January 2, 2015

eh dah nak praktikal? #tipraktikal1

#mood: melangsaikan penulisan
#nowlistening: gemuruh by faizaltahir

assalamulakom! 
jangan terkejut. azam atoo jugak untok tahun ni nak ada kommitmen yang berterusan dengan belog kesayangan hambo ni. ada duit lebih nanti atoo belikan mukabaru ya. buat masa ni just steady.


hari tu kan dah janji nak share sikit pasal praktikal. sebelum. semasa dan selepas. tak banyak mana, tapi hopely dapat menbantu korang adik-adik hakak yang baru nak merasa chapter terakhir dalam dunia belajor ni, praktikal. atau orang jawe kate, internchip. dah ada pengalaman baru berkongsi kan. here, the story start!

part 1: sebelum praktikal.


yang ini tersangat lah penting. ingat penting! jangan amik mudah. padahnya bernyanyi tak berlagu macam atoo ni haa. rasanya, bila lecturer tempat study korang tu dah bagi taklimat pasal cari tempat intern. korang mulalah mengusha mana-mana company besar. pointer besar ke kecik ke belakang kira. 


kira usha bebetol, call, pi datang sendiri lagi baik. kira macam korang buat sikit survey pasal company tu. ye atoo faham. kekadang kita takde masa, student katanya. kekadang tu kita macam malas lah. hahaha. itu atoo. pengajaran nya kat sini, pengalaman yang kita nak tu akan limited. kira macam, praktikal ni satu-satunya peluang korang nak merasa dunia kerja dalam erti sebenar. so, pliss rajinkan diri. matikan malas tu kejap. 


next, kalau boleh korang purpose dulu company tu. selalunya, lecturer suruh tunggu surat hea keluarkan dulu kan. then, kena berikan tiga nama company. pastu hea buatkan surat. then, amik surat, tu scan, email ke company. ataupun pakai post, tapi rasanya dah tahun 2015 ni, posibility tak dilayan tu macam banyak je. hehe. kiranya kalau korang purpose dulu company tu, sama ada dia tolak ke terima, takde la kerja  kita mengulang-alik hea tu buatkan surat korang. bila compani dah kata boleh, barulah berikan surat rasmi dari kolej/ uni korang. 


document apa je yang nak disediakan? 

first, surat cover letter kenapa nak intern kat situ.
second, resume yang cantik cun melecun.
third, mini transcript result korang.

semua document perlu di formatkan pdf bagi nampak kemas. sapa nak contoh, letak email kat komen.. insyaallah, atoo tolong.. dah hantar email.so, tunggu je la respon sama ada positif mahupun negatif. eh, lupa nak habaq, pilihlah tempat intern yang relate dengan course yang korang studi tu. hehe. dan jangan lupa follow-up dengan company yang korang dah purpose tu. 


nak cari kat mana je peluang intern ni?

yang ini pada atoo banyak sangat peluangnya. depend pada korang kat mana nak. tapi depend jugaklah, korang dah berlesen ataupun tidak. sangat kekurangan taw bila kita masih lagi tak berlesen. banyak compani tu lebih suka mereka yang berlesen dari yang tidak. so, amik lesen awal-awal ye. masa atoo dulu, selain cari kat google, atoo usha jugak majalah.com. kat sini banyak gilos offer. tapi be careful je la nak memilih tu.


swasta ke kerajaan? 

pada atoo, atoo suggest korang lebih kepada swasta. atoo tahu ade sosek cakap kan, kalau kerajaan nanti kejenya jadi pemotostat ke pembancuh. tak semua sebenarnya. tengok dan depend pada bakal "boss" tempat korang tu lah. dapat yang baik, insyaallah. bahagia je sepanjang praktikal. kalau dapat yang makan hati, takpe. kuatkan iman. besabar. sebab kejap je praktikal ni. tak lama mane. 


antara compani besar yang kengkawan atoo pernah join, naza world, karyaseni, lejen press, karangkraf, telekom malaysia, sime darby, tabung haji, bank islam, proton, perdua banyak lagi lah. korang jangan risau, pointer tak banyak, peluang takde. korang just apply je position nak intern yang berkenan dihati. ada rezeki, korang diterima. 


elaon macam mana? 

pada atoo jujur cakap elaon ni kira macam tersangat penting. hahaha. tapi sebenarnya, elaon sikit ke banyak ke, tu pekara kedua. dapat compani bagus, alhamdulilah elaon masyuk. tapi yang compani kecik, elaon so so je. okaylah kan. semuanya depend. yang nak dekat rumah, mesti tak kisah pasal elaon. company biasa selalunya rm200. tapi kalau besar sikit, rm3++ sampai rm5++. tapi ada jugak clasmate atoo sampai rm8++. semuanya rezeki memasin.


to be continues Part 2...
xoxo =D


coretan by: atoo

2 comments:

Unknown said...

Nak contoh resume..blh ke?TQ..

Atoo said...

@norzanah maaf baru perasan. bole bagi emelnya?

RAKYAT JELATA