November 13, 2014

Bila kita tua nanti

#nowlistening: janji khalifah
#mood: terdetik

alkisahnya semalam atoo dapat wassap group family tu. baca-baca, dapat tahu tokteh Arah masuk icu hospital batu pahat. perghh. tetiba jantung ni laju degup semacam. kenapa pulak? tokteh tu sihat je. boleh bejalan jauh lagi. terus atoo koll my mak tanya tahu tak. jom pergi hospital batu pahat tu. padahal kat ofis ni. google balik waktu lawat hospital pukol 7malam dah tak boleh lawat. jawabnya esok waktu lunch la baru boleh turun padang.


sebenarnya. boleh kira berapa kali atoo jejak kaki kat hospital ni. lagi-lagi klinik. seram kot. tapi semuanya alhamdulilah, tokteh Arah dah boleh keluar hari ketiga dia. ade masalah jantung. pakar kat HBP dapat normalkan dan kuatkan jantung tokteh. semuanya okay balik. atoo cuma tak tahu. satu perasaan yang tak dapat nak describe.  atoo just peluk tokteh kuat kuat. minta tokteh dipanjangkan umur sampai atoo kahwin. boleh? terbayang lagi ni wajah tokteh tersenyum comel.


tokteh Arah ni dikirakan batch atok-atok yang paling rapat dengan keluarga atoo punya maktok. sekarang ni, kira tinggal dua atok je atoo de. atok laki @ka atokbah dah pergi dulu. but, i missed him so much. atokbah walaupun nampak garang, dia tahu dan dia faham. tapi itulah, orang yang baik ni Allah sayang. Al-fatihah untuk tokabah.


sedar tak sedar atoo sebenarnya dah tua kan. tua tapi tak tahu nak bertingkah laku seperti yang sepatutnya. tengok cerita korea tak hingat dunia. time kat hospital tu, just terdetik kejap. nanti bila sampai masanya, atoo disakitkan dan dihospitalkan. masih ada ke pelawat yang sanggup melawat? eh, sempat ke atoo sampai ketahap itu? mampukah?  hahaha. i just cant imagine that. 


untuk semua kat luar sana, pergi itu pasti. perpisahan itu nyata. itulah kitaran hidup manusia. bila the time has come, itu yang kita tak tahu. kan semuanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. Al-fatihah untuk mereka yang sudah tiada dan semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin



1 comment:

-HN- said...

Assalamualaikum. Saya datang sini tengok-tengok belog awak. baca-baca. Menarik. hihi.. Kalau nak ke belog saya, ni link nye... http://haziyatulnajihah.blogspot.com