October 10, 2015

Maktok masih Kuat - Part 2

#nowlistening: hero by family of the year
#mood: nak sarap apa ni?

entry ni bersambung dari entri semalam Maktok masih Kuat - Part 1

petang esok tu maktok balik dengan mokteh dan pokteh. maktok nampak lemah betul. maktok mengaduh lututnya sakit sangat dan tak boleh nak berdiri. tapi sempat lagi mokteh menyuruh maktok tunaikan kewajibannya dulu. atoo mampu pandang dari luar bilik. taktahu nak buat apa sebenarnya. lagi pun atoo dengan mokteh memang kekok. serius awkward. maklong minta buatkan air kopi. tapi masa tu memangnya atoo dah buat air kopi. minum petang untuk diri sendiri. ya, satu teko satu cawan. atoo pergi dapur, tengok pokteh dah pun tuang air kopi dengan cawan yang diambil sendiri kot. yalah. mana ada orang gaji lagi dalam rumah ni ya!


sebab rasa awkward mengunung, atoo menapak balik dapatkan maktok dari luar bilik je mampu. tengok-tengok maktok dah tercicir sebelum sampai destinasinya. ya allah. rasa itu datang lagi. mokteh minta tisu sampai cakap. "ingat, ini semua kerana Allah. sebab masa kita nanti kita sendiri taktahu.". Tangan dia laju saja mengelap. atoo terus dapatkan mop, basuh, dan mop ditempat tadi. atoo perhatikan mokteh memakaikan maktok satu persatu baju, pempers, seluar, stokin, sarung kaki, telekung dan maktok menunaikan kewajipannya. bila masa kita nanti kita sendiri tak mampu nak berkata apa sebab semuanya ada cerita yang Dia mahu sampaikan kan. atoo basuh mop dan pergi ke dapur.


sampai dapur, mokteh tanya. hidangkan air je? cawan mana? gulps! pergi ambil sndiri la! hahaha. macam berani kan? dalam hati je mampu. terus cepat je atoo ambil dua cawan berserta piring cawan dan letakan atas meja. takut pun ada sebenarnya. hahaha, takot pada manusia nampak. taknak nampak sangat takut, atoo terus pergi usha maktok dalam biliknya. habis maktok solat, atoo tolong bukakan telekung dan baringkan maktok. maktok masih lagi mengadu lututnya sakit sangat. dari air mukanya menahan yang amat. 


taklama lepas tu, ciknoi dan anak-anaknya tiba. fuhh, leganya Allah saja yang tahu masa tu. masa tu mahgrib kalau taksilap. maktok hendak ke bilik air. atoo ni pun buat la macam apa yang mokteh buat tadi. buka seluar, dan pimpin maktok ke bilik air. sampai jamban duduk tu maktok, maktok cakap dia boleh buat sendiri. bunyi menghalau. atoo dengar kot, maktok mendesah sakit kakinya setiap kali melangkah tiba-tiba cakap boleh buat sendiri? perghh..tersentap jugaklah time tu. tiba-tiba rasa sebak semacam. ciknoi datang masuk bilik dan nampak titis-titis. maktok dah tercicir lagi ni ika beritahunya. tajam betul mata ciknoi. sambil dia lap guna tisu, sempat lagi pesan. "ingat semua yang kita buat ni kerana Allah, besar pahalanya ika...". 


tapi kali ni, ciknoi punya cara cucian lain. dah lap dengan tisu, dia simbah kawasan tu dengan air. katanya biar ada air yang mengalir sebagai tanda ada pengaliran then baru mop. okay. noted. dan kerja atoo, capai mop lap semuanya kasi sampai kering. maktok, time tu ciknoi yang uruskan. sebab atoo dah tacing dengan maktok! maghrib tu, barulah mak dengan abah atoo sampai. leganya ya ampun, atoo peluk mak ketat-ketat. mak, abah terus dapatkan maktok. maktok dah pun baring semula. mak bertanyakan maktok kalau lututnya masih sakit ke? dan offer abah urut lutut maktok. maktok mengangguk. serius, pelik. atoo nampak maktok senyum. 


atoo siap tanya mak, abah urut maktok? wahh, impress atoo dengan abah sekejap. tengok gaya mak, emak tersenyum dalam. maktok sukakan cara abah mengurutnya. syok betul muka maktok kena urut ditempat yang sakit tu. alhamdulilah, ya Allah. engkau telah tunjukkan sesuatu yang sangat bermakna buat keluarga ni. malam tu, atoo tak banyak dengan maktok. usha dari jauh je. rasa tacing tu masih terngiang-ngiang ni maktok. sampai hati maktok kan. tapi jauh dalam sudut hati kecil atoo ni nak juga serve maktok macam mokteh, ciknoi.. takpe kita tunggu. dah nak pukul 10 jugaklah rasanya. atoo nampak maktok pelan-perlahan bangun. its my time!


atoo pergi dapatkan maktok. maktok nak pergi bilik air ke? maktok mengangguk. pelan-pelahan aku turunkan kakinya ke lantai. minta dia berdiri. tanggalkan stokin, seluar, pempers. dan pimpin maktok ke bilik air. dan dudukkan ke jamban  duduk. nampak maktok tak marah macam tadi. bila urusannya dah selesai. atoo dapatkannya semula. seperti tadi membantunya dari a sampai z dengan menukarkan bajunya sekali. komfim mesti basah setiap kali maktok ke bilik air. maktok hanya menurut tanpa banyak kata. atoo baringkan maktok. atoo selimutkan maktok. dan maktok, "terima kasihlah ika, terima kasih banyak tolong maktok ni.." 


ya Allah! bahagianya rasaa!! rasa nak menjerit satu dunia ni haa. rasa bangga gila dapat serve maktok buat pertama kalinya tanpa bantuan sesiapa. tapi depan maktok senyum cover baik punya. abah! emak! along serve maktok! kahkahkah. rasa bahagia sangat tu bila maktok sebenarnya tahu kewujudan atoo. eh, chop! feeling dia tu macam finaly maktok approve atoo jadi cucu dia. hahaha. alhamdulillah, ya Allah. secara automatiknya, konfiden atoo terhadap maktok meloncak-locak. mata atoo memang tak lepas dari pandang pintu bilik maktok. pantang maktok nak itu ini kaki atoo dah sampai dulu. nampak konfiden mengatasi kondifen.


atoo pun sempat juga serve maktok dipagi raya tu sekali lagi. siapkan maktok cantik-cantik. tukarkan baju raya. bedakkan muka. pakaikan bedak. dudukkan ke atas krusi roda. tolak ke meja makan. hidang air putih.suakan air kasi maktok minum. ambil nasi dan lauk maktok. kopekkan udang, cerikan daging, ceraikan ayam, dan suapkan maktok. that moment were too precious for me maktok.


sebak. bangga. gembira. sedih. semua bercampur dan rasa tu sangat bermakna maktok. rasa plot cerita atoo hampir lengkap sebagai seorang manusia. dan semua ni buat atoo terfikir, hidup kita sebenarnya tak lama. kalau dia berkehendak, maka jadilah tanpa cacat celanya. takda dah perkataan, esoklah, nantilah, kejap lagilah, semua itu tak sempat. beringatlah. mak kata, maktok dah bertambah sihat. dan tak mengadu sakit macam dulu. dah laju jalan dah. alhamdulilah. thank you Allah.

atoo masih perlukan maktok.


coretan by atoo
xoxo =)

No comments:

RAKYAT JELATA