August 18, 2015

peperiksaan online SPA JOHOR

#nowlistening: tak habis flashlight
#mood: feling karok

salam kemasyarakatan geng!

sape amik exam online spaj semalam? bagi sesapa yang first time (macam atoo) memang teruja kaw kaw. rasa gumbira benyanyi riang kononnya dapat position tu. posibility tu ada la dalam 0.000000001 percent. eh, apa nak baca ni? scope soklan camne pulak? sekali soalan dia, hamik kaw! memang tak bagi orang lulus ke hape? hahaha. 


sapa yang tak pernah alami, meh atoo share sikit apa yang atoo sempat study dalam masa sehari. sebenarnya dorang bagi mesej awal dah. tapi atas dasar takot lupa (almaklom otak dah kelaut) atoo prepared a day before je la. hahaha. jadahnya. jawab main tembak je la kan. first of all, korang akan dapat mesej dari pihak spa mengatakan korang akan ambil exam online dan perlu rujuk email untuk maklumat lebih details.


alahai soalan.. terngiang ngiang ni lagi soklan yang atoo tak dapat jawab tu. macam kat atas tu,nanti ade tiga seksen. tapi masanya tu. adoi memang taksempat. pada atoo la average masa untuk jawab satu soklan tu macam kuiz kot. baca, jawab. baca, jawab. kalau nak berfikir tu memang takdan sempat la. rase neves macam pemeriksa ada kat sebelah taw, padahal dah readi wikipedia johor. haha.


untuk seksyen A, pengetahuan AM ye. tapi more 80% on sejarah la pada atoo. portugis, melaka, kempen, lima bugis bersaudara tu semua keluar kot. yang AM nye bila pasal Johor la. keluasan daerah paling besar ape? majlis perbandaran apa? bekas-bekas menteri johor? maharani ape? apa nama kempen mb khaled nordin? kampung ke bandar? nama asal joho? bendera, jata, kira overall pasal johor memang kaw-kaw kena study. 


nape tak bukak gugle? hahaha. kelebihan exam online ni bole bukak tab banyak-banyak.copy soalan, klik gogle search kan? tapi memang kelaut tak sempat weyh. nak jawab 50 sokalan dalam masa 40min tu. kalau kena time server error tu memang menangis tak berlagu. rata-rata atoo bace kat fb spaj, mase ade lagi tapi dah tamat. ada tu, yang dah jawab tapi belom jawab. pastikan la data intenet ke wifi korang laju bak ferari shumaker kalau nak bukak tab bebanyak. 


untuk seksyen B. matematik je lahai. ya ampun, menyumpah je atoo time jawab soklan. atoo ni memang kaki metematik. tapi soklan depa ni bole dikategorikan luar kotak matematik. hahaha. dah lah 50 soalan, nak jawab dalam mase 40min. nak baca soalan, berfikir, kira tolak tambah, tekan-tekan kalkulator, tub tub jawapan takde. memang atoo tengok jawapan palin dekat je la. #tippilihjawapan dah macam lipas kudung. 


antara jenis soalan yang atoo ingat. ada la pasal masa. 12 pasang baju siap dalam masa 3hari 43 min. kira setiap pasang bapa jam. ada jugak pasal guli merah, biru, hijau kuning. ali bagi ahmad, abu bagi choong, sapa paling banyak. yang soklan sapa paling tinggi. aminah lagi tinggi siti. siti rendah mira, ira lagi tinggi aminah. sape paling rendah. soalan ni ada banyak jugak la. pecahan, kuasa kuasa, liter ke ml, kg ke gram, kira luas petak, kira basic math tu korang kena cari gali balik dalam otak tu.


jap. soalan annoying tak lupa seyh. soalan yang camni. A:B = 3:6, kalau A+B = 81, berapa A? ada tu main abc pulak, S,N,x,G,E. cari x? sekali trick addmath dia bagi. memang korang kena berfikir luar bulatan bukan kotak lagi eh. bagi yang kaki addmath tu sekali seminit je jawab soalan ni kan. huntunglahh...yang macam atoo ni #pasrahitumenyeghoh


untuk seksyen C ni kira satu satunye, bace soalan terus jawap tanpa menoleh belakang. seksyen ni kira macam related dengan sikap positif korang terhadap sekeliling, tempat kerja, alam sekitar, manusia sesama manusia semua tu lah. ada 200 soalan jawab dalam mase 30min. rasa berlumba dengan mouse pun ada tahu tak. time ni, jujur je la jawab. taksempat otak nak fikir banyak. mase tu macam ombak tsunami lajunya.


tu dia pengalaman pertama atoo amik exam spaj ni. dapat ke tak ke itu nombor dua. yang penting dah lepas. hahaha. antara tip yang atoo bace dan boleh digunakan pakai..
  • be prepare. study la sejaoh mane yang mampu.
  • check email. kalau boleh 30min sebelum exam dah login.
  • dah standby kalkulator, kertas, pen, data yang banyak.
  • sentiasa update dengan fb spaj.. maybe ade tip dari senior.
  • nak tip lain, bole dapatkan ebook tip kerja kerajaan ke kat sini

hurm, panjang sangat rasanya cerita kali ni. nampak sangat rasa tak puashati takdapat jawab tu banyak kan. hahaha. sapa suh tak study kaw-kaw. studi gitu gitu, jawab gegitu la kan. takpalah. dengar kata, esok keluar result. doakan atoo lepas untuk ke next stage pulak. exam online ni baru je first stage. banyak lagi stage sebenarnya. doakan atoo ye. dan mereka yang lepas stage pertama tu, tahniahh!!


xoxo =)
coretan by atoo.

August 12, 2015

jangan lupa tengok handphone anak-anak memasing!

#mood: merepot
#nowlistening: flashlight by Jessie

sejak merepot kat rumah ni, kerja atoo tak lain tak bukan dokk mengasah menajamkan bakat bakat perempuan melayu terakhir sekarang ni. dan part time, bukak facebook, twitter, blog, berangan kejap, selang seli tido.. complete packaj merepot bak hang. hahaha


dan terjumpa satu video ni kat facebook. prank by @cobypersin. atoo rase ni la the first prank video yang paling meruntun hati atoo. sebak jugak as mak bapak bila dapat tahu anak yang menjadi kepercayaan tapi belakang pijak semut tak mati. minta dijauhkan dari keturunan atoo.


dan untuk ibubapa diluar sane, dont ever trust yor son ke daughter ke seratus peratus. bukan ape, sebab sekarang ni bukan zaman kita dulu. dari kes budak laki bawak vape ke sekolah tu, camne dorang bole beli vape? dan kes budak pempuan 11tahun mengandung tu? camne bole mengandung dan taktahu mengandung? atoo just kennot imagine perasaan mak abah hancurrr...


p/s: dan sebelom terlambat, jangn lupa check telefon anak memasin dulu sebelom tido tu

xoxo =)

August 10, 2015

episod "common sense"

buat baik dibalas baik. buat jahat dibalas jahat. eh, buat jahat jangan sekali. dan sebagai manusia kita sendiri bukan mengharap bila memberi kebaikan sebab kita tahu semua itu ada karma. tapi mesti ada secebis rasa tu kan, that feeling bila diorang bagi pertolongan pada kita, dan kita? hehehe.. taksalah ber 'common sense' kan? #peacesenyum #jomjadibaik









credit facebook Egosheep.com

xoxo =)
coretan by atoo


August 9, 2015

datang dan pergi

#nowlistening: hatimati by ezad ft rj
#mood: gumbira memasak


selamat malam kesayangan jelata.

tu dia, melayan hati mati tapi bukan tengah keciwa  taw. just suka dengar. arrangement music dia melekat menusuk pemikiran atoo. malam ni, atoo nak storykan kemana atoo selama ni. cehh, macam ada yang amik tahukan. no lah. just nak ceritakan one part of my story supaya atoo tahu dimana atoo sebelom ni. 


shirah dan khaisin. dua dua ni lebih muda dari atoo, tapi lebih matang bila handle kerja memasing. thank you for being kind to me even we are not know each other well. dengan termenterai nya kenangan ni, satu keputusan sudah pun atoo capai. yups. tewara sdn bhd. selamat tinggal tewara. dan supaya atoo tak lupa. 



khaisin ni la satu-satu nya chinese in that office yang sangat bole bergather-gather. maybe fakto umo kot. dia muda lagi tapi dah kerja kat sini 5 tahun kaw. kira one of my senior la. memang atoo selalu refer dia kalau kerja atoo siap cepat. dan dia ni jugak la mangsa setiap kali nak balik rumah hujan lebat. memang sinonim atoo pernumpang jalanan. hahaha. thanks khaisin! see you again when i see you again..


shirah. sebaya khaisin dan atoo tua dari dia. yes! junior, tapi senioriti kat office. dan dia lah satu-satunya kawan atoo dari start kerja sampai habis kerja. nampakan, atoo memang takreti berkawan orangnya. hahaha. cerita dia, she is the very importang to me in the office even kita punya passion langsung tak related kan. 


yelahh. dari kosong taktahu guna mesin potostat sampai tahu bukak mesin tu, totally learning session kat sini. dari takreti guna faxs, nak scan, nak couriers, nak hanto reply emel bagai.. semua lah. dari atoo jalan kaki sampai tumpang kete sampai taktahu nak say thanks tu camne. dari atoo tak tahu nak cakap apa, sampai macam-macam cerita orang atoo ceritakan. hahaha. gila stress zaman kereja taw. dan, menjadi kuli itu sangat tak best! hahahaha...


kenangan. cerita. pengalaman. terima kasih shirah. thanks khaisin. thanks tewara s/b for giving me this opportunity to be the one part of your story. 


see you again
xoxo =)
coretan by atoo

August 8, 2015

atoo belum pergi lagi

salam kemasyarkatan rakyatku sekaliannya.


perghh. lama nya tinggalkan dunia blogerss. janji melayu namanya. kata tak nak tinggalkan belog, last last, berkepuk ni haa. post yang lama pun bulan tiga kot. sangat kejam kah kaw atoo. menulis bila nak. tak semengah betol kan. ampun kan penulis rakyat jelata sekalian.


tapi kali ni. yup. atoo akan cuba. cuba untuk satu hari satu post. kali ni dengan muka baru, actualiyheader je bertukar. sebab rasa dah tak best header mengade gituw kan. dengan nama belog baru dan semoga semangat de'optimusprime tu melekat untuk stay strong dengan menulis. 


rindu zaman menulis dulu. ada je giveaway, blog review, blog contest, laju merajin atoo join. zaman kebatakan nak menambahkan follower, pengikut, jangan lupa tinggalkan jejak.. kahkahkah. Tekad atoo kali ni bukan saje cerita gumbira tapi macam macam cerita yang atoo rasa atoo nak coretkan disini. #semangatbetulnampak


sebenarnya banyak cerita atoo nak kisahkan tapi percaturan masa dan tempat tidak megizinkan. takpe. rasanya masanya sudah tiba. atau zaman balikpulih diri sudah tiba. sebelom habisnya bulan syawal yang mulia ini, atoo yang nak menulis kembali n nak mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin. 


encik tumin dan mdm norma

 tiga anak bujang trang tang ;)

#rayabomb #raya2015 #anaktumin


see. gamba pun cilok insta punya la malas nak edit. ampunkan tuan belog ye. selamat hari raya semua. esok baru nak start puase honam. sapa yang belom buat tu, sempat lagi ni. jomm!!


adiossa!!
xoxo =)
coretan by atoo

RAKYAT JELATA