October 30, 2014

LOVE WHAT YOU DO

#nowlistening: counting star by #onerepublic
#mood: kekosongan

dear blog,

atoo masih dalam kehilangan ni. bukak laptop. komfim buka facebook. scroll scroll scroll. bukak malay movies. layan mamak cupcake online watch. boleh la. so and so. bukak blog sendiri. tengok pudarnya blog atoo ni. sedih. pilu. bukak youtube. cari lagu terkini. layan lagu sambil goyang goyang kaki sambil jari ni menaip terus apa yang terlintas di benak fikiran. stop fikir kejap. *sigh. ni kalau start nak baca jornal je, start mula menguap. itu pun nasib baik. lagi dasyat bila tertido terus. sedar-sedar, mak kejut ajak sahor.


tadi kat ofice. eh, almaklom practical ya. dapat task buat blog. atoo ni bila dapat kerja, bersungguh naw membuatnya beriya. kononnya. oklah. not bad. mula-mula adjust appearance blog tu dulu. then, esok sambung post tulis entry berinformasi. then, bila tengok blog sendiri. omg. blog ni sungguh pudar. rasa macam baju putih sekolah tu dah banyak kali cuci pakai clorox. sabar ya blog. atoo nak jugak belikan baju baru, tapi nanti ye. time dah dikala rajin time tak buzy.


thesis woit thesis woit. nak buat la ni. ondaway. sorry madam noreen. advisor saya. dulu time purpose, kemain berikrar janji ditepati. madam jangan risau. saya buat keje awal-awal. mana suka buat keje lambat ni haa. saya tak bikin pobem la. jangan risau. but, now? sekarang? janji tinggal janji. rasa bersalah sangat tu dah sampai dah. tapi otak dan hati ni tak selari. hati suruh buat, otak kata, lambat lagi nak hantar. ahh, sudah cukuh sudahlah kaw atoo. alasan yang diberikan sangat sangat sangat la kan. 


ok. now the motivation quotes session. for tonite the quote come from pokcik Steve Jobs. love what you do. if you havent found yet, keep looking. okay. steve jobs. atoo akan cuba praktik kan kat tempat kerja dan for my thesis. i will try my best to find the matter inside deep in my soul. ramai-ramai, jom mencari love to all the things that we do to find our own satisfy. hopefully.



xoxo =D
thesis, here i come!


October 29, 2014

Tujuh Kata Tujuh Hari

#nowlistening: streaming #hotfm
#mood: ayuh berjage thesis

dear blog,

see. nampak. kemalasan woit. tahap dah takde skala ni. kalau masok sepital dah kat emergency room ni. *sighhh. bila dah hilang semangat nak teruskan membace jornal, mulalah tangan ni dok mencari ayat-ayat motibasi. eh, motivasi untuk membangunkan diri. membangkitkan soul thesis yang berlari lari berawang awangan kat kepala ni. sangat kacaw bilau la kaw ni atoo. arghhh.. bismillah..jom amalkan..bismillah.. 

                             



xoxo =D
ayuh thesis ayuh johor ayuh thesis!!!



October 25, 2014

Dream Trip to Macau

#nowlistening: best luck by chen(exo)
#mood: arghhh macau!!!

bismilah.

haa. dah terlajak tengok tajuk tu. secara komfiden atoo nak join contest by nuffnangs ni. eh, kita nuffnanger taw. menang ke tak belakang cerita. ceritanya kali ni, dah tangan ni pi gatal bukak email pepagi buta. nampak pulak emel dari nuffnang. Macau Your Way to An Experience of A Lifetime! perghh. sapa pun baca tajuk dah teruje overexcited ni. macau tu! nuffnang tu! terus kemain gigih google nak join ni. harap-harap dapatlah. teringin benor nak join event nuffnang, tapi idok la kesampaian tak sudah. hahaha. nama pun dream. jom fefelin like macau kejap kat sini.

ada apa dengan macau? walayehh. macau kot. arghhh!

1. Macau Tower (wajib cuba!)

nice view kan? sumber google

bila sebut pasal macau, automatic otak atoo terus teringat bugee jumping. pengaruh runningman ni. episode masa tu, dongwook the gentleman buat bugee jumping 233 meter. serius teringin weyh merasa. masa mula-mula terjun tu memang nak tercabut jantung la agaknya kan, tapi bila dah terjun.. atoo nak jerit sampai satu macau dengar.. hahaha..berangan sudah. eh, ada skywalk jugak kan. perghh. duduk kat tepi, sambil goyang-goyang kaki, rasa kepulan kepulan awan melambai lambai pipi. momento paling mahal tu. dapat imagine tak?

yang ni activiti super duper ohsem amazing activity need to do. sumber google

dongwook dalam runningman in macau. after the bugee jumping.. sumber google


2. DreamWorks Experience at Cotai Strip Resort

sumber google

haa. yang ni memang teruja sangat. dreamwork tu. kira macam uss kot. tapi character dreamwork comel comel. ada penguin tv3 tu, kungfu panda, madagascar geng, lagi-lagi shrek dengan fiona tu. kalau ada lagi offer kat sini, siap package nak merasai shrekfast breakfast and the geng bersama live performance dorang tu. wahh.. perghh.. aim tempat ni for sure nak selfie banyak-banyak. very the meaningful memory taw. selalu nampak kat tv je, tapi bila dah depan mata for sure nak peluk dorang ni ketat-ketat simpan dalam poket. nampak sangat jiwa kanak-kanak masih hilang lagi ni... hahaha



3. The Venetian


venetian view. sangat luxury terbuai buai kan. sumber google

nampak super duper amazing cool kan? sampan tu akan menyusuri sekeliling hotel. mana atoo tahu ni? dan ini sekali lagi pengaruh kdrama tak sudah. sapa layan 'fated to love you' baru-baru ni. kita geng! #hifive

 lee gun tengah plan nak surprise kan gelpren dia..kononya nak purpose time tu..

tapi end up dengan mi young yang kena tipo dengan oficemate dia. 
dan lee gun yang sangat gentle back up balik mi young. how sweet..

gandingan janghyuk dengan jangnara. sama padan. kira macau ni the first place yang menjadikan si hero dan heroin start conflict. atoo ni, kalau bila dah melayan korean drama, semua latar masyarakat, latar tempat, dan latar bunyi (ost) amik tahu taw. hahaha. dan saya teringin benaw nak tengok the real venetian depan bijik mata. dudok dalam sampan, terampung kiri kanan, feeling princess anak orang kaya baru sambil menikmati senibina bangunan yang warisan portugis china ni. 

4. Portuguese Egg Tart


sumber google

the famous food bila cakap pasal macau, for sure egg tart portugese ni be the first one must try. tengok gambar je dah tertelan ayerliuq ni. terase amazing taste tart ni lalu kat anak tekak dah ni.. hahaha.. camne rasanya? tak sama kat malaysia ea? rase portugese tu meresapi tekak? *gulp *gulp

Kenapa nak terpilih?
hehhehe. tipikal soalan yang wajib jawab setiap kali join contest. terase give up kejap ni. hurmm.. apa ye? sebenarnya sejujurnya atoo ni tak pernah lagi la travel sampai ke luar negara ni. obesea gituw. dalam malaysia pun tak habis pusing lagi ni. hehe. tapi mana tahu rezeki kan? berani ke tak berani belakang kira. al-maklom, kehidupan status student ni buat atoo masih dalam kondisi menabung menabung tak sudah ni. peluang yang ohsemm ni bukan datang selalu. kena cuba try lah nak grab. weyh, atoo tak menjawab soalan ni. erk... why me? 

  1. sebab atoo tak pernah lagi jejak kaki luar malaysia.. hahaha..eh, seriusly.
  2. sebab atoo belum pernah lagi berkesempatan join event nuffnang, gather dengan blogger blogger hebat di luar sana.. fuhh, event nuffnang sapa nak tolak tuah
  3. sebab by nuffnang! nuffnang kan the biggest web iklan yang berjaya. apa-apa event by nuffnang, komfim dapat sambutan.  don wori nuffnang, syarat-syarat liveupdate kat insta, twitter, facebook and semua ada. beriya benaw ni atoo. 


ok. done! fuhh..minta-mintak dapatlah kan. aminn.. bhahahaha..

dah sampai tak rasa macau bila bace ni?? nak join jugak, senang je.. apa yang korang perlu buat dan follow 3 steps kat bawah ni:

  1. tulis blog post tajuk – Dream Trip to Macau
  2. blog pasal 3 most amazing things that makes you want to visit Macau dan kenapa you should be terpilih?
  3. drop blog post korang dengan URL kat comment section of Nuffnang’s Official Blog Post.

nak tahu infomasi lanjut, visit Nuffnang’s Official Blog Post
meanwhile, for more info about macau, go to:
the official website: http://www.macautourism.gov.mo/
macau tourism fb page: www.facebook.com/MY.Macau

selamat mencuba nuffnanger!
wish me luck...herhehrher
xoxo =D
*sila berhenti berangan cik atoo! #amarankeras


when i try to be minahsaleh

#nowlictening: percaya 
#mood: omputih

bismillahirahmanirahim.

hello hello! whats up geng! hehe.. wow. so minahsaleh.. actually, this is my first time to have my #randomtalk in english. i try my best. i will. hahahha.  

what im goin to share? before i forget, salam awal muharam to all muslim in malaysia. welcome to the new year with the new revolution, with the new story. close the old book, and open the new chapter. what were my new revolution? hahaha... i just thought, the time has come that i need to do something with my soul.. opss! hahaha.. 

what was happen today? oh yah, congratulations to my TMJ and her wife, cik khaleeda. the simple appearance and outfit still shows the gentlemen of TMJ. i still likes it. dont you all try to condemn it. oh please. hahaha.. likewise, my ex-schoolmate smdo, zarina ismail and her husband, nazmi. im happy for both of you. the long love story and end with married. so respect both of you. congrate again!

me? hahaha. very very very long way to go. and i still not met my adam. hahaha.dont you dare to dreaming cik atoo!

okey lah. again. salam awal muharam readers. sorry for what ive been done to you with and without my intention. and sorry too for my grammar out of control here. thanks for reading ><

bye!
xoxo =D






October 21, 2014

i want to touch a dog?

#nowlistening: chandelier by sia
#mood: kenapa?

apa sudah jadi dengan orang melayu kita ni? sedih. soalan ni yang betol-betol terjah kat pemikiran atoo bila baca pasal kes pegang anjing ni. #myfirsttime ni atoo nak share #randomtalk yang serius matter currently happens. mula-mula macam taknak amik kisah tapi makin rase terpanggil nak tulis pasal ni. dan sambil tu bole jawab segala komfius dan kekecelaruan atoo yang tak sudah ni. 

anjing? pada atoo. atoo respect anjing. kira macam kucing. tapi anjing ups sikit. bila anjing tu dah respect dan sayang tuan dia, dia akan truely protective the whole family tuannya. tak kira apa cobaan, perompak, pencuri, yang mendatang. kira tak payah pasang cctv banglo bagai tu la. very the gentle kan? dan kalau yang comel tu, wahhh. adore betol. tapi, tak la pulak atoo ni timbul keinginan yang mendalam nak touch anjing yang adore tu. 

dan kalau dulu time kecik-kecik, bila nak beli pencil case ke bear ke tshirt ke beg sekolah ke segala permainan kanakanak la, kalau gambar nye sikit seakan anjing, mak mula-mula dah tolak tepi. "hish, gambar anjing ni, tak bole." dan seingat atoo kat sekolah agama dulu, binatang yang tak bole pegang tu anjing dan babi. kalau terpegang kira kena samak satu baldi tanah, enom baldi air. dan terpegang pun disebabkan keadaan yang betul-betul terdesak. kan?

tapi yelah, sekolah agama tu umor bape entah. dan bila masuk degree, atoo pernah ternampak my fren picture pegang anjing. dekat kepala ni terus terbenak, bole eh? eh, betol ke tu anjing? takkan la. mana bole pegang? bila masa pulak dah bole ni? dan bila tanya member atoo yang pakar sikit bab agama ni, dia kata bole. tapi dengan syarat tangan mesti kering. eh? cikgu sekolah agama takda la pulak cakap like that. ermm.. 

dan sekarang? isu ni timbol lagi. lagi siap berkempen. i want to touch a dog. atas sebab terdesak apa ye? dah bole pegang eh? abah atoo cakap semua ni sebab terdapat perbezaan mazhab yang mereka-mereka ni jadikan guideline. objektif utama yang sempat atoo baca tadi, sebab nak buang perasaan takut pada anjing. anjing tu tak kacau kita, kalau kita tak kacaw dia. right? 

dan islam ni bukan la dashyat terlampau kejam pada binatang walaupun kami tidak dibenarkan untuk memegangnya. tak salah nak berbuat baik pada binatang. tak salah nak bagi makanan ke, minuman ke, yang salah bila kita mendera binatang tu. ini, yang dok membaling batu konon nak bergurau, mane tak anjing tu menyalak kat korang. ada sebab kenapa anjing tu tergolong dalam mughalazah.

perkongsian pendapat ustaz kazim elias kat facebook dia;

Salam sejahtera..Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam.Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian.Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang. Sebab apa nak pegang? Isu apa?Nak jdkan anjing sbg apa? Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu? Pastu?Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya, lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak.Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen?Nape x buat kempen ke masjid ke? Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke.. Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural.. Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2 dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya.Berhati2lah dgn kempen sebegini, lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak?Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa.Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti….

my though, kenapa mudah sangat orang zaman it kita ni mudah dipengaruhi. atoo bukanlah orang yang kuat agama. serius. dah kalau tak bole, jangan dibuat, itulah yang mereka ni nak sangat buat. untuk nak lebih jelas pasal hukum hakam ni bole refer hukum pegang anjing - drmaza. semua ni just my #randomtalk. atoo minta maaf kalau ada yang terase dengan tulisan ni. 


islam itu mudah dan tidak pernah menyusahkan umatnya!
xoxo =D


workshop vs bengkel

#nowlistening: malaikat by hazama
#mood: menulis lagi

dear yang sudi menbaca. hahhaha
yeah! mood nak menulis dah sampai ni. lepas seminggu sibok kekonon baca insurance, tapi haprak. arghhh. bila terpikir balik rasa macam orang bodoh je. bajet konon soalannya style soalan uitm tapi kelaut lemas dah. pasrah jelah atoo oit. jalan mesti kedepan kan. yahh.

next weekendnya, atoo kerana terpaksa ku relakan diri ke bengkel kat uitm segamat selama 2hari. maka terkejar-kejar la jadinya mencari tempat nak berteduh semalaman. terima kasih kawan kepada cik iera kami. sanggup menumpangkan the stranger kat teratak you olls. thanks. ikot jadual yang diberi pagi ke petang. argh. again tak dapat terima kenyataan. padahal tak sampai petang pun. siap sempat meronda onesegamat kan. hahaha.

terima kasih kat semua lecturer yang sanggup datang jumpa kami kat bengkel. dan jawab soalan student yang buat kerja last minute ni. bukan nak kelentong tapi kenyataan kot budak marketing ni. opss! alhamdulillah. markah proposal dah cantek tapi bila kena tembak dengan puan jaslin, hamek kaw! baru satu soalan, tersengih kambing gurun tak sudah. nampak sangat tak sampai apa yang kaw nak buat tu atoo oi!

terima kasih bebanyak jugak kat madam jaslin, madam noreen (advisorku), dr akmal, dn madam zurina, faez dan waqi, semua semua lah. kira macam gathering habis. padahal proposal macam dilandai badai ombak tsunami dah ni. tapi yang part paling best, dapat makan free. wihuuu.. alhamdulillah. terima kasih madam jaslin. siap complete breakfast dengan lunch. jimat duit. hehehe.   

credit to MrShan intagram

lepas ni kita jumpa lagi time viva. eh, bukan viva perodua tempat si beto tu tapi viva yang present sensorang depan dua panel tu. geteq kepala lutuq bak hang. ni pun dah berpeluh kepala otak bila terbayang that situation. apply cuti sehari, yang bermakna kena koje la esoknya. mengantuknya bai tak terkata kat ofice tadi. niat murni nak cari jornal memang kelaut sangat. arghh

untuk awak awak yang atoo tak ketemu tu bukan melupakan tapi tak berkesempatan. im sorry. kalau ada kelapangan nanti, i will. bajet nye atoo ni. hahaha. sesekali fefelin retis. krik krik krik.

kadang kadang sebenarnya tak payah nyatakan dengan percakapan, perbuatan tu dan jelaskan lagi menyuluhkan. semua yang berlaku ni kan part of the life. kita akan kehilangan dimana kehidupan mula berjalan. and its was meaningful to be a part of this moment. engko dah kenpa atoo? #tetibe #sentap


thanks for reading!
xoxo =D

October 20, 2014

october story

#nowlistening: no bounderies by krisallen
#mood: pencarian

salam kemasyarakatan rakyat jelate sekaliannya.

bila tengok balik last update, lapan haribulan hari tu. kemana janji manismu nak setia berbelog ni atoo oit! hahaha. ni la tulis balik. kerinduan nak menulis tu datang. fefelin kenkonon ada reader you olls. krik krik krik. actually tengah geram dengan tm ni. kenapa download roomates dengan runningman den tak lepas lepas. memanjang error tak sudah. bayar eh! haishhhh...

what was happen? its october beb! and i am octoberian. eh, libra rian.. sapa libra, kita geng! kalau tak silap bersamaan raya haji kelmarin bersamaan 5 october and genapnya atoo 23 tahun. whuaaa!!! dah tua. eh, dah matang. terima kasih yang ingat dan wish my day. 


taknak kalah nak letak gambo jugak bila gambo tu low quality. pakinson betol tukang amik ni ke saje nak sabotaj birthday gegurl kan. isk isk iskk. mengada. and for my dearest family. wahhh.. alhamdulilah. lain benor rasa bila dah tua ni ada sambut beday siap ber cake bagai. cengini ghupanya. terima kasih abah emak angah dan adik. i love you olls sampai syurga.

apa yang membizi sangat sampai tak sempat menjengah blog? huhu, baru ingat bila tengok date sobelas haribulan haritu. im buzy taking an exam. vah vah vah la ceritanya kan. practikal siap kena amik exam? ko hado? hahaha. atoo pernah share rasanya yang boss atoo ni, very the versetile la kan. nak ke tak it is not a choice but wajibulngunnah. hahaha. 

exam ape? pce and ceili certificates. relate dengan life insurance dengan investment kalau tak silap. dan secara konfidennya atoo cakap, kantoi rasanya. im sorry boss. paper pce tu bole jugak la berpikir tulus mulus, tapi yang ceili tu, atoo memang dah keluar m16 jawab semua nya. tinggal tak tembus kertas je. dan burn barai habis rm120 kaw. korang kalau takda hati dengan insurance ni, doksah la nak mengade nak amik. hahaha



apa pun yang terjadi dah terjadi. jalan mesti ke depan bukan ke belakang. fine!
xoxo =D




October 8, 2014

all is well

#mood: otak dah penat
#say: all is well

bismilahhirahmanirahim.
tak semua yang kita harap tu semuanya terjadi kan. otak atoo tak habis fikir ni. suram datang tanpa dipinta.

penat. awkward. uncomfortable. banyak lagi otak ni nak cerita, nak express, nak bebas berkata-kata. tapi mulot macam sampai tak tahu nak kata apa dah. kejap. tapi pada sape? sape yang nak mendengar luahan remeh temeh yang cuba disampaikan. banyak lagi masalah dunia yang perlu diselesaikan. eh, biar tangan ni terus menaip meluahkan isi yang terpendem kat kepala benaknya. 

karma ke ni. atoo penat. penat pikir tanpa sudah. tanpa tindakan. tanpa ape-ape. dan esok, akan berfikir lagi. minggu depan. bulan depan. penat jugak berfikir ni. bulan ni sepatutnya datang bawa macam-macam, bukan masam-masam. dan genap 23 ni atoo rase jiwa dan otak atoo ni makin sensitip. hahaha. 

sekarang ni kan, atoo macam nak seseorang yang atoo tak kenal tapi atoo nak cerita semua yang berkecamuk kat kepale otak ni. berkomunikasi dengan orang yang kita tak kenal ni boleh buat atoo jadi diri sendiri. yes. atoo pelastik. series. even my mom and dad pun tak tahu who am i. the truth of am i. hahaha.

kenapa yang tak kenal? the truth. kalau kenal, it wont long last. something gonna might happened and my weakness will burst out. hahaha. what suppose react should i present? sesiapa yang terbace or tersilap klik dan terjengah ke sini, just i want to know how your life? is it okay as what you has been though? can you share with me a little happiness...


xoxo =(

October 4, 2014

tanpa sedar

#nowlistening: be the one by JeffBernat
#mood: takzabarbnnye!!

tomorow will never ends until the day comes. hoho. atoo nak share #myrandom action la with intention and without my intentions... hahaha



biarlah. bukan nak tipo tapi malu lah nak cerita weakness sendiri kat orang lain kot.. hahaha.. and tomorrow.. will be nice to me..plisss.. and can you be my day? hahaha. eh, yang nak balik kampong tu berhati-hati di jalan raye.. taknak la ade yang lain pulok terkorbannya ya.. jumpa di sungai tongkang!


solamot berraye korban ye semua..
xoxo =D


October 1, 2014

ketahuan

#nowlistening: hujung waktu
#mood: takbaik sesalan

jiwa aku kacaw.
otak aku berfikir tak habis.
aku nak patah balik masa tu.
kahkahkah. sebab.
aku tak sepatutnya tahu.
tapi aku dah tertahu. 
dan buat tak tahu demi kebaikan. 
kadang-kadang kan tak semua perlu diberitahu 
sebab tak semua perlu tahu. 
dan semuanya will "all is well".

bosan? 
terkeluar jugak kan perkataan tu. 
dah lama terpendam kan.
tak cakap tapi nampak taw.
takpe. dah tak lama dah.
masa akan cepat bergerak.
betol. tak tipu.
its better to act naturally.
sebab semua ni sementara. 
ape-ape pun semuanya dah lepas. 
aku tak marah cume malu.
kahkahkah.

aku tahu aku salah. 
aku minta maaf.
tapi ego aku membataskan.
sebab aku bajet tahu.
tapi terima kasih.
thankQ. kumawo. sheshe.
banyak-banyak sangat.
sebab masih lagi buat taktahu.


selamat malam :)

RAKYAT JELATA