November 28, 2014

20 fact that you should knows about FART

salam penghulu jumaat rakyat sekalian.

  • People who are NOT HONEST -People that fart and blame others.
  • People who are confused -People who hold farts for a few hours.
  • People who are ‘BERWAWASAN 2020’ -People who know a good time to farts.
  • People who are suffering -People who want to fart but cannot fart.
  • People who are nervous -People who suddenly fart when startled.
  • People who BELIEVE OURSELVES -People who give up farts with a very loud   sound.
  • STRATEGIC people -People who hide the farts with guffaw let the others cannot hear the sound of farts.
  • STRANGE people -Persons who may issue a fart when asked.
  • People who are arrogant -People who smell and tell others his own fart fragrance.
  • People who are FRIENDLY -People who do not mind others fart smell.
  • People cannot easily socialize -People who like to fart when hanging out with friends.
  • Aquatic people -People that like to fart in the water.
  • People who are HONEST -The person claiming to fart after doing so.
  • Mysterious people – If the person farts, others will not know.
  • Smart people -People can describe the contents of others farts smell like petai or durian smell.
  • Funny people -People laughing as he at farts.
  • ROMANTIC people -People who fart sounds melancholic and melodious rhyme while dating.
  • People who are NOT HEALTHY –Person by coughing, he will fart.
  • Hot-tempered person -People are feel angry easily when he smell fart, even his own fart.
  • People are forgetful -People wondered if the smell of farts though he own farts.

i love fart. atoo suka kentut. perghh. sedap woo. kahkahkah. kat mana, dimana, satu-satunya kerjaya tanpa perlu dibayar. rasa kebebasan sangat bila dapat melepas. and which one is mine? semua sekali depends the situation. kahkahkah. sebenarnya ni perkongsian dari assignment critical thinking masa atoo diploma dulu. rasa nak buang, tapi share lah kat blog dulu.


so, which one your fart would like?



November 27, 2014

expectation vs reality

#nowlistening: sandaran hati by letto
#mood: fuhh...lega!

selamat siang para pembaca yang jauh dimata, dekat dihati

fuhh..fuhh..lega. alhamdulilahh. settle pun satu process dalam praktikal. tadi baru lepas lecturer kiranya pemantau yang memantau datang ofice kita. lega nya tuhan je yang tahu. bagi tunjuk buku log. tunjuk blog yang kita atoo handle tu. cerita itu. cerita ini. minta sign lecturer. settle. tinggal lagi dalam tiga minggu je. 24hb ni viva. then fully report. kat wasap group kelas atoo lagi la. siap da bincang ada kerja kosong tak? mane-mane tawaran kerja yang lupa share ye geng-geng kesayangan atoo! ok cukup intro. heee


cerita kali ni atoo nak share pasal reality nya tak sama. dah lama dah terfikir bin terpanggil nak tulis pasal ni. expectation ke impian ke ingatkan ke takkan pernah sama dengan kenyataan yang realitinya. kan. kan. kan?


kita start dengan dari sekolah lagi. kalau dulu buku rekod pelajar tu, bukan yang markah rekod bulanan, tapi yang fail coklat tu. mesti ada tulis cita-cita pilihan satu. pilihan dua. dan pilihan tiga. doktor. cikgu. polis. kalau mase tu pengaruh Gerak Khas, polis tu naik no1. hahaha. hobi lagilah. bermain basikal. membaca buku. menonton tv. ni yang cikai la. yang lagi nak gebang yang stok suka mengumpul setem. sempat jugak kumpul satu album setem. realitinya? bhahaha.


habis sekolah biasa, teringin nak jelajah. taknak di takok yang sama kononnya. nak keluar dari rumah dengan harapan dapat lagi ramai kawan. berdikari atas kaki sendiri. dengan expectation yang tinggi, bersemangat jitu. lepas pmr, apply teknik. tub tub dapat. alhamdulillah. dapat tukar sekolah. yeahh! realitinya, baru malam pertama dah nak fikir bila sabtu. bila nak balik rumah. bhahaha.


habis spm lagi syok. masa atoo habis spm ni, rasanya musim cerita Dunia Baru kat tv3. gila obses si Opie tu nak tahu cara dress up bila pergi kelas. berangan kejap dapat kawan-kawan yang superohsem macam tajul, madihah, adif, anizah, darius. kononya kan. berangan dapat lecturer yang miung-miung sikit. hahaha. high expectation sangat ni kan.


realitinya? bhahahaha. sapa yang dah masuk u, jom sembang terus terang. ada yang best dan ada yang sebaliknya. atoo tak layak masok uitm, tapi sipi uitm je mampu. kolej bersekutu uitm. taraa. here i come. tiga tahun. macam macam zone perasaan tiba dan pergi dan datang balik dan pergi hilang terus dah. tapi atoo sangat rindu zaman 3tahun di unikop. #lifefact


habis diploma expectation nak kerja. tapi kerja tahap diploma tak advance kononnya. semua member atoo sambung degree. kita nak jugak. apply sambung degree. dan. alhamdulilah. uitm segamat menerima atoo seadanya. dan high expectation ku sangat menurun bila orang banyak kata negatip pasal uitmsegamat. hutan la. transport susah. jauh. banyak gangguan. macam macam kot, sampai satu tahap nak behenti belajor. realitinya i miss a lot lot about uitmsegamat yaw!


tapi dua tahun tu tak lama. kejap sebenarnya. bila tengok drama kat tv budak uni. memang jauh panggang dari api. jalan keluar masuk kelas sambil pakai handbag sambil pegang buku. sangat drama tv. kalau yang dah kahwin tu, siap laki hantar depan u. laki dia boleh masuk dewan usha bini dia buat. propa la dorang. hahaha.


yang ni pulak case ke2. pergi library expect nak duduk bertentangan dengan student hotsetuf yang berlainan meja. usha dari jauh je. bila dia terpandang pura-pura tengok buku, tulis nota. bila ada chance balik, usha balik. bila dia keluar pintu library, kekonon terbumb together. sori. ambik buku yang jatuh. terus blah. malu. realitinya? sangat-sangat lain. library tu penuh bila esok nak final. tak pun esok ada test beramai-ramai. kan kan kan? realitinya macam ni..


and now im practical. dulu expect, praktikal ni kerja bagus nanti. kalau usha company besar, besar tanggungjawab, besar pengalaman, bergaji lumayan kaw-kaw. pastu dapat kenal ofismate yang hotsetaf, abang-abang sador.. boss hensem. ala-ala praktikal macam acad dalam #ssid? realitinya? kat grop wasap kelas siap dah buat survey. sape yang dapat offer sambung? sape yang taknak sambung? sape yang dah cari kerja lain? kahkahkah. nanti atoo share tips practikal yah..


just expectation never become reality tapi sipi-sipi je mampu. itupun kalau. yang ada tu, sesipi pun lain benaw. semua ni just my #randomtalk. maaf sekiranya terguris mana-mana hati. apa-apa pun yang kita expect tu sebenarnya kalau tak dengan kebenaran Dari-Nya takkan menjadi jugak kan. bersyukur dengan rahmatnya akan buat kita ikhlas dengan hidup kita. dan atoo masih lagi mencari keihklasan yang hilang tu.


selamat membaca.
xoxo =D



November 20, 2014

korean drama for #kdramalover

#nowlistening: starlight by muse
#mood: settle hantor poposal


bismilah.
salam pagi pagi semua orang,

baru settle poposal research. see. nampak. tingal sebulan je lagi baru berjaya settlekan poposal? orang lain dah settle interbview kot. kau? what the??? hahahha. kata budak marketing. makin last minute satu-satu nya kerja itu, makin berkualiti hasilnya. apa yang kau cuba nak sampaikan ni haa?? kahkahkah


sebenarnya tengah benggang tahap cipanzi dengan diri sendiri ni. ext hardisk gua kena cyclic redundant error! benggang nya! dah lah 1tera. nyawa gua tu. semua kegembiraan gua terkisah dalam tu. adoii. matilahnak! korang yang belom or akan bakal terkena. eh, takdoh. mana ada doakan. choi! yang ini jangan buat. korang kalau tengah transfer data ke ext hardisk tu jangan loh tertido menunggu. tunggu sampai data habis ditransfer, baru tido. kalau tak, menanggis tak berlagu macam atoo ni. #janganbuat


its okay that love. the best of kdrama 2014. dengar banyak award drama ni dapat.


ok. yang atas tu selingan luahan perasaan. sharing kali ni khas untuk mereka yang kaki kdrama or kadang-kadang terasa nak layan korea kan. pun boleh. kdrama tu korean drama. yes! atoo the kdrama gegurl. suka layan. suka simpan. dan suka tengok lagi. atoo tak layan sangat tengok online. sebab kadang kadang tu banyak iklan. or part-part yang rasa tak masuk tu, nak skip-skip susah. loading dengan buffering je makan masa yaw. senang cerita. download terus. kalau best, rasa nak tengok lagi, simpan. kalau tak, delete terus. 

kat mana atoo selalu download?

2nd the best kdrama 2014. Fated to love you. janghyuk vs jangnara

kat airen357 ni memang atoo highly rekomen la kat korang. admin indon. senang faham. ceh. semua cerita latest korean drama boleh download free of charge kawan kawan. oh yah, variety show pun ada. running man. roomates. haa, yang lagi advance, dorang siap kasi full ost untuk satu drama tu. so, tak payah buang masa nak cari satu-satu kan. subtitle pun available. nak indon or english, tinggal sedut je. 5bintang.

yang ni second place after airen. pun boleh dikira senang and free tanpa sign up apa-apa. tapi dorama ni lagi skop meluas. ada jepun, chinese, korean, taiwan drama and movie. cerita lama-lama dulu pun ada. tapi bergantung pada link nya jugak. sebab kalau yang dah outdated tu link nya, almaklom je la. subtitle pun available. so, kira senang jugak la nak sedut dari website ni.. hahaha. 

Roomates season1. addicted varietyshow ni gara gara dongwook. hahaaha. #dongwookfans

dunia tv ni lebih kurang dorama dan lagi banyak berita sikit, gosip sikit. korea drama, movie, rating cerita, semua ada. ok. website ni pun dari negara seberang. tabik spring la kat orang seberang. advance dah ea dorang. kat website ni, atoo selalu download roomates, runningman. kira dia satu link je, dan tak makan banyak time downloading tu. dan paling best dorang ni cepat upload. kalau ahad, roomates aired, isnin dah dorang upload.. panas lagi tu. onehd pun tertinggal beza 4episod tau kalau atoo tak silap la dulu. hahaha.

saja nak bagitahu atoo ada koleksi runningman dari first episod sampai yang latest ni ep221..hahaha

website ni khas untuk runningman only. kadang-kadang kan bila lappy ni asyik asyik download dari website yang sama, download time tu macam makin slow siput. so, bila rasa download time ti makan 4 ke 3 hari katanya, atoo akan beralih arah kejap kat KshowIndo. subtitle komfim ado. and it is from seberang ya bapak-bapak, ibu-ibu. atoo, salute la sama korang!

and Roomates season2. dongwook still ada lagi. dan macam terfeelin kat dekat rhoyei otani. hehehe

last but not least, ymbulletin. free download. website ni pun offer korean drama, japan drama, ost sountrack and macam-macam lagi yang paling latest. atoo jejak sini bila nak download roomate punya subtitles. sebab dorang ni pantas dan superb efission. ahad petang roomates aired kat tv korea, selase dah ada upload subtitles. bukan senang kot nak sub kan. tapi kat sini more pakai torrent app. atoo kureng sikit. tapi takpa. korang boleh baca kat menu tab tu, how to download. love the all team! deabak! 

dan thats all lima link website yang atoo selalu gunakan. bukan takda yang lain, tapi buat masa ni dan tika ini, ni kira yang paling free dan senang access. tak perlu nak sign up, sign in dan sign out bagai. dorang ni semua memang super deabak la! hahaha. selamat mendownload!


ok. sekian untuk sharing kali ni. jumpa di next entries!
see yahh!
xoxo =D


November 19, 2014

Segmen Blogwalking by DJH

#nowlistening: gara diriku by ajai
#mood: sedang mencari

salam kemasyarakatan DJH dan yang lain,



hi! anasayorrr! my name cik atoo! salam perkenalan semua! apakah? hahaha. sebenarnya, dah lama tak menyibukkan diri mem blogwalking ni. jalan jalan demi jalan jalan maka terketemu segmen blogwalking by DJH. jom meramaikan kemasyarakatan segmen oleh jejaka hangat ni.. nak join klik sini


xoxo =D
nite nitos!


November 14, 2014

kes cop tandas asrama!

#mowlistening:hujung waktu by azheal
#mood: ngantuk baca jonal!

memories. memories that never can get back la kan. weiyh rindu gila zaman beratur nak tunggu mandi kat bilik air ni. rindu zaman hostel. even atoo tak la se femes mana dulu kat stepo. but the memories never ever forget! siap floor bilik air tu dah boleh kenal. describe satu-satu. bilik air ni air nya kecik. bilik air ni shower slow. bilik air ni salur slow (air cepat takung). bilik air ni superb awesome. bilik air ni shower senget! arghh.. rindu sekolah menengah teknik pontian!



duduk hostel ke asrama tak berdisplin pun boleh dengan sendiri displin. bangun komfim jam 5pagi terus terjaga. kejutkan member (ira fayadhah). ajak sesama pergi bilik air. mandi. dah nak siap bagitahu. tengah sabun ke tu? update memasing tengah buat apa. nak saing keluar gitu. kalau nasib tak elok, tu dia. letak baldi bagai. siap jerit. 'lama ke? bapa minit? after tau. atoo dorm22. nanti letak baldi!' hahaha. ira i missed you la!


kalau kena baldi yang menunggu, tuan baldi tidor balik. yah! kita sailang sama dia. keluarkan baldi. letak depan pintu.after la tu. atoo cepat cepat mandi kambing dalam tu. taraaa. sekali dpat senior yang memang sakit mengada. dia punya chop memalam dah bagi tahu yang tengah mandi tu. bila sampai turn kita, tub tub. 'akak sekian dah chop after...' perghhh.. senior kan. sabau kuatkan iman je la.


muka memasing lagi kelakar. muka separuh sedar. memang jalan terhuyung hayang jugak la nak ke bilik air tu. kekadang tido berdiri pun jadi. nak bukak mata tu payah benaw rasanya. rasa nak heret katil tu tidur depan bilik air je. hahaha. and my port, bersandar depan pintu bilik air. 5min je buat bunyi terketuk pintu bilik air tu. lagi harem jadah yang mandi tu ingat bilik air tu bapak rumah dia punya. yang patern lagu ni, memang atoo minta tolong akak senior atoo soundkan. cepat aje keluarnya. hahaha. 


bila kita jadi senior? bhahahah. bilik air terbaik dari ladang (shower laju menderup) itu kami yang punya. chop letak baldi tu dari malam lepas prep. tu kaw. jumaat sabtu ahad. tiga hari ni kira dah tak ketat sangat jadual. jumaat lepas habis kelas, lunch, basuh baju bersama leley (laili sebenarnya). basuh mende kecik dalam sink sambil dengar dia karok jiwang. hahaha. leley, miss u jugak. billa nak jumpa ni? 


bebudak sekarang ni ada lagi macam kita dulu ke? semua ni kenangan terindah yang takkan hilang momento stepo. walaupun atoo bukan la bermakna sangat kat stepo tu (result spm hancus) tapi this is it. memories keep pursue me. kahkahkah. 


okaylah. nite nitos! 
xoxo =D

November 13, 2014

Bila kita tua nanti

#nowlistening: janji khalifah
#mood: terdetik

alkisahnya semalam atoo dapat wassap group family tu. baca-baca, dapat tahu tokteh Arah masuk icu hospital batu pahat. perghh. tetiba jantung ni laju degup semacam. kenapa pulak? tokteh tu sihat je. boleh bejalan jauh lagi. terus atoo koll my mak tanya tahu tak. jom pergi hospital batu pahat tu. padahal kat ofis ni. google balik waktu lawat hospital pukol 7malam dah tak boleh lawat. jawabnya esok waktu lunch la baru boleh turun padang.


sebenarnya. boleh kira berapa kali atoo jejak kaki kat hospital ni. lagi-lagi klinik. seram kot. tapi semuanya alhamdulilah, tokteh Arah dah boleh keluar hari ketiga dia. ade masalah jantung. pakar kat HBP dapat normalkan dan kuatkan jantung tokteh. semuanya okay balik. atoo cuma tak tahu. satu perasaan yang tak dapat nak describe.  atoo just peluk tokteh kuat kuat. minta tokteh dipanjangkan umur sampai atoo kahwin. boleh? terbayang lagi ni wajah tokteh tersenyum comel.


tokteh Arah ni dikirakan batch atok-atok yang paling rapat dengan keluarga atoo punya maktok. sekarang ni, kira tinggal dua atok je atoo de. atok laki @ka atokbah dah pergi dulu. but, i missed him so much. atokbah walaupun nampak garang, dia tahu dan dia faham. tapi itulah, orang yang baik ni Allah sayang. Al-fatihah untuk tokabah.


sedar tak sedar atoo sebenarnya dah tua kan. tua tapi tak tahu nak bertingkah laku seperti yang sepatutnya. tengok cerita korea tak hingat dunia. time kat hospital tu, just terdetik kejap. nanti bila sampai masanya, atoo disakitkan dan dihospitalkan. masih ada ke pelawat yang sanggup melawat? eh, sempat ke atoo sampai ketahap itu? mampukah?  hahaha. i just cant imagine that. 


untuk semua kat luar sana, pergi itu pasti. perpisahan itu nyata. itulah kitaran hidup manusia. bila the time has come, itu yang kita tak tahu. kan semuanya sudah tertulis mengikut kehendaknya. Al-fatihah untuk mereka yang sudah tiada dan semoga ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Amin



November 10, 2014

"alaa baik la tu nanti.."

#nowlistening: it is not right for you by the script
#mood: isnin suda!

apa yang sakit hari ini
dah pun terhadam rasanya
dulu kebanggaan sangat
bila dapat telan semuanya
manis, masam, lembut, keras
sedap di ngap ngap ngap
tak menghingat dunia
hanya berlandaskan nafsu
tanpa memikirkan simpati
bila satu hari ditarik nikmat
sakit yang disangka biasa
sakit yang dianggap ngilu
sakit yang 'ala baik la tu nanti'
dari satu puak ke puak lain
dan mula bertatih bercambah segar
sihat membina padu puak demi puak
sakit terasa membengkakkan kepala
sakitnya tanpa belas kasihan
sungguh kasihan
sekarang hanya pasrah dan ghedo
lubang demi lubang dibina
demi membesarkan puak beranak
aku hanya mampu berdiam bertahan
sebab ketakutan bertemu tabib
lebih banyak dari menahan kesakitan
sebab sakit yang datang selalu
pasti pergi bila masanya tiba
hanya perlu mencari kekuatan
untuk terus kuat bertahan

aku dan lubang puak beranak di gigiku

November 6, 2014

apalah nasib

selalu sangat terkena ni. dah happy-happy, berriang dalam jiwa minda hati, sekali tap! arghhh. jerit dalam hati dulu tak nak nampak sakit sangat. diam. jalan control macho. pi dudok elok-elok balik. adohhh. karma ni.



#update dari opis...kehkeh



November 1, 2014

senyum lagi senyum saja

#nowlistening: senyum lagi by qiera ft markadam
#mood: tengah try senyum lagi

dear blog,
rasa tak best ni. tenggelam timbul tenggelam timbul je dah rasa ni. bukan sombong. cuma tak nak menyusahkan. apa je yang atoo boleh buat untukkan naikkan mood ni? hurmmm.. kejap lagi bercita-cita nak baca journal thesis. eh, by the way. post kali nak share pasal the latest song by kuya mark adam. such adoreable song. trust me. sekali dengar dah fallin love. at the same, lagu ni bole jadi meaning, life must go on.. move on..
 
               " yang terjadi sudah terjadi, biarkan ia terjadi, tapi mengapa ia terjadi.. ooo
                 tak mahu kufikir lagi, tak mahu fikirkan lagi..
                 yang terjadi sudah terjadi, biarkan ia terjadi, tapi mengapa ia terjadi.. ooo
                 senyum saja.. senyum saja.. senyum lagi... "




dah dengar? see..terfellin bebunga-bunga je kan. tapi yang ni baru version studio je. coming soon versi music video. untuk markadam dan qiera.. this song gonna big hits macam lagu pencuri dengan katak. macam plot cerita pun ada jugak. mula mula jadi si pencuri hati dari darjah 1, then malu malu nak tunjukkan diri sebab rupaku yang macam katak. sekarang dah bercinta, tak mahu ku fikir lagi, sebab apa yang terjadi sudah terjadi, biarkan ia terjadi, tapi mengapa ia terjadi...ooo.. senyum saja senyum saja senyum lagi..


nice love story markadam. tak pernah menghampakan, okay. salam fansmarkadam. saya fans kuya sejak kuya jadi pencuri darjah 1 lagi. selamat mengeluarkan lebih banyak lagi lagu yang sweet sedap didengar. eh, aritu kata ada lagu beruang? bila keluar single tu? 


xoxo =D
senyum saja senyum saja senyum lagi.




RAKYAT JELATA