Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

October 2, 2015

Bekas-bekas pelajar Teknik Pontian, Johor #Batch'07

#nowlistening: photograph
#mood: ed sheeran tak habis-habis

selamat membaca kepada awak. yelah. awakkk..

tajuk entry nak gebang je kan budak ni. eh, mestilah. walaupun nama atoo tak bermakna untuk teknik pontian, tapi teknik pontian amat bermakna dalam cerita atoo. eh, sekarang kolej matrikulasi teknikal beritahu google tadi. lagipun atoo dah lama tak buat entri bergamba. so, bila terjumpa pula gambar-gambar yang dah ready edit ni dulu, kita tinggal up entry je.



cerita 8 tahun dulu kau nak ungkit atoo. hish hish hish! mengada je tuh nak #throwback kan? bukanlah. cuma rindu. rindu suasana nya. rindu baunya. rindu nak beriadah. rindu nak main tennis. rindu nak pergi prep tapi tido. rindu nak berebut cop bilik air tapi baldi yang tolong beraturkan. rindu nak terkial-kial pakai kasut, padahal loceng dah bunyi. rindu nak beratur panjang ambil makanan. riindu nak tapau makanan bertapaweh senyap-senyap bawak balik dorm. lagi-lagi beskut chipsmore kan..


rasanya the most time yang atoo paling tak suka, tapi itulah yang sangat bermakna bila masa tu dah pergi. first things yang paling atoo menyampah, mesyuarat dorm! tak tahu la kalau sekarang ni ada lagi ke tak tradisi ni kat asrama. first meetings dorm, atoo kena gededak gedebik berdas-das dengan senior. end-up malam tu, tidor menangis sorang-sorang bawah selimut. esok pagi mogok taknak tegur kakak senior.. kejadah kau! kahkahkah! 


mana taknya, first time duduk asrama kot. kita ingatkan kita dah buat yang terbaik nak jadi manusia sebenar, sekali rupanya hareeemmm. alkisahnya pasal tak tegur senior kat luar bilik kot. tak berapa ingat la pulak. eh, betul la. ya. sebab lepas incident tu, atoo build the very good-good-good-good relationships dengan dorang. hahaha. dorang nak ini, bagi. dorang mintak tolong itu, bagi. lagi-lagi bila terserempak jauh beribu batu, kita dah siap-siap senyum lambai tangan. kahkahkah!  


yalah, atoo mana la tahu sangat nak berkawan. hurmm, sapa jelah yang sudi menerima diri yang serba kekurangan ni kan. kahkahkah! tapi semua itu kenangan. dulu tak suka, sekarang nak kan rasa semua ni. thanks kakak-kakak dorm 22, tingkat 3. kak ain, kak mira, kak zahid, kak fika, kak ejad, kak fizaaa.. opss! kahkahkah. eh, leley dan irafayadhah juga! bila agaknya kita boleh jumpa kan?




hi leley! haritu plan nak berlepak kat wedding kak fika, tapi last minute cancel. sori leley. next time leley. rindu kau! hi adek! adek sangat kan even sebaya rupanya. adek, kau ingat masa kau kantoikan isi hatiku suatu dulu. hahaha. ngeklah. malu tahu tak! duduk asrama dengan takde kawan, mana ada orang nak dengar luahan mengada kita kan. atoo menyampah orang tu, mane bole beritahu orang. bahaya. 


dengan takde orang nak cakap, so atoo menulis pada diri sendiri. terselit pulak kat buku. nak jadi cerita, adek ni pinjam buku tu dan kantoi. kantoi gelak sendiri takpe, ni sampai ke orang berkenaan. dan luahan tadi jadi surat berbalas. ingat lagi time tu, atoo bukak buku tu kat kelas. sekali selak, jumpa surat minta maaf. terharu jugak. malunya ya ampun. patutlah dia baik tiba-tiba kan. hahahaha... mungkin disebabkan itu ini itu ini, kita pelan-perlahan jadi rapat kan. 


kak fad, kak mira, kak ain, apa khabar korang? kat mane sekarang? tengah buat apa tu? betul-betul terputus hubung ni. agak-agak dorang ni kenal lagi ke tak budak tak semegah mana ni... hahaha. eh, kak ain dah berstatus eh? tahniah.. orang tinggi ni selalunya jodoh sampai dulu. 

takde direction tahun 2007 style

malam ala-ala prom nite. atoo sorang fesyen kelaut merepot, nasib tak kena halau dewan je kan malam tu. ni pun rembat je apa yang ada. siap-siap beriya berposing kat tangga. kalau diri sensorang memang tak dan la malam-malam nak bergambar kat hujung tannga ni kan. dorm atoo ni dah la hujung sekali, boleh dikatakan tingkat last sebab aras 4 tu tak pernah berpenghuni. so, tangga ni pun memang jarang orang guna kalau bukan kitorang lagi-lagi bila berebut nak beli begurr kat bawah tu.



nampak pelita demi pelita demi pelita tu. ya raya. bulan raya masa ni. eh, bulan puasa tapi dah nak dekat raya. zaman atoo tak tahu guna anak tudung hitam dan hanya bergantung hidup pada anak tudung putih sebab sekolah tak bagi pakai anak tudung hitam. nampak ciri-ciri pelajar terbaik? hahhaha. selalunya malam yang free boleh bergamba sakan ni malam sabtu je.  


hi kak zahid! hakak sebelah katil kita. semuanya lepas renovate dorm tu, dan katil kitorang menyebelah. masa mula-mula kenal kak zahid ni, lagilah menakutkan. muka ketat sangat. atoo memang taktahu nak tegur apa kalau dia tak tegur atoo. takut tersalah cakap, jelingan maut kau dapat. tapi lama-lama, dialah orang yang paling atoo hormat dalam diam. sampai one day dia marah orang lain, tapi atoo yang sentap. makan hati sensorang. yalah, angiin kak zahid ni bak tsunami kalau sekali dia datang.


ingat lagi bila kak zahid juga lah yang bersungguh nak baikkan atoo dengan leley masa kitorang salahfaham. kitorang gadoh, tapi dah pun saling memaafkan. berutus berbalas surat demi surat dah maafkan bagai.  ayat kak zahid, 

"akak tak nampak pun korang bertegur. akak tak kira, nak malam ni semuanya settle! cepatttt, depan mata akak!". dia membebel atas katil kau kan masa ni leley. 

hahaha. kitorang dah baik, tapi just masih tak bertegor-tegor lagi. or nak tegur balik tu atoo malu. entah, bila depan mata... malunya ya ampun. lepas tu cover dengan buat dunno. segan dia tu nak cakap macam mane eh. tapi itulah yang buat kita masih lagi berhubung even tak bertentang mata kan. thanks kak zahid, sebab sayaaang atoo dulu.. even tak cakap, atoo nampak. i can feel it! dan sempat juga feeling liike bila ada akak tu camne kan! rindunya... bila nak jumpa ni?



nak juga upload gamba paling epik ni kan. idea sape la ni ya? kerja diluar tabie ni hanya boleh dilakukan pada bulan puase kerana kami-kami percaya segala hantu dan jin dan nates diikat pada waktu ini. orang lain dah tidur, kita boleh pulak beraksi malam tu kat katil atas pulak kan.. hahaha. eh, kita-kita je kan kenal siapa kita kan?


cerita dorm 22 atoo lagi banyak dari cerita dorm 3 rasanya. boleh dikatakan atoo banyak bergantung pada senior even dorang tak rela pun. memang sangat terasa bila dorang takde. sebab bila masuk kita pulak jadi senior, tersangat awkward nak act liked senior dulu-dulu. terima kasih dorm 22 bagi atoo merasa moment-moment ni even sekejap. dan tunggu, tunggu. sorang-sorang atoo nak datang terjah nanti. 

"We've come a long way from where we began
Oh, I'll tell you all about it when I see you again"


coretan by atoo
xoxo =)

November 14, 2014

kes cop tandas asrama!

#mowlistening:hujung waktu by azheal
#mood: ngantuk baca jonal!

memories. memories that never can get back la kan. weiyh rindu gila zaman beratur nak tunggu mandi kat bilik air ni. rindu zaman hostel. even atoo tak la se femes mana dulu kat stepo. but the memories never ever forget! siap floor bilik air tu dah boleh kenal. describe satu-satu. bilik air ni air nya kecik. bilik air ni shower slow. bilik air ni salur slow (air cepat takung). bilik air ni superb awesome. bilik air ni shower senget! arghh.. rindu sekolah menengah teknik pontian!



duduk hostel ke asrama tak berdisplin pun boleh dengan sendiri displin. bangun komfim jam 5pagi terus terjaga. kejutkan member (ira fayadhah). ajak sesama pergi bilik air. mandi. dah nak siap bagitahu. tengah sabun ke tu? update memasing tengah buat apa. nak saing keluar gitu. kalau nasib tak elok, tu dia. letak baldi bagai. siap jerit. 'lama ke? bapa minit? after tau. atoo dorm22. nanti letak baldi!' hahaha. ira i missed you la!


kalau kena baldi yang menunggu, tuan baldi tidor balik. yah! kita sailang sama dia. keluarkan baldi. letak depan pintu.after la tu. atoo cepat cepat mandi kambing dalam tu. taraaa. sekali dpat senior yang memang sakit mengada. dia punya chop memalam dah bagi tahu yang tengah mandi tu. bila sampai turn kita, tub tub. 'akak sekian dah chop after...' perghhh.. senior kan. sabau kuatkan iman je la.


muka memasing lagi kelakar. muka separuh sedar. memang jalan terhuyung hayang jugak la nak ke bilik air tu. kekadang tido berdiri pun jadi. nak bukak mata tu payah benaw rasanya. rasa nak heret katil tu tidur depan bilik air je. hahaha. and my port, bersandar depan pintu bilik air. 5min je buat bunyi terketuk pintu bilik air tu. lagi harem jadah yang mandi tu ingat bilik air tu bapak rumah dia punya. yang patern lagu ni, memang atoo minta tolong akak senior atoo soundkan. cepat aje keluarnya. hahaha. 


bila kita jadi senior? bhahahah. bilik air terbaik dari ladang (shower laju menderup) itu kami yang punya. chop letak baldi tu dari malam lepas prep. tu kaw. jumaat sabtu ahad. tiga hari ni kira dah tak ketat sangat jadual. jumaat lepas habis kelas, lunch, basuh baju bersama leley (laili sebenarnya). basuh mende kecik dalam sink sambil dengar dia karok jiwang. hahaha. leley, miss u jugak. billa nak jumpa ni? 


bebudak sekarang ni ada lagi macam kita dulu ke? semua ni kenangan terindah yang takkan hilang momento stepo. walaupun atoo bukan la bermakna sangat kat stepo tu (result spm hancus) tapi this is it. memories keep pursue me. kahkahkah. 


okaylah. nite nitos! 
xoxo =D

RAKYAT JELATA