May 10, 2013

otak kacau sampai jadi burung hantu

#mood=otak kacau
#nowlistening=around the world

arghhh! what the hell! what theee.. f.... okay series minggu ni minggu amat tak dapat nak diterima otak murah atoo ni. series kacau otak gua. tahu kan perasaan nak cakap, tapi tak mampu nak cakap. nak bagitahu tapi tak mampu nak bagitahu. series dayus kan si mangkuk jamban atoo ni. x.x

eh, sorylah entri kali ni takde nye berinformasi. almaklum, tuan belog tengah otak kacau. sekian.

dan memang betol. tepat sekali. orang yang bename manusia ni kalau nak diajak teman huhahuha, meronggeng, memang tak payah cari. datang je melulu. tapi yang sebaliknya ni.. susahkan nak jumpa. ok. sorang demi sorang, atoo dah nampak true colour yang kita selalunya nampak at the end kan.. yup!

tak reti menerima pandangan orang lain dan series pandang remeh kat pendapat orang lain. ha amik kaw. panjang punye version. senang cerite please respect orang lain la. sikit tegur, mula nak tacing. walawehh. dah besau kot. dah bole jadi bapak orang pun. dah kenapa nak jadi gedik lagu tu. tolonglahh. tolong ubah sikit behave tu.. takpe, yang penting, lainkalilah.. takde dah.

social ke sooosial? hmm, atoo minta maaf sebab atoo ni tak tahu nak bersosial sangat. entah. rase tak selesa lagi kot ngan mereka. rase macam tak perlu kekadang. sebab maybe ade benda yang lebih penting lagi kot. sebab kaw skema la derr. okay. yes. i'm nerd! takla. kadang-kadang atoo join jugak. tapi maybe dengan orang yang atoo trust dan selesa. atoo minta maaf.

silent killer. silent sangat sampai memakan diri. padan muke. sebenarnya penakot nak menyatakan pendapat ko je kan.. huhh, sengal bi nti bongek. keep silent and remain silent and act to be so cool and be someone else for made being acceptance. hahh, kan dah keluar omputih kami. or keep being plastic beg that full with rubish.

lately ni, atoo selalu terfikir. agak-agak la kan. ape ye dorang cakap pasal atoo? teringin nak tahu. ape kekurang atoo. sebab, ego. yes. atoo ego. taknak nampak kelemahan sendiri, tapi nampak kelemahan orang lain cepat betol.. see...#budakbajetbagus

be tolerance. memang tersangat penting kan. kalau dah memasing nak ikot kepala masing-masing, hasilnya roti hangus satu.. bukan bakar dah.. hangus terus. atoo minta maaf. sebab saya complicated person. benda senang bole jadi rumit, apatah lagi yang rumit jadi rumit kuase dua. so, kalau nampak atoo terlalu cerewet dalam kerja, atoo mintak maaf sangat-sangat.

dalam nak jadi diterima umum memang susah. sebab, tak semua suke ape yang kita suke dan tak semua mnyampah dengan ape yang kita tak suka. dan mengalah bukan bermakna kite menerime sluruhnya. tapi menunjukkan kita bole menerime... fahamkan...

hah lagi satu. alahai ustaz oi. ape kena dengan hang ni haa. atoo teringin sangat nak tahu, sapelah judges dia time mock teaching sampai bole accept jadi lect. okay. ini series sedih. bukan tak hormat lect, tapi yang ni for the first time of my life dapat sorang lect yang totally pelik. bukan atoo kuang ajar taknak hormatkan dia, tapi... ish kalau korang ade kat kelas tu, gerenti punye terfikir soklan yang same.

dan dah dua kali, kes dia naik seyh tetibe. fahamkan? bole ea lect macam tu? punce dan sebab, student tak bawak buku. sebab kan sorang student, satu kelas kena tempiasnya. sebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. okay, yang part tak boleh nak accept, dia punye stail marah. cikgu sekolah pun tak macam tu punya stail la.

bile dia mara, dia akan cakap ulang-ulang (bagi kita naik hangin), tumbuk meja (kasi nampak garang kot), dan latest ni hempas buku kat meja ( kasi nampak series garang)... yang penting, bukan kat student yang bermasalah tu, tapi satu kelas jadi budak bermasalah. lepas tuh, cakap berulang-ulang nak bagi kita yang tak bersalah ni sakit hati, telinge, dan otak. arghhh!!! kenapa ada lect macam ni?

ish, banyak pula cerite budak otak kacau ni. eh, ni bukan nak bagi pihak kedua mahupun ketige  marah. dok aihh, cume just luahan budak sengal binti bongek. luahan dia, bile dia totally lone ranger. kesian kan... ish..ish..ish..


psst: hidup kalau takde masalah hidup bukan lumrah hidup namanye.

sekian.
xoxo =(

No comments: