January 18, 2013

salah cakap atau salah tulis

salam kemasyarakatan,

dalam banyak hal yang pernah atoo buat, salah cakap mahupun salah tulis pasti buruk akibatnya. kata orang, terlajak perahu boleh diundur, tapi terlajak kata, badan anda binasa. memang satu badan boleh binasa. biasalah hal budak kolej. otak tak matang. sikit-sikit nak diupdate status. tak dalam fb, twit sana, twit sini.

macam tak puas hati je ayat intro tu? hahha. semua dah lepas. apa yang atoo nak kongsikan, jangan kita jadi manusia yang cepat melatah. dan jadilah manusia yang sentiasa memberi peluang kedua. sebab dalam hidup ni, peluang pertama selalunya kita abaikan. antara sedar atau tak kita mesti terlepas peluang tu.

tadi atoo baru terjumpa satu belog ni. belog kaum sang adam. kalau sekarang ni, banayk belog yang atoo terjah, semua nak cerite pasal gambar. fashion. gosip. lawak. cinta kau dan aku. seangkatan dengannya. tapi yang ni lain sangat. bila bace tu ada rasa nak kenal ownernya. hahha. 

try jugak usha ade tak gambar sebenara owner tu, tapi hoho..  mungkin bukan jodoh kot. *tetibe. belog dia banyak berkisar kehidupan seharian yang tersendiri. cukup simple. cara menulis pun tak berat, tak mengada. maybe dalam umur 20akhiran. haha. taknak ngaku 30an. takpelah. atoo dah follow. tunggu je lah next update dia.

lari topik dah ni. yang sebenarnya. atoo pernah kot. hanya sebab marah dan geram bersatu. satu cerite tak puas hati tertulis. padah dan kejadahnya kena halau. damn it. ahahh! itulah, kalau tulis tak guna otak, tapi guna perasaan. eh, tapi kami ada hak nak menulis. ini belog kami. #LISTEN #LISTEN #LISTEN propa kejap.

ape-ape pun, bila teringat balik. bole rasenya gelak guling-guling. menanggis bagai orang gile tak siuman malam tu. macam dah the end of my life. rasa nak terjun bangunan segala bagai. rasa kena tikam bertubi-tubi. hati ni bagai dirobek tanpa belas. entah pape la budak tu. tapi semuanya kenangan beb. 

hanya kerna salah tulis dan salah cakap. 

okaylah korang. dalam hidup ni kena sentiasa #BEWARE #BEWARE #BEWARE





No comments: