October 21, 2014

i want to touch a dog?

#nowlistening: chandelier by sia
#mood: kenapa?

apa sudah jadi dengan orang melayu kita ni? sedih. soalan ni yang betol-betol terjah kat pemikiran atoo bila baca pasal kes pegang anjing ni. #myfirsttime ni atoo nak share #randomtalk yang serius matter currently happens. mula-mula macam taknak amik kisah tapi makin rase terpanggil nak tulis pasal ni. dan sambil tu bole jawab segala komfius dan kekecelaruan atoo yang tak sudah ni. 

anjing? pada atoo. atoo respect anjing. kira macam kucing. tapi anjing ups sikit. bila anjing tu dah respect dan sayang tuan dia, dia akan truely protective the whole family tuannya. tak kira apa cobaan, perompak, pencuri, yang mendatang. kira tak payah pasang cctv banglo bagai tu la. very the gentle kan? dan kalau yang comel tu, wahhh. adore betol. tapi, tak la pulak atoo ni timbul keinginan yang mendalam nak touch anjing yang adore tu. 

dan kalau dulu time kecik-kecik, bila nak beli pencil case ke bear ke tshirt ke beg sekolah ke segala permainan kanakanak la, kalau gambar nye sikit seakan anjing, mak mula-mula dah tolak tepi. "hish, gambar anjing ni, tak bole." dan seingat atoo kat sekolah agama dulu, binatang yang tak bole pegang tu anjing dan babi. kalau terpegang kira kena samak satu baldi tanah, enom baldi air. dan terpegang pun disebabkan keadaan yang betul-betul terdesak. kan?

tapi yelah, sekolah agama tu umor bape entah. dan bila masuk degree, atoo pernah ternampak my fren picture pegang anjing. dekat kepala ni terus terbenak, bole eh? eh, betol ke tu anjing? takkan la. mana bole pegang? bila masa pulak dah bole ni? dan bila tanya member atoo yang pakar sikit bab agama ni, dia kata bole. tapi dengan syarat tangan mesti kering. eh? cikgu sekolah agama takda la pulak cakap like that. ermm.. 

dan sekarang? isu ni timbol lagi. lagi siap berkempen. i want to touch a dog. atas sebab terdesak apa ye? dah bole pegang eh? abah atoo cakap semua ni sebab terdapat perbezaan mazhab yang mereka-mereka ni jadikan guideline. objektif utama yang sempat atoo baca tadi, sebab nak buang perasaan takut pada anjing. anjing tu tak kacau kita, kalau kita tak kacaw dia. right? 

dan islam ni bukan la dashyat terlampau kejam pada binatang walaupun kami tidak dibenarkan untuk memegangnya. tak salah nak berbuat baik pada binatang. tak salah nak bagi makanan ke, minuman ke, yang salah bila kita mendera binatang tu. ini, yang dok membaling batu konon nak bergurau, mane tak anjing tu menyalak kat korang. ada sebab kenapa anjing tu tergolong dalam mughalazah.

perkongsian pendapat ustaz kazim elias kat facebook dia;

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

my though, kenapa mudah sangat orang zaman it kita ni mudah dipengaruhi. atoo bukanlah orang yang kuat agama. serius. dah kalau tak bole, jangan dibuat, itulah yang mereka ni nak sangat buat. untuk nak lebih jelas pasal hukum hakam ni bole refer hukum pegang anjing - drmaza. semua ni just my #randomtalk. atoo minta maaf kalau ada yang terase dengan tulisan ni. 


islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan umatnya!
xoxo =D


No comments:

RAKYAT JELATA