August 18, 2011

impian raya emelyn vs playful kiss

assalamualaikum semua...

kali ni memang bersarang karat dah belog atoo. tapi takpe, nanti atoo cite ape kehal dah jadi kat atoo sampai takdapat hupdate belog ni macam selalu.

right now, i'm home! tulah nak sangat berbuka ngan family sampai ni lah hadiahnya. dan ape kerja atoo kat rumah ni? hehhe.. jangan jeles...

korang ade layan cite impian raya emelyn? kalau atoo kate, versi korea cite ni lebih kurang playfull kiss.

 vs

korang usha sikit citer versi playfull kiss,

Based on the popular mangaOh Ha Ni is a clumsy student who falls for the perfectionist, Baek Seung Jo. However, Seung Jo is indifferent towards her and rejects her love. When Ha Ni’s house collapses, she and her father moves into his long-time friend’s house. It turns out that Seung Jo is the friend’s son and Ha Ni is given the opportunity to be near the guy she loves. Will she be able to move Seung Jo’s heart?

versi impian raya emelyn,
Mengisahkan Aqil(Nazim) merupakan pelajar pintar dan kacak menjadi kegilaan ramai pelajar perempuan.Emelyn mula meminati Aqil sejak di bangku sekolah sehinggalah kini,mereka berdua berada di universiti yang sama.Aqil mengambil jurusan perundangan dan Emelyn pula pereka fesyen.
Kegembiraan Emelyn semakin berganda apabila bapanya Imran meminta Emelyn untuk tinggal bersama Ani sekeluarga iaitu jiran mereka dan merupakan keluarga Aqil sepanjang Ramadan kerana bekerja diluar kawasan.Ani amat gembira kerana dia sememangnya menyukai Emelyn dan senang dengan kelakuan Emelyn.Ketika di rumah Aqil,Emelyn berhasrat untuk menjahit baju melayu Aqil.Dan menanamkan impian untuk menjadi teman wanita Aqil pada hari raya yang bakal tiba.
Aqil merupakan ahli kelab renang dan Emelyn turut memasuki kelab yang sama walaupun tidak tahu berenang.Huzair merupakan senior Aqil terpikat dengan perwatakan ceria Emelyn.Huzair cuba memikat Emelyn tetapi hati Emelyn tetap kepada Aqil walaupun dia tahu sukar untuk menawan hati Aqil.
Pada suatu hari Emelyn tergelincir lalu terjatuh di dalam kolam renang.Aqil pantas menyelamatkan Emelyn.Malahan ketika Emelyn pengsan di perpustakaan Aqil turut menyelamatkan Emelyn dan mendukungnya.Walaupun begitu Aqil tetap bersikap dingin terhadap Emelyn.Huzair pula masih mencuba untuk menawan hati Emelyn.Tercapaikah impian Emelyn untuk menjadi teman wania Aqil?
hehe, pinjam sinopsis belog orang lain... thanks kat belog ini dan belog itu
pasal ape atoo tertarik ngan citer ni?
  1. stylo rambut si nazim ni, hahha.. pelik, perangai yang suka buat ambil tak kisah, rajin baca buku..dalam diam still ambik tahu pasal emelyn kan kan... bukan sama perangai seung jo..
  2. watak comel emelyn, mcam oh ha ni bile bapak dia jugak seorang tukang masak..
  3. kegilaan emelyn men'follow' si aqil macam oh ha ni ngan seung jo... even si aqil tu tak layan langsung pade emelyn..
  4. watak huzair yg suke pada emelyn sama jugak macam joon go pada oh ha ni...
  5. watak mama aqil. sama dengan mama seung jo. yang paling atoo like-like. suke pada emelyn. take care gegile kat emelyn.. and suka 'match mate' kan aqil dan emelyn. 
  6. watak rina. suke pada akil. sama macam yoon he ra suke pade seung jo.
  7. tak lupe adik si aqil. watak versi perempuan yang perangai agak nakal sama macam baek eun jo..
yang paling penting, impian emelyn berjaya rasenye, sebab pade atoo, si aqil tu suke emelyn dalam diam.. hehhe..dan tak sabar nak tengok penghabis citer emeyln ni.. hehhe..

sekian perkongsian citer melayu plak...


1 comment:

Eyra Arezmie said...

Playfull kiss 2 mmg dah tngok bpe bulan yg lpas. Lw yg malay x tw r.