November 27, 2014

expectation vs reality

#nowlistening: sandaran hati by letto
#mood: fuhh...lega!

selamat siang para pembaca yang jauh dimata, dekat dihati

fuhh..fuhh..lega. alhamdulilahh. settle pun satu process dalam praktikal. tadi baru lepas lecturer kiranya pemantau yang memantau datang ofice kita. lega nya tuhan je yang tahu. bagi tunjuk buku log. tunjuk blog yang kita atoo handle tu. cerita itu. cerita ini. minta sign lecturer. settle. tinggal lagi dalam tiga minggu je. 24hb ni viva. then fully report. kat wasap group kelas atoo lagi la. siap da bincang ada kerja kosong tak? mane-mane tawaran kerja yang lupa share ye geng-geng kesayangan atoo! ok cukup intro. heee


cerita kali ni atoo nak share pasal reality nya tak sama. dah lama dah terfikir bin terpanggil nak tulis pasal ni. expectation ke impian ke ingatkan ke takkan pernah sama dengan kenyataan yang realitinya. kan. kan. kan?


kita start dengan dari sekolah lagi. kalau dulu buku rekod pelajar tu, bukan yang markah rekod bulanan, tapi yang fail coklat tu. mesti ada tulis cita-cita pilihan satu. pilihan dua. dan pilihan tiga. doktor. cikgu. polis. kalau mase tu pengaruh Gerak Khas, polis tu naik no1. hahaha. hobi lagilah. bermain basikal. membaca buku. menonton tv. ni yang cikai la. yang lagi nak gebang yang stok suka mengumpul setem. sempat jugak kumpul satu album setem. realitinya? bhahaha.


habis sekolah biasa, teringin nak jelajah. taknak di takok yang sama kononnya. nak keluar dari rumah dengan harapan dapat lagi ramai kawan. berdikari atas kaki sendiri. dengan expectation yang tinggi, bersemangat jitu. lepas pmr, apply teknik. tub tub dapat. alhamdulillah. dapat tukar sekolah. yeahh! realitinya, baru malam pertama dah nak fikir bila sabtu. bila nak balik rumah. bhahaha.


habis spm lagi syok. masa atoo habis spm ni, rasanya musim cerita Dunia Baru kat tv3. gila obses si Opie tu nak tahu cara dress up bila pergi kelas. berangan kejap dapat kawan-kawan yang superohsem macam tajul, madihah, adif, anizah, darius. kononya kan. berangan dapat lecturer yang miung-miung sikit. hahaha. high expectation sangat ni kan.


realitinya? bhahahaha. sapa yang dah masuk u, jom sembang terus terang. ada yang best dan ada yang sebaliknya. atoo tak layak masok uitm, tapi sipi uitm je mampu. kolej bersekutu uitm. taraa. here i come. tiga tahun. macam macam zone perasaan tiba dan pergi dan datang balik dan pergi hilang terus dah. tapi atoo sangat rindu zaman 3tahun di unikop. #lifefact


habis diploma expectation nak kerja. tapi kerja tahap diploma tak advance kononnya. semua member atoo sambung degree. kita nak jugak. apply sambung degree. dan. alhamdulilah. uitm segamat menerima atoo seadanya. dan high expectation ku sangat menurun bila orang banyak kata negatip pasal uitmsegamat. hutan la. transport susah. jauh. banyak gangguan. macam macam kot, sampai satu tahap nak behenti belajor. realitinya i miss a lot lot about uitmsegamat yaw!


tapi dua tahun tu tak lama. kejap sebenarnya. bila tengok drama kat tv budak uni. memang jauh panggang dari api. jalan keluar masuk kelas sambil pakai handbag sambil pegang buku. sangat drama tv. kalau yang dah kahwin tu, siap laki hantar depan u. laki dia boleh masuk dewan usha bini dia buat. propa la dorang. hahaha.


yang ni pulak case ke2. pergi library expect nak duduk bertentangan dengan student hotsetuf yang berlainan meja. usha dari jauh je. bila dia terpandang pura-pura tengok buku, tulis nota. bila ada chance balik, usha balik. bila dia keluar pintu library, kekonon terbumb together. sori. ambik buku yang jatuh. terus blah. malu. realitinya? sangat-sangat lain. library tu penuh bila esok nak final. tak pun esok ada test beramai-ramai. kan kan kan? realitinya macam ni..


and now im practical. dulu expect, praktikal ni kerja bagus nanti. kalau usha company besar, besar tanggungjawab, besar pengalaman, bergaji lumayan kaw-kaw. pastu dapat kenal ofismate yang hotsetaf, abang-abang sador.. boss hensem. ala-ala praktikal macam acad dalam #ssid? realitinya? kat grop wasap kelas siap dah buat survey. sape yang dapat offer sambung? sape yang taknak sambung? sape yang dah cari kerja lain? kahkahkah. nanti atoo share tips practikal yah..


just expectation never become reality tapi sipi-sipi je mampu. itupun kalau. yang ada tu, sesipi pun lain benaw. semua ni just my #randomtalk. maaf sekiranya terguris mana-mana hati. apa-apa pun yang kita expect tu sebenarnya kalau tak dengan kebenaran Dari-Nya takkan menjadi jugak kan. bersyukur dengan rahmatnya akan buat kita ikhlas dengan hidup kita. dan atoo masih lagi mencari keihklasan yang hilang tu.


selamat membaca.
xoxo =D



1 comment:

Anonymous said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut

gugur

RAKYAT JELATA