October 20, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 13

13.
"Hey, saya Aisyah, dari Batu Pahat!"
"Hai, aku Fazira. JB."
     Aku tak beberapa ingat bagaimana hubungan aku dan Fazira bermula. Tapi proses kenapa hubungan itu rapat juga tetap sama. Disebabkan masa. Disebabkan keadaan. Fazira kawan rapat aku di dalam kelas. Owh ya. Aku tak introduce lagi budak kelas aku. Kalau nak tahu, 2nd life hostel kau yang perlu kau hadapi pelbagai dugaan itu ialah budak kelas kau sendiri. 
Aku pernah berazam untuk taknak sombong lagi dengan kehidupan aku dulu bukan? So, first day kelas aku, kebatakan yang teramat. Hampir satu kelas aku salam, one by one ramahkan diri dan kenalkan diri. Yang tak berapa nak menarik, budak laki kelas aku hanya 3 orang dan yang lebihnya perempuan. Sangat kau rasa tak semengah mana nak masuk kelas kan?
     Fazira duduk didepan aku. Disebelahnya, Bella. Manakala disebelah aku, Shidah. Untuk first impression aku, aku suka berkawan dengan semuanya. Bella comel dan manja. Shidah pendiam tapi bila bercakap tak berhenti. Fazira masih dengan diam-diam ubi berisi. Aku selesa berkawan dengan mereka.
Tapi masa menceritakan segala-galanya bukan. Shidah, dia lambat sikit. Setiap kali cikgu mengajar didepan, dia pasti akan bertanya kepadaku sekali lagi. Mula-mula aku masih lagi sabar mengajarnya balik. Tapi makin lama mana boleh tahan. Padahal, cikgu tu terangkan sama-sama dalam kelas kot. Dah masa cikgu tanya dalam kelas taknak pula dia angkat tangan. Aku pun masih lagi nak belajar. Agak-agak la. Aku punya jahat, aku cakap aku tak tahu. Habis cerita.
     Tapi aku bukan kedekut ilmu. Tidak sama sekali. Aku cuma takut ajaran sesat mana pula yang aku ajar nanti. Rupanya kes aku sama seperti Fazira dalam diam. Kita berkongsi rasa yang sama. Memang aku gelak besar. Dalam diam masing-masing. Tapi Fazira ni super-ohsem. Aku tak tahu jin phd yang merasuk dalam kepala otak dia tu. Dari bab matematik, addmath, membaca, kimia, semua-semua tu dia tapau licin.  
Tapi tak lama bila masa itu mencemburui kita. Tidak tahu di mana salahnya, Bella sudah berubah. Atau mungkin baru menunjukkan diri. Atau mungkin ada mata yang tidak senang dengan apa yang kami buat. Bella menarik diri. Dia mula jauhkan diri. Kau tahu bukan mulut perempuan-perempuan ini. Katanya  jangan kawan dengan si A, si B ni bawak mulut, si C ni tak boleh dipercayai, si D bermulut radio karat, sampai Azrin datang mengisi kekosongan itu.
     Aku rasa masa itu aku masih lagi seorang pelajar berjiwa kuno. Mengaku ni. Sebab kebanyakkan budak kelas aku tu terlalu open dengan budak lelaki even depa hanya tiga ekor kumbang. Entahlah. Batas-batas tu sangat aku just cannot accept kot. Pergaulan mereka dah serupa adik-beradik tapi lain mak, lain bapak. Kejutan budaya jugalah sekejap. 
Budak kelas aku ni berpuak-puak. Kejadah betul perangai masing-masing diluar jangkaan. Puak suku JB, puak suku KL, puak suku pendiam, puak suku banyak cekadak, puak suku pembidato. Entah macam-macam puak la dorang mempuak. Sebab makin jelas perangai aku yang tak reti nak bergaul tu, aku teruskan hidup tanpa berpuak.

Bapak bosannya zaman sekolah kau Aisyah! Yah. Aku mengaku. Masuk kelas. Belajar. Balik kelas. Kalau cikgu tak masuk. Kepala atas meja. Masing-masing sibuk membina peta dunia. Kelas aku sudah di Tingkat 3 dan hujung dunia sekali. Memang angin sempoi-sempoi bahasa membuai-buai. Lagi-lagi bila nak dekat tengahari tu cikgu mesyuarat selalunya. Lenanya kalah tidur dalam dorm.
Aku rasa ini la kehidupan di asrama. Masa sekolah harian dulu, memang takdan nak tidur dalam kelas. Kalau cikgu tak masuk pun, kita mesti berborak bergosip merancang masa depan. Tapi bila sekolah berasrama ni, pantang cikgu tak masuk kelas. Even bila cikgu cakap 'take 5' kepala akan automatik melepek kat meja dan lena. Lepas tu senyap sunyi sepi kelas aku tu. Hahaha.
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

October 18, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 12

12.
Senior. Walaupun hanya berselang setahun awal kau beranak dulu, kewajipan memangil kakak tu tersangatlah diambil kira. Kakak itu. Kakak ini.
"Akak, macam ni boleh tak?"
"Errr, akak macam ni tak boleh ke?"
"Akak, saya nak pergi surau dulu."
"Akak, kita gerak dewan makan dulu!" --> "Jangan lupa chopkan tempat!" Ehhh?! 
Sebulan jugalah mulut ni nak dilatihkan berkakak. Bukan apa, aku ni lahir-lahir memang sudah dipanggil kakak. Jadi lidah tu macam liat sikit. Dah tu memasing muka nak ketat tapi nak dipanggil kakak? Hurmm.. Tapi kalau nak mintak tolong, muka malaikat awal-awal dah tunjuk. Tak lama. Kejap. Bila aku kena bash kaw-kaw. Mungkin mereka nampak sangat ketidak ikhlasan aku tu.
     Meeting dorm pertama dalam sejarah dan tersemat melekat dalam ingatan ni. Malam tu kira macam slow talk pasal semua ketidakpuasan hati. Kira macam semua senior komdem apa saja salah junior. One by one semua selamat. tub-tub sampai aku. tembakan berdas-das smash cakap aku tak reti nak hormat senior. Dapat tahu dari senior dorm lain kata aku kurang ajar. Senior lalu sebelah taknak tegur. What???
Malam tu aku tidur dalam tangisan. Mak, Along nak balik! Apa salah Along? Rasanya kena belasah tali pinggang dengan Abah pun tak sesakit macam tu. Pedihnya bagai ditusuk sembilu. Dahlah malu satu hal. Aku yang bukan hotstuff tapi kena bash kena senior bilik sendiri? Pergh! Kebajetan betul si pembawak mulut itu!
     Pagi tu memang aku bersiap awal lebih dari biasa. Aku dah malu. Aku dah malas. Sebab tak tegur senior? Yang aku tolong jagakan bilik air tu apa? Yang aku kerja nak mengejutkan dia pagi-pagi tu kira macam mana? Setiap pagi aku ber'part-time' beratur panjang tolong ambilkan breakfast tu? Lepas ni ambil makan sendiri! Padan muka kau-kau dan kau!
Dalam diam nak tunjuk protes konon. Protes yang tak sampai sehari pun. Pandai mereka bermain perasaan dengan aku. Petang tu semua baik bak malaikat. Senior yang tak rajin tegur aku pun tegur. Tolong aku 'chop'kan bilik air. Ajak minum petang bersama. Ajak beriadah bersama. Siap nak ke masjid pun bersama-sama. Kau rasa tak apa yang aku rasa?
     Dalam masa yang sama, aku rapat dengan Nisa, Leley dan juga Ira. Aku senang berkawan dengan mereka. Macam-macam perangai tapi aku masuk. Nisa, kawan sekatil yang selalu tadah telinga dengar 'bedtime story' aku. Leley, kawan yang selalu menjadi mangsa buli aku, sebab dia rajin bagi aku nasihat seorang kawan. Ira, kawan yang paling aku taksangka sudi berkawan dengan aku even kita macam langit dan bumi.
-bersambung.
  
coretan by atoo
xoxo =)

October 17, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 11

11.
     Alhamdulilah. Semuanya selamat. Dengan perasaan takut berteman sang ego, dapat juga aku menahan mata ini dari dibanjiri tsunami. Sebak dia sampai tak boleh nak cakap masa aku peluk mak. Emak dengan Abah pesan macam-macam. Aku rasa masa tu aku hanya mampu mengangguk laju-laju. Takut sikit lagi terkeluar sebak ni kat mata. Mana boleh tunjuk, mau kena bahan nanti.
Kehidupan dorm baru?! Satu dorm ada 14 orang. Ramai tapi besarlah dorm kita. Lengkap. Katil bertingkat satu, gobok baju satu dan gobok buku satu. Yang tak syoknya, katil aku tu hujung sekali. Dahlah dorm tingkat 3. Dorm paling atas dan paling hujung sekali sebab tingkat 4 tu tak pernah berpenghuni pun. Dan sebelah tangga. Boleh tahan strategik ke tak bila malam menjelma kan? 
     Kawan baru?! Yup! Kawan baru dan juga memerangkap budak katil sebelah aku namanya Nisa. Asal JB. Budak kejuteraan awam. Kaki melukis bangunan tu. Dan dari segi tinggi dan ketembaman kita memang sama. Jadi aku kira senang je kami rapat. Pergi bilik air bersama. Mandi lain-lain la. Pergi surau bersama. Pergi riadah bersma. Pergi makan bersama. Sekejap betul rapat.
Minggu orientasi? Hah! ni memang aku nak sangat cerita. Sebab fasilitator batch aku ni masih lagi mengunakan diktator. Nampak sangat nak balas dendam! Fisrt week memang struggle kaw-kaw. Minggu tu, perasaan menyesal berjinak-jinak. Berlari lari lari dan lari je kaki kau tahu. Dari makan ke, pakai kasut ke, mandi ke, membuang ke, tidur pun kau terasa berlari. Memang abang ke akak fasi ke berbulu betul aku tengok.
Setiap kali tidur malam memang aku dah beritahu Nisa awal-awal kejut aku nanti. Aku siap pesan, kalau aku tiba-tiba terjaga pukul 3 memang aku peluk dia. Masa tu pun aku pujuk dia rapatkan katil kami jadi king size tu la. Bukan apa, just in case. Bukan kita nak, tapi taknak la tiba-tiba dia nak jumpa kita pula kan?

     Kawan baru lagi. Ira. Asal JB. Disebabkan dia ni sekelas dengan aku, jadi dengan secara tak sengaja kami rapat. Dia ni stock muka babyface. Aku bangga jugalah ada kawan secomel dia ni. Keempat, Leley. dia ni sekejap ada, sekejap takda. Dalam diam, rupanya senyap-senyap dia tidur dalam dorm kakak dia. Cehh, bergantung sangatkan. Mentanglah ada kakak kan? 
Kelima, Nina. Asal Segamat. Budak Agro. Yang kerja kaji pasal pokok-pokok tu. Sama macam Leley. Tapi bukan sekelas kot. Dia ni pun tinggal dalam dunia dia la. Hot-hot stuff kawan dia, tapi kawan-kawan. One things aku respect Nina. Dalam dia perangai macam tu, pandai bercakap. Even kalau dia speaking omputih, kau rasa macam tengah bercakap dengan matsaleh. Tersangat fluent dan slang dia sedap didengar. #seriustalk. 
Keenam dan ketujuh, Fara dan Iera. Yang kira paling #hotsetap dalam dorm aku mengikut cakap senior dorm aku tu. Budak bola jaring mana tak hot kan? Ramai juga abang dan kakak kononya nak jadikan dia adik berangkat-angkat. Aku rasa, dalam dorm tu, aku dengan Nisa je yang suci dari terangkat-angkat ni. Sebab tu kita berdua rapat dengan senior dorm kita kan Nisa?
     Tu dia ketujuh-tujuh roomates aku kenal dari jauh dan masih mahu berkawan. Semua aku masih kawan. Baru lagi. Baru kenal-kenal. Tetap kawan dan kawan. Sebab kita masih diberi kesempatan untuk berkawan dengan kawan. Bukan ke berkawan untuk kenal kawan dan membuat kawan?
-bersambung 
coretan by atoo
xoxo =D

October 16, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 10

10. 
     Sudah genap 2 minggu dunia Form 4 ni bermula. Tapi aku masih lagi terasa 'mood' cuti tu berlegar-legar segar dalam jiwa dan mental. Masih terpinga-pinga arah sebenar yang sepatutnya aku ambil untuk teruskan dunia pembelajaran ni. Sebab untuk ke Form 4, kelasnya diasingkan mengikut aliran apa yang kita nak sambung. Kira aliran apa yang kau berminat dan yakin kau mampu buat.
Untuk kelas pertama dan kedua, aliran sains kepada mereka yang berminat jadi doktor. Kelas ketiga dan keempat untuk aliran akaun kepada kaki-kaki nombor ditangan dan seterusnya. Dengan merujuk percubaan pmr, aku masih lagi kekal dalam kelas yang sama. Mungkin cikgu nampak bau-bau doktor dalam diri aku barangkali. Tapi bukan pada Izza, bila namanya tersenarai dalam aliran akaun. Kami diberikan 'authority' untuk memilih aliran masing-maisng. Hanya aku dibelenggu dilema semdiri, mengikut kawan mahupun cita-cita kononnya. 
Yang jelas aku bukan budak biology. Nak melukis cell, kuman tu siap kena hafal one by one semua part by part bukan minat aku. Dengan masa itu juga, semua budak kelas yang aku rapat dulu, bukan lagi budak kelas aku. Kebanyakkan mereka-mereka ni dari kelas pertama yang mana standard mereka lebih pandai dari aku. Rasa kecil sangat. Sekali lagi aku 'totally lost' dalam kelas aku sendiri.
     Penantian bukan satu penyeksaan sebenarnya kalau dia datang tanpa diduga. Dalam dilema aku yang tak habis tu lagi, aku dapat pula tawaran dari sekolah teknik. Teruja dia macam dapat offer dari luar negara sangat tau. Dah lah surat tawaran yang posmen hantar tu salah alamatnya. Tanpa pusing, memang aku terus isi borang-borang tu semua laju-laju. Dan aliran yang ditawarkan pun masa tu menepati jiwa muda aku. So, there's not a big deal langsung at first.
Lagipun masa tu aku sudah rasa diri ni sepatutnya lebih berdikari. Kononnya, dan hari pertama kena tinggal mak abah, banjir juga mata senyap-senyap. Sebak dada sekejap. Esoknya beriyalah aku membangga beritahu kawan-kawan aku, tentangnya. Padahal sebenarnya pihak kaunseling sekolah sudah pun tahu siapa yang dapat tawaran dari sekolah teknik tu. Hampeh betul. So, mereka ni lebih advance dari aku sebenarnya. 
     Bila difikir semula, berbolak-balik juga fikiran aku ni. Sebab tempat baru, kita tak tahu keadaannya macam mana. Keseronokan berasrama tu sama ke seperti kehidupan tanpa pengawasan mak abah? Boleh ke aku 'adapt' keadaan tu dengan cepat? Sayang pula nak tinggalkan sekolah lama ni. Macam-macam rasa keluar bila tarikh daftar tu makin dekat. Nak ke tak ni? Sempat lagi kau nak berfikir macam tu even surat behenti sekolah sudah pun kau isi kan.
Persiapan demi persiapan perku diteruskan even otak aku makin tak hilang 'confident'. Sebagai anak pertama yang hendak ke asrama, Emak dan Abahlah yang lebih teruja dari anaknya. Senarai barang ke asrama semuanya mereka sediakan. Dari bab pakaian wajib asrama, barang mandi hinggalah makanan asas aku kat sana. Kadang tu aku rasa kesungguhan mereka ni semacam nak halau aku dari rumah pun ada juga. Hahaha.    
     Buat pertama kalinya aku dapat rasa juga buat Emak dan Abah senyum panjang. Yalah. Aku bukan anak harapan keluarga, dah tu jauh sekali la aku nak bagi mereka result terbaik dari ladang. Tapi bila nampak keterujaan mereka ni, buat aku rasa aku bukan anak yang tak boleh pakai langsung. Aku perasan satu pekara. Setiap kali, kawan Emak or Abah tanya anak dia sekolah mana. Balas mereka dengan bangga betul kalau anak sulongnya ini sekolah teknik. Dan respon mereka-mereka,
"Wahh pandai anak kau, sampai ke teknik tu".
"Sekolah teknik tu, bukan calang-calang orang dapat masuk teknik!"
"Teknik Pontian tu teknik yang ambil budak pandai-pandai je.." 
Itu apa yang adik aku ceritalah. Sebab dia kadang-kadang berbulu juga dengan aku macam mana aku pun berbulu dengan dia. Jujurnya, boleh pengsan kalau Emak dan Abah tahu ranking aku dalam sekolah tu tak sehebat mana yang mereka semua sangkakan. Sekolah teknik ni sama je macam sekolah harian yang lain, bezanya kami ni tinggal di asrama bukan dirumah. 
Selamat tinggal dunia sekolah harian aku. Selamat tinggal cikgu-cikgu yang sudah banyak bersabung nyawa memberi segalanya pada aku. Selamat tinggal kawan-kawan seperjuangan yang banyak ajar aku makna kawan-kawan. Selamat tinggal Izza kawan terbaik di dunia aku. Selamat tinggal donut pedas kantin yang terbaik pedasnya. Selamat tinggal Yusof yang redup pandangannya. Selamat tinggal cerita si jebon. Ada jodoh kita jumpa lagi. InsyaAllah..   
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

October 15, 2015

Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H

#mood: bebeloglist
#nowlistening: aku tahu by ungu

salam kemasyarakatan
dia punya feeling nak bebeloglist sambil layan suara merdu bapak pasha sekali kan. jenjalan-jalan pagi sebenarnya mencari resepi kek 5minit, sekali terjumpa segmen bloger hasrulhassan ni. tengok-tengok date still lagi valid. alang-alang nak buat kek 5minit dia tu, kita buat join la segmen bloglist dari beliau ni. 


segmen ni pun katanya untuk blog baru. tak kira nak join juga! kahkah. rasanya zaman study dulu kemain pantang nampak segmen, komfim lelaju join. zaman baru nak up kononnya. sekarang memang boleh nampak anti-social nya tu. lagipun bila tengok balik intipati-intikaripap blog ni bukan komersial pon. hanya secebis perkongsian cerita jalan mesti ke depan bukan ke belakang.
btw, thanks otai blogger hasrulhassan buat segmen ni. tak tersenarai pun takpa. janji dapat resepi kek 5 minit tu. nak buat ni. minta-minta menjadi. hahaha.
meh join. sempat lagi ni Segmen Bloglist Blogger Baru 1437H
salam perkenalan semua!


coretan by atoo xoxo =)

October 14, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 9

9.
     Cerita kawan aku tak habis lagi. Sebab aku masih lagi percaya antara ramai-ramai kawan aku ada kawan yang tahu 'give and take'. Sebab setiap yang memberi haruslah diterima dan diterima haruslah memberi balik. Itulah kehidupan berkawan. Masa Form 3 jugalah aku mengalami satu fasa yang mana ramai kawan-kawa yang lebih one step forward dari aku. Rasa nurani tu tercalar dan tercabar. Fuhh,
Kebanyakkan kawan-kawan aku yang aku rapat, tinggalkan aku. Sedih betul. Sebabnya ramai yang tak perform masa final exam, dan mereka yang dari kelas petang lebih perform. Seriua aku dan sangat awkward dalam kelas aku sendiri. Kalau tak silap aku, dalam 4 ke 6 orang yang bertahan. Yang lain, tinggal kenangan. Dan doaku masih termakbul. Izza masih disisi.
Di sini juga dengan perasaan masih terkejut, proses penerimaan tu tetap perlu diteruskan. Sangat jelas persaingan makin bertambah sengit dan padat. Aku masih ingat, dalam kelas matemtik juga. Kalau dulu hanya aku dan Izza didepan, tapi tidak lagi. Ada si kembar. Ramai yang cakap mereka ni otak matematik. Si Yahya dan Yusuf. Dan memang betul. Setiap kali soalan matematik cikgu, aku dan Izza tak dapat selesaikan, mereka lah cikgunya. 
     Fatin and the gang! Aku masih lagi betapa payahnya aku nak bergaul. Senang cakap, aku hanya berbual dengan mereka yang aku kenal. Sombong bukan. Dia punya pang pung pang pung buat kau mudah senang dengan dia. Lagi-lagi dia ni jenis banyak infomasi. Bab cinta, bab lelaki, bab perempuan, semua masuk dah macam Astro. Memang kau tak habis gelak dengar coleteh dia macam-macam. Ada saja topik menarik dia ajak kita dengar.
'One things' yang aku sangat cemburu dengan Fatin, ialah sejarah. Dia ni bab sejarah semua dalam tangan. Cakap je pasal sejarah melaka, parameswara, kedatangan jepun, kelemahan british, malayan union, pertubuhan melayu bersekutu, semua tu lah memang dia cerita macam gosip artis je kau dengar.
Aku ingat lagi, aku pernah kena denda gara-gara sejarah. Malunya ya ampun. Dahlah, aku satu-satunya si hawa yang didenda dengan si adam-adam yang lain. Hanya sebab, aku tak warnakan peta sebiji macam dalam buku teks tu. Dan bebekalkan iman yang kuat aku dan budak-budak yang lain duduk dibelakang kelas, mewarnakan peta dengan hati yang riang. Berbulu betul aku dengan cikgu tu. Berkobar-kobar je tangan aku nak pancitkan kereta dia balik nanti. 
Dan disebabkan itu juga satu perjanjian manis termenterai antara aku dan Fatin dalam diam. Yahh, cuma aku dan dia. Izza pun aku tak beritahu. Tak ingat siapa punya idea, tapi yang pasti aku setuju baik punya. Perjanjianya, bila setiap kaji ujian sejarah dan matematik, aku dan dia akan saling memberi dan menerima. Maka dengan itu setiap kali, ujian sejarah aku perform kaw-kaw, dan setiap kali ujian metamtik, dia perfom habis sepertiku. Tapi tidaklah semasa peperiksaan besar, nahas kantoi kau. 
     Yusof. Tadi tu si kembar, Yusuf. Yang ni pula si Yusof yang lebih dikenali sebagai Ucop. Comel je bunyinya. Ucop ni juga dalam diam perwatakan dia mencuri mata aku. Tak tahulah kalau ini dinamakan crush ke tak kan? Uniknya, bila dia bersuara persis kartun. Aku ingat dia buat-buat, tapi bila dengar nak tergelak juga. Dan kalau bila bab membaca, budak-budak kelas mesti suruh dia. Lepas tu ramai yang menganjing balik. Tapi bagi aku, dia ni tetap ada keistimewaan. Serius aku tak pernah tegur dia even dalam hati ni nak sangat duduk berbual kosong dengan dia. Malulah.
Malu aku memang tak bertempat sangat. Kenapa nak malu, bukannya tak pakai baju pun. Entahlah. Tapi aku ada misi tersendiri. Setiap kali masuk makmal matematik, sebenarnya aku akan ambil tempat depan sekali dalam barisan perempuan. Depan sekali dengan erti kata lain, belakang si Ucop tu la. Nampak? dan setiap kali dia nak passing buku ke kertas ke belakang, aku akan dapat pandang muka dia. Redup mata dia. Tambah dengan senyuman lesung pipit, bergetar juga iman aku kejap. Shhh...Ini rahsia kita-kita je.  
     Aku masih jelas dan perasaan satu kelemahan diri aku yang aku tak boleh nak tapis sampailah sekarang ni. Kadang-kadang tu rasa jelas sangat sampai boleh buat orang lain tak selesa dengan aku. Bila bab bergaul. Aku bukan jenis suka masuk campur kalau takda kena-mengena dengan aku. Betul kata si Kaka tu. Bukan hal aku, biarku jalan dulu tahu rasanya. Tapi at one time, tu aku rasa bukan macam ni sepatutnya. Sebab, one day nanti yang kau tak tahu, sebenarnya kau memerlukan pertolongan orang tapi kau takda siapa-siapa. Ini maksud sebenar kawan bukan?
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =) 

October 13, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 8

8.
     Habis sahaja pmr, dah lagak serupa tamatlah jajahan ditanah melayu jeritnya. Aku masih tetap lagi ke sekolah seperti biasa walaupun ramai cakap membuang masa. Semangat ke sekolah tu sudah sebati dalam jiwa nurani. Aktiviti kat sekolah masa tu bermacam-macam mana boleh tinggal. Dari indoor sampailah outdoor. Eh, aku siap sempat lagi jadi manager pasukan bola jaring. Nak main, kaki bangku tak sudah ceritanya. Last-last jadi manager, kaki menyalak, kaki menyorak, bermacam kaki-kaki lagi la.
Cerita persahabatan aku dan Izza masih tersangat ukuh masa tu. Dari sekolah hinggalah ke rumah hinggalah ke sekolah balik. Dimana ada Izza pasti ada aku. Dimana ada aku pasti ada Izza. Dan kita semakin bertambah rapat bila aku mendapat offer sebagai librarian. Al-maklum, ada super-mega kabel baik punya dengan Haji time tu. Aku ajak Izza sekali. Kata kawan baik, taknaklah meletop sorang-sorang. Dan yes! Kami diterima. 
“Eh, Aisyah. Camne awak boleh jadi librarian?”
“Bila interviewnya…? tak tahu menahu pun...”
“Perghhh, librarian dia!”
"Senyap-senyap librarian dia ni..."
     Kebanggaan tu tak dapat nak disembunyikan. Lagi-lagi masa tu, baru nak diiktiraf. Kalau dulu, librarian hanya berbaju sekolah. Tapi selepas watikah, kira diwajibkan librarian memakai baju kurung kuning bersertakan kain hijau muda. Pergh bersemangat semacam melagakan baju baru, padahal kuli library je mampu. Ya ampun, dia punya keriakan melampau. Senyum melerih tersengih kambing tak sudah-sudah. Malu kononnya, propaganda je. Padahal suka dipuji, diberi perhatian dalam diam. Hahaha. 3 tahun jugalah aku sempat berkhidmat. 
Dan Izza jugalah yang mengajak aku berkawad. Disebabkan nak mengisi buku koko, aku join kadet remaje sekolah. Dan masa menyebelahi aku, bila kawad kami menang dalam peringkat sukan sekolah even jalan serupa ketam kau. Aku sendiri tak tahu semangat hutan mana sudah menusuk ke dalam jiwa. Siap aku minta Abah belikan satu set uniform kadet remaja gara-gara nak masuk pertandingan kawad peringkat daerah.
Setiap hari habis sekolah dalam pukul 1. Tapi tak balik rumah, sanggup stay surau. Sebab pukul 3 sharp ada kat padang. Kalau ada kelas tambahan, dapat pengecualian beb! Kebanggan juga tu. Berkawad farmasi bunga bermacam-macam step kejap je hafal. Dengan panas terik, berkawad dari tapak bola tampar, jalan tar, padang, pusing balik tapak bola tampar. Sampai sesi petang balik, kita pun balik sama sebab sekolah kena tutup. Aku rasa kalau malam tu boleh berlatih sampai malam juga la kita orang berlatih agaknya. Masa tu, seronok dengan penat rasanya tak dapat nak bezakan.
     Malam jumaat, bersilat gayung. Padang silat sebelah rumah Izza je masa tu, memang aku dan Izza bersilat bergayung bersama. Sabtu sambung pula dengan kelas darjah khas. Kalau di johor, darjah khas ni sememangnya tersangatlah tinggi pangkatnya. Izza juga mengsyorkn sekolah agamanya. Aku ikut. Sebab senang nanti nak pergi balik berdua bersama berbasikal.
Izza jugalah mengajak aku mengikuti tuisyen dengan salah sorang cikgu kawan ayahnya. Subjek english dan matematik. Setiap minggu bergilir-gilir bapa kami bersusah payah pergi dihantar, balik berambil. Pada aku, english aku memang sangat dashyat teruknya. Sebab at the end, result pmr aku sangat tak cantik disebabkan english tu la. Buang duit betul rasanya.
Cikgu Hafidzul. owh yahh! eh, bukan crush aku. Crush si Izza ni. hahaha. Crush dengan cikgu beb! Dalam diam tapi aku tahu sebab dia beritahulah. Izza ni pemalu tahu orangnya. Memang perempuan melayu terakhir pun. Dia cikgu pjk. Dia punya gelabah serupa kera termakan belacan. Lagi-lagi bila cikgu tu berdiri sebelahnya. Aku memang menahan gelak je mampu. Dia punya usha siap tahu kalau cikgu Hafidzul tu pun tinggal setaman dengan kami. hahaha. Izza oh Izza. 
     Pernah tak aku gaduh dengan Izza? Gila tak pernah. Tapi aku akan let it go dan still macam biasa sebab dia kawan aku. Tapi bila habis pmr, hubungan kami terputus sekejap gara aku nak sambung sekolah teknik. Then, habis spm. Aku pula senyap. Segan sangat kalau spm setakat layak masuk kolej, Izza pula sambung matrik. Tapi kami terjumpa juga bila marhaban raya taman aku tu.
Dan sekarang. Izza dah pun selamat jadi milik orang. Orang cantik mestilah laku dulu. I am happy for you Izza. Tapi yang sedihnya dia akan menetap di Terengganu. Entah dapat jumpa lagi ke tak. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hahaha. Dulu sebelum kahwin, ada jugalah Izza sudi membalas. Sekarang mungkin payah. Atau mungkin dia tak aktif lagikan. Yalah, dah jadi isteri orang buat apa nak layan wechat kan? 
Mungkin raya nanti kita boleh terserempak ke? Siapa tahu.. Dan aku masih sayangkan persahabatan yang pernah terjalin di antara aku dan Izza. Sebab Izza jugalah aku bertatih merangkak berdikari walau bukan sepenuhnya diatas kaki sendiri.
-bersambung
               
                           
coretan by atoo
xoxo =)

October 12, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 7

7.
     Balas dendam? Apa cerita dendam kau dengan si jebon tu? Terkubur je sebenarnya. Aku ni kaki cakap sembang tapi mereput je mampu. Memang mula-mula kalau diikutkan hati, binasa si Izat tu aku kerjakan. Hello, aku double xl lawan dengan xs tu. derr??? Dah boleh agak sadis endingnya tu kan. Tapi aku hanyalah seorang perempuan. Mana pernah keluar berita lelaki maut dikerjakan perempuan berumur 13tahun? 
Tapi aku ambil tahu juga pasal si Izat tu. Dalam diam memang mata aku tak lepas curi-curi usha dia. Bukan yang macam korang fikirkan. Aku ni jenis perempuan yang tak reti nak bercakap dengan lelaki. Aku totally out kalau berdepan dengan lelaki. Lagi-lagi jenis lelaki yang bercakap dan beriya betul dia tenung mata kita time bercakap tu. Memang aku gabra padahal takpa pun sebenarnya.
    Izat memang popular. Popular dengan prestasinya sebagai budak bermasalah. Kaki ponteng. Kaki tak siap kerja sekolah. Kaki memekak. Kaki pukul. Kaki merokok. Kaki pengacau. Kaki temberang. Kaki bilik kaunselor. Sampai oneday tu, cikgu sendiri pernah menghalau dia dari kelas disebabkan sikap kurang ajarnya. Kalau aku yang kena, memang terus diam dan minta maaf dengan cikgu tu balik kan. Tapi bukan dia. Dia sempat lagi membidas dan terus berlalu pergi. Satu kelas terkaku. 
Disebabkan peristiwa tu, aku rasa ramai cikgu buat tak endah dengan kewujudan si Izat tu. Dia datang ke tidak, bukan menjadi hal besar kepada cikgu. Izat selalu dengan dunia sekolahnya sendiri. Dan sememangnya tidak sama dengan perwatakan cikgu-cikgu yang macam dekat tv tu kan? realitinya ada lagi ke cikgu yang bersungguh mengambil tahu perihal anak muridnya mengapa berperangai sedemikian bukan?
     Sehinggalah masuk form 3, berita Izat senyap sebegitu sahaja. Cerita terakhir aku dengar, Izat sudah diberhentikan sekolah kerana perangainya itu. Dan sampailah satu hari, aku terserempak dengan Izat disalah sebuah kedai makan. Masa itu, aku dengan keluargaku. Dia yang mengambil order dari meja kami. Perwatakan Izat sungguh berbeza. Aku kenal dia pun gara-gara alis matanya yang nampak segan bila aku memandangnya. Aku yakin dia tahu kalau aku nak tahu. Izat kerja?
Persoalan aku terjawab sedikit bila Farhana yang sekampung Izat menceritakan sedikit perihal Izat kepadaku. Walaupun bukan semuanya, tapi aku sudah boleh mengagak. Izat datangnya dari keluarga bermasalah. Bapanya kaki judi dan telah pun bercerai dengan ibunya. Tidak lama selepas itu, ibunya pergi meninggalkan dia sebatang kara. Aku ingatkan cerita sebegitu hanya di dalam tv, tapi realitinya memang berlaku.
Betullah apa orang kata, ada sebab dan munasabab bila sesuatu itu berlaku walaupun bukan dengan kehendak kita. Dalam diam, aku pergi lagi ke kedai makan tempat Izat bekerja. Aku tak tahu kenapa kaki nak melangkah juga ke tempat itu even kepala aku cakap jangan. Dua tiga kali juga aku ke sana. Walaupun bukan Izat yang serve aku, aku sempat mengushanya kejap-kejap. Degil betul hati aku masa tu.
     Masa itu dah nak dekat pmr. Kesibukan melampau mengalahkan pelajar spm. Setiap petang pasti ada saja kelas tambahan. Habis saja kelas tambahan, pergi pula berkawad. Dan aku masa itu tersangatlah aktif. Aku ialah salah seorang kadet remaja sekolah. Pada mulanya hanya sekadar untuk mengisi buku rekod kokurikulum, tapi lain ceritanya bila kami menang dalam pertandingan kawad kaki sukan sekolah. Dan disebabkan itu, pihak sekolah mahu menghantar kami ke peringkat daerah pula. Memang beriya semangat berkawad tu lain macam. 
Disebabkan sibuk berkawad, dengan kelas tambahan, hampir setiap hari aku sampai ke rumah jam 7 malam. Sama seperti Izza. Ya, kami masih rapat. Dia juga kadet remaja sekolah. Dia juga geng silat gayung. Dan dia juga kawan sekolah agama khas aku. Dengan erti kata lain, melangkah saja aku ke sekolah, sememangnya ada Izza disebelahku. Dan sejak itu, aktiviti 'part time' aku juga berhenti perlahan-perlahan. Cerita Izat senyap-senyap aku pendam dan letakkan disatu sudut yang tiada siapa pun tahu. 
     Habis sahaja pmr, aku senyap-senyap pergi semula ke kedai tempat Izat bekerja. Dengan harapan kononya aku nak tegur Izat buat pertama kalinya. Aku tahu dia masih kenal aku lagi. Tapi semuanya disebaliknya. Rancangan Dia. Izat sudah pun berhenti. Aku hanya mampu tersenyum. Diam. Dan terus diam. Hampir satu jam juga aku melepek tanpa sebarang riaksi. Datang salah seorang staff medekatiku.
"Aku rasa kau nak ini kan?" Hulurnya satu kertas bertuliskan nombor kepada ku.
'Apa ni?' Pertanyaan yang mampu terluah melalui mataku sahaja.
"Aku tahu kau suka dia kan?" Tekanya lagak tahu serba-serbi.
"Aku Ikmal, panggil Abang Mal..." Dia kenalkan diri tanpa dipinta. Mungkin lepas perasan aku kurang selesa dengannya.
"Ambillah. Telefon dia kalau kau rasa patut. Aku cakap ni sebab aku nampak apa yang korang berdua tak nampak. Izat budak baik, cuma keadaan tidak mengizinkan dia mendapatkan yang lebih baik." ujarnya panjang pula. Aku hanya memandangnya. 
"Kau budak sekolah lagi. Masih panjang lagi perjalanan korang. Izat tu walau tak banyak cakap, tapi aku tahu dia nak berkawan dengan kau...tak percayakan??" Eh, dia ni banyak sangat tengok drama tv agaknya.
"Aku juga tahu yang dulu tu kau pun selalu usha dia curi-curikan.. jangan nak kelentong abanglah!" sambungnya tanpa dipinta. Banyak mulut pula bila dibiarkan ni. Aku pandang sekilas jam ditangan. Lama sangat ni keluar, bernanah pulak dengar Abah membebel nanti.
"Kau dengan Izat ni sama pattern ke apa. Aku duduk bercakap panjang-panjang ni, bagilah respon sikit.." tiba-tiba dia bersuara sedikit kuat bila aku hanya membisu.
"Kenapa? Dah nak balik ke?" Tanyanya bila dilihat aku kejap-kejap memandang jam ditangan.
"Err, Abang Mal kan tadi. Saya gerak dulu. Takut mak risau pulak. Terima kasih!" aku menunjukkan cebisan kertas tadi kepadanya.
Budak perempuan ni sebiji macam Izat ke apa. Dia hanya mampu menggeleng. Dan niat mulianya sudah pun tercapai. Tujuan dia menyimpan nombor itu pun untuk diberikan kepada budak perempuan tu. Tiada siapa tahu rahsia perjalanan hidup manusia yang sudah tertulis. Izat bukanlah seperti yang ramai perkatakan dan sayangnya terhadap anak itu sudah seperti adiknya sendiri. Tak salah sedikit kebahagiannya diberikan kalau sudah didepan mata.
Malam itu berhalilintar jugaklah emak membebel. Nasib aku selamat bila Abah tiada dirumah pada waktu itu. Cebisan kertas tadi aku keluarkan dari poket seluar. Nombor maxis. Tapi aku mana ada telefon nak telefon. Alah, kalau telefon pun nak cakap apa pulak nanti? Sumpah buat malu je nanti. Jangan cari pasal. Huhhh. Satu nafas kasar je mampu aku luahkan...
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

October 11, 2015

Maktok masih Kuat - TheEnd

#nowlistening: kau yang satu by nazmiirfan
#mood: sayang tu apa sebenarnya?

salam selamat pembaca yang sudi

sambungan Part 1 dan Part 2

cerita maktok kali ini atoo tamatkan dengan kenangan. bukan. maktok sihat lagi. alhamdulilah. mak jaga maktok sebaik mungkin. semakin laju dia berjalan. cuma cerita 'Maktok masih Kuat' ni atoo tamatkan dengan moment terindah hari itu.  susah nak buat wajah-wajah terindah ni tersenyum sebenarnya. jadi satu-satunya moment yang atoo takkan lupakan, atoo nak sematkan dalam blog supaya atoo tak lupa hidup ni indah sebenarnya.


5 oktober. datang lagi. alhamdulilah berpeluang lagi. sapa tak teruja bila bertemu dengan bulan lahir sendiri kan. tipulah kalau kata tak ingat langsung padahal expectation macam-macam kan. lagi-lagi dengan kesayangan. dan me too. walaupun tak semeriah mana, alhamdulilah. cukuplah dapat tengok wajah-wajah kesayangan, mak, abah, angah bersungguh beli kek, berpeluh keringat krang pung pang kat dapur memasak. dan wajah the legend maktok dan maklong tersengih melayan atoo bergambar. memang tersenyum balik bila tengok gamba epic ni. 


kenangan selalunya sementara dan hanya seketika. dan selalunya macam ombak. sesekali datang serupa tsunami menelan semuanya sekaligus tanpa belas kasihan. tapi sesekali datang membuai mendayu-dayu menenangkan pemikiran bukan. macam tu juga manusia. boleh berubah-ubah. dan kalau masanya sudah sampai. boleh nampak. sendiri faham. takperlu beritahu. tapi mungkin itu dulu, mungkin sekarang. masih sama. tak ditunjukkan. tapi tetap boleh nampak kalau kita boleh rasa kan?


maktok nampak sihat. cukup semuanya. makan. minum. baju. kain. duit. ubat. semuanya cukup. terlebih cukup pun ada. cuma satu. satu yang atoo nampak. dan mak pun cakap benda yang sama. tapi maktok taknak mengaku. terlebih faham katanya. tapi jauh sudut hati maktok nak dekat dengan mereka-mereka yang pernah ditatangkan bagai minyak yang penuh. tak susah mana pun. cukup dengan satu panggilan telefon, 'emak sihat? emak apa khabar?' tak banyak. tak suruh datang pun. dan selalunya mereka membalas mengatakan sihat. sakit-sakit orang tua itu biasalah. bukan sekarang. tapi dari dulu lagi. iyaaa.. masing-masing ada commitment yang lebih penting. faham. sangat-sangat faham. 


atoo pernah rasa dan nampak sendiri. ternanti-nantikan tapi yang datang bukan yang dinantikan. memang tak cakap. tapi nampak sangat. sampai satu masa dulu. atoo bersyukur bila maktok dimasukkan ke hospital. barulah nampak semuanya. atoo bersyukur sangat time tu, bukan apa. bersyukur sebab maktok boleh habiskan masa dengan anak-anaknya. bergilir-gilir rumah. dan kali ini, maktok terbaring kaku lagi. baru semuanya menampakkan wajah. sebab atoo percaya. sampai suatu masa nanti, tiada sebab langsung untuk kita semua balik kampung bukan.


eh, taklah. tak salahkan sesiapa. dan langsung tak terniat nak menyingung mana-mana. cuma sekadar tulisan mengingatkan diri sendiri andai terleka suatu hari nanti. sebab manusia mudah berubah bukan. selagi masih ada masa, luangkanlah untuk dia. sebab bukan apa, mungkin kesempatan masa yang kita katakan sempat tapi sebenarnya tak. atoo cuma nak maktok gembira disaat kita masih lagi diberikan masa bukan? maktok dah tua. dan atoo hanya ada satu maktok je. 


dan ini buat atoo terfikir banyak kali. dan kalau bila atoo sempat tua kerepot nanti, ada ke yang sanggup nak menatang dengan minyak yang penuh? anak? sanggup ke dia tinggal dengan kita? ke datang menjengah bila cuti sekolah? ke muncul time kita terlantar nanti? takpun time kita terjatuh bilik air tak sedar? tak pun langsung tak sempat kita nak menatap untuk kali terakhir. takpe. hati tua kita nanti faham sendiri kan. itupun kalau sempat beranaklah. kalau tak, memang nak kena tempah awal-awal rumah orang tua ni. eh, mesia masih takde lagi mesin yang boleh tengok masa tua kita nanti ya? hahaha #doreamonsangat

along sayang mak abah


coretan by atoo
xoxo =)

October 10, 2015

Maktok masih Kuat - Part 2

#nowlistening: hero by family of the year
#mood: nak sarap apa ni?

entry ni bersambung dari entri semalam Maktok masih Kuat - Part 1

petang esok tu maktok balik dengan mokteh dan pokteh. maktok nampak lemah betul. maktok mengaduh lututnya sakit sangat dan tak boleh nak berdiri. tapi sempat lagi mokteh menyuruh maktok tunaikan kewajibannya dulu. atoo mampu pandang dari luar bilik. taktahu nak buat apa sebenarnya. lagi pun atoo dengan mokteh memang kekok. serius awkward. maklong minta buatkan air kopi. tapi masa tu memangnya atoo dah buat air kopi. minum petang untuk diri sendiri. ya, satu teko satu cawan. atoo pergi dapur, tengok pokteh dah pun tuang air kopi dengan cawan yang diambil sendiri kot. yalah. mana ada orang gaji lagi dalam rumah ni ya!


sebab rasa awkward mengunung, atoo menapak balik dapatkan maktok dari luar bilik je mampu. tengok-tengok maktok dah tercicir sebelum sampai destinasinya. ya allah. rasa itu datang lagi. mokteh minta tisu sampai cakap. "ingat, ini semua kerana Allah. sebab masa kita nanti kita sendiri taktahu.". Tangan dia laju saja mengelap. atoo terus dapatkan mop, basuh, dan mop ditempat tadi. atoo perhatikan mokteh memakaikan maktok satu persatu baju, pempers, seluar, stokin, sarung kaki, telekung dan maktok menunaikan kewajipannya. bila masa kita nanti kita sendiri tak mampu nak berkata apa sebab semuanya ada cerita yang Dia mahu sampaikan kan. atoo basuh mop dan pergi ke dapur.


sampai dapur, mokteh tanya. hidangkan air je? cawan mana? gulps! pergi ambil sndiri la! hahaha. macam berani kan? dalam hati je mampu. terus cepat je atoo ambil dua cawan berserta piring cawan dan letakan atas meja. takut pun ada sebenarnya. hahaha, takot pada manusia nampak. taknak nampak sangat takut, atoo terus pergi usha maktok dalam biliknya. habis maktok solat, atoo tolong bukakan telekung dan baringkan maktok. maktok masih lagi mengadu lututnya sakit sangat. dari air mukanya menahan yang amat. 


taklama lepas tu, ciknoi dan anak-anaknya tiba. fuhh, leganya Allah saja yang tahu masa tu. masa tu mahgrib kalau taksilap. maktok hendak ke bilik air. atoo ni pun buat la macam apa yang mokteh buat tadi. buka seluar, dan pimpin maktok ke bilik air. sampai jamban duduk tu maktok, maktok cakap dia boleh buat sendiri. bunyi menghalau. atoo dengar kot, maktok mendesah sakit kakinya setiap kali melangkah tiba-tiba cakap boleh buat sendiri? perghh..tersentap jugaklah time tu. tiba-tiba rasa sebak semacam. ciknoi datang masuk bilik dan nampak titis-titis. maktok dah tercicir lagi ni ika beritahunya. tajam betul mata ciknoi. sambil dia lap guna tisu, sempat lagi pesan. "ingat semua yang kita buat ni kerana Allah, besar pahalanya ika...". 


tapi kali ni, ciknoi punya cara cucian lain. dah lap dengan tisu, dia simbah kawasan tu dengan air. katanya biar ada air yang mengalir sebagai tanda ada pengaliran then baru mop. okay. noted. dan kerja atoo, capai mop lap semuanya kasi sampai kering. maktok, time tu ciknoi yang uruskan. sebab atoo dah tacing dengan maktok! maghrib tu, barulah mak dengan abah atoo sampai. leganya ya ampun, atoo peluk mak ketat-ketat. mak, abah terus dapatkan maktok. maktok dah pun baring semula. mak bertanyakan maktok kalau lututnya masih sakit ke? dan offer abah urut lutut maktok. maktok mengangguk. serius, pelik. atoo nampak maktok senyum. 


atoo siap tanya mak, abah urut maktok? wahh, impress atoo dengan abah sekejap. tengok gaya mak, emak tersenyum dalam. maktok sukakan cara abah mengurutnya. syok betul muka maktok kena urut ditempat yang sakit tu. alhamdulilah, ya Allah. engkau telah tunjukkan sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga ni. malam tu, atoo tak banyak dengan maktok. usha dari jauh je. rasa tacing tu masih terngiang-ngiang ni maktok. sampai hati maktok kan. tapi jauh dalam sudut hati kecil atoo ni nak juga serve maktok macam mokteh, ciknoi.. takpe kita tunggu. dah nak pukul 10 jugaklah rasanya. atoo nampak maktok pelan-perlahan bangun. its my time!


atoo pergi dapatkan maktok. maktok nak pergi bilik air ke? maktok mengangguk. pelan-pelahan aku turunkan kakinya ke lantai. minta dia berdiri. tanggalkan stokin, seluar, pempers. dan pimpin maktok ke bilik air. dan dudukkan ke jamban  duduk. nampak maktok tak marah macam tadi. bila urusannya dah selesai. atoo dapatkannya semula. seperti tadi membantunya dari a sampai z dengan menukarkan bajunya sekali. komfim mesti basah setiap kali maktok ke bilik air. maktok hanya menurut tanpa banyak kata. atoo baringkan maktok. atoo selimutkan maktok. dan maktok, "terima kasihlah ika, terima kasih banyak tolong maktok ni.." 


ya Allah! bahagianya rasaa!! rasa nak menjerit satu dunia ni haa. rasa bangga gila dapat serve maktok buat pertama kalinya tanpa bantuan sesiapa. tapi depan maktok senyum cover baik punya. abah! emak! along serve maktok! kahkahkah. rasa bahagia sangat tu bila maktok sebenarnya tahu kewujudan atoo. eh, chop! feeling dia tu macam finaly maktok approve atoo jadi cucu dia. hahaha. alhamdulillah, ya Allah. secara automatiknya, konfiden atoo terhadap maktok meloncak-locak. mata atoo memang tak lepas dari pandang pintu bilik maktok. pantang maktok nak itu ini kaki atoo dah sampai dulu. nampak konfiden mengatasi kondifen.


atoo pun sempat juga serve maktok dipagi raya tu sekali lagi. siapkan maktok cantik-cantik. tukarkan baju raya. bedakkan muka. pakaikan bedak. dudukkan ke atas krusi roda. tolak ke meja makan. hidang air putih.suakan air kasi maktok minum. ambil nasi dan lauk maktok. kopekkan udang, cerikan daging, ceraikan ayam, dan suapkan maktok. that moment were too precious for me maktok.


sebak. bangga. gembira. sedih. semua bercampur dan rasa tu sangat bermakna maktok. rasa plot cerita atoo hampir lengkap sebagai seorang manusia. dan semua ni buat atoo terfikir, hidup kita sebenarnya tak lama. kalau dia berkehendak, maka jadilah tanpa cacat celanya. takda dah perkataan, esoklah, nantilah, kejap lagilah, semua itu tak sempat. beringatlah. mak kata, maktok dah bertambah sihat. dan tak mengadu sakit macam dulu. dah laju jalan dah. alhamdulilah. thank you Allah.

atoo masih perlukan maktok.


coretan by atoo
xoxo =)

October 9, 2015

Maktok masih Kuat - Part 1

#nowlistening: photograph by ed sheeran
#mood: muka kejung pakai bedak sejuk

selamat membaca pada awak yang terbaca cebisan rasa ini. iya, awak lah..

bila dah sampai mood nak menulis, macam-macam cerita nak disharekan ya? dan pagi ni atoo nak share my #ramdomtalk. bukan apa, takut nanti atoo terlupa apa yang pernah atoo rasa pada ketika dan jam itu.


ceritanya sebelum raya haji hari tu. abah dapat panggilan yang boleh menseriaukan kitorang satu family. lagi-lagi bila mak call balik maklong, maklong just cakap kau baliklah sekarang... kenapa? maktok jatuh ke? maktok pengsan? masa maktok dah sampai...? macam-macam dah atoo punya fikiran ni. maktok atoo tu dah 80-an. lemah jantung, kencing manis, darah tinggi, sakit lutut, complete pakej la. takkanlah.. hishh


sampai-sampai je kampung, mokde sudah pun sampai dulu. atoo nampak tubuh maktok terbaring kaku tak bergerak. nafas masih mendesah, berombak turun naik. mak atoo dah mula berair dah. sebab bila mak panggil maktok, maktok langsung tak menyahut. kaku. mokde dah syak kena strok. kalau strok selalunya sebab terkejut ke? atoo duduk tepi katil tu dan langsung taktahu nak buat apa. maktok sudah sampai masanya ke? benda tu je yang terlintas kat kepala ni. abah pula pegang tapak kaki maktok. mengurut perlahan. menurut Eton, maktok lepas solat zuhur tadi nak tertumbang dari berdiri. tapi dia sempat sambut dan pakaikan maktok seluar, pimpin maktok ke katil dan maktok baring. terus tak menyahut bila dipanggil banyak kali.


pokde balik dan cakap dia call hospital, hospital kata ambulan takde, ambulan tak balik lagi. apa?? takkan hospital gomen tu ada limited ambulan kot? dia pergi doktor klinik pulak, doktor kata takda services datang rumah. ya Allah. doktor duit memang lagu tu agaknya. ingat orang nak ajak minum melepak ke? ini berkaitan nyawa. sumpah time tu, atoo rasa useless gila. menyesal kenapa atoo tak belajar doktor dulu.. emak atoo dah banjir lecun. dipanggil mak, mak, maktok masih tetap sama. terbaring lesu. tiba-tiba atoo dengar ada yang bagi salam. tengok-tengok ambulan. terus panggil dia masuk lalu pintu tengah. dan untuk pertama kalinya atoo tengok dua orang misi lelaki bawa masuk stroler beroda tu ke rumah. selalu nampak dalam tv je.


seorang misi tu terus dapatkan maktok. test itu, test ini, cucuk itu, sekali dia kata gula maktok 1.6. dia tak makan ke apa ni? suara misi macam nak marah pun ada. terus semua pandang Eton. Sebab masing-masing tak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Misi tu cucuk glukose, barulah maktok sedar pelan-perlahan. alhamdulilah. atoo masih ada maktok lagi.. kalau dulu, masa arwah atokbah. atoo tak sempat. hanya jasad yang terbaring kaku didepan mata. atokbah pergi tanpa pesan, tanpa sempat atoo menyatakan sesuatu. dan atoo taknak sekali lagi berlaku. atoo bukanlah cucu kebanggaan maktok. mungkin sekuman pun maktok tak pandang. tapi bila keadaan ni datang, rasa itu datang luar jangkaan. rasa itu buat atoo percaya sebenarnya atoo masih perlukan maktok.


maktok hanya bermalam semalaman saja. alhamdulilah. maktok masih kuat. cuma ikut kata wasap dalam group family hjh zaleha, maktok mungkin ter'overdose' makan ubat hospital. tiada sapa yang dipersalahkan. mungkin takdir sudah tertulis mahu merapatkan kita yang sebenarnya jauh barangkali. #randomtalk


maktok sememangnya folow ubat dari doktor ijn. maybe sebab kencing manis maktok tinggi setiap kali periksa kat sana, dorang up kan lagi sebiji ubat kencing manis maktok. sebiji siang dan sebiji malam. tapi bila dah duduk kampung, maktok still makan ubat tu even kadar kencing manis tu sebenarnya dah okay. dan end up jadilah sampai 1.6 tu. dari hipertensi, normal, dan boleh jadi hipotensi. hipo boleh dikatakan zero gula dalam badan. zero gula, zero tenaga. patutlah maktok langsung tak bangun even dia masih bernafas. atoo sendiri yang memang out sebenarnya bab kadar gula normal berapa, over tu berapa. low tu berapa. #seriustalk, bila dah terkena baru nak tengadah. itulah manusia. korang yang bukan budak makmal, please take note benda ni semua sebelum menyesal dikemudian hari.

atoo percaya atoo masih perlukan maktok.
-bersambung



coretan by atoo
xoxo =(

October 4, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 6

6.
     Aku masih lagi percaya untuk berkawan dengan kawan-kawan sebab aku masih tercari lagi siapa kawan sebenarnya. Di tingkatan 1, misi pencarian kawan aku bermula dan takkan pernah habis. Pada ketika itu, aku rasa wujudnya kawan rapat sebenarnya disebabkan keadaan yang menjalankan tugasnya. 
Aku rapat dengan Wani even kami bukan dari kelas yang sama. Tapi aku dan dia menjadi rapat disebabkan keadaan. Aku selalu balik lambat. Aku lebih rela menunggu Abah berejam lamanya dengan alasan kononnya takut naik bas maju sorang-sorang. Takda kawan yang nak behenti depan taman rumah aku nanti. Sebenarnya aku malas nak berebut berasak bagai nak naik bas awam. Itu je.
Dan Wani pula selalu balik lambat, menunggu ibu saudaranya salah seorang cikgu disekolah kami tu. Masa memainkan peranan penting bila aku dan dia selalu menunggu. Kami mula melepak, berbual, mengusha abang abang form 5 semualah. Kalau cuaca panas, aku dan Wani berteduh dalam library. Port kami, meja surat khabar. Bukan kaki buku pun masa tu. Tapi melepak sambil menyelak berita-berita dunia, artis, bola. Begitu hubungan dari suatu keadaan bermula. 
"Aisyah tengok ni!" Wani menunjukkan gambar pemain-pemain bola kegemaranya. 
"Ni lah Gerrad. yang ini Philip Lamp! handsome gila kau!!!" Hurmm, boleh tahan.
"Yang ini, Ozil, Podolski, Schweinsteiger, Klose...". Owh. Tahu-tahu, padahal satu pun aku tak kenal.
"Ni player Brazil. Kaka, Neymar...". Tahu-tahu. Mengangguk dah serupa belatuk aku ni. Takpa, bohong sunat!
Aku ni satu titik kuman pun bukan kaki bola. Bukan langsung tak ambil tahu. Cuma kurang. Tapi dah setiap hari aku dengar, si Wani ni berceloteh pasal player yang dia minat, dengan aku-aku sekali terlayan. Dalam diam menyempat juga aku mengusha si Lamp dengan si Kaka tu. Ada jugalah tergunting surat khabar, terjadikan 'cover' file. Kahkahkah. Sampai emak pun pelik bila aku beriya sekali tengok bola malam tu. Tapi bila team Brazil dengan Germany je. Dasyat sungguh pengaruh kawan ini sebenarnya. 
     Masa tu, silaturahim aku dengan pustakawan library pun aku rapat sekali. Haji, aku panggil dia. Dah semua panggil dia Haji, aku pun ikut sekali. Kecil rendah je orangnya. Tinggi aku jugaklah kalau berdiri tu. Outfit favourite dia, berkemeja putih berlengan panjang dipadankan dengan slack hitam. Peramah orangnya, lagak bapak-bapak. Mungkin sebab itu aku masuk je dengan apa yang dia bebelkan.
Library sekolah aku ni tidaklah semegah mana. Kebanyakkan buku tak beberapa nak update. Yang banyaknya buku-buku jenis ensiklopedia, kulit tebal tu, berjilid satu sampai berpuluh. Aku tak rasa langsung ada yang nak meminjam. Buat perhiasan penuh rak buku je tu. Kadang-kadang tu bila datang bosan yang dashyat, siap aku minta Haji tu kerja. Ada apa-apa buku ke yang aku boleh tolong susunkan. Susun suratkhabar pun jadilah. Nampak rajinkan? Kahkahkah!
     Dan masuk bulan kedua, aku mula rapat dengan Izza. Disebabkan faktor keadaan juga. Dia yang usha aku dulu rasanya sebab jarang aku nak purpose orang tanpa sebab munasabab. 
"Aisyah, saya dengar awak duduk taman sri sulong?" Izza memulakan perbualan.
"Ha'ah, awak pun?"Aku bertanya balik. Ada yang satu taman denganku rupanya.
"Lorong berapa? Fasa baru eh?" Soalan dijawab soalan. 
"Ha'ah, Fasa 3. Jalan 30A.. Awak?" 
"Kita belakang sekali. Jalan 44A.. Bolehlah kita balik sama." Ajaknya. Lemah lembut betul suara dia. Antara dengar tak dengar je aku rasa. 
"Kat dalam kelas ni, ada 4 orang duduk taman kita tu. awak, saya, Hazizi dengan Amirul." Jelasnya tanpa dipinta. Aku mengangguk. Ramai rupanya budak taman.
Aku sangat-sangatlah berterima kasih kepada Izza yang sanggup mem'purpose' aku dan kita mula rapat. Izzalah yang mengajar aku balik dengan menggunakan bas awam. Cakap kat 'driver' tu nak turun dimana. Bayar terus tambang supaya senang nak turun nanti. Kalau boleh cari tempat dengan loceng. Senang nak tekan bila dah nak sampai nanti. 
Sebenarnya takdalah berasak sangat seperti yang aku bayangkan tu. Taknak berasak, tunggu la ramai-ramai dah naik dulu. Settle masalah. Yang berasak tu sebab berebutkan kerusi je sebenarnya. 
     Izza merupakan anak sulong juga sama sepertiku. Cuma adik-beradik dia semuanya lelaki dan aku semuanya perempuan. Boleh nampak watak dia sebagai penyelesaian masalah, aku pula penambah masalah. Satu pekara yang buatkan aku dan Izza semakin rapat ialah matematik. Ibubapa Izza cikgu. Tak hairanlah anak-anak cikgu selalunya berkualiti. Izza selalu mengadu bapanya garang bila bab belajar, lagi-lagi matematik. 
Satu pekara tentang diri aku yang sangat aku proud of ialah matematik. Bab kira-mengira ni memang petik jarilah aku boleh jawab. Kadang-kadang tu aku dah rasa bertanding dengan Izza. Aku tak dapat jawab, dia tolong. Dia tak dapat jawab, aku pula menunjukkan bakat. Yang paling aku ingat. Bila setiap kali Cikgu Jumali bagi kerja sekolah matematik. 
Kalau dia bagi 4 page sebagai homework, Izza mesti buat 6 pages. Esoknya aku pula buat 8 pages! Taknak kalah dengan Izza kononnya. Yalah, kalau Cikgu Jumali tu nanti minta tunjukkan jalan penyelesaian kat depan, aku dah sediakan payung sebelum hujan. Kadang-kadang tu, aku dengan Izza terlebih dulu membezakan jawapan aku dan dia. Mungkin ada yang aku salah.  
Memang menyerlah lagi terserlah keterujaan aku setiap kali kelas matematik. Sampai satu tahap tu, aku gila kecewa berkecamuk hati bila dapat tahu Cikgu Jumali tak masuk kelas gara-gara mesyuarat. Padahal budak lain, menjerit gembira tak hingat dunia. Keliru juga sebenarnya. Aku ni suka matematik ke suka cikgu matematik ke suka menunjukkan bakatkan ke suka mendapat pujian dari cikgu? Kahkahkah! 
Dan faktor keadaan berjaya mencapaikan misi percarian kawan-kawan aku. Zaman remaje berumur 13 tahun ni hanya tahu kawan itu sebagai kawan. Belum jelas lagi kawan itu sebenarnya kawan ke kawan-kawan. Aku sangat berterima kasih kepada semua kawan-kawan aku yang sanggup menerima diri kawan seadanya ini. 
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

October 3, 2015

Aku Bukan LOSER - Part 5

5.
     Rutin aku totally berubah sama sekali. Kalau dulu waktu sekolah aku belah petang, tapi kali ini belah pagi. Tepat jam 6 pagi emak sudah mengejutkan kami bertiga. Tapi Angah dan Adik, Abah sudah mendapatkan van sekolah untuk mereka. Tapi bukan aku. Even aku siap awal pun, Abah akan bergerak jam 7 pagi. Dan tidak sampai seminggu lagi, nama aku hampir-hampir ditulis oleh abang pengawas. 
Aku mengadu nasib ke emak. Esoknya aku terus ke sekolah awal dengan menaiki van. Dan disebabkan itu, akulah yang paling awal sekali terconggok dikelas. Rajinnya tak payah diperkata lagi. Automatik tangan aku mencapai penyapu, menyapu keseluruhan kelas. Membersihkan papan. Menulis tarikh, hari, kedatangan pada hujung papan. Menegakkan baris meja dan menyusun kerusi. Mengelap tingkap, meja cikgu. Walhal kat rumah, punya liat nak pegang penyapu oit! Kahkahkah.
Aku ni bukan jenis yang rajin bawa bekal ke sekolah. Selalunya Emak akan menyediakan beberapa keping nugget or sandwich untuk aku sambil menunggu van. Until one day, aku kelewatan. Van pula yang menungguku. Emak pula sudah membekal aku nugget. Menyuruhku makan di dalam van nanti. Aku mengiyakan saja.
Takkan la aku nak buka bekal tu dalam van. Bau dia mengundang kalau aku makan seseorang tetibakan? Nak mengajak, rasanya tak semua dapat ni. Takpa. Tunggu dalam kelas nanti la. Setibanya dikelas, aku mengeluarkan tupperware tadi dan diletakkan dibawah meja. Baru nak ngap, Wani memanggilku dan menanyakan soalan matematik pula. Aku pun pergi mendapatkannya.
     Kelas bahasa pagi tu, minta kami semua buat satu kumpulan dan 5 orang. Aku lemah sikit bab ni. Budak baru, mana ada geng. Aku hanya menagih simpati mana tahu ada kumpulan yang memerlukan khidmatku. Dan tempatku pula, diambil oleh sekumpulan pelajar lelaki. Cikgu membekalkan satu maker pen dan kertas mahjong bagi setiap kumpulan. Dan process brainstorming bermula.
"Aisyah, aku dah makan nugget kau!" teriak satu suara.
"Aku pun minta satu!" teriak satu suara lagi. Aku menoleh. Nugget? Alamak!!
"Lain kali bawak bekal lebih sikit! Jangan risau aku tinggalkan kau sekeping ni haa!!" ujarnya bangga sambil menunjukkan bekal aku yang hanya tinggal seketul nugget. 
Hampeh betul. Satu kelas gelakkan aku. Kuangajaq! Agaknya tak pernah nampak orang bawa bekal ke apa? Yang jebon tu memang saja dan aku kenal sangat, Izat! Muka stok 'magazine' tapi perangai sebiji hantu jebon. Dan lagi dua jebon tu, kata Farhana, si Helmi dan Shukri. Siot punya jantan! Siap kau! 
"Awak jangan ambil hati sangat dengan diorang tu. Mereka bertiga tu memang macam tu. Hantu kelas,". Jelas Syafiqah bila dia mengesan kebenggangan aku rasanya.
"Tapi pelik juga dorang boleh tercampak dalam kelas kita.." Fatin membalas.
"Jangan dilayankan je.." Fatin menambah. Syafiqah mengangguk. Bersetuju.
Mengikut kata emak, kelas aku ni kelas kedua terbaik. Hanya ada dua kelas terbaik disebelah pagi dan selebihnya dibelah petang. Nama kelas kat sekolah ni semuanya bertemakan batu, zamrud, topaz, permata, nilam, mutiara. Yang ini diantara yang aku ingat la.
"Mungkin dorang terpilih.. sebab nak menyelaraskan bilangan pelajar lelaki dan perempuan sebenarnya." kata-kataku yang hanya terlintas tanpa terluah.
Dan selepas kejadian itu, memang aku takkan bawa bekal ke sekolah lagi. Setiap kali emak menyediakan bekal, aku makan selaju mungkin dan meninggalkan bekal kosong ditepi pintu sebelum menaiki van. Bukan malu dengan apa yang emak bekalkan, tapi cukuplah aku yang rasa itu. Bukan emak.
-bersambung


coretan by atoo
xoxo =)

Aku Bukan LOSER - Part 4

4.
     Hari kedua aku, tersangat momento. Aku punya benggong tahap cipan agaknya. Aku masih lagi melalui laluan semalam, tawaf satu blok pejabat dulu baru jejak ke dataran. Dan setibanya ke dataran, berpinar pula mata nak mencari budak kelas aku semalam. Memang haru la nak mencari satu-persatu wajah dorang ni. 
Disebabkan mulut aku ni memang jenis yang susah nak bertanya, maka terjengah-jengah aku cuba mengecam. Memory aku ni memang jenis short-term. Nak bertanya segan konon. Aku punya mati akal masa tu, sebab kelas form1 cuma ada dua. Mestilah dekat hujung sekali. Last-last aku terdampar termenung sampai seorang pengawas ni tegur aku. 
"Kenapa tak beratur lagi ni?" tegurnya kelat.
"Beratur ikut kelas masing-masing!" ujarnya lagi bila aku tidak mengendahkannya. Bajet betul si pengawas ni.
"Saya tak tahu kelas saya yang mana satu...". muka innocent aku tunjukkan. Terkebil-kebil dia menandang aku sekejap.
"Takkanlah?" Dia memandang aku dari atas ke bawah. Mungkin ingat aku berlawak. 
"Eh, Aisyah!" Tegur salah seorang pengawas dari belakang ku. Aku mengangguk. 
"Dia ni budak baru kelas saya la! Meh, saya tunjukkan kat mana budak kelas kita beratur.." lembut saja ucapnya sambil menarik aku mengikutnya. Siapa penyelamat aku ni pun aku tak berapa ingat. Tapi mungkin lepas incident ini, aku lebih mengingatnya lebih sikit dari yang lain. Atau mungkin dialah kawan baik yang aku cari?
"Terima kasih, awak." ucapku seikhlas senyumanku. Dia mengangguk. Manis betul senyuman dia. 
Agak kekok sebenarnya bila aku nak ber'awak' sebagai permulaan perkenalan. Tapi aku akan terus ber'awak' supaya tampak lebih peramah. Lagipun aku sudah berazam, buku semalam tidak akan memendungkan buku baru aku kali ini. Cukuplah cerita aku memakan darah daging sendiri gara-gara manifiesto yang entah apa.
Aku memandang satu-persatu wajah mereka yang agak pudar dari ingatan aku ni. Mereka yang berdiri dekat denganku, sempat lagi menghulurkan tangan mahu menyalami aku. Mungkin ini sudah menjadi tradisi mereka. Aku menyambut sambil cuba mengecam satu-satu dari mereka. Sesekali aku mencuri pandang nama yang terjahit ditudung mereka. Ah! Payahnya... 
     Pagi itu tersangatlah mencabar. Aku diberitahu, kelas sains pagi tu dimakmal 1, blok Zaaba. Blok yang belakang sekali. Tapi belum sempat apa-apa, ketua kelas menyuruh aku ke bilik buku teks. Katanya cikgu sedang menungguku di pejabat. Maka bermarathon ke dataran semula dan berpatah balik ke kelas dengan memikul bergelen buku teks,
Berlecak peluh juga nak menapak ke kelas dengan beban sebegitu. Aku meletakkan buku teks diatas meja. Aku mencapai botol air dan meneguk laju. Lega sikit. Tangan kananku mula mengibas pelahan bahagian depan tudungku. Merasa angin percuma dari situ. Disebelah tangan kiriku mencapai buku sains dan beg pencilku. Kakiku memulakan langkah ke selatan pula. 
Makmal Satu. Blok Zaaba. Makmal Satu. Blok Zaaba. Dua perkataan itu saja bermain dibenakku. Blok yang belakang sekali. Apa yang aku perasaan, setiap bangunan di sekolah ini di namakan bersempena nama tokoh-tokoh terkenal. Tapi untuk bangunan yang belakang sekali ini, tiada pula papan yang bertulis Blok Zaaba. Ahh, sudah! tapi inilah bangunan akhir yang dikatakan. Mak kau! 5 tingkat!? 
     Seingat aku tidak pula Malina mengatakan di tingkat berapa. Atau aku yang tidak dengar tadi. Takkan la aku aku nak ke satu-satu tingkat pula? Nak bertanyakan orang, aku memandang sekeliling tiada seorang pun. Aduhhh, macam mana ni.. 
"Woit, Aisyah budak baru!!" sergah seorang pelajar lelaki dari belakangku. Dari mana pulak dia muncul ni? 
Aku memandangnya sekilas. Kejapp! Kalau dia tahu nama aku, maknanya budak laki ni budak kenal aku. Aku kembali memandangnya. Mataku cuba menangkap nama yang terjahit di kocek kemejanya. Shaerhaizat. Sedap nama. 
"Kenapa tak masuk kelas lagi?" Dia menanya. Eh, bau rokok semerbak! Aduhh! Aku seraya menutup hidung. Lantaklah dia mahu berfikir apa. Aku memang kalah dengan bau rokok. Boleh bawak gaduh kalau berani nak merokok depan aku.
"Eleh, bau sangat ke?" Dia menghembuskan nafasnya ditangan dan dia menghidunya. Dua tiga kali juga dia cuba mengesan gas yang terhasil. 
"Mana ada bau! Kau ni melebih nampak.." Dia mengambil sebiji gula hacks dan dimasukkan ke mulut. Cehh, takut bau la tu. Bau .rokok ingat boleh simpan dalam kocek ke?
"Engkau ni sombonglah. Senyap je dari tadi.." Aku hanya tersenyum kecil. Sesuka hati men'judge' aku nampaknya.
"Tak tahu makmal kat mana ke?" tekanya bila dilihat aku sekejap-sekejap memandang sekeliling. 
"Makmal Satu kat Tingkat 5, makmal hujung sekali belah kanan.." ujarnya selepas meninggalkan aku terpinga-pinga.
Tingkat 5? Masak rangup aku sampai kelas ni jadinya. Perlahan-lahan aku mula melangkah. Lenguh dan sudah dirasakan punggungku tertinggal ke belakang ni. Nafas aku juga berombak-ombak. Idea arkitek cabuk mana la pi campak makmal di tinggi-tinggi.
Aku menarik nafas panjang setibanya di tingkat 5. Fuhh. Aku memandang kanan. Sunyi saja. Tak kedengaran satu suara pun. Takkan dah habis kelas pula? Alu mengetuk dari luar. Bilik pun bermangga. Tiada tanda-tanda bilik itu sedang digunakan. Arghhh!!! Takguna punya jantan. Kencing aku rupanya. Memang sengaja mencari maut nampaknya.
Tidak beberapa jauh dari situ aku nampak salah seorang kerani makmal mungkin sedang menghala ke arah ku. 
"Takpa, kamu pelajar baru. Akak faham. Makmal untuk biologi, kimia, fizik semua tu aras 2 dan 3 sahaja. Belah kanan semuanya. Dan kalau yang belah kiri tu semuanya kelas untuk tingkatan 4 dan 5. Lagipun kamu boleh tengok nama setiap makmal diatas pintu tu. Kecil saja tulisannya. Memang tak perasan kalau sekali pandang..." jelasnya panjang.
"Dan untuk aras 4 dan 5 bahagian ERT untuk kelas Ekonomi Rumah Tangga." Tambahnya lagi sambil menunjukkan papan kecil yang menulis nama-nama kelas tu. Aku mengangguk laju tanda faham. Aku melangkah pergi setelah mengucapkan terima kasih kepadanya. 
     Setibanya di kelas, cepat-cepat aku memohon maaf atas kelambatan aku itu. Nasib Cikgu Musliha memahami orangnya. Aku masih lagi budak baru! Dia faham. Cepat saja aku mengambil tempat dibelakang sekali. Lambat, memang tempatnya dibelakang. Aku menoleh sekilas wajah yang tersenyum tanpa rasa bersalah itu. Ada hutang nampaknya yang diminta-minta. Sabarlah wahai hati... 
-bersambung..


coretan by atoo
xoxo =)

October 2, 2015

Bekas-bekas pelajar Teknik Pontian, Johor #Batch'07

#nowlistening: photograph
#mood: ed sheeran tak habis-habis

selamat membaca kepada awak. yelah. awakkk..

tajuk entry nak gebang je kan budak ni. eh, mestilah. walaupun nama atoo tak bermakna untuk teknik pontian, tapi teknik pontian amat bermakna dalam cerita atoo. eh, sekarang kolej matrikulasi teknikal beritahu google tadi. lagipun atoo dah lama tak buat entri bergamba. so, bila terjumpa pula gambar-gambar yang dah ready edit ni dulu, kita tinggal up entry je.



cerita 8 tahun dulu kau nak ungkit atoo. hish hish hish! mengada je tuh nak #throwback kan? bukanlah. cuma rindu. rindu suasana nya. rindu baunya. rindu nak beriadah. rindu nak main tennis. rindu nak pergi prep tapi tido. rindu nak berebut cop bilik air tapi baldi yang tolong beraturkan. rindu nak terkial-kial pakai kasut, padahal loceng dah bunyi. rindu nak beratur panjang ambil makanan. riindu nak tapau makanan bertapaweh senyap-senyap bawak balik dorm. lagi-lagi beskut chipsmore kan..


rasanya the most time yang atoo paling tak suka, tapi itulah yang sangat bermakna bila masa tu dah pergi. first things yang paling atoo menyampah, mesyuarat dorm! tak tahu la kalau sekarang ni ada lagi ke tak tradisi ni kat asrama. first meetings dorm, atoo kena gededak gedebik berdas-das dengan senior. end-up malam tu, tidor menangis sorang-sorang bawah selimut. esok pagi mogok taknak tegur kakak senior.. kejadah kau! kahkahkah! 


mana taknya, first time duduk asrama kot. kita ingatkan kita dah buat yang terbaik nak jadi manusia sebenar, sekali rupanya hareeemmm. alkisahnya pasal tak tegur senior kat luar bilik kot. tak berapa ingat la pulak. eh, betul la. ya. sebab lepas incident tu, atoo build the very good-good-good-good relationships dengan dorang. hahaha. dorang nak ini, bagi. dorang mintak tolong itu, bagi. lagi-lagi bila terserempak jauh beribu batu, kita dah siap-siap senyum lambai tangan. kahkahkah!  


yalah, atoo mana la tahu sangat nak berkawan. hurmm, sapa jelah yang sudi menerima diri yang serba kekurangan ni kan. kahkahkah! tapi semua itu kenangan. dulu tak suka, sekarang nak kan rasa semua ni. thanks kakak-kakak dorm 22, tingkat 3. kak ain, kak mira, kak zahid, kak fika, kak ejad, kak fizaaa.. opss! kahkahkah. eh, leley dan irafayadhah juga! bila agaknya kita boleh jumpa kan?




hi leley! haritu plan nak berlepak kat wedding kak fika, tapi last minute cancel. sori leley. next time leley. rindu kau! hi adek! adek sangat kan even sebaya rupanya. adek, kau ingat masa kau kantoikan isi hatiku suatu dulu. hahaha. ngeklah. malu tahu tak! duduk asrama dengan takde kawan, mana ada orang nak dengar luahan mengada kita kan. atoo menyampah orang tu, mane bole beritahu orang. bahaya. 


dengan takde orang nak cakap, so atoo menulis pada diri sendiri. terselit pulak kat buku. nak jadi cerita, adek ni pinjam buku tu dan kantoi. kantoi gelak sendiri takpe, ni sampai ke orang berkenaan. dan luahan tadi jadi surat berbalas. ingat lagi time tu, atoo bukak buku tu kat kelas. sekali selak, jumpa surat minta maaf. terharu jugak. malunya ya ampun. patutlah dia baik tiba-tiba kan. hahahaha... mungkin disebabkan itu ini itu ini, kita pelan-perlahan jadi rapat kan. 


kak fad, kak mira, kak ain, apa khabar korang? kat mane sekarang? tengah buat apa tu? betul-betul terputus hubung ni. agak-agak dorang ni kenal lagi ke tak budak tak semegah mana ni... hahaha. eh, kak ain dah berstatus eh? tahniah.. orang tinggi ni selalunya jodoh sampai dulu. 

takde direction tahun 2007 style

malam ala-ala prom nite. atoo sorang fesyen kelaut merepot, nasib tak kena halau dewan je kan malam tu. ni pun rembat je apa yang ada. siap-siap beriya berposing kat tangga. kalau diri sensorang memang tak dan la malam-malam nak bergambar kat hujung tannga ni kan. dorm atoo ni dah la hujung sekali, boleh dikatakan tingkat last sebab aras 4 tu tak pernah berpenghuni. so, tangga ni pun memang jarang orang guna kalau bukan kitorang lagi-lagi bila berebut nak beli begurr kat bawah tu.



nampak pelita demi pelita demi pelita tu. ya raya. bulan raya masa ni. eh, bulan puasa tapi dah nak dekat raya. zaman atoo tak tahu guna anak tudung hitam dan hanya bergantung hidup pada anak tudung putih sebab sekolah tak bagi pakai anak tudung hitam. nampak ciri-ciri pelajar terbaik? hahhaha. selalunya malam yang free boleh bergamba sakan ni malam sabtu je.  


hi kak zahid! hakak sebelah katil kita. semuanya lepas renovate dorm tu, dan katil kitorang menyebelah. masa mula-mula kenal kak zahid ni, lagilah menakutkan. muka ketat sangat. atoo memang taktahu nak tegur apa kalau dia tak tegur atoo. takut tersalah cakap, jelingan maut kau dapat. tapi lama-lama, dialah orang yang paling atoo hormat dalam diam. sampai one day dia marah orang lain, tapi atoo yang sentap. makan hati sensorang. yalah, angiin kak zahid ni bak tsunami kalau sekali dia datang.


ingat lagi bila kak zahid juga lah yang bersungguh nak baikkan atoo dengan leley masa kitorang salahfaham. kitorang gadoh, tapi dah pun saling memaafkan. berutus berbalas surat demi surat dah maafkan bagai.  ayat kak zahid, 

"akak tak nampak pun korang bertegur. akak tak kira, nak malam ni semuanya settle! cepatttt, depan mata akak!". dia membebel atas katil kau kan masa ni leley. 

hahaha. kitorang dah baik, tapi just masih tak bertegor-tegor lagi. or nak tegur balik tu atoo malu. entah, bila depan mata... malunya ya ampun. lepas tu cover dengan buat dunno. segan dia tu nak cakap macam mane eh. tapi itulah yang buat kita masih lagi berhubung even tak bertentang mata kan. thanks kak zahid, sebab sayaaang atoo dulu.. even tak cakap, atoo nampak. i can feel it! dan sempat juga feeling liike bila ada akak tu camne kan! rindunya... bila nak jumpa ni?



nak juga upload gamba paling epik ni kan. idea sape la ni ya? kerja diluar tabie ni hanya boleh dilakukan pada bulan puase kerana kami-kami percaya segala hantu dan jin dan nates diikat pada waktu ini. orang lain dah tidur, kita boleh pulak beraksi malam tu kat katil atas pulak kan.. hahaha. eh, kita-kita je kan kenal siapa kita kan?


cerita dorm 22 atoo lagi banyak dari cerita dorm 3 rasanya. boleh dikatakan atoo banyak bergantung pada senior even dorang tak rela pun. memang sangat terasa bila dorang takde. sebab bila masuk kita pulak jadi senior, tersangat awkward nak act liked senior dulu-dulu. terima kasih dorm 22 bagi atoo merasa moment-moment ni even sekejap. dan tunggu, tunggu. sorang-sorang atoo nak datang terjah nanti. 

"We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again"


coretan by atoo
xoxo =)

Aku Bukan LOSER - Part 3

3.
"Emak, tak boleh ke kita pindah tahun depan?", sesi ber'nego' aku dan emak yang ke ratus kali dan tak pernah habis.
"Emak baru je balik daftar sekolah baru Along kat sana. Cikgu sana baik-baik tahu..". Emak tak pernah nak faham Along! Hati remaja aku menjerit!
     Semuanya sudah terlambat. By the end of this week, aku akan berhenti dari convent. Maka persediaan dari segi mental dan fizikal mesti kukuh. Aku punya beriya sedih sampai aku terbeli satu buku 'memory' ala-ala vintage gitu. Minta semua kawan-kawan baik aku buat biodata dengan ucapan tanda peringatan untuk aku. Nampak desperado ni? 
Sekolah baru. Nervous dia basah tapak tangan aku. Hiperhidrosis. Bukan penyakit berjangkit pun. Tapi aku akan mudah berpeluh ditapak tangan dan juga ditapak kaki. Dua tempat ni je even badan aku langsung tak berpeluh. Dan lagi bertambah teruk bila aku nervous tulah. Dan sebab ini jugalah aku dipanggil sombong, sebab tak suka bersalam tangan. Padahal bila aku salam, dorang geli..
"Eh, tangan kau berpeluhlah.."
"Eh, tangan kau basah kenapa?"
"Eh, tangan kau sejuk basah ni pehal?"
dan mereka-mereka ini lap tangan-tangan mereka cepat-cepat. Huhh!
Sebab itu aku tak amik pusing, even aku selalu salahkan emak dalam penyakit ni. Kenapa emak tak perasan keadaan tangan dan kaki aku masa kecik dulu. Tapi makin dewasa ini, alah bisa tegal biasa. Mulut orang mana boleh tutup. Penat cakap, behentilah.
Buat pertama kalinya aku melangkah disekolah baru tu dengan lagak budak bandar padahal dup dap dup dap dia macam lari 4 by 4. Aku siap masuk ke sekolah tu ambil jalan pusing satu blok pejabat barulah sampai ke dataran. Sebenarnya dataran tu hanya beberapa langkah selepas pagar sekolah. Depan tu je. Nervous punya pasal kan.
Ikut kata Cikgu HEM aku boleh masuk lambat sikit sebab dia nak settlekan briefing pada cikgu kelas aku. Aku pun standby dok melangok dalam pejabat. Terkebil-kebil pandang kanan. Pandang Kiri. Dari dalam aku nampak ada dua orang pengawas bertudungkan cokelat sedang berdiri sambil memegang buku kecil di tangan. Mungkin mengawasi pelajar lain supaya tidak melepak disitu. Dia tersenyum kepadaku mungkin perasaan aku sedang memandangnya. 
     Aku memandang sekilas jam ditangan. Lama lagi ke? Dah lah kerani tu kejap-kejap pandang aku. Mungkin aku cantik sangat sehingga menganggu kosentrasi dia agaknya. Tak lama lepas tu, Cikgu HEM memanggil aku masuk ke biliknya. Aku mengangguk dan melangkah perlahan. Cikgu HEM ni kenalkan diri dia sebagai Cikgu Jumali. Bersongkok. Bermisai tebal. Berkaca mata. Mungkin 40-an kot. Menurutnya, dia sememangnya cikgu matematik untuk kelas aku nanti. 
Dia meminta pengawas yang berdiri diluar tadi menunjukkan dimana kelas aku serta tempat-tempat sepatutnya. Aku hanya ttersenyum mengangguk je la. Mana nak ingat semua nama bangunan tu. Belok kanan, belok kiri, jalan terus, sekejap ke kiri balik. Terkedek-kedek aku mengikutnya. Kelas aku hujung sekali rupanya. Sampai ke kelas, aku tengok semuanya budak perempuan. Eh?
Aku diminta untuk mengenalkan diri aku sebelum mengambil tempat kosong dibelakang. Lecun habis tangan aku time tu. Tisu aku tu pun dah berapa kali koyak dek peluh tapak tangan aku. Nak duduk mana ni? Semua pandang aku semacam ni kenapa?
Kringgg! Kringgg!
     Loceng menandakan kelas ni sudah tamat. Aku terpinga-pinga memerhatikan separuh budak perempuan kelas ni bangun, bersalaman dengan cikgu dan keluar kelas. Dan ramai yang serbu ke arahku. Tersenyum sambil menghulurkan tangan mahu bersalaman denganku. Mengenalkan diri masing-masing.
Ahh!! Aku cepat-cepat mengesat tanganku dulu sebelum menyambut semuanya. Peramahnya dorang ni. Disebelah ku Malina. Didepan aku, Syafiqah. Dan disebelahnya, Farhana. Tak lama lepas tu aku nampak kaum adam satu-persatu melangkah masuk. Semua memandang aku pelik, Atau mungkin perasaan aku saja.
Mengikut Malina. tadi itu kelas PJK. Kalau first week keluar padang, second week pula teorinya. Begitulah seterusnya. Owh macam itu. Hari pertama yang pada mulanya agak berpeluh juga, tapi sekejap je terasa. Nama pun budak baru. Buku tulis, buku teks semua belum dapat lagi. So, kita enjoy dulu!
-bersambung..


coretan by atoo
xoxo =)


RAKYAT JELATA