December 12, 2012

C.I.N.T.A 12.12.12

assalamualaikum blogger!

olla pembace. o.O amboi korang.. semua nak update cerite 12.12.12 ye, dan atoo of corse nak jugek.. 12.12.12. sape sambut beday? sape kawin/nikah arini? sape declare kapel/break arini? hehhe. hopefully, semuanya berjalan dengan lancarlah hendaknya. mesti semua taknak lepaskan tarikh istimewa ni macamtu je kan. mesti kena ade sesuatu yang perlu diciptakan pade tarikh yang kita jumpe sekali seumur hidup. ye dak?

gambo tiade kena-mengena. nice try bro! hehhe

hurm, ape yang nak dikongsikan pade tarikh ni? berbelik pade tajuk post. yup. is all about love. cinta. nak habaq kat hang pasal cinta ni. sebenarnya baru jap tadi atoo usha blog somebody ni. dah lame tak dengar citer dia. rupenye sedang dilande ombak besar tuan blog tu. patutlah senyap je.

agak-agak korang lah kan. kalau bercinta, diantara laki dengan perempuan ni yang mane satu paling bahaya? okay. kejam sangat ayat tu. tukar sikit. *yang paling perlu dijaga or maybe yang perlu diawasi? senang cite yang mane mesti ter ter tercurang dulu? hahha. sebab tu orang kate trust tu penting dalam perhubungan. kalau tak, memang tak ke mane la hubungan tu kan. terasa macam doktor love la plak. *wink

kalau pade post yang dulu, atoo pernah cakap. kesian kat lelaki. lelaki yang setia selalunya akan jumpe pempuan yang kurang dulu, baru yang betul-betul love. ade orang marah statement tu. sebab katenya semua pempuan bukan camtu. dan tak semua lelaki tu setia namenye. untuk buat kali kedua, atoo terdengar lagi cerite yang sama. 


orang yang tak bercinta mane bole cakap pasal cinta la! satu statement yang buat atoo kelu kejap kot. camne ye rase bercinta? rase ade orang nak bermesej. rase menunggu bile mesej tak direply. gaduh-gadoh kejap. merajok bile tak dipujuk. bergayut tak hingat dunia. bile hangout, lepak  kat mall, tengok wayang, makan.. macam tu ke bercinta? atau perlu invest yang banyak untuk membeli cinta? hahha.

maybe atoo tak layak kot nak cakap pasal love ni kalau tak pernah mengalaminya. chopp! ni blog atoo kan. so, suke hati atoo la nak cakap pasal ape kan. bagi atoo, cinta ni cukup simple je. only two things. tak payah korang nak frust meronggeng bile putus dan takpayah nak hevokk sangat la bile dah bercinta. dan kalau dah terime dia seadanya bile dah declare tu, so tanggung la segale risiko yang bakal berlaku kan. simple macam abc.

bebalik pade blog yang atoo usha tadi tu, maybe dia tersilap menilai. terlalu banyak memberi, sedangkan dia terlalu sikit menerima. dan bile si dia buat hal, memang sakit la bile dikatekan break-up. kalau awak nak tahu. karma tu wujud. dia akan dapat jugak dia punya bekalan sebab kat dunia ni semuanya mesti adil. cume datangnya tu lambat atau sebaliknya. dan bunga bukan sekumtum, kumbang bukan seekor. masa akan mengubati segalanya. percayalah.

cinta sampai syurga...

tapi kan, kate Ally Iskandar, bercinta lepas kahwin itu indah. maybe. eh, for surelahh beb! kalau atoo dapat pilih. ehhehe. *shy-shy cat kejap. nak jugak bercinta lepas kahwin. indah kot. kalau diizinkan-Nya. insayaAllah. amin kan cepat semua. hahha. tapi untuk ade kehidupan yang ade komitmen macam tu. serrrram deyh. buat mase ni, banyak lagi mende yang nak disettlekan/ di-njoykan mase solo. hahha

eh, dah melalut jaoh ni cik atoo oi. hekhekhek. cinta jugak tu. okaylah. melalut bab cinta ni memang pandai. cube kena batang hidung sendiri. haa, terkedu mak nak. ape-ape pun. bercinta itu indah. jangan kita rosakkan indah itu disebabkan kekilafan kita sendiri. takde cinta yang boleh membunuh. cume kita yang jadi pembunuh sang pencinta. haaaa? hentam sajelah labu.. hahha


seteruk mane pun cinta, jangan pernah kita lupakan cinta kita yang satu. cinta kita pada si-Dia hingga hujung nafas kita. sebab Dia takkan pernah lupekan kita walau sejahil mane pun kita terhadapnya..


psst: kalau kita dapat rasekan ape yang kite rase, kita pasti rase ape yang kite rase.




December 11, 2012

berhenti sekejap kat simpang tu kot!

bismilah...
assalamualaikum pembace.

hurm.. olla! dah lame tinggalkan blog ni rase lain pulak. sebulan. yup. exactly. tengo balik post yang lepas. hahah, sebulan satu post. gile. kesian awak. tapi saya bukan lupaan awak. cume keadaan kot yang buat saye cume sempat nak membace tanpe menaip ape-ape. sory blog!

kali ni. keadaan ape yang buatkan atoo nak menulis. keadaan yang tak menyebelahi atoo. keadaan ketidakpuasan atoo. keadaan yang buat atoo senyum melebar sorang-sorang. kadang-kadang, betul kot orang kate. sebab menulis ni boleh buat hati kita gembira dan sebaliknya.

kali nidah takde lagi rase tergantung. semuanya dah terjawab. 9hb hari tu, ape yang ditunggu telah pun tibe. alhamdulilah. semuanya sudah tamat seperti mane tempoh yang telah ditetapkan. atoo dah pun tamatkan zaman diploma selama 3tahun setengah tu. result? okay. even tak sehebat mane. alhamdulilah.

bekerja. yup. atoo dah pun bekerja. part time promoter. kerja untuk cari pengalaman. okaylah tu cukup sebulan je. dapat jugak merasa kebosanan berkerja tu macam mane kan. dapat kawan baru. ape yang atoo boleh share sikit, kalaupun diberi choice, berkerja ataupun belajar? sepuluh kali atoo pilih untu belajar. hahha.

sekarang? atoo officially tanam anggur di batu pahat. hahhah. buat sebulan ni, atoo pilih untuk duduk rumah je la. untuk next month, masih dalm perancangan. hantar lah resume.. dah la makcik! cume masih dalam menunggu. menunggu daan menunggu. atau lepas ni jadi part time blogger bole kan? 


-lelong anggur mai sini nah...!-



November 2, 2012

hilang


lagi, lagi dan lagi.

okay. hari ni malu lagi. malu sangat. itulah bile diri sendiri takde kondifent langsung nak hidup. seminggu dan pun berlalu. dah masok bulan sebelas dah pun. nak patah balik. malu. ego tinggi sangat. totally loser la kaw. ni je la yang aku tahu. tak suka. menulis. suka. menulis. rase tak puas hati. menulis. takde yang membaca. aku menulis kerana aku suka menulis. kalau ada yang menbaca, thankz!

rasa-rasa apa yang kaw nak dalam hidup ni? tak tahu. eh, duit. yup. i need money for continued my life as proper human. today. aku rasa kecik sangat. rasa im useless. rasa dah tak nak teruskan hidup. nak balik johor. duduk dalam bilik.  tunggu hari je. tunggu hari je. hahha. simple kan.

tapi hidup tak mudah macam abc kan. dah ramai yang aku libatkan. dah ramai yang aku susahkan. takkan tibe-tibe aku hilangkan diri macam tu. tak baik la. itu satu jalan yang memakan diri sendiri tahu tak.tapi bole ke kalau nak hidup macam manusia lain. rase sentiasa berkonfident untuk bercakap dengan orang lain. bertemu dengan orang. *sigh

rase macam salah pilih jalan la. jalan yang memakan diri yang kaw amik. camne? tu la, cakap abah kaw tak mahu dengar. bebal sangat nak buat keputusan sendiri. tengok sekarang apa dah jadi. mak. abah. along bukan anak yang boleh diharapkan. along minta maaf.

so, kaw rase ape yang kaw nak teruskan untuk teruskan hidup? hmm, tak tahu. ape yang kaw nak buat untuk dapatkan duit untuk hidup? *sighhh tak tahu. ape yang kaw nak jawab ngan mak bapak kaw? hmmm... tak tahu.

takde sape yang bole faham kaw, kalau kaw sendiri taktahu ape yang kaw nak dalam hidup atoo!


-totally need someone dah ni!- 

October 30, 2012

jalan mesti diteruskan

bismillahitrahmannirahim...
dear diaries,

today. atoo continue menulis lagi. sebab rase ketidakpuasan yang amat. pade sape ye? kamo ni. ayik tak puashati dengan orang je. tak. bukan. kali ni seyesly pade diri atoo sendiri. *sigh. pe mende kau melalut kat atas ni haa? ehhee. nak melodrama kejap.

berbalik pade dunia baru. baru lah sangat kan? yes. pade atoo totally baru. jumpe dengan orang baru. duduk dengan orang baru. duduk tempat baru. satu keadaan yang betul-betul baru. keputusan dah pun dibuat. so, kena la bertanggungjawab dengan segale risiko yang ade dan bakal berlaku.. life must go on right?


tak tahu macam mane nak cakap. ape yang atoo rase. ape yang buat atoo asyik terfikir dan berfikir. nak kongsikan, tapi pade sape ea? betul ke jalan yang atoo pilih ni? *sighhh. takkan makan hati berulam jantung lagi? mungkin kali ni kena lebih kuat. seribu kali lebih kuat. kena berconfident untuk hidup kot.

maybe pilih untuk diam dan memerhati denagn ape yang berlaku dan bersyukur. sebab ape yang kau alami buat mase sekarang ni, maybe kau terpilih. ayat seorang sahabat atoo. ye. tak pernah atoo lupekan kau sahabat. leley. aku rindu kaw. rindu seyhhh....

walau ape pun yang berlaku. dah pun berlaku. dengan sape yang kaw pendam, kaw cume boleh diamkan tanpe merasakannya. ahh, kesian deh lo.chop! maybe mase aku belum sampai kan. so. dengan ape jalan yang ade ni. kite just berjalan. teruskan berjalan. jangan terseliuh dan toleh belakang lagi kot. sebab mereka yang hidup berlandaskan mase silam tak kemana.


-all is well-

October 19, 2012

terima kasih awak awak dan awak!

hoyeehhhh....

ops! bismillahirahmanirahim...
assalamualaikum readers.

ape kabor? hehe. lain plak rasenye. kekok jap. lame betul tinggalkan dunia blog. cuti jap. rindu gile nak menaip. nak membebel itu ini. nak tulis mende syok sendiri. hahha. bukan nak biarkan blog ni tergantung tahu. cume sedikit buzy. eh, banyak buzy. tapi lepas ni dah tak kot. sebabb...

alhamdulilahh.bersyukur sangat-sangat. hoooooreeyyyyy... lalaallallla...(berjoket dah ni)


dengan ini. saya. owner blog ni. dah tamatkan diploma. selama 3tahun setengah. ye. lambat sikit. tapi habis jugak. harap-harap keputusan baik la hendaknya. at least 3pointer kat depan dah cantek. tak dekan. takpelah. dan dapat jadi pelajar lagi untuk ke degree plak. tapi nak sambung ape ye? comfiuss...

kunci dah pulang. sayu je tengok muka mama @ka warden atoo kat sini. betul lah kate mama. dulu waktu masuk. memang menyampah. fasiliti kurang. itu. ini. tapi bile dah nak tinggalkan kolej ni. sayang pulak. memang  banyak kenangan terindah dan tak berape nak indah untuk nak diingat. hahha. 

kepada mama dan warden semua, terima kasih banyak-banyak. lecture-lecture atoo. dari sem pra sampai sem6. terime kasih semua. beri ilmu yang tak terkira. mungkin ade yang ingat atoo, dan sebaliknya. alah, atoo yang montel ni. selalu je duduk depan. (nerd). hahha

yoep delivery. berger oldtimer. wau delivery. aladin delivery. makcik wafer. hahha. lepas ni dah takde orang nak delivery makannan. lagi-lagi delivery lepas kul12 malam tanpe tax. gile. miss sangat-sangat. owh, pasar malamku setiap hari isnin.. hashim sup. yong tau foo ku.. huarghhhh... fine. kolejku syurga makananku okay!

babai villa baiduri...

classmate atoo. dari sem1 sampai sem6. terime kasih semua. jadi kawan atoo. warge villa baiduri. terime kasih atas service yang korang bagi. adik junior. tasya, mina, balqis, keena, espcially mira. terime kasih sudi accept kaq atoo sebagai manusia. hahha. sorry sangat sangat kalau ade buat korang rimas. sorry. nana and the roomates, terima kasih atas tumpangan bilik yang sekejap ni. ade jodoh, kite semua jumpe lagi.

last event ubc yang atoo dapat join. korang semua memang awesome!


mira, yana, ain. terime kasih atas kenangan yang kite ade bersame. terime kasih lengkapkan cheritera aq noor. terima kasih sudi kawan dengan atoo. ade jodoh kite jumpe lagi. dan kalau kawin nanti, jangan lupe jemput atoo. vvvip seat ea... sayang korangg...

kalau kite bertemu, endingnye berpisah. tapi akan ade episod seterusnya kalau ade kehendak dariNya. atoo nak minta maaf atas segale silap atoo kat korang semua. insyaallah. kalau ade jodoh kite jumpe lagi. dan ini entry terakhir atoo berade di unikop. esok dah gerak. terime kasih unikop. babai unikopiann. terima kasih.


-life must go on. degree im comingggg bebeyhh....-


September 23, 2012

andai itu takdirnya...

salam ahad semua...

korang buat ape hari weken gini ea... semua pakat-pakat gi nusajaya ea... wahh, jeles gile. atoo jaouh nun sane.. cume dpt tengok dalam tenet je la jawabnya. takpe-takpe. cerite hari ni yang atoo nak kongsi, takdelah nak huha huha sangat. cuma sekadar luahan yang tak dapat nak diceritekan dengan suare. senang cakap kate-kate yang terbelenggu kat pale otak ni. hahha

semalam atoo baru habis bace satu novel ni. andai itu takdirnya. junior roomate atoo sarankan. katenya novel terlaris tuh. okayh. untuk tasha, kq atoo dh habis bace dah. not bad at all. bole tahan. yang pasti tak rugi wat koleksi taw.


entah nape cerite novel itu buat atoo terfikir sikit. eh, banyak. kalau ape yang atoo lalui untuk satu mase yang singkat ni tak sesakit mane. baru sikit dah mengeluh kan. watak aleya. seorang perempuan yang tak pernah kenal erti jatuh. bukan salahnya untuk menanggung semuanya sendiri. dibuang keluarge. dibuang suami. salahnya cume menyukai seorang lelaki yang tak tahu menghargainya.

umairah dan ikram. sahabat yang betul-betul atoo cari selama ini. sentiase berdiri disebelah walau senang dan susah kite berdiri. tak pernah kenal erti penat dan jemu menolong dan memberi semangat kepada aleya. umi yang tak pernah lupekan aleye. ikram yang sentiase memberikan bantuan tanpe dipinta. gile atoo sayang watak ilusi ni.. hahha

walau ape dugaan yang datang kite takkan pernah sekali untuk rebah. hidup mereka yang sikaya takkan pernah setaraf dengan simiskin. semiskin mane pun kite jangan pernah mengharapkan orang lain. berdiri diatas kaki sendiri supaye kite tak pernah nampak lemah. dan hukum karma takkan pernah melupekan kite.

banyak rupenya cerite kehidupan ni yang atoo tak perasan. ape je yang berlaku kat hidup ni kite kena reda menghadapinya. sebab hanya yang terpilih saje yang akan melaluinya. betul. andai itu takdirnya untuk cerite atoo, atoo reda. atoo pergi bukan kerana salah, tapi mengalah untuk kebaikan.


atoo minta maaf atas segale perbuatan atoo yang buat pembace sakit hati. segale yang tertulis ini hanya luahan hati atoo. takpernah terlintas langsung hendak memalukan mane-mane pihak. dan kepade tukang pnyampai yg tak bergaji. puas hatikan? takpe. mungkin sekarang awak bahagia, tapi atoo masih ade tuhan yang tahu cerite yang sebenarnya. dia pasti tahu ape yang dikehendakinya...

andai itu takdirnya jugak atoo akan menamatkan segale-galenye disini. fullstop. semoga korang bahagia dengan ape yang korang dah buat. untuk kawan atoo. atoo takkan pernah lupe pertolongan korang. kenangan kite akan sentiese terpahat dlm ingatan cerita atoo. terima kasih sebab masih sudi terime atoo. 


everything gonna be okay.


September 21, 2012

mungkin aku yang salah menilai

bismillahirahmanirahim.

salam jumaat.
olla. hmm, nak mula menulis pun dah rase lain macam. rase macam diperhatikan. finally, the end of my budies story memang tak terlintas langsung. habis macam tu je. im quit. sem kali ni betul-betul bole buat atoo jadi man sewel jugaklah. taktahu plak blog ni ade yang membace. uh-oh. awak-awak tu mesti silent readerkan.

eh, semuanya dah lepas. benda dah lepas buat ape nak kenang kan. bagi atoo, benda yang lepas tu perlu ade untuk mengetahui perjalanan cerite selanjutnya. takkan tibe-tibe sad ending kot. mesti ramai tertanya, kenape? what the happen? ape plot cerite tu sampai endingnya macam tu. kalau sinetron, semua faham. nak tengok awal ngan akhir je. sebab semua dah bole agak happy ending.


mungkin atoo salah nilai. cepat sangat trust kat orang. paling dasyat, suke sangat bercerite. itu ini. tu la.. kan dah kena. rupenya kaw sedang diperhatikann. kadang-kadang rase bangge jgakla. kadang-kadang rase, what the hell? hahha. ni mesti nak bukak pekung didada kan ni. nak start menaip, nak start bercerite.

la, kan dah cakap kat header tu. cheritera aq noor. of course la my cerite. ape yang atoo rase. ape yang atoo nampak. ape yang atoo tak dapat nak luahkan. semuanya atoo tulis. this is my second life. dan tak pernah atoo nak mention siape orangnya or maybe kepade yang terase, atoo minta maaf.

mungkin atoo tak pandai berkawan. yup! exactly right! kalau jadi manusia atoo. kena berdiri di kaki sendiri. jangan nak sangat berharap. kena sedar diri dan sedar tak semua like perangai kita. semua yang kita buat kat dunia ni ade batasnya. kalau sampai dah menlampaui batas, time tu mmg takde sape bole tolong. 

kenape ea? kenape sampai jadi macam tu. dulu semuanya okay. or sebab atoo tak bersuare ke? sebab atoo ni penakut. hanya mampu menaip dan terus menaip. pengecut! harap badan je besar tapi hati kecik! hahha. itulah sebenarnya atoo dalam reality life yang korang tak tahu. owner kepade blog ni. kelakar kan. 

ape yang nak berlaku dah pun berlaku. ape yang nak disimpan, lama-lama pecah jugakkan. semua dah tertulis atoo. macam mane, kenape, hanya dia yang tahu jawapanya. kite jadi manusia kan, kena redo, kuat. sebab ujian yang diberikan tu baru sikit, atoo. baru sikit je kaw dah nak jatuh. aptb kan...

  
-sedang.mencari.kehidupan-

September 11, 2012

malam itu

hmm,

wah. seronok kan. seronok dapat malukan orang agaknya. takpe. kaw nak surat layang jugak ke. jap. before tu aku nak cakap. ye. memang aku tak pernah ade laki. pakwe. melekat sane. melekat sini. ape hina sangat ke kalau takde pakwe? anak mak. ye. memang aku anak mak. yang kaw dok melekat, menepek umah tunang kaw tu ape cite? lagi macam ape je kan. cermin la diri tu dulu baru nak nak nasihatkan orang.

eh, before tu. kalau tak suka tak payah la datang menepek kat cerite aku ni kan. dipersilekan tekan button x kat atas tu la ye. sebab cerite ni untuk golongan mentality kelas A!!!

tapi nak tulis pasal sampah rasenye tak payah kot. aku manusia. kaw sampah. kalau sampah tempatnya memang kat tong sampah. tapi sampah ni dah berjaye buat kaw menanggis atoo. camne? sampah ni dah pun berjaye. berjaye mane? kena jawab kat akhirat nanti. aurat tak tutup. melekat sana sini. pakai baju mcam bogel. ape cite? 

betul. mungkin aku salah nilai. nak cite kat semua orang. dan sekarang? terime je la kan. ya allah. besar betul dugaan yang kaw beri kat aku.. bukan mengeluh. tapi itu kan maknenya allah masih ingatkan aku. sayang hambanya. terime kasih.

rasenye cukup 6sem ni aku dah hilang semua kawan kot. ade tak kat luar tu nak kawan ngan atoo. atau kat luar sane nak jadi boyfriend atoo? hahha. boleh bagitahu atoo camne rasenye ade pakwe kan. kesian kan atoo. kawan takde. boyfriend takde. gayut dengan mak, dah dipanggil anak mak. kesian kan.

tapi semua tu kan sementara. ade banyak lagi benda atoo nak settlekan. kalau kat dunia ni memang kaw boleh menang. tapi bukan akhirat sane. belum tentu kaw bahagia sampai ke sudah kan kalau sekarang perangai cam sampah. 

dah lah atoo. cukup. tak payah dilayan orang yang mentalitnya kelas bawahan. ye. betul. orang cam kaw, ade banyak lagi benda nak dipikirkan. cukup2lah beban kan otak kaw dengan masalah sampah ni. okay. atoo. ingat. tak semua yang indah time ni, akan indah selamanya. tak semua yang payah time ni akan payah selamanya. kan?

~all.is.well~


September 5, 2012

all.is.well...

salam syawal semua.

syawal lagikan... selamat hari raye kepade semua pembace. masih sempat lagikan. entry hari raye mane? rasenye belum sampat atoo nak share story raye untuk tahun ni. kenape? mase tak mengizinkan kot. dan klu nak cerite rasenya dah nak basi plak. hehhhe. tapi, takpelah kan. bukan nye ade yg nk bace pun. sobs sobs sobsss...

lame gile rasenye tak mengshare story. nak berblog tu memnag teringin. rase dah desperado ni. bhahha... (even takde pembace) entahlah. cerite suka duka duka plus sendu je la. cerite kali ni, sekadar untuk sebuah perkongsian je. cerite hati atoo yang ditaip dengan kedua belah tangan yang dipinjamkan. dan diolah oleh pale otak yang sedang menahan sakit. gile dah blogger ni.

malam ni, rasenye nak bunuh orang banyak-banyak. fullstop. kenapa payah sangat nak jumpe manusia yang betul-betul nak jadi manusia bukan parasit. cukuplah rasenye satu sem ni macam-macam perangai atoo jumpe. kadang-kadang tu rase macam dah nak tinggal nyawa ikan. tapi hidup mesti diteruskan kan.

memang rase kena tikam bertalu-talu la bile orang yang kite trust tu, ialah duri dalam daging kan. sakit. kita bagi peha, dibalas nya kentut nak haarrrooommmm tu. tapi maybe agaknya atoo ni jahat sangat kot time bebudak. dan sekarang accept je lah ketentuannya kan. redho binti pasrah.

pelik kan. atoo ni takde pakwe. tapi masalah tentang hati dan perasaan ni melampau-lampau. terlalu ikutkan perasaan kot. macam ni takbole ade pakwe lah. takpe. pakwe itu urusan Dia. i will be waiting. tak gituw...

now. sekarang tinggal lagi satu bulan lebih je atoo nak hadap semua ni. satu bulan. atoo percaye. kalau kite sedang diuji tu, maknenye Allah sayang kite lebih. Allah tak pernah lupekan kita. tapi kita?? ya Allah. jauhnya aku dengan mu. ya Allah. kuatkan hati hambamu ni.  

katelah ape je yang korang mampu lagi nak cakap. klu cerite kawan atoo ni pasti takde pengakhiran yang happy ending. maybe, atoo tak reti nak jage hati kawan kot. bajet bagus. gile kuase. jahat sangat. sebab tu tak layak dapat seorang kawan pun.  

seriesly. atoo penat. cukuplah. atoo nak cakap, atoo datang sini bukan nak cari pasal. tapi nak cari ilmu. ade banyak lagi benda yang atoo nak tunaikan. sebab tu, kalau boleh segala benda yang atoo buat, atoo nak yang terbaik. atoo bukan keluarge senang yang hidup cume tinggal cuci kaki. 

masalah dunia ni hanya sementara je. tak kemana lah. ya. betul. semua akan berakhir bile yang tertulis sudah sampai di akhir episod cerite. dan all is well wahai hati. untuk korang yang baru nak berkawan, pandai-pandailah memilih kawan. sebab kebaikn tu selalu menutup sgala kejahatn.


-all.is.well-


August 18, 2012

iftar bersame mereka

assalamualaikum semua,,,


dah jadi trend kan semua nak iftar. chop, iftar tu ape? pernah jugak terdetik soklan tu kat pale otak atoo ni. sejak tahun ni je, baru perkataan iftar tu dok diperkatekan. mase belajor arab dulu pun, takde plak dengar perkataan iftar ni. *hilang ingatan kejap.. soryy, ustazahh.. berbuke puase lahh...owhh


atoo pun ade jugak kisah iftar. kisah berbuke. hahha, taknak ketinggalan jugak la ye. of course la der. kali ni iftar dengan sesame budak kelas sem5 dulu. omputih kate reunion kot. takde lah reunion sangat sebab tak ramai yang join. mereka yang berkesempatan saje yg ade.  


tempat takde lah semegah mana. hotel lime star pun bukan. nak jimat ongkos. eh, bukanlah. kesuntukan mase time ni. terima kasih kat mr raja yang bersusah payah dok mencari tempat iftar ni. kat mane? area kolej je. disebabkn nak mengeratkan silaturahim so, kami-kami ni semua berpakat nak berjalan kaki. exercise dulu dulu before tangki penuh citernye.

and biarlah gambo bercerite,,, (gambo cume hasil bb cam cik ain. kasamida~~)


petang tu. janji pukul6. nak awal gerak. takot hujan. gerak5.45. tub-tub semua redholah jugak gerak jam6. biaselah janji melayu. hehhe.  sementara mengisi masa terluang, hambik gambolahh. eh, haruslahhh~~ eh, mengape mereka berdua je yang slalu menepek kat sini? sebab, ini blog cheritera aq bukan kaw! kahkhkah

 cik yana and tuan tanah. gambo eden harusslahhhhh ada... 

abam-abam kita. wawan, kamal, raje dan kochie. ade dua orang lagi actually.
tapi tulah, ni aje yang sudi. is okay.  meramaikan kaum adam. 
terima kasih sebab sudi jugak nak join kami ye you oll's

mereka-mereka yang turut join the iftar. ramai tak ramai penuh jugak sebaris tu kami kerjakan. tak lupe jugak kat miss wan nur nadia. even miss dah tak dok ajor kami omputih lagi, miss still lagi nak geng ngan kami semua.  kamsamidaaa~~~

 that's aiza nur indah. jap lagi dah tukar status tu. dah sampai seru katenye. hurmm, 
kalau ade umur atoo kat puncak alam tu, sampai la kat majlis korang. wish you the best..!!!

ni plak mereka yang duduk bertentangan kami. actually kami gegurl ni dah berplan nak makan set 'kenyang punya'. alang-alang makan kat luar ni, nak jugak try makanan beramai yang tak mampu dimakan sorang. hahha. macam ne mamat sorang ni boleh sesat. sebab dia nakkan set tu la. terliurrr kann. hahha.

 tomyam seafood. kurma.

 the main menu. siakap tiga rase. eh, sweet sour kot. ape-ape jelah. yang penting, siakappp kott..

sayur kailan ikan masin. mesti ade fibre.

pelam. pencuci pemanis pemulut. yang ni special gift dari owner kedai kat kami semua. 

last but not least. wajib ade. sotong goreng tepung. even rase tepung lebih banyak dari sotong, ia still tak mematikan keseleraan atoo. baselah. name pun kedai. nak sotong banyak, mai buat sendiri naa... 


jumlah keseluruhan menu makan side kami berenam dalam RM7+. gulp! terkedu semua. hahha. kejap ye bang. nak bahagikan duit dulu~~ hheeehe. tapi kira berbaloi jugak. boleh tahan dia punye ummhhpp wa cakap lu, masakan kedai kat sini. plus macam-macam cerite lame keluar balik. reverse memory. gosip situ sana sini jap. terima kasih you oll's. tenQ for the contribution... >,<



finally, happy beriftar semuaaa.... dari kami bertige. sebab, maybe kali ni last iftar kami bertogether rasenye. nak beriftar lagi untuk puase akan datang, tengok kalau kite semua ade jodoh bertemu di degree nanti. masing-masing, atoo doakan dapat habiskan sem kali ni dengan baik. tak mau sangkot-sangkot ye. aminnn...


~the end~

August 15, 2012

malam terakhir berpose kt kolej kot...

assalamualaikum semua,,,

hehehhhe... today last day atoo kat kolej before cuti raye. yeyeyeyeye. yabedabedu...

dan macam biase, perasaan terlampau teruja mnghilangkan segale kengantukan malam ni. korang balik raye bile? esok, atoo dan junior gerak joho. finally, hari yang ditunggu dah sampai. flight kat tbs. jumpe kat sane, roger-roger taw. barang dah pack yow. bawak yang penting je. naek flight, alamaknya bawak satu bagasi je la. lain kome yang berdrebar tu. klu bole satu bilik nak hangkut kan. bukan atoo tak tahu.


pekara kedua, im happy today. even takde dapat beli ape yang dplankan, tapi rase beban dashyat-dashyat ni dah terbang sikit demi sikit taw. kepada, awak. terime kasih bawak atoo round key-eeeeyl... terima kasi buat atoo mampu nak tersenyum balik. even perkenalan kite ni hanya sementare, tapi i wish this will be forever yeahh.



saje. gamber lame tu. time betul-betul fun tak terkate. beban semua lesap. sem ni tak banyak kenangan sesweet ni. so, yang ade ni je la diabadikan dalam cheritera aq noor. mungkin ini sementare. mungkin jgak buat cerite kite yang baru nak bermula.


balik kali ni, atoo berteman. chop! teman rumah. bukan sape-sape la. just my junior. eh, atoo belum pernah kenalkan budak-budak junior rumah atoo la. takpe, tunggu entri akan datang. eh, dah melalut ni. hehhe. berteman adik tasya. adik ye? okay-okay. si tasya. katenye nak cari pengalaman balik sendiri. al-maklom, kakak senior ni dah last sem. *bling2x


kali ni atoo balik raye awal sikit. yalah, selalunya esok dah nak raye, baru berebut nak balik. tapi kali ni awal 3hari. hehhe. nak rase nikmat berbuke bersame keluarge kot. dan mintak-mintak perjalanan esok berjalan dengan lancar. smooth je. first time bawak anak dare orang. neves mak nab jugak la. hahhah.


okayyylahh. doakan perjalanan kami sesmooth je ye. dan untuk semua yang nak balik kampung tu. berhati-hati di jalan raya. ingatlah orang tersayang. kalau ngantuk, jangan lupe berhenti. iklan jap. ape-ape pun, smoga senuanya selamat pergi dan selamat tibe ke destinasi masing-masing. aminn.


-salam-

August 10, 2012

surat untuk awak -part3

sambungan dari entry surat untuk awak -part2
ye. sebagai manusia, aku memang tak layak nak marah. sebab semarah aku, hebat lagi kalau Dia marah kat kite. tapi aku cume nak bagi tahu kat kaw. aku nak kaw nampak. tengok. sedar. kalau tak suke nape tak bagi tahu awal-awal. kenapa yang lain tak bersuare? itu kaw tanya la dorang. maybe dorang orang baik-baik. bukan macam aku. separa jahat. dan cukup penat.
dan kenape kaw nak salahkan ketua. dia tak salah. sebab aku dah hasut ketua? bukan. sebab sekarang ni aku the main actor. dan kite masing-masing dah besar la. dah boleh fikir sendiri. sekali cakap, takkan tak faham kot. nak merajuk dan dipujuk. bukan sekarang masenye. dah sem akhir ni, rasenye semua nak buat yang terbaik kan. takkan nak kantoi paper kot.
aku marah! marah kat diri sendiri! sebab aku tak dapat buat yang seperfectnya. aku bajet bagus. nak semuanya betul je. ya Allah, aku ni kalau bole, aku nak dapat yang terbaik untuk sem akhir kali ni. cube lah. kalau pun tak suke hadap muke aku, tolong lah buat tak tahu je. aku pun bukan nak hadap sangat muke kaw. tapi untuk last sem ni, cubelah untuk jadi professional. 
ya. memang dah bayak kali aku nak report kat lecturer. tapi aku ade lagi hati perut untuk nak selamatkan kaw. tapi kalau setiap kali discuss, kaw buat macamni, sampai bile kaw rase aku bole tahan? aku bukan malaikat yang redha ape je yang kaw buat. maafkan kaw even kaw tak minta maaf. aku ni manusia je kot. cukup-cukup la ye. 
aku rase macam chilldish sangat kot kalau bende kecik macam ni aku nak mengadu domba. kaw kate supaye senang aku nak bagitahu kat lect yang kaw orang tak buat kerja. weyh. jadi dewase la sikit. 'kaw orang' tu cume kaw sorang. yang lain datang je. ye. aku tahu semuanya pun tak puas hati ngan aku. tapi at least dorang still bole nak datang buat kerja. kaw? turun padang pun tak hingin kan? ape ni...
dan bile aku tegur kaw, hadap muke aku pun taknak ye. hina sangat ke muke aku ni. jijik? tertunduk sipu konon. dah terang lagi bersuluh laa. aku dah cakap, kalau tak suke cara aku, bole cakap awal-awal. atau dipersilakan. aku tak marah. seyes. aku tak rugi pon, fyi la. jadi, agak-agak kaw, ape status kaw ye? atau kaw nak jilat balik ludah yang kaw pernah buang dulu. malu sehh.. 
seyesly aku dah penat la. cukup-cukup la nak sakitkan aku. aku dah betul-betul penat. semua ni aku tak nak fikir dah. yang penting last sem ni aku nak berhabis-habisan. sebab life-story aku tak macam kaw. ape tu, tinggal cuci kaki je kan. tak, aku kena belajar macam mane nak cuci kaki. sebab kaki aku bukan kaki orang senang. faham kan.   
 kepade kaw, aku minta maaf banyak-banyak sebab aku dah penat dan tak larat. alu minta maaf sebab tak dapat lagi jadi kawan kaw macam dulu. tapi aku rase kaw tak rugi mane la kan. takpe. last but not least, aku minta maaf. im sorry dear my old friends. aku minta maaf..

-the end- 

August 9, 2012

huhhh....


bagi saye senyum sekejap je bolehhhh tak....


-kbai-

August 8, 2012

surat untuk awak -part2

sambungan dari entry surat untuk awak -part1
nak masok hari ke4. barang selling habis. nak ke tak nak, kena cari jalan untuk tambah barang selling. ketua aku cari, dapat minta tolong, seorg hamba Allah. baik orangnya. aku ingat aku berdua je dengan ketua, tup-tup, kaw pun ikot sekali. dah kenape ye kaw ikot? fyi, aku memang dah hilang mood time tu. aku diamkan aje. aku nak jual sandwich lebih. sebab pulang modal kot. aku tambah roti piza. aku tahu kaw tak bagi. takot takde yang beli kan. wei, kalau nak jadi budak busines, tapi takot dengan risiko, baik tutup buku tu, gi tukar kos la weyh. 
esoknya selling down. aku cume mampu mengucap je time tuh. open kedai berdua je. aku duli ape. siap separuh buat sandwich, aku nak ikut ketua jugak untuk wat opening.  bangun pagi pun kaw lambat kan. takpe. aku tak kisah. datang-datang aku suruh kaw tolong habis kan baki sandwich. sikit je kot. tapi ya Allah. tolong la buat dengan ikhlas. even tak suke aku pun, jangan buat customer kite sampai macam tu. dah la roti kecik, ko penyek kan lagi jadi ape plak tu. wrap macam tak wrap. 
aku tahu kaw bengang ngan aku. tapi jangan buat customer jadi mangsanya. malu kot nak tayang kat dorang. aku bersyukur sangat dengan customer yang dah loyalty kat booth kami. terime kasih warge kolej yang menbelinya. agak tebal la jugak muke ni kan. 
tapi ade jugak la kan yang mengembirakan aku kalau kaw nak tahu. before sandwich kaw tu sampai. ade orang luar dah beli sandwich cantek. of corse made by aku dan ketua. dia beli dan makan. satu, dua, dan beli lagi dua. depan aku. puji kesedapan sandwich tu depan aku. of corse aku terkembang sorang kot. muahahaha. nasib baik ade ketua. dia yang jawab sesi interview dengan mr customer tu. hehheh. susah taw nak explain perasaan bile kerja tangan kita dipuji orang taw. 
hari last selling. hari paling yang dinantikan. tinggal dua booth je rasenye kan. aku rase kaw memang dah tak tegur aku. kaw marah aku kan? atau takot ngan aku ea. kahkahkah. aq suruh kaw buat keja paling senang, handle gift. kate orang bile kita dah dapat untung, kena share ngan orang kan. last day, aku plan wat pemberian gift. ramai jugak la yang merase freegift tu. 
"yes you! smiles more just for me okay... "
last day paling best. rase semua sakit hati kat kaw dah beransur hilang tahu tak? semuanya sebab customer. memang rase bahagia bile ramai yang beli ni kan. puji sandwich lagi lah. jagung plak. ade yang beli sampai enam. wow. ade yang siap tanya resepi jagung nape sedap sangat. hahha. kaw ade tak time tu? kaw nampak tak aku senyum sampai ke telinga? muahahaha....
begitulah ending selling hari jumaat. best tahu selling ni rupenya. dan lagi best kalau kaw takde. tapi untung yang banyak ni kaw rase fair ke nak bagi same rata? chop, cerite kaw belom habis lagi. kalau kaw bace ni, aq nak tanya la. jujur. part mane yang kaw rase kaw paling enjoy? hari ape yang kaw rase best giler rupenye selling ni? atau part mane yang paling kaw nak smackdown ake sangat-sangat.  
belum habis lagi. kerja disebalik selling, bape kali rasenye kaw cuci barang-barang selling? atau nak gune esoknya, baru nak basuh. eh, okay, paling senang, bape jam kaw tido dalam minggu selling ni. yalah, tidow awal, bangon lambat. mesti kenyang tidow kan. takpe. semua tu dah lepas. dah lupekan. tak baik kenang pekara yang lepas. tapi, yang kaw tak puas hati ngan aku tu knape ye? aku ade sakitkan kaw ke? rasenye tahap kesabaran aku dah habis ni.
-to be continued-


August 6, 2012

nak berubah??


-kbai-

kenape?


"kenapa Allah masih hidupkan aku hari ini?
kerana dosaku terlalu banyak, Allah masih izinkan (beri waktu) untuk bertaubat."
"kenapa Allah ambil dia dulu.. ?
sebab Allah sayang kat dia dan Allah tak nak dosa dia semakin bertambah di masa yang akan datang"

August 5, 2012

surat untuk awak -part1

assalamualaikum semua,

ape kabor korang? sejak bulan puase ni, wah kemai ya korang. semua tak sabar nak share cerite puase bersame, sahhur ape je, bershopping together-together. jelesnye atoo. atoo nak tumpang sikit ye. tumpang kegembiraan dengan cerite korang. macam-macam story. teruskan taw. atoo akan jadi loyalty reader.

tapi entri kali ni bukan pasal puase mahupun menjelang raye. otak dah lame nak share, tapi hati kate takpayah kot. tapi tangan ni degil nak share jugak dengan korang. atoo buatkan entri khas kali ni untuk teman lame atoo. dia ade lagi. hidup lagi. sihat walafiat. tapi atoo cume mampu tengok,

dear "awak"..
ye memang aku tak puas hati dengan kaw. mungkin dulu aku tak nampakn true colour kaw. tapi sekarang kaw dah melampau kot. agak-agak la. patut dari masok sem kali ni aku ikut kate hati aku. kaw memang tak boleh join aku. tapi hati perut aku ni kate, takpe. kita bagi peluang kat kaw. tapi nampaknya sekarang tak boleh lagi rasenye. 
aku tak tahu ape punce penyebab kite jadi seteruk ni. aku betul-betul dah penat tahu tak. cukuplah. dari first assign sampai assign ke3 ni, kaw tak pernah tahu rase penat kan. cukuplah. aku dah penat. aku bukannya kuat sangat kalu kaw nak tahu. atau kaw nak tengok aku terjatuh terduduk tersujud kat kaki kaw? nak macam tu? atau nak macam ni??

aku tak tahu. first assign, ade kaw tahu mcam mane aku ngan dorang pergi beli barang selling? dengan takde transportnye. cari barang, tapi kedai tutup? cari barang yang tak cukup, tapi takde. maghrib-maghrib jalan kaki balik hostel. macam merempat tahu tak? kaw rase kitaorang ni nak sangat rase ke pengalaman tu? ade kaw tahu cerite ni?
malam first selling, sampai pukul bape plak kan, kerja menyiapkan inti samosa. okay, aku nak ucap terime kasih sangat pade yang tolong kupas bahan-bahan, tapi endingnya tahu tak pukul bape? belum lipat samosa lagi. basuhh plus kemas.. kaw kat mane ye mase tuh?
aku yang tak pernah menyibuk pasal kaw ni, tanya la jugak kaw pergi mane? bile balik? tak tahu ke hari tu kite sibuk? okay, mereka-mereka kate kaw berjalan-jalan dengan keluarga mentua. dah berjalan free of charge sape tak nak kan. takpe. tapi katenye nak balik awal. siang ahad dah ade. aku okay kan lagi. tup-tup katenya sampai malam. aku okay lagi. bile dah tengah malam, katenye tengah ondaway. okay, fine! bile dah sampai, aku mintak tolong bawak barang balik umah kaw je kot, kaw kate kaw dalam kereta family mentua kaw. okay. fine. bye! 
esoknya, time nak goreng, banyak samosa yang pecah. isi terkeluar sebab minyak dah keluar? ade kaw tahu? nak goreng sosej, tapi meletop. kulit popia pecah. dalam mase yang same nak open booth. kaw buat ape time tu? aku cume ingat hari tu, aku akan let begond by begond bile kaw cume perlu cakap, 'weyh, sorry la pasal semalam. aku betul-betul minta maaf.' that it. tapi ade kaw cakap. mengkomplain je taw. sape tak bernanah telinge
aku betul-betul tengah berhabis sabar. malam kedua selling, kami buat lagi samosa. inti plak buat hal. tukang rase kate, kari tak cukup masak, dah masuk kentang. repair-repair, dah plak rase kari terlampau. esoknya, bile dah goreng samosa keluar minyak kari banyak sangat. rupe lembik. pedas terlebih sebab banyak kari. tak tahulah macam ne bole jual habis la kan. 
kaw kat mane ek mase tu? oh ye, kaw cume kat booth rasenye. tolong kire duit modal. haa, hari kedua selling, modal still tak pulang. camne tu? eh, ade kaw tahu? tahu kot. yalah, tengok kedai sebelah dah tutup, kaw pun nak tutup kan. sedangkan barang belom lagi habis jual kan.  tapi aku bos. so, my dearest worker, follow my rules la kan. im the big boss! right. muahahaha...
owh ya. alasan kaw dah penat, sebab tu nak ajak tutup awal. eh, tapi aku tak suruh kaw berpenat-penatan pun. eh, penat layan customer ke, ramai sangat ke customer kita? ke penat lepak kedai sebelah? opss!!! takpe. tinnggal lagi 3hari je. aku cube untuk mampu bertahan lagi untuk kaw. 
hari ketige, aku gembire sangat. terlau happy kot. sandwich habis before petang. samosa, popia, kira semua barang habis sebelum waktunya. kire laku gile la kan. terime kasih kat Nya, sebab turunkan hujan. alhamdulillah. sebab cuaca sejuk, ramai orang lapar rasenye. tu pun kaw still nak tutup awal. takpe. takpe. aku bagi kaw balik awal. yelah, dah tolong jual sampai licin, kena bagi advance balik awal kan. baliklah. nak sangat. yang penting hari tu, selling kita dah balik modal.eh, selling aku. yes, i happy sangat you.

-to be continued-

July 28, 2012

tak lama, kejap jer,,,,


nak kate tak betul, sebenarnya 99.999% sering berlaku kat masyarakat kite sekarang ni. ape yg atoo nak sharekan, tak semua yang kite nampak depan mata, same dengan ape yang kite terlintas di pale otak kita...


selamat berterawih semua,,,


July 26, 2012

sape layan running man???

members running man!!!


sape tak layan haa? atoo nak kongsikan kan kome, kalau running man bole dikatekan 5star punye variety show. hamboi! eh, betullah. nape atoo sarankan? bagi korg yang selalu strezzz disebabkan keje yang melimpah-ruah, try layan satu episode je. komfim otak rase di cc cleanerkan balik lepas gelak-gelak.

kalo tak? otak korangg tak lame sangat tak service kot. muahahaha....

senyum semua, tak mo marah-marah >,<

-the end-

July 25, 2012

senyumlahh,,,,

salam kmasyarakatannn kome,


-the end-

July 22, 2012

the story of ramadhan

salam kemasyarakatan,,

first puase amacam? mesti la best kan, berboke ngan family sanak-saudare. aye....  kami bertige jerr. takpe aiman tak kisah. koranng gi bazaar mane tadi? bazaar kat tempat atoo kali ni kureng la. tak banyak pilihan. kuih pun bole dikira. meriahnye pun suam-suam kuku je.  

huarggghhhhh... mane peniage-peniage yang lain?? pakcik tahu bakar atoo, where are you...?? pakcik kuehtiaw sup sedop mane?? pakcik murtabak yang lain-lain, moh la niage area kolej atoo. tadi ade satu je murtabak. sekali beratur panjang daa. da macam nak beli tiket wayang pulak.

sadis tak sadis la cerite sahur pagi tadi. dah bertige ni berkobar-kobar nak bangun sahur tu lain macam bunyinya. nak masak nasi. sayur goreng. itulah. inilah. tukang merancang ye memang tak nak kalah la kan. tub-tub, semua terlajak. bangun-bangun, capai air sebanyak yang mungkin. belum pape, puase pertama dah terlajak. sabo je la.

tapi takpe.name pun puase. menahan lapar sehari suntuk. dan waktu berbuka, ni lah juadahnya. 
burggghh. menu nye nasi kerabu bertakhtakan seketul ayam goreng. okaylahh... sampai sini dulu story of ramadhan. nak sambung assignment plus kena tido awal ni. tak mahu terlajak macam taadi derr...

-kbai-

July 21, 2012

July 20, 2012

eh, esok dah pose la!

assalamualaikum readersss,

amacam? neves tak nak masok bulan ramadhan ni? hahha,

rasenye dah ramai yang tahu, eh, semua dah tahu lah. yolahh, kat fb, twiterrrr, dok post selamat berpose. dh ready nak tingkatkan kerja baik, kurangkan kerja jahat? esok nak start berdietlah (konon). malam ni jangan lupe gi terawih. jom main bunga api! hahha. macam-macam status.

okayh. fine! part yang paling dok atoo jeles gegile. -first ramadhan ngan family -yea! dah sampai kampung! -alhamdulillah, sampai pun. status nak bagitahulah, dapat balik kampung ye. balik-baliklah, tak payah nak show off sangat la derr! >emosikit<

nape tak balek? joho ngan kL tu macam batucaves ke unikop? hahha. takde transport la aci. public pen0t sikit. lagipun tengah banyak assign plus tak nak susahkan my makbapak. kasi chance mereka berdua-duaan. lagipun dah base rasenye start pose ngan roomates jerr. is okay!

actually dah semua nak update status ni, atoo pun nak jugak update story-mory. hehhe. ape kate tu, nak cecite le cikit kan. fully harapan ramadhan kali ini penuh bermakne bak kate raihan. bukan ea? takpe abaikan.

hopely, final sem kali ni berlalu dengan cepat. klas start awal taw. 8.30 dah start kelas sebab nak beri laluan berbuka. and biarlah otak atoo untuk sebuln kali ni berfunction lebih luar biase. segale assign going smoothly. segala busuk-busuk dalam seharian tu biarlah menjadi adegan paling kelakar untuk bulan mulia ni. senyumlah selalu wahai hati.

tetibe. rindu si kecik kemal :p

mesti kemal dah besar kan kan kan. ini rujuk reference pic kat atas tu. nak buah atoo la. sambung balik. pose final year kali ni, sorang-sorang. sob sob. sorang wakil senior la kat vila baiduri bersama adik-adik junior, amina, fifi, balqis. korang, kite berempat same-same rasmikan bersahur berbuka berpose kat sini. packej ramadhan. takpe, rase still macam dalam family taw! for sure bebeh!!!


malam ni dah bole la bace niat pose untuk sebulan. plus niat pose. plus practice doa buke pose. hahha. malam ni start terawih lah. rase-rase bape rakaat korang bole buat? dan start bersahur. hopely semua going with smileeyyy and all is well.

dah final year ni, tak sangke kite kawan kan... >,<

okaylah. banyak sangat membebel dah ni, sempena RAMADHAN HAMPIR TIBA, PASTIKAN korang:
☑ Setting Niat
☑ Upgrade Iman
☑ Download sabar

☑ Delete Dosa

☑ Approve Maaf

☑ Search Pahala ~
SELAMAT MNYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK..
Jangan ponteng puasa tau! Siapa ponteng tak dapat duit raya! Muahaha!!
sumber;(copyfb)


nak tahu waktu imsak dan berbuka bagi negeri korang? klik jom berpose


July 16, 2012

July 14, 2012

biO-bOOth -part1

olla u guys!!!


-to be continued-

July 9, 2012

mai Bio-BOOTH sat ye bebudak kolej unikop...

assalamualaikum koranggg,,

ehehhe, mornningg you oll's!!!! eh, attention2x kepade student unikop!!!

minggu ni minggu selling taw! okay, yang tak faham citenye gini. sape yang kenal ataupun kenal gegitu je, atoo ni student business managemnet. dan uuntuk last sem ni, assignment selling ni kire second paling hardrock la citenye. kami bebudak bisnis kena berselling bermati-matiann.. kejamm!


explanation banyak untuk iklan kat atas. okay. first, iklan ni ade sikit technical problem. kat atas ni, free delivery cume area kolej unikop je taw. terhad sikit deliverynya. ingat!!! area kolej unikop je. segale kesulitan amatlah disesali.ape je yang yummy sangat tu? sini ade samosa, corn cup, float, ice-cream bread, roti pizza and popia sosej! semuanya berbaloi beli, sebab sekali rase mesti nak lagi lahhhh...

kenape takde harge? harge kami akan tulis di booth. sebab baselah, harge ade turun naeknya kan. sebab ape BiO-BOOth? banyak yang tanya kan. jawapannya, BiO tu sempena group projek ETR300. BiO-refrigerator. nanti atoo share story. and due to that, nak senang name BiO tu familiar ngan group kami.

Get the coupon? okay ni, slah satu promotion yang kami buat. cume ade pade Hot HOUR! kami akan edarkan coupon sekiranye korang terbeli pada hot hour. pembelian kali ke-lima korang akan disertakan free gift and must buy on the lastday selling tu jugak la. apo dia giftnye? last dat kami akan bagitawu.

ha'ah tu dia panjang explanation promotion kat sini. hehhe, datang la beramai-ramai. tak rugi punyerr. okayh, habis cite promote. jumpelah kat booth tgah hari nanti ye. jumpe korang disane!! disane!!

adiossa...

July 6, 2012

mak cik dan pak cik!!!

nak post ni je boleh tak?


-kbai-

July 5, 2012

15 sya'ban

salam kemasyarakatan semua,,,

buat pertame kalinya atoo update blog pepagi bute. ape mimpi dia agaknya ye? hehhe. bukan terbangun awal, bukan bangun sebab sakit perot. tapi atoo tak tido lagi. percaye tak? buat ape tak tido? buat ape haaa?

tak mao nakal-nakal na kat sini. atoo buat note la. buat assignment. gossip kejap. melalak kejap. ade seram sejuk jugak la jam 3tepat. tapi kalau niat hati tu betul, insyaallah, dengan izinnya kita tak de pape kan. kan. kan.

pagi ni 15sya'ban ni. korang pose tak? atoo pose. nak tambah amalan. dah banyakk sangat rasanya buat jahat sem kali ni. hehhe...


semoge hari ni lebih banyak memberikan senyuman berbanding semalam-malamnya...

-adiooss...-

July 1, 2012

berblog kena bersebab ke?

dear blog,

tahu tak kenapa atoo suke kawan ngan kamu? sebab kamu slalu ade je bile time atoo happy dn sebalik happy. atoo tahu kalau semue blogger yang ade blog dan ape sebab berblog, sebab nak tulisan mereka dibace. kalau tak pun, emm.. sebab nak tulis ape je yang terbuku.

ini untuk blogger tak tegar. kalau gembire baru dia tulis. kalau tengah tak tenteram pun dia menulis. kalau tengah bosan pun, tangan nya ade je nak menulis. even takde sape pun yang bace. kan kan kan. hahhha. tapi bagi atoo lain plak taw. atoo update bile time line wifi kolej ni izinkan. hahha. al-maklom, wifi murah, line pun semurah ciput je la kan.

atoo tak tahulah. sejak start sem baru kali ni, semua mcam tak flow macam biase. maybe ade -ve sign kot. petande akan ade the big problema. takot. takot time tu, mesti takde sape yang tolong atoo. everything macam smooth tapi arghhh...

ye. kalau sape yang tak kenal atoo. memang atoo nak yang kalau boleh perfectionnesss gegile. atau maybe autokrasi. gile kuase kot. semua nak ikot cakap dia. lantaklah, ape orang nak kate. yang penting atoo tak kacau langsung hidop korang kan. hahha. ayat kejam amik kaw!

ape-ape je la entri melalut lagi sekali untuk akhir bulan ni. rase kosong,... kosong... kosong sangt bile dah lepas ape yang tak boleh nak cakap dengan mulot sendiri. see, pengecut kan. booo... boo.. tak kisah.

gambor takde kaitan.. okay, ini pic wedding my mak bapak! hehhe


-ape kena ngan aku ni emo sangat-
-ah, pempuan memang cam ni...-

adiosaa!

June 25, 2012

cukup satu hari

salam hoyehh-hoyehh guyss!

hari ni. ntah. tak tahu. rase macam kosong. kosonggg... hahha. dah lame rasenye tak menulis mende yang bukan untuk dibaca. senang cite saje mengedikks nak membebel. hehhe. harini dua je klas. mgantuk dalam kelas? alamak, dah base dah tu. hehhe. nak kate tido lambat, sampai terlebih 8jam suda bah. hmm, camne dengan hari awak? hari ni....

mood ape-ape je. ape kehal dengan wifi kolej aq ni? bukan fre, tapi bayar. weeken je tak bole bukak sebab blackout. bagi la jwapan yang macam budak sekolah sikit. haduissshhh!!!!

mood menyampah. kalau tak nak tegur sangat, bagitawu. takpayah muke ni nak cube buat baik, padahal orang tu dah mneyampah. bagitawu. takde mulot ke?

mood gembire. layan lagu kpop banyak-banyak plus kuat-kuat plus buat bodoh bile orang panggil. hahha.


mood risau. dah final sem ni rasenye otak atoo dah sesak dengan assignment. even baru 3minggu klas, otak ni macam dah kering darah pikir. cepatlah satu sem ni habiss....

i need to kenal student bio-polimer. mane korang ni? atoo betol-betol nak bantuan korang. sampai la ni, still mencari dan cari  dan cari lagi.. sape-sape kenal student polimer, tolonglahh, email atoo a.s.a.p yerr...

ha, ni la dia mood satu hari ni.

-sekian-

June 21, 2012

baru 3minggu


atoo tak tahu. tapi memang betulbetul, arghh!!! streesss!!!


-kbai-

RAKYAT JELATA