mood: menaip lagi
#nowplaying: ganjil by aril
sekian. xoxo =D
#nowplaying: ganjil by aril
bismillah. salam pembuka taip-ing. kali ini atoo nak share cerite wedding. wedding artis? pra-wedding perlu ke? kos hantaran macam jual anak? duit gambar kawin melampau? kawin muda? bercinta selepas nikah? ke.. nikah dulu baru kawin? opss! hahaha, intro nak propa sangatkan.. hurmm.. nak kate atoo ni kaki wedding, bole kira rasenye entry pasal wedding ni. hekhekhek.
berbalik pade topik asal yang atoo nak share tu cume lah satu topik biase. sedang-sedang saja. takde nya nak melebih-lebih propa. cerite wedding kali ni, cerite wedding sepupu navy kita. abang kapten katenya sepupu atoo. takdelah kenal mane, tapi tahu jugaklah dia ni anak mokde belah abah.
wedding kali ni, siap berpedang. macam wedding askar kat tibi tu. masa bride dengan groom ni jalan, ada la navy-navy tu beratur, angkat pedang masing-masing. then, bunyi tiupan ala-ala serunai tu. tapi bukan tu nama dia. kalau bunyi tu, macam yang bunyi dok panggil ular menari-nari tuh. haa.. mane gambar? alamak tak dapat nak amik. sebab time tu hujan turun dengan lebatnya.
wedding kali ni, siap berpedang. macam wedding askar kat tibi tu. masa bride dengan groom ni jalan, ada la navy-navy tu beratur, angkat pedang masing-masing. then, bunyi tiupan ala-ala serunai tu. tapi bukan tu nama dia. kalau bunyi tu, macam yang bunyi dok panggil ular menari-nari tuh. haa.. mane gambar? alamak tak dapat nak amik. sebab time tu hujan turun dengan lebatnya.
camwore yang wajib ade bile kami tige dara pergi mane-mane...
bape kali pergi wedding orang? seyesslynya, tersangatlah jarang. kalau cume ade mase terluang plus ade relation macam sedara-mara, maka wajiblah pergi. orang tua kate, kalau kita tak pergi wedding tu, gamaknya nanti wedding kau tu takde yang datang. betul ke kate orang tua ni? dari kecik sampai besar ni, bile atoo kemalasan nak pergi, ayat ni mesti kedengaran sayup-sayup kat telinga. 0.o
pada atoo wedding sekarang ni dah babezo benor dengan time kita kecik-kecik dulu. kalau dulu, masak-masak semua sedara-mare, sepupu-sepapat, siap berkampung nak masak sesame, prepare semua dari a sampai z. sekarang? semuanya pakai tempah dari a sampai z. sedare-sepapat cume datang pade wedding day, makan dan bergambo dengan pengantin sebagai alibi pergi wedding dia. hahhhaha. macam kejam je bunyi ni..
menyibuk ke dapur kononya nak tolong pape yang patot. tapi hampehh.
kalau pergi wedding sebenarnya kena buat ape? yang sebetolnya? hahha, soalan apakah ini? kalau ingat balik time kecik, wedding ni tempat permainan kot. yalah. before pengantin merasmikan tempatnya (pelamin), kami bebudak, berposing sakan. berlari-lari. main sorok-sorok. bunga mangga, bunga telor, segala bunga kat pelamin tu nak dipegang.
ha ah yang ni, mase pengantin laki nak masok pelamin, budak-budak ramai-ramai kepong the bride nak minta pow (betul ke eja ni). kira minta duit cukai la gitu. time ni, bile the groom nak masok rumah, kena bayar cukai, nak duduk sebelah the bride pun ade cukai. rindu gile suasana wedding macam ni. ada lagi tak?
tak habis pula tu, sesi gambar dengan pengantin. dari yang tua sampai ke muda. meriah betol. macam-macam gelagat, macam-macam ragam. lepas tuh, the 3rd generation. sepupu-sepupu atau anak sedare yang muda-mude gitu, disuruh jadi flower girl. bukan yang tukang mengangkat kain pengatin tu, tapi tukang bagi gift kat para tetamu yang datang. siap berebut tetamu pun ada. hehhe.
habis je makan beradab. apelagi. 2nd gene ke 3rd gene ke, ramai-ramai dok mebelesah makanan beradap pengantin. bukan yang sisa ea, tapi lebih lauk tu. alah, pengantin bukannya makan banyak mane. faham sangat. ye dak? then, barulah gotong royong kemas segalanya..
bile malam, sesibuk dengan pengantin. bukak hadiah yang pelbagai. siap main teka-teka lagi. itu belom campur dengan hantaran. menyibuk jugak nak bukak segala perhiasan kat dulang-dulang tu. satu dulang mesti wajib ade cokelat. dan itu yang paling kami sepupu sepapat bagi sama rata. fair and square. dan yang dah tua-tua tu pi tolong kira duit kaut. duit pengantin. rindunya zaman tu.
se kecik mikail. anak buah sebenarnya ni. kejap lagi jumpe mesti dah besau. >,<
tapi tu semua cerite dulu. time umur baru setahun jagung. sekarang jagung tu dah banyak bertahun.. ape yang atoo buat bile datang wedding orang? datang. makan(semestinya). pergi jumpe pengantin. kalau sedara. kalau tak, tengok dari jauh je la. amik gambor bebanyak. klik klik klik.
bunyi sadis, tapi rasenye ramai yang macam ni. nak tolong ape-ape, rasenya semua tu dah ade orang yang buatkan. kalau pi wedding yang dekat dewan, mesti jumpa dengan waiter bebudak remaja. alah, yang pakai baju waiter smart-smart tu. kalau wedding kat rumah plak, mesti jumpa makcik-makcik pakatan yang pakai baju kurung same plus ade broosh bereben or bekipas duit sehinggit. #trademark #weddingmasakini
bunyi sadis, tapi rasenye ramai yang macam ni. nak tolong ape-ape, rasenya semua tu dah ade orang yang buatkan. kalau pi wedding yang dekat dewan, mesti jumpa dengan waiter bebudak remaja. alah, yang pakai baju waiter smart-smart tu. kalau wedding kat rumah plak, mesti jumpa makcik-makcik pakatan yang pakai baju kurung same plus ade broosh bereben or bekipas duit sehinggit. #trademark #weddingmasakini
lepas balik wedding. hah, jadi judges wedding la plak. eh, pelamin tadi tu serabut lah. tengelam pengantin. tapi pengantin perempuan cantik. tak banyak make up. untung pengantin lelaki. eh, daging sedap la. tapi ayam tu.. liat.. ayam pencen la tuh. tapi nasi sedap. eh, orang belum habis lagi makan, waiter tu dah amik pinggan. ha ah, nak makan pun tak selesa, asyik dok tenung cara makan kita je. pergilah diri jaoh-jaoh..tapi dessert sedap. rase nak tapau balik. hehhheehe
tu dia antara sosek-sosek dialog kami sekeluarga. tapi belum lagi, bab boncerot. orang johor je tahu ni. kan orang johor? kira macam wedding gift kat guest yang datang. kalau dulu dapatlah nasi sebungkus plus sikit lauk ayam or daging plus slice kek span or kuih ke plus telur pindang.. tapi la ni, sudu garfu dibalut handkerchief, gule-gule, jajan, keychain, macam-macam dan yang paling femes, mug bertanda terima kasih.
pade kengkawan atoo, kengkawan blogger, yang pernah invite ke wedding tu, atoo minta maaf sebab tak dapat nak attend. jangan menyesal ajak ye. bukan taknak datang tapi keaadan tak mengizinkan. sorry.
dan betul lah. wedding sekarang tak sama macam dulu. macam-macam nak kena prepare. teringat maktok atoo cakap. 'dulu maktok kawin, pakai rm300 je. tu dah kira paling kaya zaman tu.' hahha. maktok, kalau ade lagi lah wang hantaran yang macam tu.. mesti dah turun statistik andartu dan bujang telajak kat malaysia ni. komfim punye.
kepak kepom kepak kepom kepak kepom kepom..
selamat pengantin baru. semoga kekal ke anak cucu.
ape-ape pun, jalan mesti diteruskan. *tetibe. wedding kali ni, semuanya berjalan dengan lancar, even seharian hujan bumi airtawar time tu. okaylah. selamat pengantin baru kepada semua yang kawin hari ini. semalam. esok. dan bakal tibe. semoga bahagia ke anak cucu cicit dan akhirnya.
nak cari kawan abam navy sorang la.*pulakdah.
sekian. xoxo =D
1 comment:
dah takde dah wedding meriah-meriah nie..
sekarang semua da siap rehearsal.
rewang pun takde.
kalau ada pun warga tua jer. warga muda semuanya tanak involve.
teringat aku kena jadi penanggah. memang tension dan malas gila!
Post a Comment