August 18, 2015

peperiksaan online SPA JOHOR

#nowlistening: tak habis flashlight
#mood: feling karok

salam kemasyarakatan geng!

sape amik exam online spaj semalam? bagi sesapa yang first time (macam atoo) memang teruja kaw kaw. rasa gumbira benyanyi riang kononnya dapat position tu. posibility tu ada la dalam 0.000000001 percent. eh, apa nak baca ni? scope soklan camne pulak? sekali soalan dia, hamik kaw! memang tak bagi orang lulus ke hape? hahaha. 


sapa yang tak pernah alami, meh atoo share sikit apa yang atoo sempat study dalam masa sehari. sebenarnya dorang bagi mesej awal dah. tapi atas dasar takot lupa (almaklom otak dah kelaut) atoo prepared a day before je la. hahaha. jadahnya. jawab main tembak je la kan. first of all, korang akan dapat mesej dari pihak spa mengatakan korang akan ambil exam online dan perlu rujuk email untuk maklumat lebih details.


alahai soalan.. terngiang ngiang ni lagi soklan yang atoo tak dapat jawab tu. macam kat atas tu,nanti ade tiga seksen. tapi masanya tu. adoi memang taksempat. pada atoo la average masa untuk jawab satu soklan tu macam kuiz kot. baca, jawab. baca, jawab. kalau nak berfikir tu memang takdan sempat la. rase neves macam pemeriksa ada kat sebelah taw, padahal dah readi wikipedia johor. haha.


untuk seksyen A, pengetahuan AM ye. tapi more 80% on sejarah la pada atoo. portugis, melaka, kempen, lima bugis bersaudara tu semua keluar kot. yang AM nye bila pasal Johor la. keluasan daerah paling besar ape? majlis perbandaran apa? bekas-bekas menteri johor? maharani ape? apa nama kempen mb khaled nordin? kampung ke bandar? nama asal joho? bendera, jata, kira overall pasal johor memang kaw-kaw kena study. 


nape tak bukak gugle? hahaha. kelebihan exam online ni bole bukak tab banyak-banyak.copy soalan, klik gogle search kan? tapi memang kelaut tak sempat weyh. nak jawab 50 sokalan dalam masa 40min tu. kalau kena time server error tu memang menangis tak berlagu. rata-rata atoo bace kat fb spaj, mase ade lagi tapi dah tamat. ada tu, yang dah jawab tapi belom jawab. pastikan la data intenet ke wifi korang laju bak ferari shumaker kalau nak bukak tab bebanyak. 


untuk seksyen B. matematik je lahai. ya ampun, menyumpah je atoo time jawab soklan. atoo ni memang kaki metematik. tapi soklan depa ni bole dikategorikan luar kotak matematik. hahaha. dah lah 50 soalan, nak jawab dalam mase 40min. nak baca soalan, berfikir, kira tolak tambah, tekan-tekan kalkulator, tub tub jawapan takde. memang atoo tengok jawapan palin dekat je la. #tippilihjawapan dah macam lipas kudung. 


antara jenis soalan yang atoo ingat. ada la pasal masa. 12 pasang baju siap dalam masa 3hari 43 min. kira setiap pasang bapa jam. ada jugak pasal guli merah, biru, hijau kuning. ali bagi ahmad, abu bagi choong, sapa paling banyak. yang soklan sapa paling tinggi. aminah lagi tinggi siti. siti rendah mira, ira lagi tinggi aminah. sape paling rendah. soalan ni ada banyak jugak la. pecahan, kuasa kuasa, liter ke ml, kg ke gram, kira luas petak, kira basic math tu korang kena cari gali balik dalam otak tu.


jap. soalan annoying tak lupa seyh. soalan yang camni. A:B = 3:6, kalau A+B = 81, berapa A? ada tu main abc pulak, S,N,x,G,E. cari x? sekali trick addmath dia bagi. memang korang kena berfikir luar bulatan bukan kotak lagi eh. bagi yang kaki addmath tu sekali seminit je jawab soalan ni kan. huntunglahh...yang macam atoo ni #pasrahitumenyeghoh


untuk seksyen C ni kira satu satunye, bace soalan terus jawap tanpa menoleh belakang. seksyen ni kira macam related dengan sikap positif korang terhadap sekeliling, tempat kerja, alam sekitar, manusia sesama manusia semua tu lah. ada 200 soalan jawab dalam mase 30min. rasa berlumba dengan mouse pun ada tahu tak. time ni, jujur je la jawab. taksempat otak nak fikir banyak. mase tu macam ombak tsunami lajunya.


tu dia pengalaman pertama atoo amik exam spaj ni. dapat ke tak ke itu nombor dua. yang penting dah lepas. hahaha. antara tip yang atoo bace dan boleh digunakan pakai..
  • be prepare. study la sejaoh mane yang mampu.
  • check email. kalau boleh 30min sebelum exam dah login.
  • dah standby kalkulator, kertas, pen, data yang banyak.
  • sentiasa update dengan fb spaj.. maybe ade tip dari senior.
  • nak tip lain, bole dapatkan ebook tip kerja kerajaan ke kat sini

hurm, panjang sangat rasanya cerita kali ni. nampak sangat rasa tak puashati takdapat jawab tu banyak kan. hahaha. sapa suh tak study kaw-kaw. studi gitu gitu, jawab gegitu la kan. takpalah. dengar kata, esok keluar result. doakan atoo lepas untuk ke next stage pulak. exam online ni baru je first stage. banyak lagi stage sebenarnya. doakan atoo ye. dan mereka yang lepas stage pertama tu, tahniahh!!


xoxo =)
coretan by atoo.

No comments: