assalamualaikum koranggg...
"nak makan jemput-jemput mak buat..."
ape ke mende spontan khamis ni? usha sini #s.thursday
- hari-hari bukak blog. hahha. tak kering idea nak cerite kat korangg.. ranking blog ni pun naik la cikit berbanding dulu.. walaupun cite atoo tu meng'annoying' betul kan? hehhe. ape-ape pun. cabaran ini dah berakhir disaat post day30 dipublish sat lagi.
- cube nak jadi lebih baik dari semalam. ape yang atoo nampak, setiap entri yang atoo tulis, atoo akan make it simple and nice untuk korang tak bored bile bace. -takde yang bace pon... even dalam life kita pun, kita akan try untuk make sesuatu things tu lebih baik dari yang lepas. jadi, atoo dalam sedang cube untuk nak jadi lebih baik untuk setiap hari untuk semua orang.
- saya sayang diri saye! yess! selame 30 hari ni, baru atoo perasan, atoo ade life yang takkan pernah ade pade orang lain. pengalaman yang begitu mahal yang takkan pernah same dengan ape yang korang rasekan. atoo bersyukur sangat dengan ape yang atoo ade sekarang ni. -alhamdulillah.. dan korang kat luar sane, hargailah mereka yang disekeliling kita sebelum kita terlambat...
tige benda yang mungkin atoo takkan pernah penat ataupun bosan untuk ade dalam hidup orang lain. awak bosan? hahha. makin bosan tu lah yang akan atoo kacau dari bosan sampai tak bosan. tak percaye? tanya mak bapak atoo. bosan giler bile atoo ade kat ruamh. hahha.
- blogging. -ini memang of course. ade orang bace ke tidak, i don care. blogging is my life. walau hupdate ke tak, blog atoo ni tetap no1 di hatiku. blog ni diari? bukan. blog ni tempat atoo melepaskan nafsu. what? nafsu nak bercerite walau takde pembace. jangan fikir lain.
- cari duit banyak-banyak. -walaupun ade orang cakap, makin banyak duit kita, makin banyak hutang kita. cube lah untuk kurangkan hutang. mungkin belum masenya (student lagi), time kerja nanti, tunggulahh... so, sape nak jadi kaye macam atoo?
- cube untuk buat hidup orang lain gembira. -yang ini kekadang atoo termengalah sekejap. tapi atoo tetap akan make orang lain tersenyum bahagia. how? "senyumlah, senyumlah, wahai cek molek..." hahha.
- kerjesame dalam satu team. -kitaorang dibahgi kepade tiga team. team mpp, team ajk, dan team fasi. tapi bak kate ketua, kita semua satu keluarga. saling kerjasame untuk dapatkan satu goal. dan kami achieve that. benarlah orang kate, kalau satu team tu tak sepakat, goal tu mmg bolos lah kan.
- berani. -kalau dulu atoo kenevesan untuk cakap dengan orang yang kita tak kenal, tapi bile dah join team induksi ni, atoo dah boleh untuk berani cikit. jadi instuctor kat family junior. explain kat junior pasal kolej. jadi peramah pade ramai junior. bla bla bla...
- dapat kawan dengan MPP. -hehhe. dapat tegur-tegur plus berkerja dengan golongan-golongan mpp. bangga seyh. hahha. korang ade ker?
first photo,
second photo,
- atoo cume seorang insan biase yang suke menyusahkan orang lain. dengan kate lain, bile korang dengan atoo, ade aje la musibah yang datang. nak rase ape tuh malang, try hang out ngan pempuan ni. hehhe.
- atoo ni seorang yang egois tak habis. susah sangat nak mengaku kesalahan diri sendiri, sedangkan dah terang lagi bersuluh dia yang salah. so, jauhkan diri ande dengan pempuan yang serupe pempuan ni.
- pempuan ni, suka sangat bercerite. tak kira dalam menulis or menaip. dia bajet, ramai aje yang membace ape yang dia coretkan. sedangkan, syok sendiri aje. tak boleh blah. hahha.
- perempuan ni bajet bagus. dengan kate lain suke pandang rendah kat orang lain. kononya bagus sangat tapi hampeh. hoi, sedarlah cikit. kamu tu cume meminjam hidup kat dunia ni.
- last, dia fikir dunia ni dia sorang hidup ke? sesuka hati nak buat ape. nak buat ape-ape tuh, cube lah fikir orang lain dulu. jangan nak sellfish sangat. suatu hari nanti, kau minta tolong orang lain gak.
- orang joho
- pemalu
- suke senyum
- rajin buat kerja
- nerd
- annoyying
- muke online
- gile menulis
- love music
- tangan basah
- aq noor
- cepat moody
- good listener
- sensitif
- cepat bosan
"This is real, this is me I'm exactly where I'm supposed to be, now Gonna let the light, shine on me Now I've found, who I am There's no way to hold it in No more hiding who I want to beThis is me.."
takde kena mengena eah? hahha...
assalamualaikum semua...
korang dah telefon abah korang belom? telefon la. tanya kabor... atoo baru lepas coll tadi. baru lepas wish tadi. tu pun malu-malu. nak cakap lebih-lebih, tak tahu nak cakap ape. hehhe.
"selamat hari abah kepade, en Tumin b Ngasimin dan jugak abah-abah kat malaysia hari ni..."
kali ni atoo nak share cerita abah atoo yang sorang ni. nak katekan atoo ni anak abah, rasenya jaoh sekali kot. heheh. tapi itu tak bermaksud atoo tak sayang abah. along, sayang abah!
abah atoo bekas polis. tahu-tahu je la kan kalau polis ni didik anak lain pesyen cikit. selalunya kasih sayang yang ditunjukkan tu tak nampak. heheh. betul tak? tapi waktu kecik-kecik pon, atoo selalu ingat abah tak sayang atoo. lagi-lagi lepas kena belasah ngan tali pinggang. paip getah. hanger. semua dah rase. arghh, menyampah ngan abah.
tapi dengan care tu lah, atoo sekarang ni jadi manusia. kalau tak, dah jadi ape la agaknya. dah atoo paling ingat time nak makan ubat. time kecik dulu-dulu, atoo ni paling jenis yang tak suka makan ubat. entahlah. tak boleh langsung letak kat atas lidah. mesti terkeluar balik.
mak citer, time tuh abah la yang sudi jadi penyuap ubat. sebab mak suap, dah tak jalan. abah letak atoo kat ribanya. time baby lagi mak citer. abah tuang la ubat kat sudu camtuh. nak suap dengan baik-baik. dan atoo pulak... buuweeekkk... sembur abah balik. habis muke abah atoo sembur dengan ubat tuh. hahha.
dah naik sek rendah, ingatkan dah okay sikit. tapi lagi teruk. lagi dashyat bile dapat ubat pil. nak ubat air dh tak berkesan.pil tu ditumbuk kasi hancur, letak dlam air, letak dlam pisang, macam-macam dan memang terkeluar balek. dan time tuh, atoo lebih suke ubat yang doktor kasi dari bawah. hahha. baik punyerrr...
but now, dah tak takut ubat lagi. camne? sebab bile time sakit, atoo refer let it go. yalah, demam tuh mesti datang. sakit tu kan buang dosa. dalam dua tiga hari okay punya kan. tak payah makan ubat segala bagai.
untuk abah, memang atoo bukan anak abah yang abah harapkan. tapi percayalah, along ade abah sorang ni je. along sayang abah dan sayang abah hingga hujung nyawa along. cume along malu nak cakap depan-depan abah. hehhe.
p/s; kepade abah, along cube jadi camne yang abah nak, tapi along tak mampu abah.maafkan, along
"ape yang saye dah buat sampai awak bencikan saye sangat-sangat? saye pon nak jadi manusia jugak.. ade hati, ade perasaan nak jadi macam manusia lain jugak. dan sabar tu pun ade limitnye. saye minta mahaf bebanyak kalau saye banyak sakitkan awak tanpe saye sedar. saye minta mahaf.. betul-betul minta maaf.. dan ape yang saye nak buat supaye awak maafkan saye dn pergi?"
"10 tahun akan datang, kaq atoo dah jadi ape?...."
10 tahun tu lebih kurang future atoo la kan. tak banyak rasenye. atoo still atoo yang lame. atau mungkin name 'atoo' ni dah berubah jadi 'Miss Atikah' my ic name. kah!kah!kah!
seyeslah atoo!
atoo akan pastikan yang atoo dah cukup. dari segi;
- ade sebijik rumah, area kampus. (kalau sesak boleh sewakan... heheh)
- sebijik kereta. (ala-ala satria-neo pun dah cukup.)
- ade sebijik camera nikon. -suke hambik gambar!
- simpanan yg cukup untuk mak abah wat haji dan umrah.
- ade family. (task yang paling susah...t_T)
mungkin nampak macam kartun atau memang kartun betul budak atoo ni. takpe. tak kisah. it my life! tak lupe jugak kat mak bapak atoo. mungkin time ni atoo dah tak menyusahkan korang. tiap-tiap weken balik kampung. i hope so lah kan. tapi insyaallah, along janji.
nampak matrialistik kan atoo ni. is okay. for me, ini semua cume keperluan dunia. dan atoo cube just nak go through tanpa jadi orang lain. nak dapat semua benda kat atas tu of course kena kerja. dan mungkin time tuh atoo dah kerja. dah ade kerjaya yg kukuh. sama gak ngan kewangan yang stabil.
the end.
nak berangan tinggi-tinggi sangat takut. sebab kalau jatuh kat tengah jalan, sakit woa...
p/s: saya sayang diri saya.
Perkataan homoseksual diterjemah secara harafiah adalah "sama jantina" yang merupakan gabungan prefiks Yunani homo- bererti "sama" dan asas Latin sex- bererti "seks."-petikan wikipedia
tajuk untuk entri kali ni mencabar cikit. lebih kesensitifannya tu. dari side selama atoo hidup kat dunia ni, jujurnya atoo belum pernah lagi ade kawan yang macam ni. so, atoo tak dapat nak cerite kat korang pasal the real side yang atoo prnah nampak.
apa pandangan atoo?
- diri sendiri.-atoo rase mereka ni tahu kalau perhubungan jenis ni memang salah dari segi agama mahupun undang-undang kat malaysia ni. ada pulak tu nak cube tinggalkannya, tapi kalah dengan godaan nafsu sendiri. dan pada atoo, selalunya manusia memang sering tewas dengan godaan nafsu manusia sendiri.
- silam. -selalunya mereka yang ade hubungan homo ni disebabkan kenangan silam yang pahit dan sukar dilupakan. apatah lagi kalau perlaku itu sendiri dari kalangan keluarga kita sendiri. cerite putus cinta dan taknak bercinta lagi menyebabkan mereka ni lebih berani dengan cinta baru yang lebih memahami.
- memahami. -satu pekara yang paling atoo nampak sangat. bercinta dengan homo ni, mereka lebih memahami ape yang digemari mahupun tidak digemari olehnya. dan time ni, bile kita manusia normal cube untuk memahami, mugkin kita dikatekan orang ketiga. hahha.
apa yang atoo cuba nak sampaikan ni, bukan nak menghina atau sebaliknya. kalau boleh, atoo nak tahu sangat kenape korang berubah sangat sampai ke arah homo. hidup ni memang banyak dugaan, dan itu bukan penamatnya. cubelah lihat orang sekeliling kamu, mereka menyayangi kamu.
- jangan bersikap prejudis sangat. -ini lebih kepada korang yang ade membe homo ni. kenape? bagi atoo mereka yang homo ni bukan pun orang jahat yang kita patut jatuhkan hukuman gantung mandotori. mereka cume hilang keyakinan diri untuk menjadi manusia sebenar. cubalah kita untuk menasihati mereka ni ke jalan pulang yang lurus.
okayyy! done.
- dua-dua mende yang atoo tak pernah jumpe 'the real'. hehhe. kalau kat cite tv tu memang la. tapi la kan, agak-agaknya, rase syok sangat ke lepas dah layan dua benda ni? yalah, korang yang dah layan mende ni, macam dah tal boleh lepas aje kan.
- haram. satahu atoo dadah dengan alkohol ni haram sebab bende ni boleh menghayalkan kat manusia. bagi kaum islam la. kalau bagi kaum lain, mungkin bende ni boleh tolong depa realise tension. agaknya lah.
- dari side lain plak, mungkin dadah ni ade advan nya. sebab dadah ni selalu ade kat dalam ubat. makin effective ubat tu, mungkin sebab kandungan dadahnya banyak. itu memang atoo tak boleh sangkalkan.
- alkohol plak, selalu ade kat minyak wangi. makin wangi, makin orang lagi suka kot. tapi kalau boleh, elakkan lah gune minyak wangi yang ade alkohol ni. tak boleh buat solat.
- ape-ape pon drug ngan alkohol ni ade elok dan tak eloknya. kita sebagai manusia ni kena tahu guna dengan sebaiknya bukan menyalahgunakannya.
ssalamualaikum semua.
hai korangggg...
cabaran untuk kali ni, cite pasal relationship, kalau single-mingle, camne plak? aiyoyo! camne nak cite ni ea? nak cakap banyak pasal relationship ni, atoo tak beberape pakar. relationship kawan ke, makwe ke, pakwe ke, memang tak lah. bukan maknenye atoo tak hargai korang, tapi atoo lebih suke untuk just go on je dengan ape yang kita ade.
current relationship? sapo je yang nak kawan ngan atoo ni... sob..sob.. >ayat nak gedik plak!huhh< hahha
atoo single dah masih suci lagi. opss! hehhe. masuk cerite kehidupan single ni takde lah spesel sangat. base-base jer. terutame bab spent money. dan atoo ni bukan kaki shopping. jadi, banyak maner la duit tu terbang kalau tak ke buku, assignment, plus projek. okay tak jawapan?
simple. rasenye perkataan tu cukup nak describe how single life is kan? semuanya simple sebab kita cume ade diri kita aje. kate nak tupop banyak. paling berjam pon bergayat ngan mak bapak kita aje. right? makan, minum, shop, jenjalan only for diri kita sendiri. jadi tak susahkan orang lain dan orang lain pon tak susah sebab kita.
tapi bukan lah se'cruel' sampai macam tu sekali. jangan describe atoo teruk sangat sampai lagu tu ea. atoo budak baik. sape-sape ade pobem ke, nak shared something ke, tak puas hati ke, atoo ade untuk awak. atoo akan tolong semampu yang boleh. betul tak korang yang kenal atoo? betull..... hehhe
buat mase sekarang ni, atoo cume ade life as a student yang cume ade hutang ngan MARA. goal nak hidup sekarang ni, nak belajor bagus-bagus, dapat kerja baik-baik, dapat bayar balik loan. kalau mati pon nanti, takde lah susahkan orang dok tanggung hutang kite tu kan. tak lupe gak buat mak abah atoo gembire dengan ape yang atoo ade. good girl kan atoo ni... uwekk!
bekalan untuk akhirat? of course ade nak collect tabung ni sampai penuh. sape yang tak nak. onlu buat ape yang disuruh, tinggakanl ape yang dilarang. simple je kan?
okay done untuk day12.
nak tengok bebelan atoo kat cabaran yang lain. klik sini...
assalamualaikum semua,
cabaran kali ni memang atoo dah pecahkan. minggu pertame sem baru kali ni memang buat atoo hilang tangan nak hupdate. tapi insayaallah, cabaran tetap akan atoo teruskan. dan untuk kali ni entry yang kena kuat berangan banyak cikit. bab-bab kahwin. dan ni memang tak pernah terlintas kat pale hotak atoo sebab, belum tibe masenya kan?
- atoo akan pastikan time tu duit atoo banyak. sebab kalau boleh atoo taknak susahkan makbapak atoo time wedding atoo tu nanti. dan diorang takpayah keluar sesen pun nanti. janji atoo.
- orang kate wedding ni kena ade tema. tema? tak tahulah. tapi kalau colour tema, of course black and red. my favourite colour. macam hell? eh, canteklah kombinasi tu. elegent ape.
- wedding atoo cukup simple. bukan sinple macam kahwin lari tuh ea! tapi simple semacam perfect wedding. sebab atoo ni anak first yang akan kahwin, so biarlah ia akan jadi contoh kat adk-adek atoo. hahha.
- paling penting my photographer. atoo akan choose yang terbaek, sebab kahwin kan sekali je dalam hidup. atoo nak ambik the moment-moment ni jdi the best moment forevar. ahaks!
entri ni cukup pendek je. nak berangan jauh-jauh tak pandai la...
Done!