February 28, 2011

kelemahan saye tak terkira...

assalamualaikum semua, selamat isnin.

hari isnin, hari permulaan bagi hari baru untuk setiap minggu. camner hari isnin korang? mesti perkataan m.a.l.a.s tu terkeluar jugak kat pale ni kan. hmm, kalau dulu time sekolah, atoo paling tak suke hari isnin. al-maklum, kena diri ber-jam untuk perhimpunan. sebab sekolah atoo dulu sek kampung. mane ade dewan berbumbung. pastu dengar cikgu A sampai cikgu Z berucap. itu belom lagi bab-bab membace laporan kelas, pelajar, libaray, tandas... erk??!?! adakah? ehehhe. >.<

credit to encik google

so, kali ni atoo nak shared cheritera tentang diri kita sendiri. mesti kita selalu cakap, okay ape. cukup perfect dah tu. dan sesetengah mesti pernah cakap, mane ade manusia yang sempurna kat dunia ni. no body perfect la der!! rasenye memang kitaran hidup manusia. pernah cube untuk menjadi sesempurna yang mungkin. dan jugak menjadi yang tidak pernah sempurna. intro yang melaut kejap. >.<

kelemahan dan kekuatan memang perfect couple. kekuatan atoo? rasenye semua boleh pikir bile tengok perangai atoo. lagi-labi body atoo yang chu** ni. ahaks!! tapi kelemahan? saye mane ade kelemahan. memang payah kan orang yang bernama manusia ni nak mengaku kelemahan diri sendiri. dan mungkin kita akan dic0ll, L.O.S.E.R bile orang lain dah tahu kelemahan kita. oh damn it!! kau tu lagi very very the loser, sebab kau sendiri tak tahu ape kelemahan diri kau! hahha

kenape tetibe ade topik ni? atoo cume terfikir jugak bile ade orang tanya kat atoo, awak rase ape kelemahan awak? okay, terdiam sekejap. speechles. kelemahan? payah kowt kita nak bagitahu kelemahan kita tanpe bersebab. segan. malu. macam-macam perasaan. tapi bile kita dah bagitahu, nak mengaku pade semua, omg! semua akan pandang senget kat kita. pandang menyampah. tak suke! totally tak suka. T_t

atoo rase, 3 bende kat bawah nilah yang buatkan atoo sungguh annoying pada korangkan?

1. atoo tak suke tengok kejayaan orang lain. -ini bukan maksud atoo suke tengok orang lain jatuh. suke dengki sampai membomoh orang. bukan! that not me! sekarang zaman dah modern ye pak cik dan mak cik. atoo cume geram dengan diri atoo, nape tak boleh dapat ape yang orang tu dapat. padahal, kita semua same je. itu aje.

2. atoo susah nak percayakan orang lain -yang ini dari dulu sampai sekarang. percaye ke tak percaye. walaupun atoo dah kenal lame, orang itu. still ade, boleh percaye ke dia ni? arghh, memang tak ke mane la kalau susah nak percaye kan orang lain kan. susah nak terime idea orang lain. susah jugak rupenya nak jadi manusia. arghhh!!!

3. susah nak mulakan communicate -ini memang the big weaknes atoo. tolong la bagi atoo tips camner nak atasi big problema atoo ni. susah nak bertegur sape. susah nak mulakan perbualan. dengan ayat simple, saye kurang peramah. sob... sob.. sob.. dan ramai mule menyampah dengan muke yang rasenye patut dibagi makan kaki. booo...booo... jom kita baling telur busuk ramai-ramai kat blog dia!!!

atoo nak gunakan kuase veto atoo sebagai tuan tanah, sile lah korang tekan X kat hujung atas tuh. sebab tempat korang bukan kat sini. coretan ini tak layak untuk dibace oleh awak. awak terlalu hebat.

dan ini pule di antare yang atoo sempat dengar dan ingat lagi, bile ditanye soalan yang same.
1. saye selalu pikir oarang lain kate ape kat saye.
2. saye seorang pendendam.
3. saya lemah bab speaking-menspeaking.
4. saye lemah bab-bab nak manghafal-hafal fakta.
5. saye memang tak berkawan dengan mereka yang "annoying"
6. saye seorang yang pemalu.
7. saye cepat lupe!
8. saye pemalu dengan perempuan.
9. saye seorang yang careless.
10. saye susah nak mengaku kesalahan yang saye dah buat.
11. saye seorang yang nerves.
12. saye ni lampi banyak. (lambat pikap)
13. saye seorang yang ter"over" bile buat sesuatu.

tahniah kat korang. sebab dapat sedar dan berani mengaku kelemahan diri kita masing-masing. tak salah kalau kita sedar dan tahu siape diri kita yang sebenar. korang mesti pernah dengar, sayanglah diri kita dulu sebelom kita sayang orang lain. erkk??!?! poyoz plus annoy gile budak ni! tapi atoo tetap nak korang terdetik kan dalam pale otak sekejap. jangan nanti dah kena pijak kepale baru nak menyesal. >.<

dan bile korang dah bace entry ni mesti korang, perh siot ar budak ni!! semua nak story dalam blog! bajet bagus plak derrr... gerr!!! membuke pekung di dada!

sebab tu lah, atoo selalu ingatkan diri atoo, judge diri sendiri dulu baru boleh judge orang lain. dan sebab tu lah blog ni dinamekan cheritera aq islam. hanya coretan biase yang sudah tertulis untuk kite. atoo minta mahaf kalau atoo terlebih suda dalam coretan kali ini. atoo minta maaf... t_T


dan logo ni atoo nak tepek kat sini. supaye dapat blog ni kuat berdiri walaupun ramai menyampah.
dan kepade kengkawan atoo, kite kena be strong, berconfident untuk orang lain nampak kita.

p/s: atoo cume nak shared, tidak sesekali nak membuke pekung di dada... t_T

Top 10 Blogger Bulan Mac !


saye nak join, saye nak join, saye nak join!!

hahhaa.. gile gebang tuan blog ni, walaupun dia sedar peluan adalah amat tipis.. hehhe >.<


nampak je perkataan sengal Zone, mesti korang dah dapat agak kan? 

ya, 100 markah untuk anda... iaitu segmen Top 10 Blogger Bulan Mac!

oleh blogger Sengal Zone... nak join, klik aje la kat logo tu.

tapi blogger ni nak tahu motto/ slogan/ tema dan juga hajat blog!

motto: senyumlah dengan senyuman. "senyumanlah dari hati, duniaku berseri..." pernah dengar tak? atoo pilih senyum. sebab senyum ni dapat mengubat hati. tenangkan hati. hilangkan stress kat pale ni yang ntah pape.

slogan: "tangan yang memberi bunga akan sentiase kekal mewangi" kenape? sebab atoo suke tolong orang. tapi orang itu sendiri yang selalu tak mahu ditolong. erkkk??! abaikan, sebab atoo nak sangat diri ini kekal mewangi tanpa minyak wangi... >.<

tema: sekadar coretan biase yang sudah tertulis untuk kite. kenape? sebab atoo rase ramai yang tak sedar akan ape yang berlaku di sekelilinginya itu sudah tertulis. kita hanya mampu merancang.

hajat: atoo nak blog atoo ni di bace bukan di perlekehkan. sebab ade mulut longkang yang cakap berblog ni macam membuke pekung didada. arghh! ini hanya cheritera yang atoo nak kongsikan bukan 

sekian untuk blogger Sengal Zone. >.<

February 27, 2011

roti telur sardin villa baiduri


asalamualaikum semua,

selamat malam cik bloggerr,,,

dush! dub! dab! ramai-ramai ketuk pale budak ni... 
dah lame sangat dy tak hupdate blog dy, memang nak kena.

makkkk, ampunkan atoo. bloggerrrr, atoo minta mahap. truely sorry.
lappy atoo buat hal. dulu batery, dan sekarang charger la plak.
sape- sape yang tahu kat maner nak cari charger murah tapi berkualiti..
arghh, low yatt je la kan tempatnya. damn it!! jaoh la.. :(

so, tutup cheritera cedih. nak cheritera aktiviti weken kami di villa baiduri.
bukan outdoor tapi indoor. dan kami maen masak-masak.
menu: roti telur sardin villa baiduri.
simple bin maple, goal kami.

meh, atoo cecite cikit bahan- bahannya adalah;
1. roti- bahan utama.
2. telur- bagi salut kat roti untuk lembut time nal gulung.
3. sardin- jadi inti roti telur gulung.
4. bawang plus ikan bilis- kasi sedap cikit sardin.
5. limau- nak kasi berbau harum plus masam-masam cikit.

cara- cara nak buatnya adalah:
mule-mule, kita masak sardin tu la. campur bawang, ikan bilis, sardin.
kedua, salut telur pade roti dan goreng.
ketige, masukkn cikit inti sardin tu dalam roti dan gulung.

dan hasilnya,,,, taaarrrraaaaa.....


dunia student memang makan beralaskan paper. pakai buang. >.<
rupe buruk, tapi sedap. sedap hingga menjilat jari, wa cakap kat lu!


yang ni, tinggal cikit. nak kasi tengok kat korang how the inti sardin look like?
omputih cikit. hehhe >.<


dan yang ini, tinggal cikit. sisa membe atoo yang sorang tu. siti bukan name sebenar. tinggal cikit je, dy dah stop. katenye takut membe roti yang lain tu keluar balik. errkk??!! tak faham? faham-faham kan jela.. >.<

okay itu aje menu minggu kali ini. motif tunjukkan roti gulung yang entah ape-ape ni? kami nak bagi tahu dunia, kalau kami bertige turun dapur. diulang!! t.u.r.u.n.d.a.p.u.r. walaupun masak sesimple maple.

p/s: next weken kita nak masak ape plak ye geng memasak atoo? menu baru?
sape-sape ade menu-menu best boleh share kat atoo. nanty atoo masak. 
ops! atoo and the geng memasak... heheh..>.<

February 25, 2011

beribadat atas katil?

assalamualaikum semua, selamat malam jumaat!!

T_t, rase macam dah lame bangat tak hupdate blog ni. hiyarrkkk!! gerr, ni semua gare-gare si celcom yang merajuk dengan atoo. maner taknya, time hujung bulan ni boleh plak nak mintak makan kenny rogers. memang tak kan dapat la kan? so, korang yang telah menjadi follower atoo, dan sudi menjengah cheritera aq islam, atoo hargai sangat-sangat. atoo minta mahaf sebab tak dapat bagi feedback buat mase ni. al-maklom kisah mengade-ngade celcom atoo ni plus atoo punye dashboard yang bearngonk tak habes! arghh!

jadi, berbalik pade topik atoo ni, mesti korang fikir lelain @ka kuning. ataupun tak faham macam atoo. beribadat? kan dekat mane-mane pon kita boleh beribadat asal niat tu ikhlas, kan? tapi kenape atas katil? erkk??!??!!

okay, meh atoo share cikit dari maner datangnya queation mengarut ni. tadi, waktu kelas ctu. ape tu? kelas agama kat kolej atoo. macam base poses pembelajarnnya. tengah-tengah tuh, ustaz tanye la kitorang. korang dapat pt(ptptn)? mara? erkk? dah pelik dah bile ustaz tnye pasal duet. ustaz nak ajak kami bersedekah. dia kate, bersedekah tu dapat pahala. betul tu. mane ade sedekah tak dapat pahala.

ustaz ajak kami bersedekah. setiap sorang sedekah rm100 dengan 16 student satu kelas= rm1600. cukup untuk belikan satu katil, hantar rumah dia. (hadiah maried dari student kesayangan). supaye boleh beribadat atas katil. seyesly atoo yang bengong ni tak faham. ye lah, ape kena-mengena yang kita orang belajar tu dengan belikan katil untuk beribadat? seratus sorang? erkk? memang tak faham. satu kelas gelak gedegang punyalah kuat.

dan bile ustaz sebut pasal banyakkan lah sedekah pade mereka yang nak dirikan masjid, nak ade anak... haa, barulah faham. lampi betol si atoo ni! hehhee >.< mendalam betul makne tu rupenye. ape lah ustaz ni. mintak katil kat kami. hahha. kat sini ade design katil yang atoo nak share. nak belikan? erkk? mungkin.. mungkinlah.. dalam mimpi je rasenyerrr... >.<


nak rase sembunyi-sembunyi, atau nak rase terbuai, boleh la pick design kat atas ni.. >.<


yang ni plak bagi yang nak melayar ke, yang sebalahnya, kalau nak merajok senang cikit nak belah katil tu...

yang kat bawah ni plak, design terbaik plus combine colour yang memang superb. kalaulah... jangan mimpi kalau tak mampu ye tuan blog! hehhe >.<






atoo plus gengbebudak kelas 3b, mungkin dapat senyum dan doakan dengan ikhlas, semoge marid ustaz berkekalan hingga ke akhir hayat. dapat anak then cucu then cicit. nak gerak kelate, ja0 sangat la ustaz nsem. hehhe... jadi hanya secebis doa tulus dari hati kami ni je yang mampu kami berikan.

p/s: bebudak 3b, dah study mgt belom? hmm, korang ade soaln bocor tak?
 share-share lah. tak baek kedekut ilmu. tuhan marah. hehhe >.<

February 23, 2011

berimaginasi ke berangan?

assalamualaikum semua.

hai. olla! camne dengan hari korang sumer? selase dah pergi. hari ni kite jumpe si rabu. rabu? kelas full. penoh. argghh! sile abaikan intro yang entah pape ni. so, korang pilih imaginasi ke berangan? bukan ke same je maksudnya. mane same. persoalan ni atoo terdetik kat bilik air tadi. pkul00.12. mandi memalam bute sape suruh. tengah-tengah mandi, boleh plak terimagine seorang perempuan rambut panjang dok tengok kite dari atas bilik air tuhh. perghh, meremang sekejap. tapi fikir balik ni berangan ke hape?

berangan tu kan termenung. termenung tu kan berangan. berkaitan.vtersenyum sorang-sorang. apehal plak mamat ni? imaginasi ni plak permainan otak terus ke mata. ko tengah termenung ape haa? erk??!!? hehhe. meh, atoo share about berangan. pernah tak korang dengar. wei! ko ni berangan je, (termenung...) gado ea. tak pun putus cintan la ni? tak pun, woi! makcik. tu diaaa.. berangan tak hingat dunia. (loghat utagha cikit..) >.<

berangan? atoo suke berangan dapat dean setiap sem, >tak dapat pown, sob.. sob.. atoo berangan ade nikon sebijik. >harammmm... atoo berangan ade honda jazz right now! >sape plak yang bengong yang nak kasi kat ko tu? atoo berangan nak ade 1juta dalam akaun. >kalau kena dengan usahe, dapat rasenya ni. dan yang palinh lame atoo berangan dan tak mungkin ade, seorang superman... yang...


boleh senyum sampai mate sepet macam ni kat atoo... >.<


pandai pujuk atoo macam moo-ryung ni...>.<


dan pandai menyanyi untuk atoo macam fTahir and bMars... love it!!

haaa, berangan memang semua boleh jadi. dan korang rase, misi pencarian superman atoo ni, menjadi ke melaut..?? buweekkk, geli. menyampah? sile tekan pangkah kat atas tu cep0t-cep0t. sebab kamu tak layak berade di sini. hahhha.

then, jom kita tengok cheritera imaginasi. hmm, atoo tempek pic ni, korang dapat tak?


kosong. dull. nothing. nampak bodoh sorang-sorang. itulah imaginasi atoo. setiap kali imaginasi atoo mesti kearah negative. dan kebarangkalian nak menjadi, melaut betul. lagi-lagi bila nampak bende yang tak sepatutnya nampak. apakah itu?  haishh! imaginasi korang camne? pernah gak nak cube bayangkan soalan test keluar apenya? hahha. impossible kan? lain la macam ape tuh, albert einstain? alexander graham bell? pakcik-pakcik atoo ni. imaginasi diorang menjadi. dan bile berimaginasi ni, atoo mesti nampak..


ape maksudnya? dari jaman kanak-kanak sampai dah segedek ini, tangan orang tua dan kanak-kanak yang tak pernah lepas. walaupon mereka gad0h besar, tangan ni tetap erat dipegangannya. pic laen, tak mau ka atoo show. sebab memang buruk. buruk lantak imaginasi atoo ni. dan kalau antare lelaki dan perempuan, rase-rase yang mane lebih gemor berimaginasi? 

kesimpulannya, atoo rase imagine dengan berangan ni tak banyak mane pon bezanya. sama jugak akar umbinya. hasil permainan otak yang boleh buat kita bahagia, tersenyum sendiri dan juga menanggis. dan berangan @ka berimaginasi ni bagus untuk otak. sebab ape? pade atoo, ia macam terapi untuk korang yang selalu tak dapat ape yang korang inginkan. dan orang kan selalu cakap, sesuatu kejayaan tu lahir dari satu angan-angan. tapi ingat ea, ini bukan angan-angan mat jenin yang entah pape tuh. 

dunia ni kan dah modern kowt, kita same-same boleh sedar berangan yang macam mane sepatutnya di imaginasikan ke dalam dunia ciptaan kita. cerite yang macammane yang kita plot sendiri, kita lakonkan sendiri dan di perlakonkan dengan sepatutnya oleh Dia yang maha mengetahui. -selamat berangan semua >.<

p/s: kadang-kadang, angan-angan yang tak pernah kita bayangkan itulah yang terjadi kat kita...

February 22, 2011

"Saya Join Bloglist Falia Shazana"

assalamualaikum semua, selamat pagi korang...

tak tidor lagi? atoo tengah wat assignment. then bosan, bukak blog >.<

dan atoo jumpe... belog Falia Shazana ni...

korang mesti kenal header blogger kat bawah ni kan...


dah lame dah usha nak join bloglist dia ni. cume tak beberape sempat la.

dan kali ni, dengan curik-curik mase yang ade. hehhee...

dan gambar yang sudah diadjust sizenya... nmpak macm buruk cikit.. 

sorry ye cik blogger... >.<

sebelom terlupe, korang yang sudi-mnyudikan diri untuk join. klik sini...

sekian untuk blogger falia shazana...

February 21, 2011

celcom saye merajuk, kawan saye pon ikut..

assalamualaikum semua, sob.. sob..

celcom atoo merajuk. sape boleh tolong? okay, okay. ape kaitan kawan atoo dengan celcom ni? >.< atoo nak mekacih bebanak kat korang yang bagi feedback kat blog yang terpinggir ni. terime kasih sesangat sudi jejalan kat blog cheritera aq islam. buat mase ni, atoo tak dapat nak berblogwalking kat blog korang. ini bukan alasan. tapi macam base, tengah bulan celcom merajuk. mintak nak makan kenny roggers pelbagai. demand betol. student punye... cehh) so, korang kat luar sane, jinakkanlah beruk-berukban korang. jangan nanti depa naik pale korang. >.<

so, ape kena kaitannya dengan kawan atoo ni? kawan. memang senang cari kawan. memang senang beli kawan. dan lagi senang nak sakitkan hati kawan. tapi susahkan nak jage hati kawan. atoo nak katekan, kalau kawan atoo yang sorang ni, dah bawak diri. mungkin dia rase kami tak layak berkawan dengannya. atau mungkin kita sememangnya bukan kawan tapi l****. atau dia rase bertiga tak sepatutnya berkawan.

terase? tak payah lah. atoo cume cakap ape yang berlaku kat sekeliling kita. kate kawan atoo, mungkin sekarang kita bahagia sebab dikelilingi kawan. tapi entah kejap lagi, atau esok, tulat, minggu depan, bulan depan semuanya ditarik. atoo memang bersyukur sanagt-sangat dengan apa yang atoo ade sekarang ni. mekasih bebanyak dekat korang yang sudi berkawan dengan atoo.

atoo nak mintak maaf sangat-sangat kat kengkawan atoo, mereka yang sudi membace coretan atoo ni. takut nanti mase yang diberikan kat atoo tak sempat. tak sempat nak minta maaf. maafkan atoo ye. atoo banyak sakitkan hati korang dengan sedar dan tanpa sedar. atoo bukan kawan yang baek. atoo minta maaf. 

dan bile korang ingat orang-orang yang berade dekat sekeliling korang, sayangilah dorang. tapi, sayangkan diri korang lebih. sebab sape lagi kan nak sayang kan kita kalau bukan diri kita sendiri. atoo cume nak hingatkan korang, mungkin semua orang boleh cakap. saya sayang awak. saya sayang kamu. tapi cube korang tanye si dia, awak sayang diri awak tak? erkkk??!??! korang mesti faham.

atoo cume nak kongsikan cheritera aq islam yang atoo nampak disekeliling atoo sendiri. >.<


kenape picture ni lagi? 
sebab kami bestie wat mase ni. so, sebagai penhargaan atoo nak tempel bebanyak 
gambar ni. supaye kenangan ni tak kan pernah hilang.

p/s: fazira thankz sebab bershared cerite tadi... 
kengkawan atoo yang lain, celcom saye ni merajuk. tak banyak boleh upload.. >.<

February 20, 2011

atoo nak tanye cikit... T_t

selamat petang semua, 

kompius tahap kritikal ni..

atoo nak tanye cikit... 

kenape kekadang kita punye dashboard jadi cam ni?


sedangkan atoo dah follow korang sumer, tub-tub hilang!!!

susah lagi nak tengok hupdate-hupdate korang...

sape boleh tolong jawab problema atoo ni...??

tolong ea korang...???

nak exchange link gune gambar?


assalamualaikum semua, selamat tengah hari...

dah makan belom ni semua? jom makan sat agi..

tapi sebelum tuh,


korang mesti kenal kan dengan blogger muez ni?

dia ade buat link exchange gune gambar...

dan gambar atoo, 


jom reramai-ramai join exchange limk. klik sini..

sekian untuk blogger muez.. >.<

"SPESIS LEBAH DI BLOG LEBAH"

assalamualaikum semua, selamat hari ahad.
korang bace tajuk post ni pon dah tawu kalau atoo join segmen blog iR.

segmen, spesis lebah di blog lebah..


atoo pilih lebah jenis apis dorsata.

sebab lebah jenis ni aje yang femes kat telinga atoo. bapa atoo selalu gak la cari madu jenis lebah ni. katenye berkhasiat. meh atoo cecite cikit pasal lebah jenis apis dorsata.

lebah ni lebah madu jenis A. lebah apis dorsata ni hidup di hutan lebat sebagai lebah madu liar dan pernah berhasil diternakkan. sarangnya terlatak dalam hutan. name femes lebah ni, lebah sialang atau tualang, lebah hutan, tawon gung atau tawon odeng. kalau kat indon, diorang penggil lebah jenis ni, lebah raksasa.

Jenis ini banyak terdapat di hutan-hutan tropika Malaysia & Indonesia, pengambilan madu biasanya dengan cara berburu kerana sukar diternak, lebah jenis ni jugak merupakan lebah yang produktif sebab boleh hasilkan madu dengan banyak. satu koloni sarang boleh menghasilkan madu 20-60kg/tahun. dan madunya lebih kuat daripada madu lebah biasa. senang citer, lebih berkesan kalau nak buat ubat.

khasiatnya mdu lebah tualang;
Madu tualang berpotensi ubati penyakit kanser - Madu lebah tualang yang banyak terdapat di kawasan hutan simpan negara ini berpotensi menjadi suplemen dalam terapi kanser terutama kanser payudara, kata Ketua Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) Kubang Kerian, Prof. Madya Dr. Nik Soriani Yaacob. 

katanya, kajian awal mendapati madu lebah dari pokok tualang yang tumbuh liar dalam hutan berpotensi menyekat penyuburan sel-sel kanser, di samping membunuh sel-sel berbahaya itu daripada merebak. 

pengamalan madu lebah asli yang berterusan dapat mencegah penyakit kepada pengamal madu lebah asli. dengan izin ALLAH di antara penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan pengambilan madu lebah asli adalah: 
  1. asma
  2. resdung
  3. alahan
  4. jerawat
  5. sakit kepale
  6. batuk
  7. sukar tidur
  8. lancarkan perjalanan darah
  9. lancarkan sistem percernaan
  10. dan awet mude!!


credit to: taufan galaxy
picture kat atas ni, show lebah tualang dengan sarangnya yang masih baru.

nak tahu lebih lanjut tentang: Spesies Lebah

eh, kejap. kalau korang nak join segmen ni, just klik sini... 

sekian untuk blogger iR... >,<

SAYA SEORANG BLOGGER YANG AKTIF !

assalamualaikum semua, selamat pagi...


nampak je header ni mesti korang dah tawu la kan.

so, apelagi... jom kita join reramai-ramai. just klik sini

sekian untuk blogger ben >.<

February 19, 2011

saye bukan sombong..

assalamualaikum semua, selamat  malam minggu.

tadi baru je lepas mam dengan roomates, idayu. thankz sudi follow atoo yeah! dan malam ni atoo nak share cheritera pasal, saye bukan sombong tapi saye cume segan.


mungkin kat luar sane, perasan kalau korang terserempak ngan someone yang korang kenal tapi nak pandang muke punye lah kedekut. siap tunduk semacam. panggil pon nak tak nak je toleh. kan kan? korang pernah tak hadapi situasi cam ni? ataupun korang yang berperangai camni? jujurnya, atoo kekadang camni. al-maklum pemalu sesangat.

dalam kalau kita tengok dalam satu lagi situasi, perempuan. kalau depa dok ramai-ramai. mesti hu ha hu ha bunyinya. tapi bile berdua, senyap. lagi-lagi bile lalu depan ramai lelaki. pemalu. tunduk kasi straight je jalan. tapi orang lelaki ni plak dok pikir, wei, hang tengok awek tuh. bajet hot la. porahhh!! tapi bile si awek-aweks ni dok say "hai", perempuan lain dok cakap plak dah, kau tengok minah tu. mengedik seyhhh...

dalam situasi ketige, lelaki plak. kalau dia ni sorang, okaylah at least berdua. lalu depan gegurl. siap kena usha, dowang just smile and terus jalan. gentlemen, betul tak? tapi kalau mamat yang pemalu, dia mesti bajet tengok telefon ade mesej or owang c0ll konon. nak cover malu dya. kan kan?

yang kat atas tu just situasi yang atoo nampak kat tempat atoo. dan atoo rase kebanyakkan perempuan ngan lelaki ni, tak banyak maner bezanya. bile dia sorang-sorang pasti dia akan control nsem, bile gegurl, dia pasti control ayu. dan bile deme ramai, bergeng-geng. haa, time tuh nak dok hu ha hu ha! bajet the cool geng la katekan. cool ke memekak? >.<


dan pade kengkawan dan blogger yang kenal atoo, jangan lah terlalu senang sangat nak judge atoo. atoo ni susah sikit lorh nak bagi senyum pade certain-certain orang. kalau dah rapat tu memang no hal la kan. dan kalau korang senyum, pasti atoo reply punye. donworry. sebab tu atoo suke tengok orang senyum. tak kira lelaki ke perempuan. sebab bile dorang senyum, atoo rase happy. terapi jugak lah untuk hilangkan stress. marah-marah... erk??!? betol what?

motif gambar kat atas ni? hehhhe.. i like he smile... lalalala...


he like, my smile... buweeekkk!!! 
abaikan boot chu kang tuh, >.< just nak show my smile...
payah taw nak buat smile macam abang-abang atoo kat atas tuhh..
then, kalau jumpe smile camni, jom kite ber"reply" smile... 

sekian, untuk merapu malam ni... >.<

"ceq nak join bloglist tomatokering"

selamat petang, korang... sekali lagi.. >.<

kali ni plak bloglist tomato kering...


koment atoo? 
simple, okay, tak lame loading, dan chomeylL punye backgroundkartun tuh. entri senang nak bace plus widget tak melalut, okaylah kan.. rasenya itu aje, sbab atoo pon blogger baru, tak mau lorh koment bajet bagus.. hehhhe >.<

eh, jap! lupe plak. kalau korang nak join, klik sini..

sekian, untuk blogger tomato kering!!!

AKU NAK MASUK BLOGLIST ATOK!

selamat petang semua, 
opss, assalamualaikum semua..
hari ni entry untuk join bloslist aje. hehhe..


kali ni plak bloglist daripada blogger peTUA KITA semua,
syarat nya pon tak banyak.
nak join, klik sini.

sekian untuk blogger atuk... >.<

Sengal Zone : Saya Dah Buat Ayat !

selamat pagi... hehhe.. tak tido lagi rupenye burung hantu ni... >.<
assalamualaikum korang...


kali ni, atoo nak join segmen blogger Sengal Zone. tapi sebelum tuh, atoo nak thankz bebanyak kat blogger Sengal Zone, sebab bagi blog Cheritera aQ isLam ni number1 dalam segmen vip week8. baru perasan tadi. hhehhhe. walaupun week yang ke-8, macehh bebanyak. >.< so, kali ni dalam segmen "saya dah buat ayat".

ayat yang atoo dah bina,
Saya tinggal kat malaysia untuk menjadi seorang blogger yang berjiwa perempuan sejati.

ataupun yang kedua ni; 
kawan saya kata, untuk jadi blogger yang berjiwa malaysia kenalah pandai mencari kawan sejati.

macam ni ker? rasenya lahh.. nak join?
jom terjah kat cini.. Sengal Zone

sekian untuk tuan blogger >.<

"SAYA JOIN BLOGLIST YUYU ZULAIKHA"

selamat pagi semua, oppps!!
assalamualaikum korang....
pepagi ni, dok jadi burung jadi hantu sekejap hea...


korang tahu kan kat atas ni header sape? cik yuyu kita tuh..
dia buat bloglist jugak. so, ape lagi join-join. jangan tak noin >.<

eh, tapi sempat lagi ke ni? macam dah ramai je yang join? 
( sempat-sempat, flight delay lorhhh.... >.< )

cerite cikit pasal belog cik yuyu?
bismillahirahmannirahim... nice, cantik dan chomeyl macm cik yuyu. loading pon tak lame. tak serabut. dan yang penting mesti nak bace sampai habis.. owh, tak lupe gak, atoo suke belog cik yuyu ni lagi-lagi picture memek muke dy yang chomeylL plus shawl yang match sesangat ngan muke dy tuh. (betol2 ini bukn kospirasi... tak tipu...) ini bukan nak puji, tapi atoo mmg sukelah tengok. 

eh, jap-jap, korang yang nak join tu boleh lah join. di alu-alukan sangat... >.<

kilk sini... cik yuyu zulaikha

sekian untuk blogger si comel loteh.... >.<

February 18, 2011

" Header PERCUMA oleh SyedGraphiX "

selamat petang semua, 
entry kali ni, pasal barang percume... P.E.R.C.U.M.A.
sape yang tak nak rebutkan... >.<




Header yang atoo nak? 

mungkin hitam atau putih, sebb boleh masuk ngan ape-ape tema kan? tapi kalau boleh atoo nak header yang 3D, yang ade tulisan plus cartoon comeylL sedang berblog. boleh tak? font tulisan tak kisah asal match la ngan 3D tu. background? mungkin transparent rasenya. sebab blog atoo ni belum pernah ade lagi header transparent. simple je, tapi cun. hehhe, tak mau la deman sangat. al-maklum barang percume... >.<

eh, jap. jap.
sape-sape nak join, klik je kat sini..

sekian untuk blogger SyedGraphix.. 

JOM SERTAI BLOGLIST IR @ BLOG LEBAH

assalamualaikum semua,
salam jumaat untuk hari ini. camner ngan hari korang?
hangat ke tak? >hotfm sekejap<...


nampak kan banner kat atas ni, atoo nak join bloglist blog lebah..
jom la ramai-ramai join, kasi fenin same blogger iR tu, >.<
nak join? klik kat sini... blogger lebah..

review atoo tentang blog lebah ni?
of cos header blog yg cukup simple dsamping lebah jinak yang terbang tak gerak-gerak. widget takde melalut. warne ringan je nak bace. kalau dah bace mesti nak bace sampai habis. dan yang paling okay blogger ni selalu kasi peluang kat blogger baru.. >.< thankz bebanyak yeah!!

sekian untuk blogger lebah...

February 17, 2011

boleh tak saye nak berfikir macam lelaki?

assalamualaikum korang, 

whoaa!! nak menjerit... boleh tak? jerit happt ke gumbire? eh tapi, nak gelak dulu.. hheehe...nak tahu ape yang atoo gembira sangat bile dapat bukak blog..  bile tengok shoutmix, cik sab dan ddfabulos komen kat situ.. hahha, gile gebang budak ni. duli lah. teruje cikit bile blogger femes jejalan jugak kat blog saye. miahaha...

okay2.. kali ni, atoo nak shared tentang satu questionaire yang melekat kat kepale otak atoo ni. sejak dua-menjak ni, makin kuat pulak persoalan tu berlari-lari kat atas kepale ni. nak tahu soalannya...

"kenape perempuan ni komplikated sangat? kenape perempuan ni fikiran diorang tak macam lelaki? kalau lelaki kan senang. hamik mudah je. tak payah pikir panjang..."

mane persoalannya? boleh tak saye nak berfikir care lelaki berfikir? wei, dah buang tebiat ke kamu ni, atoo. nak kena penampor satu? tak bersyukur? tarik balik ape yang kamu cakap tuh. semua yang sedang membace ni boleh sekarang maki hamun atoo, penampor, sepak, pijak, ape-ape je lah. atoo dah tak kisah. ye, atoo je yang salah.  T_t

credit to google

okay-okay. dah-dah la tuh. naek penyek dak si atoo tu kamu kerjakan. hehhe. takpe. atoo tak kisah. kalau itu yang atoo patut dapat atas ape yang atoo dah buat. cehh...

okay-okay, maksud atoo kat cini bukan tidak bersyukur. atoo bersyukur sangat dengan ape yang atoo ade sekarang ni. tak pernah sesekali atoo menyesal. kat cini atoo cume nak tahu kenape owang perempuan ni komplikated sangat? kamu tu bukan perempuan ke? ye. yes. of cos. im truely perempuan okay. straight. tapi pemikiran atoo ni. pemikiran orang perempuan. boleh tak, nak sesekali tu nak macam pemikiran bebudak lelaki ni. amik tak endah je. amik tak tahu. what do know sudeh. kan senang.

boleh tak korang yang lelaki yang kat luar sana tu ajar atoo care nak berfikir macam korang? take easy saje. tak payah nak kisah walaupun fail quiz ke fail test. tak payah nak hamik kisah walaupun selalu di "emmbek", kena marah, kena reject. tak malu nak buat lawak bebodoh. bak kate orang, selambe dia jer... tapi bile result keluar, fuhh. superb!!  boleh tak? bagi lah tips...

tapi jawapannya tentu tak boleh kan? whoaa... whoa... whoaa.. semua ni mesti dah tertulis. dah nyata bin jelas kenape perempuan ni berfikir macam ni, kenape lelaki tu berfikir macam tuh? sudah la makcik! tutup cerite ni sekarang. fullstop! okay. sampai cini dulu soalan merapu yang bermaen kat kepale atoo ni. kalau korang rase atoo ni entah pape lah dia punya entry. atoo just nak shared ape yang atoo terfikir, fikir, fikir tanpe ade kesudahannya. tergantung. dan biarlah. life must go on kan. cheer je la...


motif letak gambar ni? atoo nak show off yang kami ni chomeylL >.<
dan kami bestbestie forever. selame-lamenya ea zulaikha... hehhhe

p/s: esok ade test math, pe lagi study ye kengkawan....>.<

February 15, 2011

"atok nenek corp" kami punya...

assalamualaikum semua,

hah! wat ape tuh? tak mau nakal-nakal. dah lunch belom? sape belom lunch, meh jumpe atoo. atoo kasi balenje gune duet sendiri. hehhe. so, hari ni cuti korang ke mane? pergi gathering SB kat shah alam tuh? sob..sob..sob.. jauh la.. plus takde transport.. plus malu >.< takpe-takpe. ade mase nanti atoo nak join gak gathering yang lain plak. wink wink wink.

dan kali ni, atoo nak share cheritera aq islam pade weken lepas. kalau pade student UiTM, bekas-bekas student seangkatan dengannya, korang mesti pernah dengar pasal LdK ataupun name femes dy insaniah. orang kate LdK tu, Latihan Dalam Kumpulan. LdK ni kena setiap sem. so, kalau ter"miss" kena lah extend sem7. fuhh, parah jugak la tuh kan. dan weken hari tuh, selame sabtu dan ahad atoo kena join dengan ikhlasnya.

hari sabtu, cam base kena besarkan telinga. hehhe. dengar sedikit ceramah. untuk sem3, ceramah nya tentang kepimpinan. ketua, leader dan so on lah. then, diakhiri ngan game. macam ceramah-ceramah yang lain la kan. antare gamenya, kami diberi polieterin. kena buat satu object, then sambungkan dengan peniti. imagine that. dan hasil imaginasi kami, nak wish dato' unikop, nak wat lapangan terbang plus kapal terbangnya kat unikop. boleh tak dato'? hehhe.. >.<


dan inilah design dari kami, kumpulan5... hehhe.. boleh tak dato' kami nak 
satu transport camni nak ke kolej...?


ceo kami yang berhempas pulas menyiapkan design transport baru ke kolej... >.< 
dan atoo? fokuss seyhh.. hehhe..

hari kedua, latihan dalam kumpulan. dan disebabkan cume mesti ade 4kumpulan,
 jadi kami dicantumkan ke kumpulan1 dibilik15. ermm, okayla, sebab ramai budak 
bM111 lagi. setengah hari je, jadi tak banyak sangatlah xtvtnya.

 kami diretakkan lagi dalam 5orang satu kumpulan. dan diberi tugasan how nak buat minute meeting. handle meeting dan so on lah. dan project terbesar, kami kena buat satu design weeding dress. mule-mule pikir senang je la. tub-tub, kena wat dress tu gune newspaper plus limited seletep. so, inilah hasilnya. thankz bebanyak kat leader plus ceo yang sanggup jadi model tak berbayar kami. weweee...>.<

"hari ni saya nampak cantik..."
"baru kami tahu ceo kami ni cantik... erkk???!?!?!"

"team atok nenek corperation"
thankz bebanyak sebab korang bagi compliment yang baik untuk team kita.
zul, fit, rob, ain, atoo dan syahira...>.<
dan nak bagitahu jugak, kump kami menang. markah tertinggi, 
dan weeding dress paling kukuh!! 

dan untuk miss irma hapiz, thankz bebanyak bagi banyak info pasal meeting.
thankz bebanyak bagi kami gelak gile-giler kat bilik15 tuh...>.<
walaupun si fit ni ditarik dari kump kami untok jadi juri.. kami tetap juareee!!!


dan inilah muke-muke bebudak yang ceria dapat habiskan Ldk dengan jayanyee...

 kumpulan1 sem3 kali memang superb la korang...
dan kali ni punye LdK, sedikit bosan tapi tetap fun gileerr... errk??!!
cam ne tuh? hehhe... "lu fikir lah sendiri..." >.<

sekian,

p/s: esok ade test math. bebudak 3b, korang dah study belom??

disebalik maulidur rasul...

assalamualaikum semua, selamat pagiii... 
jadi sempena maulidur rasul esok, atoo sempatkan diri ni jugak nak tulis cikit entry tentang maulidur rasul. dulu time kecik-kecik kat sekolah mesti punyalah sambut. ade berarak satu sekolah. ade dengar ceramah, kisah-kisah para nabi. plus makan dengan kengkawan, enam orang satu dulang. ingat lagi tak? kenangan tu, memang manis bile di hingat balek kan?

dan kat cini, atoo ade cikit cheritera disebalik maulidur rasul.
  • Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad.
  • Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571.
  • Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. -sumber wikipedia
  • Siti Aminah binti Wahab adalah bonda Nabi yang suci.Saat itu ialah malam isnin, dengan kehendak Allah yang telah mengatur segala peristiwa lahirlah seorang bayi lelaki yang amat elok rupanya dan sihat badannya. Siti Syifa' selaku bidan terus menyambut bayi yang comel dan sihat itu lalu di bersihkan badan Nabi dengan membasuhnya dengan air. kemudian dibalutnya dengan kain putih yang bersih.
  • Pada saat nabi di lahirkan itu banyak terjadi perkara perkara yang tidak pernah di duga oleh akal manusia.
  • Peristiwa yang aneh dan pelik ini dapat di saksikan oleh ibu Abdul Rahman bin Auf. Nabi Muhammad Ketika di ahirkan tidak menanggis seperti anak anak yang lain dan tidak pernah terjadi di dalam peradaban manusia. Tapi baginda cuma bersin dan inilah yang hairannya.
  • Suasana di rumah Abdul mutalib ketika siti Aminah mahu melahirkan anak sulungnya itu hanya di terangi oleh cahaya pelita atau damar sahaja. Tetapi sebaik saja Nabi di lahirkan tiba tiba rumah menjadi terang benderang seperti di suluh oleh lampu elektrik yang dapat kita lihat pada zaman sekarang.
  • Di luar rumah Abdulah pula, berhala yang berdiri megah di sekeliling ka'abah semua tumbang seperti di tolak oleh satu tenaga yang kuat dari arah ka'abah.
  • peristiwa anih dan luar biasa berlaku di tempat yang jauh pulak ialah api di farsi yang menjadi pujaan rakyat farsi yang beragam Majusi yang sejak di nyalakan tidak pernah padam itu tiba tiba api itu padam dan istana Maharaja Farsi, Kisra pula bergoncang.
  • Manakala di atas langit pula, para malaikat sibuk bercakap tentang kelahiran insan agong yang akan membawa obor menerangi seluruh umat manusia yang sedang bergelombang hidup dalam kesesatan.
  • Setiap tahun pada hari itu, umat islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya.
  • Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Alhamdulilah pagi ini atoo dapat share kat korang tentang kisah keajaiban yang berlaku pada kelahiran Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. dan bagi kat cini jugak atoo nak ucapkan salam maulidur rasul kepade semua umat islam. same-samelah kita memperingati hari mulia ini dengan selawat dan salam keatas baginda.


p/s: salam maulidur rasul untuk semua student unikop dari blogger aq islam.. >.<

February 13, 2011

Sengal Zone : Saya Sengal Zone VIP !

selamat malam semua....

korang kenal kan dengan blogger sengal zon tu? tak kenal? 

apaaa? dush dush dush!!! rasekan... >.<

kiding ye.. blogger tu buat slot para-para VIP... 

jom reramai join...

nah klik link ni... Sengal Zone


kena jawap dua soalan..

1. kenape anda patut jadi VIP? 
saye patut jadu VIP di Sengal Zone sebab saye memang the Very Important Person dalam blog Sengal Zone... hehhe..>.<

2. Ucapan pade Sengal Zone?
semoge panjang umor.. murah rezeki.. dipercepatkan jodoh.. hehhe..
seyeslahh! salam kenal-kenal.. semoge dunia blogger terus meriah dan gempark!!! dengan adenye blogger Sengal Zone dan Cheritera Aq Islam... >.<

sekian untuk blogger Sengal Zone

say no to valentime...

assalamualaikum semua,

hehhe.. selamat ahad semua. selamat sore ye bapak-bapak, mak-cik, mak-cik. dah lame tak hupdate ni, windu giler. weken ni memang bz. bz ngan LdK. ape tuh? yang atoo tahu, Ldk ni, macam kursus pendek. kat kolel atoo ni panggil insaniah. ala-ala macam kat UiTM tuh. al-maklom untuk korang sumer, kolej atoo ni kolej under UiTm. so, aktiviti tu pon same je macam kat Uitm ye. hehhhe. nanti atoo story cheritera Ldk ni..


tapi sekarang ni, atoo nak jugak la buat entry balen tyme. chop! balen time tuh ape? hahh? valentime lorhh. hari kekasih. kekasih? nak wat ape sambut kekasih? belum pon jadi lagi. laen le suami ke, isteri ke, makbapak ke, anak ke, kawan ke, lecturer ke, and so on je la. ini kekasih? macam la banyak sangat dy berkorban untuk kita. ehh, kite berkorban untuk dia..

"ehh, atoo! ko maner tawu. ko maner pernah berkapel. ko maner ade pengalaman. cakap aje pandai. cehh."

sob..sob..sob.. ye, memang atoo takde pengalaman. tapi ini sekadar kate-kate hati atoo. atoo tulis ape yang atoo dengar. ape yang atoo bace. atoo tulis ape yang atoo lihat dengan mate kepale sendiri.

"maner sape dengan ape yang kita rase..."

rase? weh, banyak sogeh la kamu ni. atoo nak cakap leklok, kamu nampak tak pangkah kat atas tu. sile-sile lah tekan dan berambus dari blog cheritera ni. tak puas hati? lorh, ngadu le kat abang cayang kamu tuh.. hahha...>.< opss! terlebih sudah...

jap, jap.. cube tengok ape yang atoo dah jumpa dalam search atoo kali ni...

KUALA LUMPUR 11 Feb. - Umat Islam yang meraikan Hari Memperingati Kekasih pada 14 Februari boleh dianggap murtad atau terkeluar daripada Islam jika cara melakukannya mirip dengan agama asal perayaan itu, Kristian.


ada lagi:



Mengikut sejarah mitos, sambutan berkenaan diasaskan oleh masyarakat Rom yang beragama Kristian sebagai memperingati peristiwa seorang paderi yang dihukum bunuh oleh pemerintah Rom, Claudius II.


Saint Valentine dihukum bunuh kerana mengahwinkan salah seorang askar secara rahsia sedangkan undang-undang Rom ketika itu menghalang golongan muda berkahwin atau berkeluarga sebaliknya dikerah untuk menjadi tentera.


Hari ini budaya Valentine menganjurkan orang ramai menghantar kad ucapan Valentine kepada buah hati mereka, teman karib dan orang-orang yang mereka sayangi sebagai simbolik dalam menyatakan cinta terhadap mereka.


Pada zaman pertengahan, masyarakat England dan Perancis menganggap 14 Februari sebagai `hari burung-burung mencari pasangan mereka.'


Pada kurun ke-14 dan ke-15 mereka mula meniru perbuatan burung tersebut dengan mengadakan hari mencari pasangan atau jodoh pada tarikh tersebut.


Masing-masing akan mengucapkan `Selamat Hari Valentine' sesama pasangan mereka.


nak tawu lebih lanjut, klik link utusan online


hahhh, sekarang atoo dah tawu, lagi tawu, dan dah lama tawu kalau hari kekasih yang korang dok sebut-sebutankan tu tak elok. then, ape lagi? jap, cube korang pikir sekejap nape korang sambut? fikir dalam-dalam.


dan kat sini atoo nak sambut seruan i luv islam. say NO, to valentime's day

NO NO NO NO NO NO NO NO NO NO NO NO NO NOOOoooooo.....


credit to google


 tapi kali ni atoo nak sambot gak valentime. tapi valentime dengan semua follower atoo. boleh tak? hehhhe..


Selamat  balen_tyme to all atoo followerss.. 
atoo sayang korang ketat-ketat...
dan satu love from my deep heart.. >.<


dan picture kat bawah ni, blogger baru. 
atoo punya roomates. leya namenyerr..


dy newbies lagi... Miez Leya
atoo ucapkan selamat menjadi blogger...
dan satu ke atoo nak cakap, tak rugi jadi blogger..


dear Miez Leya, jangan marah ea... senyummm.....
tak perlu kata apa-apa.. senyummm...

p/s: esok dah jumpe senin, so berbalik pade hari kelas-kelas seperti base.
nape kejap sangat sabtu dan ahad ni pergi....???

RAKYAT JELATA