December 3, 2014

mandi milo pergi balik kerja

solamat datang disember!

entri pertama atoo pada bulan disember? alhamdulilah. masih selamat dan diberi peluang untuk bernafas lagi hari ni. dah. yes!! yeyeyeah!! bila dah masuk bulan disember, that means lagi dalam 20hari je nak berkhidmat kat tempat praktikal atoo ni. lalalala. tiap-tiap hari yang mendatang 20hari ni, atoo nak berkhidmat serajin mungkin. bhahaha. 

but. yang tak syok nye accident semalam. pagi tu as usual siap lengkap bertudung berbaju kurung ofis. duduk kat meja dapur. pagi tu mak buatkan lempeng, sebab nak dicicahkan dengan asampedas semalam. oklah. dah cantek tu. then, mak cakap, milo tu belom letak susu. ok. mak ambil susu, then put on the table. abah yang kat depan pulak tanya kenapa cover susu f&n tu lain dari yang selalu. atoo pun beriya angkat tin susu tu then terlanggar cawan milo then selamat milo tu tumpah satu baju kurung atoo. arghhh!!! petanda apakah ini.


mak komfim bising pokpekpokpek. atoo terus bangun. sengih kejap. terus masuk bilik salin baju. atoo masih dengar lagi lah mak punya pokpek kat abah. and sebab atoo dah lambat, dorang yang kemaskan perkecahan yang atoo mulakan.

itu tak habis lagi. balik ofis, the whole day kat ofis masih terasa atoo pakai perfume milo. hahaha. balik tu, cakap abah nak singgah pasar malam. teringin nak ayam goreng katanya. settle beli, sampai rumah atoo dalam keriangan lah hajat ayam goreng tercapai. bernyanyi lalalalalala dari pintu masuk rumah sampai meja makan dapur. 

adik, aku beli ayam goreng.. lalalalaala (keriangan dapat ayam goreng)

tangan ni cepat je capai pinggan. cubit ayam. bukak tudung salji. then again. atoo tersendol milo. sekelip mata je bermandikan milo lagi. tempat yang sama. meja yang sama. air yang sama. tumpah yang sama. posisi tumpah yang sama. again. arghhh. mak atoo lagi la. asking, kenapa ni along? kalau sekali tu salah takpa. ini kalau kali kedua, bukan sengaja. atoo speechless. dalam hati sumpah seranah diri sendiri. dah nak mati kott.

hahaha. bila ingat balik. geram dengan diri sendiri. silly mistake dan rasa macam bodoh sangat. permulaan disember yang macam hampehkan. 

tapi apa yang berlaku semua tu semestinya dengan kehendak dia. dan bermula dengan kesilapan manusiakan. hurm. manusia. manusia sendiri. tutup cerita mandi milo. hantar thesis 22hb. maka dengan itu minta-minta dipermudahkan segala urusan atoo. jumaat ni nak interview boss, then sabtu interview sv. aminnn.

xoxo =D

1 comment:

Najib Ariyan Ali Basha said...

milo dinasor?? hahaha pernah minum milo ni... tapi tak pernah tumpahkan... sayang... sedap minuman tu

RAKYAT JELATA