December 6, 2014

anak terkunci dalam kereta??

#mood: nak topup tidur
#nowlistening: senyum lagi by #markadam #qiera

assalamualaikum dan solamat sore masyarakat blogsepot

harini hajat dihati nak bebelog lepas balik kerja, tub-tub pi layan maharajalawak pulak dulu. niat hati dan pemikiran langsng tak seiring ni. niat memang macam-macam, tapi bila sampai masanya. dok perabis membuang masa online entah apa. bila kat ofis, cepatlah pukul honam, nak tidur. semalam tak cukup tidur. dah sampai rumah, melayan tenet plus tengok cerita koya. lastnya, tido 2 3 pagi jugak. dan macam semalam. hahaha. that's me! 

sudah. panjang benaw intro hang! sebenarnya atoo nak share pasal case anak tertinggal dalam kereta bersama kunci kereta dan enjin kereta yang hidup. fuhh. panjangnya tajuk case ni. rasanya dah dua kali terjadi kat area tempat atoo praktikal. #seriustalk rasa terpanggil nak tulis pasal ni. dan pastinya ramai yang cakap semua ni salah kecuaian si ibu atau si bapa. yes! for me, yes it is!

kalau tak silap atoo, dah ada Akta Kanak-Kanak 2001 akan dikenakan kepada ibu bapa yang sangat "sibuk" ni. yang ini antara case 2013, kecuaian ibubapa yang paling besar impact nya pada dunia kita. macam-macam positif negatif cakap-cakap orang warga kita sebenarnya. pada atoo, semua yang terjadi ni ada sebabnya dan pengajarannya yang perlu kita ambil berat. perkataan terlupa, penyesalan, dah langsung tak guna lagi dah kalau semua ni terjadi pada diri sendiri. ya. memang ibu bapa takde niat, tapi kealpaan tu menjurus kearahnya. Al-fatihah untuk arwah. minta-minta kita semua dijaukanlah. 

-gambar hiasan-

dan berbalik pada kes kat tempat atoo tu, anaknya yang berumur 2tahun kalau tak silap. ditinggalkan kejap je. si ibu nak bukak pintu drill ofice. cuma sekejap. then, balik ke kereta. tengok-tengok pintu dah terkatup sambil lock. kereta wira kali ni. sangat sekejap. dan sekejap tu jugaklah pintu terkunci sendiri. ramai jugak lalu lalang. datang cuba membantu. tapi tak semua kereta sama caranya kan. ada jugak yang datang menjenggah ambil berat katanya. tapi cuma mampu melihat. #tipikalmalaysian

dan disebabkan atoo rasa offended sangat tadi dan hanya mampu melihat tanpa membantu atoo share kan dengan korang hasil pencarian atoo. ni salah satu cara omputih barat sana bagi kita tips nak bukak lock kereta guna tali. talinya lebih kurang macam tali seluar track yang selalu ada kat pinggang tu. kalau tak pun terjadi pada kita, mungkin kita dapat membantu yang memerlukan kan.


cara kat atas ni, pintu kereta tu kena bukak sikit. dan yang kedua, bawah ni cara orang kita. dan tadi dorang guna cara ni. first, kopakan sikit getah hitam cermin tu. then, guna pembaris. tapi diingatkan tak semua kereta ya..


banyak lagi sebenarnya video cara dari omputih sana kongsikan. korang boleh klik How To Open DoorLock without a Key. hopefully tak dapat membantu, tapi dapat memberitahu kepada masyarakat kita pun jadilah. sebab memang kita semua sentiasa beringat, taknak berlaku. tapi yang nyata kecuaian dan boleh membahayakan datang tanpa diberitahu. jadi semua, sesama lah kita sediakan payung sebelum hujan lebih lebat lagi. 


xoxo =D
selamat berweken semua!


2 comments:

aquarius morius said...

Blogwalking sambil baca entri. :)

Aquarius recently post : Bagaimana akhirnya saya berjaya atasi masalah rambut gugur

Najib Ariyan said...

pernah tengok kejadian anak terkunci dalam keta dan orang yg ada pun tak tahu nak buat apa... akhirnya ada polis lalu berdekatan... (nasib polis tau apa nak buat)