October 28, 2013

eh, 28hb la...

28hb Oktober 2013
satu tarikh keramat pasti ada satu post mengenainya kan.

hahha. tengok tajok pun dah tahu. mak abah atoo punya anibeseri la!

buakan tak hingat ea. dari semlam lagi dah bagi advance wishes. so, bile tengok balik date tadi rase nak tulis sikit la pasal mak dan abah atoo yang paling paling berharga kat dunia ni. 


yah. that's my abah and my omak k. abah like shy shy cat tu posing amik gamba. omak, steady cun.. jap ade lagi satu...


ternyata abah kite handsome dulu. mak atoo, cun be, perghhh. untung abah dapat mak. eh, chopp, abah kita takkan bace belog serpihan ni kan. yalah, kombang tu bile kita puji dia hensem. sebab memang dah banyak jugak la member atoo cakap abah atoo handsome. so, well, what do you guys think? hahhaha


mak abah. sebagai anak sulong. acececeh. atoo along taw. jangan tak pecaya sebab ramai kate atoo bongsu. ternyata korang silap 100%. 


abah mak. along tak dapat balik kali ni. eh, hari ni. nak sambut hari yang special ni. dan along still lagi kecik yang bagi sesuatu yang mak abah banggakan. along belum mampu lagi. tunggu sikit lagi je. tinggal lagi satu sem, insyaallah. along kerja, along akan make it something to both of you.


walaupun dorang kate macam-macam kat abah, along rase mak paling kuat. abah pun jugak. mungkin kita sekeluarga tak sebertuah diorang, tapi along lagi rase sangat bertuah sebab kita tak seperti dorang. walau camne pun garang abah (polis pencen), along dapay jugak ni haa jadi manusia at least. along nak sangat jadi sesabar mak dengan kerenah mereka yang tak tahu menghargai mak. takpe. dorang bukan penting pun pade keluarga kita mak. along, angah, adik akan sentiasa ada untuk mak dengan abah.


walaupun bertige pempuan, pada hakikatnya semua the jantans. bile gadoh, mak kaw, keluar semua sepak terajang, caci maki kaw jah.. hahhaha #adekberadik pernah sekali sampai abah keluar statement, kalau mak abah dah takde nanti agaknya, mesti kau orang bertiga berbunoh sakan agaknya. hahhaha. dashyat sangat tu abah.

setidak matang along ni, jauh dari sudut hati kecik budak berbadan comel ni, along sayang semuanya. sebab kita semua keluar dari tempat yang same dan dari benih yang same. itu je harta yang paling besar along ade buat mase ni abah, mak. jangan risau, along tahu tanggungjawab anak sulong ni besar. along akan jadi yang terbaik untuk mak, abah, angah dan adik. cume belum sampai masenya. mungkin. hekhekhek.


mak, abah.. tahulah sejahat dan sedegil kapala batu ni, along tetap namanya anak tumin. beribukan normah. that's it.  takpe. kita sekeluarga tak setaraf dorang kalau nak sebantal bersama. takpe. is okay. along tak heran pun. sebab along ade mak abah. tapi along nak cakap, along bangga jadi sebahagian dari mak dan abah. walau kita tak sekaya mane, tapi kita bahagia. kita sesusah mane, Allah sentiase berade dengan kita. Along sangat-sangat berterima kasih. 


along janji. ye. along akan tulis kan kat sini. supaya along tak lupa dengan apa yang along janjikan.along akan bahagiakan mak abah dunia dan akhirat. along akan senangkan korang. along akan jaga korang hinggan akhir cerita keluarga kita mak abah. Along mintak maaf. minta maaf sebab selalu susahkan mak abah dengan masalah silly yang along buat sendiri dari kecik sampai sebesar gajah ni. Along minta maaf. Along akan cuba jadi yang terbaik untuk korang. insyaallah.


Mak abah, happy anibeseri yang ke-23. semoga mak dengan abah sihat, diberi kesihatan yang baik, umor yang panjang, jiwa yang kuat dan tenang untuk menghadapi cerita yang Allah sudah tulis dan janjikan untuk kita sekeluarga. takpe, seteruk mana dorang pandang pada mak ngan abah, Abah dengan Emak tetap no1 dalam hati ni. cukuplah kita berlima menikmati jalan cerite kita berlima dengan penuh senyuman.


hadapi dengan senyuman, semua yang terjadi bia terjadi..
hadapi dengan tenang jiwa, semua kan baik-baik saja..


along sayang mak abah sampai jannah.
xoxo =D


budak jiwa kacau, pi dok macaw lah

dears diariess.
bismillah.. 

sihat. hidup lagi ni haa. tapi agak naik jugak la. hahha. alhamdulillah. tak banyak kali ni atoo nak share kat korang. cume some opinion dari palehotak ni yang terpikir dan dicatatkan disini. cerite ape? semalam, hari dan esok terus berjalan dengan ceritenye yang tersendiri yang kita sendiri terlepas untuk menikmati dan menghargainya. tapi hati kecik ni masih lagi bersyukur, sebab aku insan teroilih untuk merasainya. 

manusia. sememangnya bermacam ragam. bermacam cerite. bermacam helah. untuk terus mengatakan hidupnya lebih sempurna berbanding yang lain. kenapa? bukan ini semuanya sementara. mencari yang lebih baik atau menunggu yang lebih baik atau menikmati semuanya dengan lebih baik. maybe. dan kalau dia bukan untuk aku, aku tak kisah pun.

untuk saat dan waktu ni, the true colour dah keluar. aku tak suka, tapi aku tak bole mengatakannya. aku tak suka. tapi dia sering datang mendekati. aku tak suka, tapi hari-hari aku kena menghadapnya. pengecut.? cakap belakang berulamkan makan hati je yang mampu. bukan. sebab aku masih lagi manusia. manusia yang masih lagi berhati perut.

manusia dan masalah tidak akan dipisahkan. sebab kita semua ade ceritanya dan sebab mengapa ia berlaku kepada kita dan bukannya orang lain. orang yang lebih senang, bahagia, tapi cerite mereka lebih senang. aku tahu, satu tahap orang akan menjudge aku itu dan ini. akan tahu kelemahan aku dan cuba menyampaikan kepada yang lain walaupun bukan dengan erti kata sebenar. 

kadang-kadang aku terpikir, kita semua hanya kerana bersebab kita bersama. sebab what we give, we get back! dan aku perlu ade 'lebih' untuk merasa perkataan bersama. sebab aku bukan sape-sape. aku tak tahu penghujungnya. aku hanya menurut hari-hari yang berlalu dengan senang hati. kejam. entahlah. sentiasa berfikiran positif dan menidakkan sesuatu yang jelas tu payah.

tak pernah teringin? hahaha meniipu sangat lah kalau aku menidakkannya. nak hidup seperti itu, nak jalan cerite yang ini. nak jadi yang sempurna dimata orang. nak semua pandang kita sorang je. nak jadi sehandsome dia. nak dihargai, disayang. aku sorang je. enough. hahhaha, gila kurang kasih sayang. tapi semua tu makin menampakkan kelemahan aku sebagai seorang manusia pada aku.

yup. memang. aku sentiasa berfikir ape yang bakal berlaku sebelum melakukan nya. untuk meneruskan satu fasa kehidupan yang lain, ye. memang aku tak nak memikir kannya. sebab semuanya takkan pernah terjadi seperti yang aku impikan pun. hahha. jadi langkah yang paling mudah, aku menikmati hari-hari hidup ini dengan semudah a b c. rase sakit, gembira, senang dan susah semuanya sementara. tak ada yang kekal melainkanNya.

dan sebagai manusia, stop mempelekehkan aku sebab ape yang korang nampak tak seperti yang korang fikirkan. stop meng'invisible'kan aku. stop men'gelak'kan aku. sebab aku bukan cerite kelakar. sebab aku masih lagi manusia yang masih lagi hidup. aku berdiam sebab aku tahu tak kemana kalau aku menidakkan. tapi hati kecik aku cakap, yup. alhamdulilah. aku bukan sperti kau.

dan sebagai seorang islam. cukuplah membezakan taraf yang tak kemana. tak bole bawak masuk kubur pun. semua tu pinjaman Allah. dia yang memilikinya dan meminjamkan kepada manusia yang terpilih. dan nak tengok sejauh mana manusia tu tahu menilai. berhentilah menampakkan kau seorang yang baik walau pada hakikinya kesian. 

aku minta maaf. sebab semua ini aku nampak semakin jelas. tapi aku tahu mungkin ape yang aku nampak, bukan seperti ape yang mereka cuba sampaikan. aku tahu. aku minta maaf sekiranya tulisan aku ini ade menyakit mana-mana pihak. aku cuma tulis ape yang aku nampak. ape yang aku percaya. dan ape yang aku rase. aku minta maaf tidak dapat menjadi seseorang yang seperti kau inginkan. aku minta maaf. 


aku bukan seseorang. 
terima kasih being seseorang untuk aku.


October 19, 2013

Jamboree TaHa@U

date: 20,21,22 Sept
venue: Kem Tebing Tinggi, Segamat
mood: excited + takot pun ade gak

dear bloggerz..

actually tajuk post ni dah lame bebenor jadi draf.. dan malam aim malam ni nak kosongkan pak draf. so, this is the story la nak cerite.

dipendekkan cerite tak banyak yang bole share kat sini, disebabkan urusetia kem tu tarik semua alat komunikasi. kira macam betol-betol punya putus hubungan dengan dunia luar. eh, intro sikit. kem ni 3hari 2malam. kalau lebih 3hari rasenye mau tak patah tulang-mulang den ni. penatnya hurmm, tidor satu hari pun tak bole recover satu badan. huhu. fine. atoo bukan kaki kem. ni pun free haa... mak nak kasi tahu. 

macam tag yang kat atas tu terang lagi nyata the word TaHa@U refers to encik penganjur kem kali ni. yaitu, TabungHaji bersame BHarian bersame bebudak unibersiti. pendek citer lagi, atoo tersangat bertuah. after berebut belon bagai untuk dapatkan group. baselah hidup dalam kem, hidup berkumpulan. mygroup is 9. official name 9gag. 

bebudak unibersiti yang terlibat, ofcorse, my uitm segamat tercinte, bebudak kptm batu pahat, dan unikl. dalam tiga name besar ni, my opinion la, unikl paling menyerlah. why? sebab dorang paling ramai dan gegile la.. dan kptm batupahat tu baru nak berjinak-jinak masuk uni. bebudak diploma lagi. adek-adek. hekhekh 


hasil colekan #twitpic geng kptm. ni kira picture paling semua ade. kalau nak zoom carik budak uitm, boleh juling mate. tapi, nak bagi nampak, duduk depan-depan. hahhaha, i'm the green lady.. tepi tu je hah.. depa kate, gambo ni masok paper. tapi entahlah.. bhahahha...

aktiviti yang bole atoo short listkan, masak. ini paling main kot. datang-datang, dapat kumpulan, terus kasi bahan basic, then memasak witjout any utensil tapi gune palehotak. siap ade judges yang nak rase sardin tropikana..ohh, thats my group menus. agak mencabar jugak la. tapi nasib menyebelahi kite. dalam group atoo, gegurlnya, uitm student. and thats make kemis tu dah ade.. huhu..

activity indoor or outdoor:
  • river crossing (base je, sebab dah penah buat), 
  • rafting (buat rakit+pusing sungai+nebesgile sebab atoo kan comel...), 
  • jungle survive (jaoh gile jalan, then kena memasak ditengah-tengah hutan getah, cari cacing banyak kali, kena pi pancing sendiri..teamwork kena kuat),
  • nightwalk (boleh la, sebab dah penah buat, so enjoy jugaklah),
  • malam kebudayaan (wajib ade, grop atoo hentah pape. sekian..), 
  • jenazah session (cara-cara nak kapan) and 
  • munakahat sessionn (paling gelaksakan, rase macam pi kusus kahwin..hehhe)
that's all.



disebabkan nak bergambar di tempat kejadian agak tak sempat, setelah ditakluki habis oleh geng unikl ngan geng kptm, so, uitm begambar dalam bas je.. sobsobsob.. bole kire ni tak sampai satu bas penuh pun.. dan sampai-sampai jom last picture koranggg..

Kem Jamboree Taha@U kat Kem Tebing Tinggi Segamat.


xoxo =D
p/s: dalam satu team kalau tak capai satu kate, team tu takkan kemana..*tetibe


October 7, 2013

orang baru

selamat datang orang baru ke cheritera cik beast.. welcome to the family, big boy.. abam powerbank.. nice to have you.. heee



xoxo =D


October 1, 2013

perempuan dan doa lembut hatinya

bismillahirahmanirahim.
salam geng!

selamat sore. malam ni yang tidak seperti malam-malam kemalasan yang lalu. dan walaupun assignment sepatutnya disettlekan dulu, tapi nak jugek menghupdate belog kesayangan kita ni you olls.

actually. sebenarnya. jujurnya, dah nak dekat sebulan dunia belajar atoo berlalu. cepatkan mase pergi. dan.. huhhh.. sem kali ni memang tough. tough nak hadap pelbagai kerenah manusia yang macam-macam. belum lagi masok minggu test seteghess tapi arghhh... eh, dia tak bace kan belog kamek ni.. tetibe dia bace, atoo minta maaf. this is my story derr.. hahhahaha 


pernah tak korang hadap orang yang suke marah-marah? kite buat tu salah. kite buat ni salah. everything is salah lah. sampai terbit jugak niat nak bagi ubat pengasih. biar dia sayang kita sorang je you olls. pastu rindu kita. mandi tak basah. makan tak kenyang. tak jumpe seminit rase setahun.. bhahaha kejamm..

tapi, atoo masih waras lagi. atoo budak baik. atoo cume teringin sangat nak try to be perfect.. walaupun kelaut.. tapi at the end, kena marah. huhh.. memang kena kuat iman dalam dan luar bile nak pi hadap dia esok ni. but, last week tu memang salah atoo, tak buat task yang diberikan.. tapi..tak payah nak marah sampai tenung nak makan atoo. ye. saya salah. saya minta maaf.



ekaw ni nak mengumpat, merapu, merepek.. memang banyak nak kasi tulis kan. kate dah baek. hehhhe. cume meluahkan ape yang terpendam. lega sikit hati ni. dah lah buat assignment dia je dah bermalam-malam.. tapi tak de the end. dan tiap kali tu, kepala atoo asyik teringat renungan tajam bin maut dia. rase seram, takut, dupdapdupdap, eihh, macam-macam lah. 

dah dah.. ni dia tips lembutkan hati seseorang yang ku kenali tu. memang atoo start buat dari sekarang.. mudah-mudah mujarab. 

DOA PELEMBUT HATI

Doa asas yang digunakan untuk melembutkan hati seseorang ada kaitannya dengan peristiwa sejarah Sayyidina Umar, iaitu ayat yang dirampas oleh Sayyidina Umar daripada adiknya. Bila ayat ini dibaca, hatinya terus menjadi lembut lalu memeluk Islam (Ayat tersebut adalah ayat 1-5 surah Taha)

Di antara bahan-bahan ciptaan Allah yang paling keras di dunia ini ialah besi tetapi dapat dilembutkan oleh Nabi Daud a.s. Doa yang ada kaitannya dengan Nabi Allah Daud inilah yang digunakan sebagai kombinasi dengan doa pelembut hati

Mengikut aturannya, bacalah:

Baca surah Al-Fatihah

Al Fatihah……………..

Baca Ayat di Bawah:

Lauanzalna hazal qurana (nama orang/diri)…………………..akhir

Baca ayat 1-5 Surah Taha

(di bawah hanya disertakan maksud – baca ayat asalnya tanpa tarjim)

1. Thaahaa.

2. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepadamu agar kamu menjadi susah;

3. Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),

4. Yaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang Tinggi.

5. (yaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy.

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi”

Kemudian tiupkan ke air

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

* di ruangan (nama)……..letakkan nama orang yang hendak dilembutkan hati / diri sendiri

Sumber : Sebahagian daripada RAWATAN PESAKIT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH, Dr Amran Kasimin, Prof Dr. Haron Din

p/s; atoo minta maaf kalau nukilan ni ada mengusik si dia. 
xoxo =C



  

RAKYAT JELATA