October 16, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 10

10. 
     Sudah genap 2 minggu dunia Form 4 ni bermula. Tapi aku masih lagi terasa 'mood' cuti tu berlegar-legar segar dalam jiwa dan mental. Masih terpinga-pinga arah sebenar yang sepatutnya aku ambil untuk teruskan dunia pembelajaran ni. Sebab untuk ke Form 4, kelasnya diasingkan mengikut aliran apa yang kita nak sambung. Kira aliran apa yang kau berminat dan yakin kau mampu buat.
Untuk kelas pertama dan kedua, aliran sains kepada mereka yang berminat jadi doktor. Kelas ketiga dan keempat untuk aliran akaun kepada kaki-kaki nombor ditangan dan seterusnya. Dengan merujuk percubaan pmr, aku masih lagi kekal dalam kelas yang sama. Mungkin cikgu nampak bau-bau doktor dalam diri aku barangkali. Tapi bukan pada Izza, bila namanya tersenarai dalam aliran akaun. Kami diberikan 'authority' untuk memilih aliran masing-maisng. Hanya aku dibelenggu dilema semdiri, mengikut kawan mahupun cita-cita kononnya. 
Yang jelas aku bukan budak biology. Nak melukis cell, kuman tu siap kena hafal one by one semua part by part bukan minat aku. Dengan masa itu juga, semua budak kelas yang aku rapat dulu, bukan lagi budak kelas aku. Kebanyakkan mereka-mereka ni dari kelas pertama yang mana standard mereka lebih pandai dari aku. Rasa kecil sangat. Sekali lagi aku 'totally lost' dalam kelas aku sendiri.
     Penantian bukan satu penyeksaan sebenarnya kalau dia datang tanpa diduga. Dalam dilema aku yang tak habis tu lagi, aku dapat pula tawaran dari sekolah teknik. Teruja dia macam dapat offer dari luar negara sangat tau. Dah lah surat tawaran yang posmen hantar tu salah alamatnya. Tanpa pusing, memang aku terus isi borang-borang tu semua laju-laju. Dan aliran yang ditawarkan pun masa tu menepati jiwa muda aku. So, there's not a big deal langsung at first.
Lagipun masa tu aku sudah rasa diri ni sepatutnya lebih berdikari. Kononnya, dan hari pertama kena tinggal mak abah, banjir juga mata senyap-senyap. Sebak dada sekejap. Esoknya beriyalah aku membangga beritahu kawan-kawan aku, tentangnya. Padahal sebenarnya pihak kaunseling sekolah sudah pun tahu siapa yang dapat tawaran dari sekolah teknik tu. Hampeh betul. So, mereka ni lebih advance dari aku sebenarnya. 
     Bila difikir semula, berbolak-balik juga fikiran aku ni. Sebab tempat baru, kita tak tahu keadaannya macam mana. Keseronokan berasrama tu sama ke seperti kehidupan tanpa pengawasan mak abah? Boleh ke aku 'adapt' keadaan tu dengan cepat? Sayang pula nak tinggalkan sekolah lama ni. Macam-macam rasa keluar bila tarikh daftar tu makin dekat. Nak ke tak ni? Sempat lagi kau nak berfikir macam tu even surat behenti sekolah sudah pun kau isi kan.
Persiapan demi persiapan perku diteruskan even otak aku makin tak hilang 'confident'. Sebagai anak pertama yang hendak ke asrama, Emak dan Abahlah yang lebih teruja dari anaknya. Senarai barang ke asrama semuanya mereka sediakan. Dari bab pakaian wajib asrama, barang mandi hinggalah makanan asas aku kat sana. Kadang tu aku rasa kesungguhan mereka ni semacam nak halau aku dari rumah pun ada juga. Hahaha.    
     Buat pertama kalinya aku dapat rasa juga buat Emak dan Abah senyum panjang. Yalah. Aku bukan anak harapan keluarga, dah tu jauh sekali la aku nak bagi mereka result terbaik dari ladang. Tapi bila nampak keterujaan mereka ni, buat aku rasa aku bukan anak yang tak boleh pakai langsung. Aku perasan satu pekara. Setiap kali, kawan Emak or Abah tanya anak dia sekolah mana. Balas mereka dengan bangga betul kalau anak sulongnya ini sekolah teknik. Dan respon mereka-mereka,
"Wahh pandai anak kau, sampai ke teknik tu".
"Sekolah teknik tu, bukan calang-calang orang dapat masuk teknik!"
"Teknik Pontian tu teknik yang ambil budak pandai-pandai je.." 
Itu apa yang adik aku ceritalah. Sebab dia kadang-kadang berbulu juga dengan aku macam mana aku pun berbulu dengan dia. Jujurnya, boleh pengsan kalau Emak dan Abah tahu ranking aku dalam sekolah tu tak sehebat mana yang mereka semua sangkakan. Sekolah teknik ni sama je macam sekolah harian yang lain, bezanya kami ni tinggal di asrama bukan dirumah. 
Selamat tinggal dunia sekolah harian aku. Selamat tinggal cikgu-cikgu yang sudah banyak bersabung nyawa memberi segalanya pada aku. Selamat tinggal kawan-kawan seperjuangan yang banyak ajar aku makna kawan-kawan. Selamat tinggal Izza kawan terbaik di dunia aku. Selamat tinggal donut pedas kantin yang terbaik pedasnya. Selamat tinggal Yusof yang redup pandangannya. Selamat tinggal cerita si jebon. Ada jodoh kita jumpa lagi. InsyaAllah..   
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

1 comment:

Ajuya Rashid said...

singgah follow #660 ;)