December 22, 2014
Rasa
pelik sebenarnya rasa ni.
rasa nak marah. tapi tak boleh.
sebab aku tak layak nak marah.
sebab lepas marah pasti sakit.
kita tak sama pentas.
dan takkan pernah sama.
aku bukan sombong.
banyak kali aku bagitahu.
aku sedar kaki sendiri.
mungkin aku terlebih sensitif.
gurau senda yang sangat biasa.
tapi menyakitkan hati
macam tu bergurau? bersenda?
takpa. dia orang kaya.
orang kaya mampu apa saja.
aku tahu.
December 10, 2014
It's important to remember to be thankful for the small things - Roomates2
#nowlistening: demons by imagine dragon
#mood: sabtuday yaww
sapa dah tengok roomates minggu lepas ep11? okay.. ini untuk yang follow Roomates dari season1 sampai season2. episode kali ni dorang invite Hong Suk Chun, the gay korean guy kata wikipedia. kalau tak silap atoo, Suk Chun ni pernah appear dalam #varietyshow Running Man. perwatakan lembut dan first guest artist yang tak suka Song JiHyo. hahaha. ggayish rupanya.
Apa yang buat atoo tertarik nak share kat dalam blog episode kali ni? jap. before tu. atoo summarize sikit episode kali ni.
episode ni roomates bergotong royong reramai buat tauhu or tofu. yang paling kelakar friends of Ryohei tu hadiah kan Rommates 80kilo beans fresh dari ladang. and sebab dorang setuju nak buat tofu dorang kena pick those 80kilo beans yang okay dan buang yang tak ok. dan alahai kesian kat mamat jepang Ryohei feeling offended pada semua roomates sebab beans kawan dia, semua berpeluh keringat nak buat tofu saje. hahaha.
So, si Seho called Suk Chun ajak mai ke Roomates because maybe boleh tolong sebab dia kan pandai masak. and he did come and stay for one night with the roomates. dan paling tak boleh blah bila Suk Chun tu datang, macam-macam hadiah dia bawakan pada Kang Joon sebab dia tengah minat drama si Kang Joon yang sedang airing katanya. hahaha. dah namenya tokey restaurant, dan malam tu dia masakan dinner for the roomates. and malam before sleep, they all had pajama party sambil layan LP o@ka piring hitam si Dongwook dengan Seho beli.
apa yang menarik dalam pajama party bila dorang semua adakan sesi talk about diri sendiri. kat bawah ni share dari fb sbsroomates.
credit to fb sbsroommates
bila kita semua rasa dorang semua untunglah. duduk korea. untunglah dapat macam-macam. tapi rupanya diri sendiri dorang sampai satu tahap feeling overwhelmed dengan kerja yang dorang ada sebenarnya. kita nampak dorang fun, pergi shooting drama ni, drama tu, balik rumah, sambung roomates shoot.. tapi sebenarnya dorang penat sebab orang sekeling expect something from them.
dan atoo paling tabik pada Guk Ju. sebab tak ramai orang secomel macam dia boleh berjaya sampai tahap ni dengan konfiden yang besar untuk appear depan camera dan bagai-bagai tu lah. atoo sendiri level konfiden tu kelaut sungguh.
dan Suk Chun nasihatkan kat dorang tu semua, "It's important to remember to be thankful for the small things...." buat atoo just thinking about diri atoo sendiri. bila kita teringin sangat untuk berada ditempat mereka, sampai kita lupa apa yang ada disekeliling kita. kita sepatutnya lebih bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang ni dan appreaciate it just having fun and enjoy doing what we are doing right now.
pada umur atoo yang dah dopulop an ni yang cuma masih tahu kumpul hutang belajo berkepok dan masih membebankan keluarga dan masih tak tahu penghujung hidup ni lagu mano. hahaha. tapi alhamdulilah, atoo masih lagi sihat segedek ini dan mampu habisi degree dan lagi seminggu je tinggal untuk praktikal kali ni. yes. lagi sikit je tinggal. dan atoo sendiri ada disekeliling dan perolehi sekarang appreciate it. and just having fun and enjoy the time that will make someday you will gonna miss the things so much.
pada umur atoo yang dah dopulop an ni yang cuma masih tahu kumpul hutang belajo berkepok dan masih membebankan keluarga dan masih tak tahu penghujung hidup ni lagu mano. hahaha. tapi alhamdulilah, atoo masih lagi sihat segedek ini dan mampu habisi degree dan lagi seminggu je tinggal untuk praktikal kali ni. yes. lagi sikit je tinggal. dan atoo sendiri ada disekeliling dan perolehi sekarang appreciate it. and just having fun and enjoy the time that will make someday you will gonna miss the things so much.
#yes. and i very miss miss miss my diploma time with the others unikopianz
xoxo =(
December 6, 2014
anak terkunci dalam kereta??
#mood: nak topup tidur
#nowlistening: senyum lagi by #markadam #qiera
assalamualaikum dan solamat sore masyarakat blogsepot
harini hajat dihati nak bebelog lepas balik kerja, tub-tub pi layan maharajalawak pulak dulu. niat hati dan pemikiran langsng tak seiring ni. niat memang macam-macam, tapi bila sampai masanya. dok perabis membuang masa online entah apa. bila kat ofis, cepatlah pukul honam, nak tidur. semalam tak cukup tidur. dah sampai rumah, melayan tenet plus tengok cerita koya. lastnya, tido 2 3 pagi jugak. dan macam semalam. hahaha. that's me!
sudah. panjang benaw intro hang! sebenarnya atoo nak share pasal case anak tertinggal dalam kereta bersama kunci kereta dan enjin kereta yang hidup. fuhh. panjangnya tajuk case ni. rasanya dah dua kali terjadi kat area tempat atoo praktikal. #seriustalk rasa terpanggil nak tulis pasal ni. dan pastinya ramai yang cakap semua ni salah kecuaian si ibu atau si bapa. yes! for me, yes it is!
kalau tak silap atoo, dah ada Akta Kanak-Kanak 2001 akan dikenakan kepada ibu bapa yang sangat "sibuk" ni. yang ini antara case 2013, kecuaian ibubapa yang paling besar impact nya pada dunia kita. macam-macam positif negatif cakap-cakap orang warga kita sebenarnya. pada atoo, semua yang terjadi ni ada sebabnya dan pengajarannya yang perlu kita ambil berat. perkataan terlupa, penyesalan, dah langsung tak guna lagi dah kalau semua ni terjadi pada diri sendiri. ya. memang ibu bapa takde niat, tapi kealpaan tu menjurus kearahnya. Al-fatihah untuk arwah. minta-minta kita semua dijaukanlah.
-gambar hiasan-
dan berbalik pada kes kat tempat atoo tu, anaknya yang berumur 2tahun kalau tak silap. ditinggalkan kejap je. si ibu nak bukak pintu drill ofice. cuma sekejap. then, balik ke kereta. tengok-tengok pintu dah terkatup sambil lock. kereta wira kali ni. sangat sekejap. dan sekejap tu jugaklah pintu terkunci sendiri. ramai jugak lalu lalang. datang cuba membantu. tapi tak semua kereta sama caranya kan. ada jugak yang datang menjenggah ambil berat katanya. tapi cuma mampu melihat. #tipikalmalaysian
dan disebabkan atoo rasa offended sangat tadi dan hanya mampu melihat tanpa membantu atoo share kan dengan korang hasil pencarian atoo. ni salah satu cara omputih barat sana bagi kita tips nak bukak lock kereta guna tali. talinya lebih kurang macam tali seluar track yang selalu ada kat pinggang tu. kalau tak pun terjadi pada kita, mungkin kita dapat membantu yang memerlukan kan.
cara kat atas ni, pintu kereta tu kena bukak sikit. dan yang kedua, bawah ni cara orang kita. dan tadi dorang guna cara ni. first, kopakan sikit getah hitam cermin tu. then, guna pembaris. tapi diingatkan tak semua kereta ya..
banyak lagi sebenarnya video cara dari omputih sana kongsikan. korang boleh klik How To Open DoorLock without a Key. hopefully tak dapat membantu, tapi dapat memberitahu kepada masyarakat kita pun jadilah. sebab memang kita semua sentiasa beringat, taknak berlaku. tapi yang nyata kecuaian dan boleh membahayakan datang tanpa diberitahu. jadi semua, sesama lah kita sediakan payung sebelum hujan lebih lebat lagi.
xoxo =D
selamat berweken semua!
December 3, 2014
mandi milo pergi balik kerja
solamat datang disember!
entri pertama atoo pada bulan disember? alhamdulilah. masih selamat dan diberi peluang untuk bernafas lagi hari ni. dah. yes!! yeyeyeah!! bila dah masuk bulan disember, that means lagi dalam 20hari je nak berkhidmat kat tempat praktikal atoo ni. lalalala. tiap-tiap hari yang mendatang 20hari ni, atoo nak berkhidmat serajin mungkin. bhahaha.
but. yang tak syok nye accident semalam. pagi tu as usual siap lengkap bertudung berbaju kurung ofis. duduk kat meja dapur. pagi tu mak buatkan lempeng, sebab nak dicicahkan dengan asampedas semalam. oklah. dah cantek tu. then, mak cakap, milo tu belom letak susu. ok. mak ambil susu, then put on the table. abah yang kat depan pulak tanya kenapa cover susu f&n tu lain dari yang selalu. atoo pun beriya angkat tin susu tu then terlanggar cawan milo then selamat milo tu tumpah satu baju kurung atoo. arghhh!!! petanda apakah ini.
mak komfim bising pokpekpokpek. atoo terus bangun. sengih kejap. terus masuk bilik salin baju. atoo masih dengar lagi lah mak punya pokpek kat abah. and sebab atoo dah lambat, dorang yang kemaskan perkecahan yang atoo mulakan.
itu tak habis lagi. balik ofis, the whole day kat ofis masih terasa atoo pakai perfume milo. hahaha. balik tu, cakap abah nak singgah pasar malam. teringin nak ayam goreng katanya. settle beli, sampai rumah atoo dalam keriangan lah hajat ayam goreng tercapai. bernyanyi lalalalalala dari pintu masuk rumah sampai meja makan dapur.
adik, aku beli ayam goreng.. lalalalaala (keriangan dapat ayam goreng)
tangan ni cepat je capai pinggan. cubit ayam. bukak tudung salji. then again. atoo tersendol milo. sekelip mata je bermandikan milo lagi. tempat yang sama. meja yang sama. air yang sama. tumpah yang sama. posisi tumpah yang sama. again. arghhh. mak atoo lagi la. asking, kenapa ni along? kalau sekali tu salah takpa. ini kalau kali kedua, bukan sengaja. atoo speechless. dalam hati sumpah seranah diri sendiri. dah nak mati kott.
hahaha. bila ingat balik. geram dengan diri sendiri. silly mistake dan rasa macam bodoh sangat. permulaan disember yang macam hampehkan.
tapi apa yang berlaku semua tu semestinya dengan kehendak dia. dan bermula dengan kesilapan manusiakan. hurm. manusia. manusia sendiri. tutup cerita mandi milo. hantar thesis 22hb. maka dengan itu minta-minta dipermudahkan segala urusan atoo. jumaat ni nak interview boss, then sabtu interview sv. aminnn.
xoxo =D
Subscribe to:
Posts (Atom)