#nowlistening: back by infinate
#mood: takterluah
bismillahirahmanirahim.
idea nak menulis tengah melonjak di otak kanan dan kiri atoo ni. kemain beriye benor aje budak ni. malam ni what im going to share is about feeling. jom kita berfeeling malam yang indah lagi cantik. feelin kali ni. ya. marah. semua komfim for sure ade perasaan nak marah ni bila-bila masa tanpa kita tahu mengawalnya. oh, yeah.. atoo senanya baru lepas kena marah. hahahaha.
semua orang salah. tak bole ditegur langsung time tu. ingat dunia ni dia sorang yang punya. tak pun dilempiaskan pada sekeliling. orang? sape yang ade time tu menegur, memang cari nahas. objek? pintu dihempas. barang main campak-campak (penjahanam barang). taip laju-laju kalau tengah buat kerja. bukak radio pekak-pekak. eh, kuat-kuat sampai jantung degup-degup. pastu baring sampai tertido. bangun komfim dah lupa. haaa, tu dia style atoo melempiaskan kemarahan melampau.
kenapa kena marah ya? selalu persoalan ni muncul lepas atoo tengah marah kedahak sangat. sebab rasa tak puas hati. sebab nak menerangkan kebenaran yang disalah ertikan. ataupun disalahfahamkan. ataupun memang salah engko pun tapi nak cover kau prefer untuk marah. ataupun mengdefendkan diri, saya tak salah. sila fahamkan situasi. aku penat itu, ini, itu, ini dan balik-balik nak dengar kau punya tak puas hati? what the.... macam tu?
keadaan kedua yang atoo perasaan bila memendam. yang ni memang diluar dari kawalan. bila segala berhari berminggu perasaan yang terbuku tu terpendam, sekali meletus. habis dah. terbakar hangus. fire extinguisher pun time tu dah tak bole guna. kemarahan macam ni pada atoo jangan disimbahkan minyak bagi menyala. sebab semua ni boleh melarat sampai kes tertetak, tertikam, terbunuh, terpukul dan segala ter diluar kawalan.
pihak yang kena marah tu pulak, ada lebih baiknya memilih untuk berdiam dan menerima even bukan kita yang salah. orang kata kerana lidah, badan binasa. walaupun bukan badan kita, tapi sekeliling kita. sebab selalunya bila sampai satu tahap marah dah habis, perkataan menyesal, malu dan bersalah tu muncul dengan sendiri. dan itulah manusia. yang tak pernah lepas dari kesilapan.
kadang-kadang seriesly atoo tak faham kenapa seseorang tu tak dapat kawal marah dia langsung padahal salah yang pesalah tu buat bukan sebesar kuman pun. ok. ni tengok situasi lah. kalau salah besar, keadaan nya lain. banyak keadaan sebenarnya yang membuatkan kemarahan tu boleh timbul disebabkan kita lepas pandang. kat sini atoo sharekan sikit cara nak kawal marah. kontrol marah tu sebelum kita menyesal di kenudian hari.
- banyakkan minum air kosong. sebab api kemarahan si setan ni boleh dipadamkan dengan airsejuk bersama bismillah.
- pause. tarik nafas panjang tiga kali (min). pastu blah. cara ni bole buat kita sedar sekejap dan pergi buat kerja lain. persaan marah tu akan berlalu.
- ingat tuhan. sebab kau tu cuma hamba. sapalah kau hamba yang kerdil tu nak marah ketentuan yang dah tertulis untuk kau. kalau tuhan marah, kau pulak tak sanggup kang.
- ambil wudhuk. berserah diri. mengaji.
nak tahu lebih banyak cara lagi pergi google sana. banyak lagi cara, tapi yang kat atas ni atoo shortlistkan. sebab bila time tengah marah ni, emosi akan berjaya mengawal otak untuk berfikir secara rasional. so, cara paling senang minum air banyak-banyak. sebab bila dah marah, cakap macam-macam, cakap banyak-banyak, cakap jerit-jerit, tekak akan haus kan. hahahaha.
last but not least, semua yang atoo share kan just my #randomtalk pasal marah. kalau kita marah, cubalah untuk mengawalnya. sebab nak mengelak tu payah sikit rasenya. nanti ade pulak kate kita tak normal. dan kalau kita yang kena marah, berdiamlah. kita punya fakta betul semuanya salahlah. dia je yang betol. sebab dia yang tengah marah ni cuma nak luahkan perasaan terpendam yang dia taktahu nak luahkan pada sapa. itu je. cuba menjadi pendengar ataupon jangan dilayankan marahnya. kira buat taktahu. kekadang sebenarnya dia ni mahukan attention dari kita kan? hahhaha...
selamat mengawal kemarahan semua. peace yaw!
xoxo =D