selamat pagi malaysia ku.
bismillah. hari jumaat. penghulu bagi segala hari. dan jugak hari yang ditunggu ramai. sebab. yeah! esok cuti. ape yang atoo nak kongsi pada jumaat kali ni, tentang masa. masa yang atoo tahu dan sedar pada waktu zaman ni, masa selalu mencemburui kita. semakin kita besar jadi orang dewasa, semakin cepat masa tu berlalu kan?
topik ni sebenarnya dari perbualan atoo dengan abah semalam. startnya sebab atoo kata nak beli novel. okay. ni memang anak makbapak. sebab ape yang atoo beli, alwaysnya kena report kat depa berdua. ini cerite betol taw. berbalik pada conversation kami berdua, abah tembak atoo sedas yang cukup pedas.
along, membaca novel tu, mengisi masa lapang. masa yang tibe-tibe free. bukan kita ni yang mencari masa lapang untuk diisi. dan lain konsepnya tu. membaca novel tu tak salah, tapi kalau dah mencari masa lapang untuk diisi tu yang tak betulnya. nak abah cerite sampai besok pun tak habis ni. bla bla bla. huishh.
seriesly, minat atoo terhadap novel, memang tak dipersetujui abah. dari kecik lagi agaknya maybe. yelah. setiap kali nampak atoo membace, buat ape bace novel tu. abah tak nampak pun buku tu bawak along kemana-mana. kalau abah, orang bagi free pun taknak. huhh, abah ape tahu. tak mensupport langsung.
demi masa bagi seorang islam.
pada korang mencari masa ke mengisi masa? pada atoo, lebih kepada mengisi. bukan mengisi masa lapang, tapi mengisi segala masa yang ade dengan sebaiknya. sebab masa ni berputar sekejap je. kita tak sedar. atau mungkin kita buat-buat tak sedar sebab esok kan masih ada. tomorrow never dies kate omputih.
dan abah. along bukannya nya beli novel tu, terus mencari mase lapang untuk membace on the spot. tak semestinya lah. beli dan kalau ade masa lapang baru bace. masa yang betul-betul lapang dan cukup. sebab tak mencabar langsung kalau bace tangguh-tangguh. sekali bace kena marathon sampai habis. baru nikmat kepuasan menbace tu ade berase. kan. hahha.
abah, membace tu jambatan ilmu. jambatan ilmu apenya kalau membace novel aje, sama macam berangan angan mat jenin. semuanya rekaan semata-mata tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun mati. abahhh! huhh! orang tua takkan pernah faham. hahha.
apa pun pendapat korang tentang masa, sebenarnya masa tu cepat ke lambat, tetap pun bergerak. fakta bukan aota. dan takkan pernah berhenti ataupun mengalah. melainkan, bateri jam korang tu habis la. macam tu jugak dengan hidup kita. jatuh ke hape, kita perlu teruskan. life must go on.
dan masa juga pengubat yang baik untuk sang hati yang sedang berduka -betul tak dr arjuna?
sekian. xoxo =D
No comments:
Post a Comment