas saya la! Meh, saya tunjukkan kat mana budak kelas kita beratur.." lembut saja ucapnya sambil menarik aku mengikutnya. Siapa penyelamat aku ni pun aku tak berapa ingat. Tapi mungkin lepas incident ini, aku lebih mengingatnya lebih sikit dari yang lain. Atau mungkin dialah kawan baik yang aku cari?
"Terima kasih, awak." ucapku seikhlas senyumanku. Dia mengangguk. Manis betul senyuman dia. 
Agak kekok sebenarnya bila aku nak ber'awak' sebagai permulaan perkenalan. Tapi aku akan terus ber'awak' supaya tampak lebih peramah. Lagipun aku sudah berazam, buku semalam tidak akan memendungkan buku baru aku kali ini. Cukuplah cerita aku memakan darah daging sendiri gara-gara manifiesto yang entah apa.
Aku memandang satu-persatu wajah mereka yang agak pudar dari ingatan aku ni. Mereka yang berdiri dekat denganku, sempat lagi menghulurkan tangan mahu menyalami aku. Mungkin ini sudah menjadi tradisi mereka. Aku menyambut sambil cuba mengecam satu-satu dari mereka. Sesekali aku mencuri pandang nama yang terjahit ditudung mereka. Ah! Payahnya... 
     Pagi itu tersangatlah mencabar. Aku diberitahu, kelas sains pagi tu dimakmal 1, blok Zaaba. Blok yang belakang sekali. Tapi belum sempat apa-apa, ketua kelas menyuruh aku ke bilik buku teks. Katanya cikgu sedang menungguku di pejabat. Maka bermarathon ke dataran semula dan berpatah balik ke kelas dengan memikul bergelen buku teks,
Berlecak peluh juga nak menapak ke kelas dengan beban sebegitu. Aku meletakkan buku teks diatas meja. Aku mencapai botol air dan meneguk laju. Lega sikit. Tangan kananku mula mengibas pelahan bahagian depan tudungku. Merasa angin percuma dari situ. Disebelah tangan kiriku mencapai buku sains dan beg pencilku. Kakiku memulakan langkah ke selatan pula. 
Makmal Satu. Blok Zaaba. Makmal Satu. Blok Zaaba. Dua perkataan itu saja bermain dibenakku. Blok yang belakang sekali. Apa yang aku perasaan, setiap bangunan di sekolah ini di namakan bersempena nama tokoh-tokoh terkenal. Tapi untuk bangunan yang belakang sekali ini, tiada pula papan yang bertulis Blok Zaaba. Ahh, sudah! tapi inilah bangunan akhir yang dikatakan. Mak kau! 5 tingkat!? 
     Seingat aku tidak pula Malina mengatakan di tingkat berapa. Atau aku yang tidak dengar tadi. Takkan la aku aku nak ke satu-satu tingkat pula? Nak bertanyakan orang, aku memandang sekeliling tiada seorang pun. Aduhhh, macam mana ni.. 
"Woit, Aisyah budak baru!!" sergah seorang pelajar lelaki dari belakangku. Dari mana pulak dia muncul ni? 
Aku memandangnya sekilas. Kejapp! Kalau dia tahu nama aku, maknanya budak laki ni budak kenal aku. Aku kembali memandangnya. Mataku cuba menangkap nama yang terjahit di kocek kemejanya. Shaerhaizat. Sedap nama. 
"Kenapa tak masuk kelas lagi?" Dia menanya. Eh, bau rokok semerbak! Aduhh! Aku seraya menutup hidung. Lantaklah dia mahu berfikir apa. Aku memang kalah dengan bau rokok. Boleh bawak gaduh kalau berani nak merokok depan aku.
"Eleh, bau sangat ke?" Dia menghembuskan nafasnya ditangan dan dia menghidunya. Dua tiga kali juga dia cuba mengesan gas yang terhasil. 
"Mana ada bau! Kau ni melebih nampak.." Dia mengambil sebiji gula hacks dan dimasukkan ke mulut. Cehh, takut bau la tu. Bau .rokok ingat boleh simpan dalam kocek ke?
"Engkau ni sombonglah. Senyap je dari tadi.." Aku hanya tersenyum kecil. Sesuka hati men'judge' aku nampaknya.
"Tak tahu makmal kat mana ke?" tekanya bila dilihat aku sekejap-sekejap memandang sekeliling. 
"Makmal Satu kat Tingkat 5, makmal hujung sekali belah kanan.." ujarnya selepas meninggalkan aku terpinga-pinga.
Tingkat 5? Masak rangup aku sampai kelas ni jadinya. Perlahan-lahan aku mula melangkah. Lenguh dan sudah dirasakan punggungku tertinggal ke belakang ni. Nafas aku juga berombak-ombak. Idea arkitek cabuk mana la pi campak makmal di tinggi-tinggi.
Aku menarik nafas panjang setibanya di tingkat 5. Fuhh. Aku memandang kanan. Sunyi saja. Tak kedengaran satu suara pun. Takkan dah habis kelas pula? Alu mengetuk dari luar. Bilik pun bermangga. Tiada tanda-tanda bilik itu sedang digunakan. Arghhh!!! Takguna punya jantan. Kencing aku rupanya. Memang sengaja mencari maut nampaknya.
Tidak beberapa jauh dari situ aku nampak salah seorang kerani makmal mungkin sedang menghala ke arah ku. 
"Takpa, kamu pelajar baru. Akak faham. Makmal untuk biologi, kimia, fizik semua tu aras 2 dan 3 sahaja. Belah kanan semuanya. Dan kalau yang belah kiri tu semuanya kelas untuk tingkatan 4 dan 5. Lagipun kamu boleh tengok nama setiap makmal diatas pintu tu. Kecil saja tulisannya. Memang tak perasan kalau sekali pandang..." jelasnya panjang.
"Dan untuk aras 4 dan 5 bahagian ERT untuk kelas Ekonomi Rumah Tangga." Tambahnya lagi sambil menunjukkan papan kecil yang menulis nama-nama kelas tu. Aku mengangguk laju tanda faham. Aku melangkah pergi setelah mengucapkan terima kasih kepadanya. 
     Setibanya di kelas, cepat-cepat aku memohon maaf atas kelambatan aku itu. Nasib Cikgu Musliha memahami orangnya. Aku masih lagi budak baru! Dia faham. Cepat saja aku mengambil tempat dibelakang sekali. Lambat, memang tempatnya dibelakang. Aku menoleh sekilas wajah yang tersenyum tanpa rasa bersalah itu. Ada hutang nampaknya yang diminta-minta. Sabarlah wahai hati... 
-bersambung..


coretan by atoo
xoxo =)

No comments: