Showing posts with label perkongsian. Show all posts
Showing posts with label perkongsian. Show all posts
April 11, 2018
November 28, 2014
20 fact that you should knows about FART
salam penghulu jumaat rakyat sekalian.
so, which one your fart would like?
- People who are NOT HONEST -People that fart and blame others.
- People who are confused -People who hold farts for a few hours.
- People who are ‘BERWAWASAN 2020’ -People who know a good time to farts.
- People who are suffering -People who want to fart but cannot fart.
- People who are nervous -People who suddenly fart when startled.
- People who BELIEVE OURSELVES -People who give up farts with a very loud sound.
- STRATEGIC people -People who hide the farts with guffaw let the others cannot hear the sound of farts.
- STRANGE people -Persons who may issue a fart when asked.
- People who are arrogant -People who smell and tell others his own fart fragrance.
- People who are FRIENDLY -People who do not mind others fart smell.
- People cannot easily socialize -People who like to fart when hanging out with friends.
- Aquatic people -People that like to fart in the water.
- People who are HONEST -The person claiming to fart after doing so.
- Mysterious people – If the person farts, others will not know.
- Smart people -People can describe the contents of others farts smell like petai or durian smell.
- Funny people -People laughing as he at farts.
- ROMANTIC people -People who fart sounds melancholic and melodious rhyme while dating.
- People who are NOT HEALTHY –Person by coughing, he will fart.
- Hot-tempered person -People are feel angry easily when he smell fart, even his own fart.
- People are forgetful -People wondered if the smell of farts though he own farts.
i love fart. atoo suka kentut. perghh. sedap woo. kahkahkah. kat mana, dimana, satu-satunya kerjaya tanpa perlu dibayar. rasa kebebasan sangat bila dapat melepas. and which one is mine? semua sekali depends the situation. kahkahkah. sebenarnya ni perkongsian dari assignment critical thinking masa atoo diploma dulu. rasa nak buang, tapi share lah kat blog dulu.
October 29, 2014
Tujuh Kata Tujuh Hari
#nowlistening: streaming #hotfm
#mood: ayuh berjage thesis
dear blog,
see. nampak. kemalasan woit. tahap dah takde skala ni. kalau masok sepital dah kat emergency room ni. *sighhh. bila dah hilang semangat nak teruskan membace jornal, mulalah tangan ni dok mencari ayat-ayat motibasi. eh, motivasi untuk membangunkan diri. membangkitkan soul thesis yang berlari lari berawang awangan kat kepala ni. sangat kacaw bilau la kaw ni atoo. arghhh.. bismillah..jom amalkan..bismillah..

xoxo =D
ayuh thesis ayuh johor ayuh thesis!!!
October 21, 2014
i want to touch a dog?
#nowlistening: chandelier by sia
#mood: kenapa?
apa sudah jadi dengan orang melayu kita ni? sedih. soalan ni yang betol-betol terjah kat pemikiran atoo bila baca pasal kes pegang anjing ni. #myfirsttime ni atoo nak share #randomtalk yang serius matter currently happens. mula-mula macam taknak amik kisah tapi makin rase terpanggil nak tulis pasal ni. dan sambil tu bole jawab segala komfius dan kekecelaruan atoo yang tak sudah ni.
anjing? pada atoo. atoo respect anjing. kira macam kucing. tapi anjing ups sikit. bila anjing tu dah respect dan sayang tuan dia, dia akan truely protective the whole family tuannya. tak kira apa cobaan, perompak, pencuri, yang mendatang. kira tak payah pasang cctv banglo bagai tu la. very the gentle kan? dan kalau yang comel tu, wahhh. adore betol. tapi, tak la pulak atoo ni timbul keinginan yang mendalam nak touch anjing yang adore tu.
dan kalau dulu time kecik-kecik, bila nak beli pencil case ke bear ke tshirt ke beg sekolah ke segala permainan kanakanak la, kalau gambar nye sikit seakan anjing, mak mula-mula dah tolak tepi. "hish, gambar anjing ni, tak bole." dan seingat atoo kat sekolah agama dulu, binatang yang tak bole pegang tu anjing dan babi. kalau terpegang kira kena samak satu baldi tanah, enom baldi air. dan terpegang pun disebabkan keadaan yang betul-betul terdesak. kan?
tapi yelah, sekolah agama tu umor bape entah. dan bila masuk degree, atoo pernah ternampak my fren picture pegang anjing. dekat kepala ni terus terbenak, bole eh? eh, betol ke tu anjing? takkan la. mana bole pegang? bila masa pulak dah bole ni? dan bila tanya member atoo yang pakar sikit bab agama ni, dia kata bole. tapi dengan syarat tangan mesti kering. eh? cikgu sekolah agama takda la pulak cakap like that. ermm..
dan sekarang? isu ni timbol lagi. lagi siap berkempen. i want to touch a dog. atas sebab terdesak apa ye? dah bole pegang eh? abah atoo cakap semua ni sebab terdapat perbezaan mazhab yang mereka-mereka ni jadikan guideline. objektif utama yang sempat atoo baca tadi, sebab nak buang perasaan takut pada anjing. anjing tu tak kacau kita, kalau kita tak kacaw dia. right?
dan islam ni bukan la dashyat terlampau kejam pada binatang walaupun kami tidak dibenarkan untuk memegangnya. tak salah nak berbuat baik pada binatang. tak salah nak bagi makanan ke, minuman ke, yang salah bila kita mendera binatang tu. ini, yang dok membaling batu konon nak bergurau, mane tak anjing tu menyalak kat korang. ada sebab kenapa anjing tu tergolong dalam mughalazah.
perkongsian pendapat ustaz kazim elias kat facebook dia;
Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….
my though, kenapa mudah sangat orang zaman it kita ni mudah dipengaruhi. atoo bukanlah orang yang kuat agama. serius. dah kalau tak bole, jangan dibuat, itulah yang mereka ni nak sangat buat. untuk nak lebih jelas pasal hukum hakam ni bole refer hukum pegang anjing - drmaza. semua ni just my #randomtalk. atoo minta maaf kalau ada yang terase dengan tulisan ni.
islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan umatnya!
xoxo =D
August 4, 2013
all is well
#mood: aduh (sementara je ni...)
#nowplaying: hadapi dengan senyuman
aduh. ni bukan kes ditimpa tangga dah, dihempap batu habis terus dah ni. betullah kot, dalam hidup ni tak semua benda kita bole dapat tanpa usaha yang setimpal. dan betul jugaklah kalau, kite punye bahagian tak sama macam mereka-mereka.
mukadimah tu memang untuk diri atoo sendiri dan untuk mereka yang in the same situation. all is well. result tak beberapa nak well la citernye ni. tapi semuanya akan well dalam beberapa saat lagi kot. hahha, diri sendiri pun dah take konfident. sedeyh la budak ni. bukan not well. tapi alhamdulillah.
mungkin belum masanya kot. untuk yang dapat sebaliknya, tahniah. atoo tumpang gembira. menumpang gembira je mampu. mungkin jalan yang tertulis tak sama. mungkin. untuk mereka yang atoo terkecewakan, atoo minta maaf. sebab tak mampu nak buat mereka tersenyum lagi. atoo minta maaf.
abaikan seteghess sementara budak atoo ni. dia punye seteghess tu sekejap jer. tengok je la sem depan, takdenye nak berubah tu. menyesal konon. azam bagai, tapi tengokkan je la... sebab tu,, all is well..
ehhhehe. tak baik taw, kutuk diri sendiri. bagi semangat sikit. ape yang atoo nak share, dan secare slow-melow lupekan seteghess result yang sedeyh medeyh pedeyh tu. atoo terlayan satu video geng uitm kuala pilah ni haa. bangga jugaklah, in kes, kite same fakulti different branch. hehhe.
kreatif, rajin, berani, tabik seperingggg la korang dan jom layann..
atoo: even bukan #kakihindustan, mulut ni bole terikut2 nak nyanyi same bile tengok memasing yang gile sporting. thumbs up guys! and atoo keep suporting u olls'. and sape punye idea ea?
see, dah terjebak dengan video ni, dah hilang feeling-feeling down tu. belum lagi layan #runningman. terus hilang rase sementara. ape-ape pun. tahniah kengkawan yang dapat dean list. yang dapat 3pointer. atoo tumpang je. atoo? still lagi dalam ondewey..ondewey..dan terus dalam keadaan ondeweyy..
kbai.
xoxo =(
July 20, 2013
"Abang, Tuhan marah dengan saya…."
PENGAKUAN EKSKLUSIF PEMUDA TUKAR JANTINA
Setiap kali menjelang senja, seperti mana ‘kupu-kupu malam’ lain, Rita akan mula menyiapkan dirinya seanggun mungkin. Rambut yang berserabai akan mula diluruskan. Dengan menggunakan jarinya yang lentik, Rita memulakan ‘rutinnya’ dengan memantis atau melukis kening.
Sesuai dengan bentuk mukanya yang panjang, dia akan memantis keningnya selurus mungkin menghala ke bahagian atas telinga. Ini diikuti dengan meletakkan celak di bahagian mata, memakai bedak asas, memerahkan pipi dan diakhiri dengan memakai gincu serta ‘lipglos’.
‘Fasa’ terakhir adalah dengan mengenakan pakaian seseksi mungkin, itulah ‘senjata’ terakhirnya kerana dia tahu, hanya dengan berpakaian sebegitu, dia mampu memikat nafsu buas lelaki yang berada di luar sana. Namun malam itu entah kenapa, Rita memulakan ‘kerjanya’ lebih awal daripada biasa…kedai runcit yang terletak berhampiran pun belum tutup.
gambar hiasan- credit google
Ketika Rita melalui kedai runcit tersebut, tiba-tiba dia terpandang tajuk besar sebuah akhbar tabloid…ALEESHA@ASHRAF MENINGGAL DUNIA.
"Saya betul-betul terkejut, rasa terlalu sedih dengan kematian Aleesha kerana apa yang arwah lalui ‘begitu dekat’ dengan saya. Untuk pengetahuan abang, saya juga dah buang kemaluan saya,” katanya sambil menundukkan wajahnya.
Menurut Rita, terlalu sukar untuk insan sepertinya hendak menerangkan apa yang mereka rasa kepada masyarakat. Katanya, biar apa pun hujah atau perkataan yang mereka luahkan, pastinya akan mengundang kejian dan cacian. Sebab itu, menurut Rita, mereka lebih senang memendam rasa dan melalui semua kesukaran ini secara bersendirian.
Senang cerita, katanya, mereka sudah tidak percaya siapa-siapa lagi dalam dunia ini apatah lagi mengharapkan sokongan daripada mana-mana pihak, baik NGO mahupun kerajaan.
"Malangnya ramai di antara kami yang tak mampu melalui kesedihan dan ‘kecelaruan’ ini, yang tak dapat kawal diri mula ambil dadah, malah ada yang bunuh diri, entahlah, hidup kami terlalu pedih dan perit untuk dikongsi, orang tak akan faham,” katanya sambil menyedut air limau ais yang dipesannya.
Penulis hanya membiarkan dia melayan perasaannya. Terus-terang, penulis pun tidak tahu bagaimana nak memulakan semua ini. Pertemuan Rita bermula apabila penulis diarahkan untuk mencari mana-mana lelaki yang pernah melakukan pembedahan penukaran jantina. Sesungguhnya ini satu tugasan yang mencabar dan memeningkan sebenarnya.
Namun Alhamdulillah, ia bagaikan dipermudahkan dan dengan bantuan pelbagai sumber, penulis berjaya menemui Rita yang ketika itu baru hendak memulakan ‘tugasnya’. Rita dilahirkan kira-kira 30 tahun lalu di sebuah kawasan perumahan di pinggir ibu kota. Sejak kecil lagi dia tidak pernah merasakan dirinya seorang lelaki walaupun secara fizikal dia adalah seorang lelaki yang sempurna, cukup sifat.
Seperti mana arwah Aleesha, Rita juga adalah insan yang mahu jadi 100 peratus wanita. Dia ingin menjadi wanita yang bukan dari sudut pakaian saja, tetapi juga dari segi lahiriah dan batiniah. Perkenalannya dengan seorang jejaka Cina bagaikan merealisasikan impian Rita selama ini. Lelaki itu sangat menyayanginya dan sanggup menghabiskan wang berjumlah ribuan ringgit asalkan berjaya memenuhi kehendak Rita.
Dan kesempatan itu digunakan Rita untuk menjadikan impiannya selama ini menjadi nyata. "Dengan ditemani seorang ‘kakak’ angkat, saya pergi ke sebuah hospital di Haadyai, Thailand. Pada mulanya saya hanya buat pembedahan kecil untuk memancungkan hidung, tetapi melarat pula ke pembedahan membesarkan buah dada,” katanya sambil tersenyum.
Selepas pembedahan itu, Rita semakin yakin dengan dirinya. Namun ada satu lagi perkara yang membelenggu hidupnya…juntaian daging sepanjang lima inci yang masih melekat ditubuhnya! Menurut Rita, setiap kali membuka pakaian, dia rasa geli dengan kemaluannya sendiri. Dia kalau boleh enggan melihat apatah lagi menyentuhnya.
Rita rasa sengsara. Rita rasa mahu gila. Rita tahu dia tidak boleh lagi hidup sebagai lelaki. Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sekali lagi dengan bantuan kekasihnya itu, Rita ke Haadyai. Kali ini dia nekad untuk menjalani pembedahan jantina seperti yang diidam-idamkan.
Pembedahan itu mengambil masa hampir lapan jam, namun yang peliknya, kata Rita, dia langsung tidak berasa sakit kecuali sedikit pedih ketika hendak membuang air kecil. Dia juga ditunjukkan zakarnya yang telah dipotong oleh doktor yang menjalankan pembedahan itu.
Hampir sebulan saya di hospital, kemudian saya minta izin doktor untuk pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang proses penyembuhan itu, saya diberikan ‘acuan’ untuk saya masukkan ke dalam kemaluan bagi membolehkan ‘lubang kemaluan’ terbentuk seperti mana alat kelamin wanita, saya rasa bahagia sangat ketika itu” katanya.
Namun keseronokkan dan kegembiraannya tidak bertahan lama. Berbagai ujian dan dugaan datang bertimpa-timpa tidak lama selepas dia menjalani pembedahan. Antaranya, kekasih yang dia sayangi itu tiba-tiba berubah hati dan terus meninggalkannya, dia juga hilang mata pencarian hingga membuatkan banyak barangan kemasnya tergadai, malah keretanya juga ditarik pihak bank.
Dia juga menghadapi masalah untuk mendapatkan pekerjaan disebabkan identitinya itu. Akhirnya, disebabkan kehilangan arah, dia terjerumus ke lembah hina….lembah pelacuran.
"Abang, Tuhan marah dengan saya….semuanya hilang dengan sekelip mata, kalau ikutkan hati saya dah tak mahu tinggal di lorong ini, saya dah tak mahu melacur, tapi saya nak makan apa, semua majikan tak nak ambil saya bekerja,”katanya dalam nada perlahan.
Menurut Rita, walaupun dia tahu perbuatannya melanggar hukum agama, namun dia tidak akan sekali-kali keluar daripada agama Allah ini. Bahkan, dia juga akan cuba untuk bersolat seperti mana umat yang lain walaupun dia sendiri tidak tahu sama ada solatnya itu diterima atau sebaliknya.
Kata Rita, dia pernah dipenjarakan di penjara wanita kerana melacur dan diberikan telekung untuk bersembahyang. Namun, kata Rita, dia sedar walaupun telah melakukan pembedahan, dia tetap seorang lelaki di mata Tuhan.
"Walaupun diberikan telekung dalam penjara, saya ambil keputusan untuk bersolat seperti seorang lelaki. Dan saya sedar, andai saya mati, saya tetap akan dikebumikan sebagai seorang lelaki,” katanya yang tiba-tiba sebak.
Menurut Rita, apa yang terjadi pada arwah Aleesha, tak mustahil akan berlaku pada dirinya dan rakan-rakan yang pernah menjalani pembedahan pertukaran jantina ini. Katanya, oleh itu, mereka tidak akan menuntut apa-apa daripada masyarakat, apatah lagi mengharapkan belas ihsan atau simpati kerana mereka sedar mereka tidak layak dilayan sedemikian. Cuma kata Rita, kalau boleh, janganlah terus menghina dan mencaci golongan seperti mereka kerana apa yang mereka lalui sebelum ini sudah cukup ‘menyeksakan’.
"Arwah Aleesha meninggal dunia kerana terlalu tertekan dengan apa yang berlaku, adakah masyarakat gembira dengan apa yang terjadi…adakah kalau boleh masyarakat tak mahu kami terus ada di muka bumi ini?"
"Tolonglah…biarlah kami dengan dunia kami, izinkan kami menumpang walau sebentar, lambat laun kami akan pergi juga,” katanya sambil mengelap titisan-titisan halus di kelopak matanya.
Tdak lama kemudian telefon bimbit Blackberry Bold milik Rita berbunyi. Ada SMS yang masuk. Sejurus selepas membacanya, Rita meminta izin untuk beredar.
Nampak ada seorang lelaki tua yang tak cukup gigi sedang tersengih memandang Rita dari dalam kereta BMW hitamnya. Rita kemudian pergi ke arah kereta tersebut sebelum membuka pintu dan duduk di sebelah lelaki tua berkenaan. Kedua-dua mereka kemudian hilang di balik kepekatan malam.
Penulis terdiam. Semua diam. Dunia juga seakan turut terdiam. – Oleh SYAHRIL A. KADIR
kata hati: pada atoo, sebagai hamba Allah, kita tidak layak mghukum sesiapa lebih2 lagi tanpa mengetahui masalhnya.. salah pilih kawan, dan hati yang tak kuat mungkin buat kita rapuh.. untuk Rita, buatla solat taubat. mohon keampunan dri Allah.. Islam ni mudah sebenarnya, tidak membebankn. Smoga Allah mengampuni dosa2 mu saudari.. berubahla, kembali ke pangkal jalan. pintu taubat sentiasa terbuka..
Subscribe to:
Posts (Atom)