January 10, 2013

kawan lama

hai kawan kawan aku. apa kabar kawan kawan.
sihat ke. dah lama tak dengar gosip meliar kawan kawan.

bismilahirahamannirahim. entri kali ni atoo nak share cerite kawan lama. kenape tetibe? hahahh. penangan cerite SetiaHujungNyawa punya pasal la. taklain dan bukan ini semua pasal hady si jahat! kawan yang makang kawan namenye tu. hahha menggong. emo pulak. 

entri kali ni takde pun menyentuh sape-sape. cume sekadar coretan seorang kawan kepada kawan. mase mule start nak mengenali kawan memang tersangatlah payah. sebab atoo bukan jenis yang pandai memulakan. tapi akan temulakan kalau bersebab. kira ade sebab kenapa aku kawan kau. kejam kan. sebab tu of course la nak siapkan assignment bagai. jangan fikir negatip je la.


kawan ni bagi kaum hawa lain sikit. mase start kawan. siap tanamkan dalam diri ni kalau kawan kite sampai tua. kawan atoo baik. sekurang mane pun dia, atoo sorang je yang tahu. dan atoo akan lengkapkannya. sebab atoo kan kawan dia. kongsi macam-macam citer. pergi meronggeng sama-sama. gosip pasal guys sama-sama. belum lagi cerite yang ehem ehem. muahahha.

sebelum apa-apa atoo nak cakap tak semua kawan ni macam kawan yang atoo sharekan dalam entry kali ni. sebab atoo percaya. kat luar sana masih ada lagi kawan yang tahu dan sangat sayangkan kawan mereka. kawan yang sanggup brkorban demi seorang kawan. dan atoo respect gile kat korang. sebab manusia ni kan macam-macam ragamnya.

tapi. makna selamanya tu memang banyak maknenye. benar kata pepatah. semakin kita rapat dengan kawan kita, semakin kita jauh sebenarnya. makin banyak cerite yang dikongsikan, makin banyak mengundang padah pada kita. kerpercayaan yang sangat pada kawan tu sendiri yang memakan diri sendiri. ini pada pandangan atoo lah. 

alah baselah orang perempuan ni kalau bab berkawan lain sikit. korang jangan lah biase sangat cerite macam-macam kat seorang kawan. sebab sampai satu mase bile hilang perkataan kawan. habislah. habis satu hostel tahu pasal kita sebelum sempat kita mencari kawan pengganti.

percaya atau tak, kita akan rapat dengan kawan kita kalau kita same-same ade story yang same. macam kira masing masing ade own prob. ada give and give. kalau kawan yang ade pakwe tu, dia akan rapat dengan kawan yang ade pakwe jugak. kira bole show off pakwe masing-masing. aku dapat bear besaw gajah.. esoknya, kawan kite tu dapat bear berbulu mahal. hahhahha.


ade pulak lain stylenya. jenis yang suka buat kita tertanya-tanya. jenis yang ni, time bile dia dapat mesej. tersenyum kambing. bile ditanya, sape bagi mesej tu. adalah. lagi dibuat senyum lagi curiositi kan? dia kate tak faham. kita yang suci ni nak tolong explain pasal ape yang dia tak tahu. tub-tub dia bermecej mesej. senyum lagi. dah habis explain. bole tanya, eh, aku tak fahamlah. huhhh. matilahh kaww.... 

yang ni plak. jenis kura kura dalam perahu. fesyen kawan yang macam ni suka pakai earfon kat telinge. nampak slange.. nampak naif. suci bebenorr. bile dipanggil, buat-buat tak dengar. padahal. semua cerite kat tangan dia. apa yang kita bualkan, semua dia tahu kot. dasyattt..

kawan yang ni  pulak. memang buat atoo tergelak. kalau bercerite bab lelaki. mak ai.. satu kampung kau dia bagi dengar. laki tu ni. lakin tu na. laki tu tutt tutt. scantal muke rambut pacak..muke jambu batu. bercerite pung pang macam tertelan micropon. tapi bile senyap tu. haa.. dia cite pasal pempuan la. hahahha.

bile terkenang balik jumpe kawan-kawan macamni, memang kelakar. tapi masih ade lagi kawan yang baik. kawan yang suke mendengar masalah kita. bagi kita nasihat. pandai bercerite buat kita gelak. pandai ambil cari mood kita. ya allah, kau permudahkanlah perjalanan kawankawanku diduniamu dan akhiratmu ini..


terima kasih sebab masih sudi jadi kawan atoo.


psst: tiada insan suci tanpa dosa masa lalu. tiada insan yg berdosa gelap masa depannya

No comments: